Saturday, September 4, 2010

P.E. L.U.A.N.G kamu punya KUNCI nya.

Pernah tak suatu masa kamu rasa apa yang kamu buat segalanya turn the other way around?

Pernah tak di satu masa.. kamu rasa semua benda yang kamu buat.. jadi havoc dan tak kena?

Pernah tak di satu masa, kamu rasa semua orang benci kamu?

Pernah tak kamu rasa.. segala yang kamu buat adalah SALAH?

Pernah tak kamu rasa diri kamu teruk sangat dan tak prnah berubah sedikitpun dari dulu?

Pernah tak kamu rasa.. yang kamu tak suka diri kamu dan keadaan teruk kamu sekarang ini?

Dan kamu tak tahu bagaimana nak membaiki salah tersebut...
 nak menyembuhkan hati kamu sendiri dan beri kamu kekuatan utuk mencuba dan berani berhadapan dengan masalah lagi?

Ini konflik diri biasa..
yang semua orang dalam seumur hidupnya akan merasakan benda yang sama.
mungkin sekali, mungkin berkali2.
kerana hakikatnya..
SETIAP ORANG ALLAH CIPTAKAN MASALAH UNTUKNYA.

itulah RASA.
Ujian PERASAAN.
musibah PERASAAN bila berhadapan dengan masalah.


walau bagaimana pun yang kamu rasa..
kamu harus tenang berhadapan dengan perkara tu.
teruskan langkahan kamu,
maju ke depan.

usah difikirkan masalah yang tak selesai..
usah difikirkan perasaan kecewa berkali2 dengan diri sendiri,
usah dihiraukan pada mereka dan keadaan BERKECAMUK pada masa tu.
tenang..

kemudian,
teruskan kerja kamu, ibadah dan khalifah.
teruskan mencari kenikmatan beribadah pada ALLAH..
dan teruskanlah mencari kemanisan melakukan kerja khalifah kamu.


iya, kamu mungkin salah.
dan akan selalu buat salah dalam kehidupan ini.
manusia takkan pernah sempurna.
tapi kamu tahu tak..
apa kunci yang kamu ada?

P.E.L.U.A.N.G.

andai manusia tak mampu memberi kamu peluang,
ingatlah selalu yang KAMU.. KAMU.. KAMU..

kamu yang harus MEMBERI PELUANG pada dirimu sendiri..
dan yakinlah bahawa ALLAH SENTIASA MEMBERI KAMU PELUANG berkali-kali,
andai kamu masih xlupa menyesali kesalahan..
andai kamu masih tak lupa bertaubat padanya..

ALLAH selalu sayang kamu,
selagi kamu sayang ALLAH.

kamu redha pada ALLAH, dan ALLAH juga redha dengan kamu.
subhanaALLAH.




Seorang hamba yang paling kuat di kalangan manusia ialah dia yang merasa lemah di sisi Allah. Ketika itu ujian walau bagaimana berat sekalipun akan mampu dihadapi kerana merasakan Allah akan membantunya. Inilah rasa yang dialami oleh Rasulullah SAW yang menenteramkan kebimbangan Sayidina Abu Bakar ketika bersembunyi di gua Thaur dengan katanya, “la tahzan innallaha maana – jangan takut, sesungguhnya Allah bersama kita!”


 “Dialah Tuhan yang menurunkan ketenangan ke dalam hati orang yang beriman, supaya keimanan mereka makin bertambah daripada keimanan yang telah ada. Kepunyaan Allah tentang langit dan bumi, dan Allah itu Maha Tahu dan Bijaksana.” Al Fathu 4.

No comments: