Sunday, September 12, 2010

MASA-MASA kritikal seorang PEREMPUAN.



Sungguh perempuan ini ALLAH uji dengan perasaan,
lagi-lagi ketika masa-masa kritikal,
MOOD SWING.

sebulan sekali.
rasa stress, sedih, dan lemah.
letih, mudah pening.
ada ke siapa-siapa yang faham?

mak cakap,
kalau mengandung lagi moody.
alamak..
kalau sekarang tak mengandung pun dah sukar kawal diri,
rasa sedih melampau2,
nnt mengandung bagaimana agaknya ye?

orang lain pun rasa begini ke?
or im the only one is this world yang ada problem mood tak stabil ni?

apapun yang ALLAH bagi pada perempuan,
semua tu yang terbaik..
nampak macam buruk kan?
tapi hanya ALLAH tahu hikmahnya..
saya sendiri tak tahu, sbb ilmu manusia ni cetek sungguh.
tak terjangkau dek benda yang luas dan panjang.

kalau orang tanya,
apa yang saya buat bila masa-masa kritikal ni?

saya akan jawab..
YANG PERTAMA,
ingat ALLAH dengan zikir dan istighfar,
kalau malas sangat pun..
dengarlah ayat2 alquran pada laptop ke ipod..
or lagu2 nasyid yang lembut..
yang boleh tenangkan jiwa..

saya suke dengar lagu 99 GLORIFIED names of ALLAH.
kadang2 tu saya dengar selawat syifa' or selawat burdah,
dan macam2 lagi benda yang boleh ingatkan saya pada ALLAH.

YANG KEDUA,
Baca alquran or perhati maknanya..
tengoklah cerita2 perempuan dalam surah2 yang banyak berkaitan dengan wanita,
cthnya surah AN-NISA' dan surah MARYAM.
banyak cerita yang best =p

YANG KETIGA,
menangis if rasa lemas sangat.
sbb dengan menangis akan rasa kuat balik.

YANG KEEMPAT,
contact orang-orang tersayang supaya diri rasa disayangi dan dihargai =p
(perlu ke? bagi saya sangat perlu)
biasalah kan, bila kita "sakit" ni,
kadang manje melampau2,
kadang nakkan perhatian..
LUMRAH ORANG SAKIT.. layanlah...!

bila contact orang,
diri akan rasa kurang lemas sangat..
sebab ade orang tolong tarik dari terus lemas..
penyelamat berwibawa banyak je depan mata kita..
sharelah masalah kita ini dengan orang..
jangan di simpan-simpan..
nanti MELETUP pulak.


YANG KELIMA,
tenangkan jiwa buat seketika dari kesibukan dunia mcm assignment yang melampau2 banyaknya.
(refer to assignment 301 yang due SELASA ni)

keluar jalan-jalan...tengok langit, tengok laut,tengok wajah2 an perangai2 manusia lain..

kalau saya,
saya suke ajak adik saya keluar makan ( hehe, makan ayam CFC kat queen st or makan kat angies kitchen)
adik yang selalu menjadi mangsa saya adalah adik I, adik B, adik A =)
(kesian adik2 tu, kena layan saya)
tapi ALLAH je yang tahu betapa jasa mereka besar untuk saya maintainkan iman, fuhh!

saya malas jogging,
tapi orang cakap,
bagus bersenam ni =p
so,
saya hanya suke berjalan kaki,
merayau2 buat seketika hingga saya rasa tenang..
(dalam 10-30 minit cukuplah, jangan lama2, nnt stress pula masa yang terbuang, dan assignment tak siap!)

saya juga suke keluar kat balkoni rumah saya,
dari balkoni rumah,
saya boleh nampak laut auckland,
burung2 yang terbang dengan sangat riang gembira (best nye kalau saya ada sayap, berangan!)
pulau rangitoto..
langit yang cantik..
pernah sekali tu,
ALLAH hadiahkan saya PELANGI yang cantik antara 2 banggunan. subhanaALLAH!

Ada orang pernah cakap kat saya,
kita akan tenang bila kita dekat dengan alam..
sebab alam ni makhluk ALLAH yang sangat soleh/ solehah..
yang selalu berzikir..
so bila kita bersama dengan makhluk yang selalu berzikir,
jiwa kita insyaallah tenang..

ps: nasihat saya untuk diri saya juga buat teman2 di luar sana, jangan terlalu di ikutkan sangat perasaan. cubalah kawal dan cari solusi terbaik untuk diri masing2. sebab masalah tu tetap ada, cuma segalaya depends kat diri kita.. kalau kita bijak cari penyelesaian, kita akan reda sikit.. insyaallah.

moga berjaya melalui masa-masa kritikal anda.

anda akan SIHAT dan CERIA dengan CARA ISLAM.

insyaallah =p

SELAMAT BERUSAHA!

6 comments:

aishah_conteng_je said...

:)
bila datang waktu2 indah kita setiap bulan,
memang selalu waktu itulah paling diuji emosi. kan?
sedangkan tak boleh pula kita bersujud pada Tuhan.
akak selalu makan asikrim vanila, sibukkan diri, berjalan, baca buku dan tidur. belek terjemahan al-quran juga


selamat hari raya dik


berbahagialah kita diciptakan sebagai perempuan

Atiqah Humaira said...

:) waaa, betui laaa.. itu lah waktu2 indah kita kan?

baik appreciate sebelum monopaus :p

itu lah yang saya jugak alami.

Jazakallah khair sebab sangat memahami dan beri sokongan serta nasihat..

rasa sangat best ade orang bersama2 saya..huhu


selamat hari raya juge akak :)

maaf zahir batin.

Nursyahirah said...

nak menyibuk jugak!


makanlah chocolate.hihi :P
aiskrim vanilla cukup menariklah kak aishah.hehehe :P

time2 kritikal macam ni selalu kena baca bahab2 bacaan yang boleh ingatkan kita dengan Allah.
and kena sentiasa bersembang dengan orang yg boleh ingatkan kita kpd Allah.
kalau tak buat macam tu, makin bertambah2 emosi. huhu T.T


selamat hari raya kak tqa!
maaf zahir dan batin
:)

Atiqah Humaira said...

ye lah syirah,
dah lama akak xmakan chocolate :)

esok akak nak pergi beli..hehe

selamat hari raya,
maaf zahir batin juga untuk adik syira yang akak sayang :)

cucutokjanggut said...

salam wbt..

Taqaballah minna wa minkum tiqah sayang ;)

ujian perasaan ni..huhu.

Fizah Jepun

Atiqah Humaira said...

wslm wbkh fizah..

lame xdgr berita wak..hee,
iye..
biasalah tu...
perempuan normal..

selamt hari raya.
maaf zahir batin..