"Semoga Allah memberikan kemantapan hati jika cita-cita aku ini bukan sesuatu yang salah, menjadikannya tidak sebatas pada keinginan, tetapi juga keperluan. Semoga Allah memperkenankan cita-cita sederhana ku ini menjadi nyata, meredhainya dan menjadikannya jalan terbaik yang dipilihNya untuk diriku yang lemah lagi hina, serta moga ALLAH memberi kemudahan bagi aku untuk melalui aral-melintangnya."
Pasti..!
Siapa pun punya cita-cita dalam kehidupan ini kan?
Aku terkadang berbicara halus mengadu pada ALLAH..
"Mengapa jalan yang aku lalui untuk mendapatkan cita-citaku itu jalan yang amat SUKAR?"
"Mengapa perlu ada sekian rintihan jiwa dan bertan-tan air mata?"
CEMBURU AKU.
ya, aku terkadang cemburu pada insan lain.
MEREKA BAHAGIA. SUNGGUH BAHAGIA.
tapi sejauh mana aku yakin akan itu?
Entah, Aku TAK PASTI.
aku..
hanya melihat dari kata mata orang luar..
yang melihat mereka senyum. ketawa, gembira..suka.. bersama-sama.
Namun, ALLAH lebih tahu.
bahagia atau tidaknya mereka.
...............
ya,
sungguh aku hamba lemah jiwa.
ini diriku.
hamba yang selalu merintih lemah.
aku rindu PERTOLONGAN ALLAH.
kerana sungguh,
saat ini aku sesat tak jumpa jalan keluar.
aku semput nafas teramat-amat.
tersekat-sekat tangisku.
ALLAH nampak.. ALLAH tahu.. ALLAH dengar..
Tapi ALLAH masih membiarkan aku sendiri.
Tapi ALLAH masih membiarkan aku terkapai-kapai hingga kini.
ya,
masih kurang..
masih kurang redha pada takdir ILAHI,
sedangkan itulah yang terbaik buat diriku.
ya,
aku masih kurang..
Aku masih kurang perhatian dan cinta ALLAH.
tentu sekali.
kerana aku sering lalai memberi perhatian dan cinta pada ALLAH.
tentu sekali.
tentu sekali.
kerana aku masih lemah berhubungan dengan manusia.
tentu sekali.
kerana aku masih tempang disana sini.
dan aku tahu,
AKU HINA.
HAMBA HINA.
namun,
aku takkan berhenti berharap dan mencuba.
cuba membaiki keadaan diriku.
cuba mencari penyelesaian.
yang penting..
yang harus ada pada aku saat ini.
adalah..
S.A.B.A.R.
.............
aku mahu pergi..
mahu lari ke tempat jauh....
tapi..
aku masih punya tanggungjawab dengan kehidupan ini.
mereka di sana. mereka yang ku rindui dan ku cintai di tanah sana..
sedang menunggu aku.
aku harus kuat.
kerana kekuatan aku..
SUMBER KEBAHAGIAAN mereka.
AKU,
SUMBER MUJAHADAH MEREKA.
aku harus kuat kerana ALLAH,
dan aku harus KUAT kerana aku menyayangi mereka..
kerana ALLAH minta aku sayang pada mereka..
aku HARUS.
cita-cita ku......
masih jauh.......
doakan aku, teman!
moga aku cepat sembuh.
aku sendiri.
SENDIRI MENYEPI.
(Andai aku mampu terus sujud tak bangun..... andai aku mampu menggapai bahagia itu..andai aku MAMPU...)
Terlalu banyak yang dirisaukan, rezeki, usia, jodoh... sementara semua sudah tertulis bahkan sebelum dilahirkan... :) Betapa hidup dipenuhi dengan godaan... Alangkah baiknya bila berhasil menjadi hambaNya yg senantiasa berserah diri.. ~ "Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah kamu bersedih hati, padahal kamulah orang2 yang paling tinggi (derajatnya), jika kamu orang-orang yang beriman." (QS.3:139) - adikku, NADIA KARINA HAKMAN-
Siapapun paham bahwa tawa menandakan kebahagiaan, tapi menikmati tangis adalah kemewahan yang tidak dirasakan oleh sembarangan manusia; beruntunglah jiwa-jiwa yang menyadarinya. - -Adikku, BEZIE.
"Demi Allah, kalau kalian mengetahui apa yang aku ketahui, niscaya kalian akan sedikit bersenang-senang dan banyak menangis, dan kalian juga tidak akan bersenang-senang terus di atas ranjang dengan istri kalian, lalu kalian akan keluar menuju ke pegunungan (tempat menyepi) untuk beribadah kepada Allah" Abu Dzar berkata, "Sampai-sampai aku menginginkan kalau diriku hanyalah pohon yang tumbang."(HR Tirmidzi dan Ibnu Majah)
Bangun, tqa!!!!!!
Bangun.....
Kejar cita-citamu..
Yakin..
kamu BOLEH!
Allah BERSAMA kamu!
No comments:
Post a Comment