Rasulullah S.A.W. bersabda ,”tiga perkara yang siapa melakukannya akan dapat merasai kemanisan iman , iaitu ;
• dia mencintai Allah S.W.T. dan Rasulullah S.A.W. melebihi segala-galanya ,
• dia mencintai seseorangsemata-mata kerana Allah S.W.T. dan
• dia amat membenci kemungkaran, sepertimana dia benci dicampakkan ke Neraka jahanam.
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
TANDA-TANDA ALLAH S.W.T CINTA KEPADA HAMBA-NYA IALAH ;
1. Hidupnya sentiasa dalam keadaan yang baik dan diredhai. Dia dididik oleh Allah S.W.T. semenjak kecil dengan memasukkan iman di hatinya , dijernihkan akal supaya menjadi pandai dan oleh itu, dia mengikuti setiap perkara yang mendekatkan dirinya kepada Allah S.W.T. dan menjauhi setiap amalan yang menjauhkannya daripada Allah S.W.T.
2. Allah S.W.T. memudahkan setiap urusannya ,sehingga dia tidak akan menggunakan cara kotor dalam urusan sesama makhluk dan hanya mengharap keredhaan Allah S.W.T. dalam setiap urusan dan tindakan .
3. Allah S.W.T. menjadikan hatinya cenderung membaiki ,meningkatkan dan memenuhi tuntutan cintanya kepada Allah S.W.T. berbanding urusan lain .
4. Allah akan datangkan kepadanya ujian dan dugaan dari segala aspek untuk menilai keimananya.Kerana dengan ujian itu hati akan merintih penuh pengharapan kepada Allah S.W.T.
TANDA –TANDA HAMBA YANG MENCINTAI TUHANNYA IALAH ;
1. Dia sangat merindui saat pertemuan dengan Tuhannya dan kerinduan itu tidak wujud sekiranya dia enggan menghadapi kematian sedangkan pertemuan dengan Allah S.W.T. hanya akan berlaku selepas menghadapi kematian .
2. Dia amat mengutamakan apa yang disukai oleh Allah S.W.T. berbanding apa yang disukai oleh dirinya sendiri.
3. Dia menghindarkan setip yang mengundang kemurkaan dan kebencian Allah S.W.T. walaupun sekadar perkara yang makruh .
Kerana cintanya itu,
dia sentiasa sibuk mengingati Allah S.W.T. samada melalui lisan mahupun hati
dia mencintai Al-Quran kerana ALQURAN adalah Kalamullah,
sERTA mencintai Rasulullah S.A.W. kerana Allah S.W.T. amat mencintai Baginda SAW.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment