Friday, August 6, 2010

Contoh Surat Tidak Rasmi untuk Mohon Kahwin Awal




Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh…

Kepada ayah yang ku kasihi dan bonda yang ku cintai…

Apa khabar dengan keluarga di Labuan? Semoga hendaknya dalam keadaan sihat dan mendapat rahmat ALLAH sentiasa.

Ajib pun tak berapa jelas mengapa ajib nak tulis surat ni kepada mak dan ayah. Rasanya sepanjang hidup ni, jarang benar ajib tulis surat untuk mak dan ayah. Selalunya kalau ada apa-apa pun, ajib selalu telefon saja berbanding untuk menulis surat. Tapi adakalanya juga, ada sesetengah perkara yang ajib tak boleh nak cakap melalui telefon dan lebih suka untuk membincangkannya dalam bentuk surat.

Dipendekkan cerita, ajib sebenarnya untuk meminta redha dari mak dan ayah untuk bernikah. Mungkin mak dan ayah terkejut apabila ajib cakap macam nie. Ajib bercadang untuk bernikah dalam tempoh kurang dari satu tahun dari sekarang. Ajib nak nikah nie bukan kerana nafsu semata-mata tapi hanya ingin menyempurnakan sebahagian dari agama. Selain itu, dengan nikah, ajib akan lebih terpelihara daripada melakukan sebarang maksiat kepada ALLAH.

Kadang-kala, ajib rasa hairan, masyarakat sekarang lebih suka anak-anak mereka ada boyfriend dan girlfriend. Kemudian dibenarkan pula berjalan berdua-duaan tanpa mahram perempuan tersebut. Perkara ini haram di sisi Islam. Sedangkan Islam telah memberikan satu jalan keluar yang baik dalam masalah ini iaitu dengan nikah.

Ajib bukan terburu-buru untuk bernikah, tapi ajib nak mak dan ayah boleh faham konsep nikah yang sebenarnya di dalam Islam. Islam menganjurkan nikah adalah untuk mengurangkan berlakunya maksiat di dalam masyarakat seperti zina. ALLAH SWT berfirman:

“Dan janganlah kamu menghampiri zina…” (Surah al-Isra 17: 32)

Zina takkan terjadi di antara lelaki dan perempuan dengan serta-merta. Zina akan berlaku melalui beberapa step (langkah) yang menghampiri kepada zina sebagai contoh berjalan berduaan lelaki dan perempuan tanpa mahram (boyfriend dan girlfriend). Walaupun bertunang, Islam tidak membenarkan pasangan tunang tersebut untuk berdua-duaan tanpa mahramnya. Tunang bukan tiket untuk menghalalkan perhubungan antara lelaki dan perempuan. Ini hanya tradisi yang terdapat dalam masyarakat melayu. Islam menyuruh orang muslim untuk bernikah untuk menghalalkan hubungan tersebut.

Mengikut kajian yang dilakukan di sebuah universiti tempatan, 80% mahasiswa yang cemerlang adalah terdiri dari mereka yang telah berkahwin. Ini kerana pasangan yang telah berkahwin, merasakan mereka ada tanggungjawab yang harus mereka pikul, dan akhirnya mereka bersungguh-sungguh dalam pelajaran untuk mencapai kecemerlangan. Jadi, orang yang bagi alasan bahawa menikah sewaktu belajar akan mengganggu study adalah tidak tepat.

Di universiti ajib, ramai pelajar yang ‘bercouple’ dan mereka boleh belajar seperti biasa. Tapi, apa yang mereka buat tu adalah maksiat. Kan elok, kalau ibubapa mereka membenarkan mereka bernikah dan mereka pun boleh belajar seperti biasa. Yang ini adalah yang disuruh dalam Islam. Jadi apa perbezaannya? Yang satu, belajar tapi diiringi dengan maksiat (macam mana nak berkat ilmu yang belajar) dan yang satu lagi belajar dan telah pun menunaikan salah satu sunnah Rasul SAW. Sekarang pilihan di tangan kita, samada nak kepada benda baik atau buruk.

Mengenai calon, ajib takde lagi. Tapi, InsyaALLAH kalau mak dan ayah bagi ajib green light, masalah calon, mak dan ayah jgn risau (bagi tempoh 6-8 bulan), yang penting mak dan ayah bersedia. Ajib lebih suka calon tu ajib yang pilih sendiri. Tapi tak bermakna mak dan ayah tak boleh memilih calon yang sesuai untuk ajib.

Mak dan ayah mungkin akan bertanya bagaimana pulak ajib akan memberikan nafkah zahir dan batin kepada isteri yang ajib nikahi nanti. Seperti yang ajib katakan awal-awal tadi, ajib nak nikah bukan kerana nafsu semata-mata. Dalam tempoh ajib belajar, dan kemungkinan juga perempuan tu juga sedang menuntut di unversiti, maka ajib akan buat syarat yang dipersetujui bersama untuk menangguhkan dahulu nafkah batin untuk tempoh tertentu.

Dalam sirah Rasulullah SAW, Rasul bernikah dengan dengan Saiditina Aisyah ketika Aisyah berumur 9 tahun dan berumah tangga dengannya pada umur Aisyah mencecah 12 tahun. Ini bermakna Rasulullah menunaikan nafkah batin untuk Aisyah ketika mana Aisyah berumur 12 tahun, iaitu 3 tahun selepas menikah. Kalau dalam istilah kita dipanggil ‘nikah gantung’. Tak kisah lah apa pun namanya yang penting Rasulullah telah mencontohkan perkara seperti itu.

Tapi selepas menikah, maka hubungan lelaki dan perempuan yang dulunya terbatas kini telah tiada. Kalau ajib telefon dia, ajib dapat pahala, ajib rindu kat dia, ajib dapat pahala, ajib bagi hadiah kat dia, ajib dapat pahala malahan kalau ajib keluar berdua-duaan dengannya adalah halal. Kan ini lebih baik dari mereka yang ber ‘couple’. Kalau pasangan yang belum menikah, mereka telefon sesama sendiri, dipanggil zina mulut dan telinga (dosa), rasa rindu di hati dipanggil zina hati (dosa), keluar berdua-duaan lagi, tambah lagi satu dosa. Jadi, ajib nak tanya pada mak dan ayah, adakah mak dan ayah sanggup untuk membiarkan anaknya untuk bergelumang dengan dosa atau mengikut Sunnah Rasul yang tercinta iaitu nikah. Sekarang pilihan di tangan kita…

Berkenaan nafkah zahir pula, memandangkan ajib masih belajar dan mungkin juga dia masih belajar, maka ana akan berbincang dengannya untuk mempertimbangkan perkara ini. Nafkah zahir wajib ajib bagi sebagai suami walaupun dalam jumlah sedikit. Sebagai contoh, kalau nanti dia setuju untuk menerima RM 50 sebulan, maka ajib akan bagi dia sesuai dengan kehendaknya. Lagipun, untuk sementara waktu ini, biarlah mak dan ayahnya menanggung makan, minum dan pakaiannya walaupun sebenarnya ini tugas seorang suami. Tapi tak salah kalau ibu bapa sanggup untuk menyara kehidupannya sementara menunggu waktu apabila sudah bersedia berumah tangga. (minta dibezakan antara erti nikah dan berumah tangga).

Macam sekarang ni lah, kalau nenek bagi mak baju sebagai hadiah, takkan mak tak terima dan bagi alasan kewajipan beri pakaian ini hanya terletak pada suami. Mak akan terima juga. Kalau nenek menjamu mak dengan makanan, mak jangan tak makan kerana dengan alasan yang patut menanggung makan minum kita adalah suami. Yang penting, isteri mesti redha dengan apa yang diberi oleh suami. Kalau mak dan ayah masih kurang jelas, mak boleh bertanya kepada ustaz mengenai masalah ini.



Mak dan ayah jgn risau, sebelum ajib nak nikah, ajib akan jelaskan hal ini kepada bakal isteri ajib. Kalau dia menyetujuinya, alhamdulillah, kalau tak ajib tangguh dulu. Apa-apa pun, ajib tegaskan sekali lagi, ajib nikah ni bukan kerana nafsu semata-mata, tetapi adalah untuk memelihara seluruh anggota zahir dan batin ini dari terjebak ke lembah dosa.

Ajib tengok semua abang ajib nikah awal dalam umur 22 tahun. Ajib cadang pun gitu juga. Banyak juga kelebihan kahwin awal ni antaranya waktu ajib tua nanti, ajib tak risau sebab waktu tu anak-anak dah besar dan mungkin dah ada kerjaya sendiri. Kalau kahwin lambat, nanti waktu tua (dah pencen), ada anak-anak ajib nanti baru masuk darjah satu, ada yang ambik PMR dan SPM dan perlu banyak duit. Waktu dah pencen, nak harap wang pencen, sikit sangat.

Mau tak mau, dah tua-tua kena kerja juga banting tulang nak sara anak-anak yang masih sekolah. Sepatutnya waktu tu, ajal nak dekat sampai, patutnya lebih banyak beribadat kepada ALLAH. (tak bermaksud sekarang tak perlu nak beribadat, ajal dan maut di tangan Tuhan. Tua pun mati, yang muda pun mati). Ajib juga harap, anak-anak ajib nanti (kalau ada rezeki) akan dapat menerima belai kasih dari datuk dan neneknya sebelum mak dan ayah meninggalkan dunia yang fana ini.

Dan kelebihan yang lebih besar dari itu ialah kita dapat menundukkan pandangan dan nafsu kita dari bermaksiat kepada ALLAH di samping mengikut sunnah Rasul SAW. Dalam umur muda nie, macam-macam dugaan dan cabaran yang menanti. Punca maksiat ada di mana-mana. Ajib tak nak ajib akan terjerumus ke dalam jurang dosa dan lebih-lebih lagi harapan mak dan ayah untuk tidak nak melihat anaknya untuk menderhaka kepada ALLAH dan Rasul.

Ajib sebenarnya dah buat satu risalah mengenai nikah ni tahun lepas dan ajib dah pos ke rumah pada tahun lepas juga. Tapi sampai kat Usu Mol, sebab ajib tak tulis nama mak dan ayah. InsyaALLAH dalam risalah tu ajib ada terangkan tentang konsep perkahwinan di dalam Islam.

Diharap mak dan ayah tak terkejut dengan kehadiran surat ini. Ajib nak mak dan ayah terima surat sebagai satu surat biasa yang tak perlu untuk dijadikan isu keluarga yang besar. Sebab bagi ajib, kalau ajib membicarakan masalah ni, ia adalah satu yang normal sebab ajib pun seorang lelaki yang akhirnya akan bernikah jua.

Mungkin saja ajib membicarakan hal nikah ni ketika mana ajib baru berusia 20 tahun (dalam tahun Islam, ajib dah 21 tahun). Tapi ini tak boleh dijadikan alasan untuk tidak menyetujui pendapat ajib ini. Diharap mak dan ayah dapat membaca surat dengan ikhlas tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak. Ajib tidak memaksa mak ayah untuk menyetujui seratus peratus apa yang ajib katakan ini, tapi jika ada kebenaran dalam hakikat, apa salahnya untuk kita menerimanya dengan hati yang lapang dan fikiran yang terbuka.

Kalau boleh jgn bagitau abg jul dan abg didi, mungkin mereka tak setuju dengan keputusan ajib ini atas beberapa faktor. InsyaALLAH, kalau ada apa-apa nanti, ajib akan maklumkan kepada mereka. Sebenarnya bagi seorang lelaki, dia tak perlu untuk minta izin kalau nak nikah tetapi Islam menyuruh kita tidak membelakangi orang tua dalam kita nak buat keputusan. Sebab redha ALLAH adalah berserta dengan keredhaan mak dan ayah. Berbanding dengan perempuan, mereka harus minta izin, sebab ayahnya harus jadi wali dalam pernikahan nanti.

Akhirul kalam, doakan ajib di sini agar dipermudahkan urusan di dunia dan di akhirat. Kirim salam dengan semua keluarga di Labuan.


Puteramu,
Ajib



ps: moga bermanfaat untuk semua adik-adikku yang sedang berjuang ke arah BM.

wassalam.

16 comments:

Miss dizzy said...

hehe... sgt bagus surat nih.. bukan untk dicuba..tp penjelasan itu sendiri menambahkan kefahaman.. ^_^

mintk share yer.. =) jzkk...

Anonymous said...

subhanallah.. sangat menarik. Kefahaman si ajib sangat jelas + seperti ana merasakan dia mempunyai ilmu yang cukup untuk menikah. Dengan kata lain, bersedia untuk menikah.

Well.. ana ternampak topik yang lebih kurang sama di sini..

http://atmkeikan.blogspot.com/2010/08/nikah-connecting-people.html

Video youtube mengenai satu forum di Chech. ^_^

bittaufiq wan najah~

Wan Nurul Atiqah said...

:) alhamdulillah..

sharelah..

moga dapat memudahkan urusan baitul muslim=membina masjid adik2 kita yang punya masalah..
insyaallah

Syariful Bahri said...

hehe, tak tahu nak kata apa...
just nak gtau,
jazakillah khairan atas perkongsian..
banyak info baru yg ana dpt..

Wan Nurul Atiqah said...

alhamdulillah..

moga bermanfaat buat adik2.

mohon doa semua org moga ALLAH mudahkan BM akak..huu,
masih PENCARIAN TANPA NAMA.

THE UNKNOWN.

wassalam

Nur'Ain Illiyana said...

salam tuan rumah....

sgt bermanfaat, iA...
mintak izin utk copy n share..

syukran!mail.com

Anonymous said...

nama ajib tu bunyi cam dah xserius dah

then part nak tanggung bini tuh
adoyai..
xnampak cam ready pun
siap nak fikir sal anak lagi?
bagus
tapi nampak cam x tertanggung juga

lelaki kalau nak jadi suami
at least boleh stand sendiri dulu

saya bukan nak kutuk sape2 nak kahwin awal
tafaddol klu yakin boleh
tawakkal pun jangan lupa

to all
agak2 ramai mana lelaki bertanggungjawab kat dunia, Malaysia particularly skang ni?
hari2 duk baca kisah sumbang mahram..sedih memikirkan nasib wanita di akhir zaman

~mr somebody~

fieqa said...

salam k.tiqah.
ni fiqa ni junior akak.
x lama lagi dah nak blek ipba dah kan .
sy pulak nk smbung ke luar..
x thu bile dpt jmpe lagi kan.sobs2.


post ni = terbaik!

love ur words,


masih PENCARIAN TANPA NAMA.

THE UNKNOWN.


moga Allah menjaga kita. :D
insyaAllah

Saiful Aqmal said...

Kefahaman tentang perkahwinan dah mantap. alhamdulillah.

Tapi kalau saya menjadi seorang bapa, jangan harap la si ajib ni nak kahwin cepat.

Sebab bahasa dalam surat sangat lah tidak melambangkan kehalusan dan hikmah berbicara dengan ibu bapa.

Guys, it is not absolutely how much you know and understand about the fqh munakahat to obtain permission for the marriage from your parents, but it is how ready you are to accept the responsibility of the marriage.

Dan kalau Ajib tidak boleh menunjukkan adab berbicara dengan ibu bapa yang baik, bagaimana ibu bapa hendak membenarkan Ajib berkahwin dan mendidik isteri dan anak-anak untuk berakhlak dengan baik?

Anonymous said...

mohon share ye.. =)

LoNgJaR said...

saya suka entry ni..
time kasih tuan blog sudi kongsi kisah ni..
(^_^)

z.e.t.t.y said...

bes gler!~ br plan nk wat surat macam nie kat parents.. hehehehe

dah dpt da satu which is exactly what im thinking of. yeay!

Wan Nurul Atiqah said...

ASSALAMUALAIKUM WBKH buat semua yang meresponse..

setelah di amati,ada sahabat yang bersetuju dengan apa yang di tulis ajib untuk familynya..

dan tak kurang juga, ada yang mengatakan bahawa ajib ini.. menggunakan bahasa yang kurang sopan..mengenai hal ini, setiap individu berbeza caranya bila dela dengan parents..

mungkin ajib seorang yang manja dan terus terang dengan parents.. jadi, kit harus hormati apa yang ditulis.. kerana penulih tentu lebih mengenali orang tuanya sendiri. wallahualam.

seperti tajuk surat di atas,
ianya hanyalah satu "CONTOH" SURAT TIDAK RASMI. satu conton untuk sahabat2 di luar sana mengambil pedoman dan teladan.. dan mungkin boleh membuka minda individu2 tertentu..

jadi, ambillah yang baik..dan jika anda tak bersetuju maka terserahlah..

buat adik-adik dan teman-teman yang punya masalah dengan parents masing2 mengenai masalah perkahwinan, maka berbincanglah dengan parents dengan cara yang berHIKMAH..

jika masih gagal, maka mungkin menulis surat..dengan menyatakan rasa hati yang terbuku dapat menjernihkan keadaan..

melalui cerita2 ustaz yang saya pernah dengar, ramai juga "ustaz2" kita yang menulis surat pada keluagra masing2..meluahkan rasa dan menjelaskan dengan berhikmah.

ini hanya satu IKHTIAR..
ALLAH YANG MENENTUKAN KEPUTUSANNYA.

tapi alangkah bagusnya, manusia yang tak cepat berputus asa kan??

PINTU KELUAR ITU ADA.
KUNCI PINTU ITU ADA PADA ALLAH..
tapi..
PEMBUKA PINTU ITU ADALAH DAN TENTULAH ANDA!!!!!!!

lelaki yang berani..
serta perempuan yang berani..
AKAN TERUS BERJUANG..

BERANI UNTUK MENEGAKKAN AGAMA ALLAH..
BERANI MENCERAHKAN HATI ORANG2 YANG TAK FAHAM..

moga berjaya..

ALLAH bersama antum.

ikhliaskan niat masing2.


wallahualam.

Anonymous said...

salam tuan rumah
semoga pencarian diREDHAINYA

ana terjumpa entry menarik utk kita sama2 yang nak berBM ni baca

http://muharikah.wordpress.com/2010/02/23/bm-dan-couple/#more-1198

Anonymous said...

salam, saya tertarik ngn entri ni. mohon share yep~

Wan Nurul Atiqah said...

jazakillah khair..

silakan share..insyaallah moga bermanfaat :)