Bismillahirrahmanirrahim...
Dengan nama ALLAH yang MAHA PEMURAH lagi MAHA PENYAYANG.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..
Buat adikku di TANAH sana..
sebelum akak menuturkan kalimat dari hati ini,
akak mohon kita sama-sama istighfar pada ALLAH..
agar tiada "rasa" mahupun prasangka antara kita...
astaghfirullahal 'azim.
astaghfirullahal 'azim..
astaghfirullahal 'azim...
adik yang akak sayangi kerana ALLAH,
akak susah hati mendengar RESAHmu..
Tolong adik...tolong HENTIKAN esakan itu..
adik,
akak minta maaf,
andai akak tak mampu memujuk hatimu saat itu..
andai akak tergamam tanpa berkata.
atau berkata sesuatu yang tak sewajarnya padamu saat itu..
akak minta maaf pada dirimu, adik..
sungguh, hati ini pilu..
pilu mendengar bicaramu saat itu..
astagfirullahal 'azim..
adikku sayang,
jangan kau tertipu dengan CINTA manusia,
kerana CINTA MANUSIA itu BUTA..
jangan kau mendekati JAHILIYYAH itu..
usir adik..usir jauh-jauh..perasaan itu.
adikku,
hendaklah kau selalu beringat,
hati manusia selalu berubah-ubah, sayang..
tanpa sebarang pemBUKTIan,
tanpa sebarang KOMITMEN yakni pertunangan mahupun perkahwinan,
jangan kau PERCAYA pada JANJI dan HARAPAN lelaki itu.
jangan KAU tertipu, adik..
jangan!!
jangan adik,
jangan sesekali jangan..
sungguhpun lelaki itu BAIK dimatamu,
belum tentu dia BAIK di mata ALLAH.
ingat itu, adik...!!!
mohonlah pada ALLAH agar ditunjukkan jalan yang LURUS..
Bukan jalan KELAM, tak berpenghujung...
adik,
Jika lelaki itu, lelaki "FAHAM" yang MATANG,
dia akan hadir dihadapanmu,
bertindak sebagai seorang yang FAHAM dan MATANG.
yakni,
Dia akan berusaha menjaga IKATAN kalian agar terus SUCI.
Dia akan lekas meminang dirimu, dengan cara terHORMAT.
bukan beralasan, bukan bertangguh-tangguh.
Dia akan berusaha meyakinkan ibu-bapamu, juga meyakinkan ibu bapanya...
Dia akan berusaha keARAH PERKAHWINAN kalian,
sungguhpun dia seringkali gagal menyakinkan ibu-bapanya,
namun dia TAK AKAN pernah berputus asa..
itulah lelaki sejati, adik..
lelaki yang "FAHAM" jua MATANG.
dia FAHAM apa ERTI PERKAHWINAN.
Dia MATANG dalam BERFIKIR, BERBICARA dan BERTINDAK.
adik,
hendaklah dirimu tahu, faham dan sedar..
BERKAHWIN itu kerana ALLAH..
bukan kerana NAFSU....
jika kerana NAFSU,
atau sekadar MAHU MENJAGA HATI..
takkan kemana dik..
takkan kemana perkahwinan kalian..
kerana ERTI PERKAHWINAN lebih BESAR dari itu semua..
maknanya terlalu besar..
adik memilih dirinya,
atau dia memilih adik,
adalah kerana kalian "faham" erti perkahwinan itu.
Berkahwinlah kerana dia FAHAM, dik..
atau dia sedang BERUSAHA menjadi orang yang FAHAM..
bukan kerana die SAMAR hati, kelabu JIWA.
atau bukan kerana adik SUNYI, dada KOSONG,
adik,
jangan terus membiarkan dirimu..
diselimuti angan-anganan KOSONG...
kerana di dunia ini..
terlalu BESAR MAKNA KEHIDUPAN kita.
masih banyak peranan kita, dik.
CUKUP adik..
lupakan lelaki itu..
kikis dia dari HATI mu...
akak tahu ianya BERAT,
tapi KAU harus.
jangan berlengah lagi,
takut kelak,
makin DALAM luka dihatimu,
takut kelak,
makin tebal tembok harapan, makin payah dirobohkan.
jangan jadi manusia LEMAH, adikku..
kuat hati selalu...
kerana ALLAH dekat denganMU,
kerana ALLAH sedang mengujimu,
bukan membencimu..
dan kerana akak sayang padamu, dik..
kerana akak tahu menilai harga dirimu..
dan kerana dirimu begitu ISTIMEWA di hati akak..
sabarlah dik..
sabarlah untuk sedikit waktu..
nanti, ALLAH pasti balasi mujahadah dan kesabaranmu..
nantikah hadiah TERMANIS ALLAH buat adik..
yakni,
LELAKI SEJATI,
pemuda FAHAM yang MATANG.
Bukankah itu yang kau NANTIkan, dik?
berdoalah, bersabarlah..
untuk sedikit waktu.
berbaik sangkalah dengan ALLAH selalu,
kerana ALLAH tahu apa yang terbaik untuk dirimu..
ALLAH memberi apa yang kau PERLU,
bukan apa yang kau MAHU.
adik,
senyum dan cerialah..
akak sayang adik.
JAGA HATImu, Adik..
- BINGKISAN HATI-
~Kakakmu yang sedang merenung dari jendela HUIA, NZ~