Ada satu cerita..
tentang seorang lelaki yang agak dekat dengan diriku suatu masa dulu.
Dulu,
dia masih belum berkahwin,
cuma saat itu dia baru bertunang dengan seorang gadis solehah..
dan di saat aku awal mengenalinya,
saat itu dia sedang menyambung pelajaran di peringkat masters,
oleh itu,
dia selalu ke rumahku kerana hanya keluarga ku yang dikenalinya di sana,
jadi,
dia kerap menziarahi mak dan ayahku,
bawakan buah-buahan dan makanan untuk adik-adik di rumah..
setiap kali dia datang,
aku pasti melihat wajah ahli keluarga ku ceria gembira.
Yang pasti,
dia istimewa buat diriku..
dia selalu memberi semangat padaku untuk sabar menghadapi musibah..
dan terus kuat belajar hingga berjaya,
saat aku kecewa,
dia menenteramkan aku,
dia menceritakan kesusahan hidup yang pernah dia alami,
namun dia tabah hati, dan meneruskan perjuangan ini..
dan ini...
inilah yang sering membuat diriku tertanya..
"jika dia mampu, mengapa tidak aku???"
Dia,
seorang abang yang amat memahami.
dia cuba memahami keadaan hidupku..
dia banyak menasihatiku,
pernah juga dia menegur kesalahanku..
namun segalanya penuh hikmah.
dia tidak marah-marah bila melihat kekurangan aku,
sebaliknya,
dia cuba membantu aku keluar dari masalah hidupku dulu.
pernah juga dia menegur kesalahanku..
namun segalanya penuh hikmah.
dia tidak marah-marah bila melihat kekurangan aku,
sebaliknya,
dia cuba membantu aku keluar dari masalah hidupku dulu.
kerana aku dulunya,
saat di bangku sekolah,
budak hingusan,
saat di bangku sekolah,
budak hingusan,
sungguh berfikiran cetek dan kebudak-budakan.
seorang yang lemah jiwa dan sering mengeluh.
seorang yang lemah jiwa dan sering mengeluh.
ya, itu cerita dulu.
membantu aku,
menggembirakan aku,
mak ayah dan adik-adikku.
walaupun kami tiada hubungan darah,
namun cukuplah hubungan aqidah yang membuatkan segalanya terasa indah.
ini R.E.N.C.A.N.A ALLAH
PERANCANGAN TERBAIK ALLAH untuk membantu ku suatu masa dulu.
bertatih meniti kehidupan yang penuh lopak dan duri.
Suatu masa dulu,
ketika itu dia bakal berangkat ke UK,
untuk menemani isterinya belajar di sana,
dan sebelum dia pergi,
dia memberiku duit RM100.
katanya,
"tqa guna lah duit ni untuk belajar atau beli apa-apa barang yang tqa perlukan,
abang mmg dah niat nak bagi kat tqa. kalau tqa segan nak guna, tqa bagi kat adik2 ye"
memang tak dinafikan..
aku sangat2 memerlukan duit pada waktu itu..
jika aku mahu minta pada mak ayah,
mereka juga tak ada duit saat itu..
kerana keadaan ekonomi keluarga kami amat memilukan.
dan ALLAH mewakilkan dia untuk menjadi penolong aku pada saat kesempitan itu.
itulah dia.
aku tak mungkin lupakan jasa dia.
sungguhpun sekarang,
keluarga ku sudah stabil dari segala segi,
namun jauh di sudut hatiku,
aku ingin membalas segala jasa..
mereka-mereka yang banyak menyokongku..
saat aku hampir rebah dulu.
insyaallah,
bila aku sudah ada kerja nnt,
aku pasti akan pulangkan semula duit RM100 yang dia pernah hadiahkan buat aku dan adik2.
sekarang,
dia sudah ada anak kembar..
dulu hanya berdua, - dia dan isterinya-
tapi kini..sudah berempat mereka.
B.A.H.A.G.I.A
hampir 3 tahun kami tak berjumpa.. sejak dia berangkat ke UK,
dan kini dia sudah pulang dan bekerja..
dan aku pula,
jauh di tanah seberang..
meneruskan sisa-sisa pelajaran di sini...
aku tak sabar untuk pulang,
banyak yang perlu aku balas pada dia dan pada mereka-mereka yang lain :(
sungguhpun aku tahu,
dia dan mereka tak mengharapkan balasan sedikitpun dari aku,
tapi jasanya dan jasa mereka buat diriku..
amat bernilai.
kerana..
dia ADA... mereka juga ADA..
saat aku dulu..
terumbang ambing menguruskan kehidupan.
buat dia,
aku mendoakan moga ALLAH sentiasa memberikan dia KEKUATAN dan KETENANGAN untuk menjalani kehidupan sebagai seorang abi/ayah, juga seorang suami buat isteri tercinta..
moga saja dia dan keluarganya selalu dilindungi ALLAH.
moga saja mereka, kasih keluarga mereka dan cinta mereka..
terus mekar menuju ke syurga.
dia,
sosok lelaki soleh yang pernah aku kenali,
lelaki yang sabar,
lelaki yang tenang,
lelaki yang tak mudah berputus asa,
lelaki yang merendah diri,
lelaki yang menghormati orang tua,
lelaki yang selalu tersenyum, di saat suka dan duka.
moga dirinya,
yang aku kenali..
terus seperti itu..
hingga akhir masa.
insyaallah.
[subhanaallah, gambar anak kembar abang azmi, yang di ambil dari blog isteri nya : ) :) permata hati mereka ]
No comments:
Post a Comment