Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum wbkh..
Alhamdulillah, 21 September lalu, genaplah usia tqa berumur 22 tahun.. masa berlalu sangat pantas kan, rasa macam baru sangat hidup di dunia ni.. beberapa hari.
Bila tgk muka di cermin, bila pegang tangan dan kaki.. wah, dah besar panjang tiqah ini..
Takut sangat-sangat, sebab sepanjang 22 tahun hidup ini.. entah berapa kerat amalan tiqah yang ALLAH terima.
macammana kalau satu pun ALLAH xterima? nauzubillahi minzalik.
Takut sangat-sangat, sebab bila umur bertambah, maka makin dekat dengan kematian.. bukan makin panjang umur, tapi makin pendek kan? macammana kalau tiqah meninggal dalam keadaan iman yang lemah? nauzubillahi minzalik. kalau boleh, tqa nak ALLAH amik nyawa tiqah dalam keadaan cinta tqa dan rindu tqa pada ALLAH sangat menggunung.. tqa harap ALLAH amik nyawa tqa dalam keadaan tqa ini, sedang bersemangat mengajak manusia ke dalam tarbiyyah dan dakwah.
Antara mati di atas katil sebab sakit jantung/ demam..
lebih baik mati ketika berjihad di jalan ALLAH.
Tqa nak hidup MULIA dan MATI sebagai SYUHADA'. ameen
..........
Tqa percaya setiap orang ada impian masing-masing.Tqa pun sama juge, sbb tqa manusia biasa.
tapi mungkin, impian tqa xsama dengan orang lain, sbb KEPERLUAN kita mungkin BERBEZA, MASALAH kita juga berbeza-beza.
Nak tahu apa impian tqa untuk satu tahun ini, 21-9-2010 hingga 21-09-1011?
kita sama-sama doa ya,
moga ALLAH mudahkan tqa..
1. Nak berpuasa selama 60 hari. Masih berbaki 40 hari setakat ini.
(tahu x kawan2, puasa untuk ALLAH ini best?)
2. Habiskan hafazan juzuk 29 ( aduh, banyak terkial2 lagi.. lemahnya ingatan)
3. Nak besarkan ruang tamu rumah di perlis supaya mak boleh ambil banyak anak2 jiran mengaji Quran di
rumah. (sekarang ni anak murid mak hampir berbelas orang: kalau boleh biarlah 20 orang tahun depan)
3. Nak tambah lagi satu bilik di rumah di perlis ( bilik hanya ada 3 je, kesian adik2 kena berhimpit2 tidur, hmm.. duit simpanan tiqah cukup ke? DOWN! )
4. Nak kahwin dan sangat hope ALLAH hadiahkan suami yang menyokong perjuangan dakwah tqa, yang selalu memberi motivasi supaya tqa terus tsabat di jalan para RASUL ini, juga yang selalu meredhai dan memaafkan salah tqa.. moga-moga tqa dapat masuk syurga melalui kunci yang di pegang si dia...
(Walaupun benda ni sangat jauh rasanya.. macam xlogik aje bila di fikirkan kondisi masa sekarang. tapi takpe, insyaALLAH... ALLAH will show me and him the way!)
5. Nak pegang 3 usrah untuk tahun depan ( tahun depan, mestilah kena bertambah anak kan.. takkan berkurang pula? atau xkan lah xmau beranak ramai-ramai.. ish,nnt jadi DAIE MANDUL pula! dan mcmmana nak kembangkan islam??)
6. Nak mahirkan diri mengEDIT gambar guna adobe photoshop. (penting..amat penting skill ini!!)
7. Nak kikis sifat2 mazmumah dalam diri yang masih bersarang-sarang.. tenggelam timbul :(
8. Nak jadi matang, xmanje dan xsuke dimanjakan. (memanjakan orang lain tak ape, teruskan... ye?)
9. Nak siapkan "novel" yang dah tertunda 2 tahun. (astaghfirullah, bilalah nak siap novel itu!)
10. Nak pergi Indonesia (ziarah anak usrah), Nak pergi Umrah, Nak pergi Jordan jumpe
kak asma'.( duit bukannye ade pun nak pergi semua tempat ni... sempat ke lagi nak menabung?)
............
Astaghfirullah,
Astaghfirullah,
Astaghfirullah...
Semua impian-impian ini...
rasa macam berat sangat, tinggi sangat, jauh sangat...
tapi dengan adanya YAKIN pada ALLAH,
tqa rasa semua nya ini ringan, rendah dan dekat aje untuk di capai..
yakin pada ALLAH,
yang ALLAH akan mudahkan tiqah,
asalkan tiqah ikhlas dan sabar.
yakin pada ALLAH,
sbb sememangnya ALLAH waliyy (pelindung) orang-orang beriman..
yakin pada ALLAH,
sebab ALLAH lah RABB dan ILLAH tqa..
tiada lagi tempat bergantung dan tempat memohon pertolongan melainkan ALLAH.
INSYAALLAH.
sesungguhnya, jika tiada ALLAH,
maka bernafas pun terasa semput,
melangkahkan kaki pun tiada daya..
apatah lagi mahu bermimpi tinggi!
tapi,
segalanya berbeza kerana tiqah ada ALLAH.
Walau apa pun yang terjadi,
Walau impian tak terpenuhi,
Itulah yang terbaik di sisi ALLAH.
Moga jiwa ini kuat untuk meredhai segala rencanaNYA.
ameen (^_^)
8 comments:
assalamualaikum...
semoga tercapai setiap impian... insya-Allah... teruskan berdoa dan bertawakkal pada-Nya...
Jazakallah khair abdullah..
Salam Kak Tqa,
moga semua mimpi dan impian akak akan tercapai.. bnkn stkat 10 tu je.. yg laen2 jugak.. InsyaAllah.. ^__^
nk g jordon jmpe kak asma' nnti bgtau jgak taw.. hehehe..
nk khwin nnti akak ajak la jugak ke walimahnye.. mane tau sy ade rzeki, leh dtg. :D
wslm ayu...
insyaallah,
tapi semua tu sangat jauh.
salam tiqah.. :)
lama xdgr cite.. bila nak balik m'sia ni ? :) rindu nak jumpa.. hehe
by the way,
selamat hari lahir..
semoga panjang umur..
semoga segala impianmu tercapai :))
Wslm fatin :)
Insyaallah hujung tahun ni dah balik..
nnt bolehlah jumpe fatin..
Jazakillah khair :)
salam'alayk
sanah helwah, may Allah bless ur life too
moga segala impian tercapai..inshaAllah..ameen
*novel (saya pun tengah berusaha menyiapkan novel) :)
keep it up
cahaya haruman kasturi:
waaalaikumsalam wbkh
jazakillah khair ukhti,
insyaallah moga2 bermanfaat impian2 ini buat tqa..
owh, awak pun menulis novel juge ye. menarik :) alhamdulillah.
moga ALLAH mudahkan!
Post a Comment