Sunday, September 5, 2010

Aku lesu dan lemah



Sejak beberapa minggu ni, aku rasa lesu dan lemah semangat.
Seolah tak ada kekuatan untuk naik semula.
Ya, yang salah dan lemah semuanya adalah aku.
jadi, aku mengambil beberapa selang masa untuk aku pulih seperti sedia kala.
Aku bersendiri buat beberapa ketika.. bukan lama.. hanya beberapa hari.
Aku muhasabah. Bertafakur.


Sungguhpun tahap iman dan amal yang aku rasakan kini..
Belum lah meningkat tahap everest,
Tapi sedikit sebanyak.. aku telah meningkatkan diri.
Ya, graf pola iman dan amal aku naik kembali,
walaupun merangkak satu demi satu langkah kecil.
Insyaallah, biarlah kecil..namun istiqamah.




Sekarang ini,
yang aku rasakan..
aku perlukan sokongan.


mungkin bukan lagi sokongan insan.
aku tak merasakan insan manapun mampu membantu aku.
dan aku tak mahu mengharap apa2 dari sesiapa lagi.
aku yang harus berdikari seorang diri.


Jadi, 
aku dah mengambil beberapa step kecil untuk mengembalikan semangatku. Moga berjaya.


1. aku sudah DEACTIVATE facebook akaun.


- facebook ini sesungguhnya hanyalah PERKARA HARUS. Facebook banyak menganggu hidupku, jadi aku sudah buang ia untuk beberapa ketika.


2. Mendelete "beberapa" lagi yang lain.


Moga ALLAH berikan aku kekuatan untuk mencari semula "diri". Insyaallah.




.........................


Dari tulisan blog ummi:




Mana mungkin kita mengelakkan daripada diuji kerana itu adalah takdir Allah SWT. Yang mampu kita buat hanyalah meningkatkan tahap kebergantungan kita kepada Allah di samping berusaha sedaya upaya menyelesaikan masalah itu. Ungkapan yang terkenal: We can’t direct the wind but we can adjust our sail – kita tidak mampu mengawal arah tiupan angin, kita hanya mampu mengawal kemudi pelayaran kita.


Kemudi dalam pelayaran kehidupan kita hati. Hati yang bersifat bolak-balik (terutamanya bila diuji) hanya akan tenang bila kita beriman kepada Allah – yakin kepada kasih-sayang, keampunan dan sifat pemurah-Nya. Dalam apa jua takdir yang ditimpakan-Nya ke atas kita adalah bermaksud baik sekalipun kelihatan negatif. Baik dan buruk hanya pada pandangan kita yang terbatas, namun pada pandangan-Nya yang Maha luas, semua yang ditakdirkan ke atas hamba-Nya pasti bermaksud baik.


Tidak salah untuk kita menyelesaikan masalah yang menimpa (bahkan kita dituntut untuk berbuat demikian), namun jika masalah itu tidak juga dapat diselesaikan, bersangka baik kepada Allah berdasarkan firman-Nya:

“Ada perkara yang kamu tidak suka tetapi ia baik bagi kamu dan ada perkara yang kamu suka tetapi ia buruk bagi kamu, Dan sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dan kamu tidak mengetahuinya” Surah Al Baqarah : 216


Seorang ahli hikmah, Ibn Ata'illah menjelaskan hakikat ini menerusi katanya, “barang siapa yang menyangka sifat kasih sayang Allah terpisah dalam takdir-Nya, maka itu adalah kerana pendeknya penglihatan akal dan mata hati seseorang.”


Siapa tidak inginkan kekayaan, malah kita dituntut mencari harta. Namun jika setelah berusaha sedaya upaya, masih miskin juga, bersangka baiklah dengan Tuhan… mungkin itu caranya untuk kita mendapat pahala sabar. Begitu juga kalau kita ditakdirkan kita tidak berilmu, maka berusahalah untuk belajar, kerana itulah maksud Allah mentakdirkan begitu.


Kalau kita berkuasa, Allah inginkan kita melaksanakan keadilan. Sebaliknya, kalau kita diperintah (oleh pemimpin yang baik), itulah jalan untuk kita memberi ketaatan. Rupanya cantik kita gunakan ke arah kebaikan. Hodoh? kita terselamat daripada fitnah dan godaan. Ya, dalam apa jua takdir Allah, hati kita dipimpin untuk memahami apa maksud Allah di sebalik takdir itu.


Jadi, kita tidak akan merungut, stres dan tertekan dengan ujian hidup. Hayatilah kata-apa yang ditulis oleh Ibnu Ata'illah ini:
“Untuk meringankan kepedihan bala yang menimpa, hendak dikenal bahawa Allah-lah yang menurunkan bala itu. Dan yakinlah bahawa keputusan (takdir) Allah itu akan memberikan yang terbaik.”


Tadbirlah hidup kita sebaik-baiknya, namun ingatlah takdir Tuhan sentiasa mengatasi tadbir insan. Jangan cuba mengambil alih “kerja Tuhan” yakni cuba menentukan arah angin dalam kehidupan ini tetapi buatlah kerja kita, yakni mengawal pelayaran hidup kita dengan meningkatkan iman dari semasa ke semasa. Kata bijak pandai: “It’s not what happens to you, but it’s what you do about it. It is not how low you fall but how high you bounce back!”





2 comments:

aini farhana said...

moga akak tiqah tabah menghadapi semua n.... :)

Wan Nurul Atiqah said...

Jazakillah khair adik :)