Maksud pergaulan: bercampur antara wanita dan lelaki ajnabi di satu tempat yang pada kebiasaannya membawa mereka berpandangan, bercakap dan berinteraksi.
- Hukum asal pergaulan wanita dan lelaki ajnabi adalah ditegah.
- Tiada nas yang jelas melarang pergaulan. Tegahan pergaulan ini hanya disimpulkan dari beberapa tegahan lain:
- Tegahan wanita bermusafir sendirian tanpa mahram
- Tegahan berkhalwat antara wanita dengan lelaki ajnabi
- Tidak wajib solat jamaah ke atas wanita
- Tidak wajib solat jumaat ke atas wanita
- Hukum-hukum khusus mengenai wanita dalam ibadat haji
- Tegahan wanita berjalan berseiringan dengan lelaki
Dari larangan-larangan inilah ulamak menyimpulkan pergaulan wanita dengan lelaki ajnabi ditegah.
Pergaulan yang dibenarkan atas dasar pengecualian kerana keperluan:
- Pergaulan atas sebab darurat
- Pergaulan untuk tujuan bermuamalah
- Pergaulan untuk tujuan melaksanakan tugas-tugas kehakiman
- Pergaulan menunaikan kesaksian
- Pergaulan atas tugas penguatkuasa undang-undang
- Pergaulan untuk tujuan melayan tetamu di rumah
- Pergaulan untuk tujuan menghormati tetamu dengan makan bersama
- Pergaulan dalam kenderaan awam bagi wanita yang melakukan kerja syar’ie dengan syarat hukum-hukum Islam yang lain dipenuhi
- Pergaulan untuk melakukan kerja-kerja jihad
- Pergaulan untuk tujuan mendengar ceramah dan ilmu
- Pergaulan atas sebab kebiasaan dan adat yang
tidak bercanggah dengan syara’
- Dalam kitab Muwatta’ oleh Imam Malik disebut:
“Wanita (boleh) makan bersama lelaki apabila pada kebiasaan adat wanita makan bersama-sama lelaki"
eg:
- Pergaulan semasa menziarahi keluarga terdekat dan teman handai pada majlis-majlis tertentu, tapi syarat2 nya haruslah sama dengan syarat memelihara adab sopan keislaman dan hukum-hukum Islam..
Pergaulan wanita dengan lelaki dalam satu majlis bersama. Ada dua pendapat:
- Pendapat pertama: tidak boleh kerana hadis mengenai pengaduan kaum wanita di zaman Rasulullah tentang kelebihan kaum lelaki mendapatkan ilmu, lantas Rasulullah s.a.w memperuntukkan satu masa belajar khusus bagi wanita.
- Pendapat kedua: boleh kerana pergaulan untuk tujuan muamalah dibolehkan, maka pergaulan untuk menuntut ilmu tentulah lebih boleh lagi, kerana suasana menuntut ilmu lebih jauh dari fitnah berbanding suasana muamalah.
- Tentang hadis yang dikemukakan di atas, pengkhususan satu majlis untuk kaum wanita bukan kerana larangan pergaulan lelaki dan wanita semasa menuntut ilmu, tetapi kerana tabiat kaum wanita sentiasa banyak terhalang untuk keluar bersama Rasulullah s.a.w. Tidak seperti kaum lelaki yang sentiasa berpeluang untuk berbuat demikian. Oleh itu wanita perlu dikhususkan satu masa bersama Rasulullah s.a.w.
- Namun demikian keharusan ini hendaklah disertai dengan iltizam yang bersungguh-sungguh, hukum, adab dan tata susila Islam iaitu:
- Menjaga aurat
- Tidak tabarruj
- Tidak mengangkat suara dengan tinggi
- Serius, tidak bermanja-manj dan melembut-lembutkan suara sewaktu bercakap
- Menundukkan pandangan, bukan mata galak, bukan curi pandang
- Warak, tapi bukan warak-warak kucing..
hakikatnya, ramai antara kita yang selalu memandang remeh soal ikhtilat, seakan2 tiada syariat yang membataskan hal ini. Mana perginya hijab iman dan malu orang2 beriman??
bahkan, dlm golongan ikhwah ahkowat sendiri soal ikhtilat dipandang enteng..sehinggakan orang umum memandang bahawa hal pergaulan mesra ini merupakan perkara biasa.jika begitu keadaannya, bagaimana kita mahu sampaikan seruan islam, andai dalam diri pendokong dakwah sendiri masih ada karat2 jahiliyyah???
itukah uswah hasanah???atau kita hanya menjadi FITNAH pada kemurnian agama ini?
tepuk dada, tanya iman.
NAMUN,ADA JUGA KISAH SEBALIKNYA TTG KEUNIKAN IKHTILAT IKHWAH AKHOWAT INI...
ana ingin berkongsi sebuah kisah...dimana ana pernah ditegur direct oleh seseorg:
kata sahabat ana itu:
"akhowat seakan hipokrit...sbb dgn ikhwah, sombong, masam mencuka...tp dgn org lain, lebih2 lagi NON-MUSLIM, boleh pula bertegur sapa, bergurau senda..."
ana memandang ini sebagai tarbiyyah ALLAH untuk ana..
kepada sahabat ana yg menegur, ana ucapkan jazakallah hu khairan katseera..
kerana..beliau mengingatkan ana supaya lebih berhati2 dlm menjaga ikhtilat...
dan mungkin juga kesilapan ana andainya ana tidak sengaja MENCUKA di hadapan beliau, tp beliau mengganggap ana BETUL2 MENCUKA ATAU BENCI PADA DIRINYA..
kadang2, dlm isu ini..ana lebih byk bertawakkal pada ALLAH setelah ana melakukan sesuatu...
ana selalu berpegang pada hadis 27:
Daripada al-Nawwas ibn Sam'aan r.a. daripada Nabi SAW baginda bersabda:
Kebajikan itu ialah keelokan budi pekerti dan dosa itu ialah apa yang tergetar dalam dirimu dan engkau benci orang lain mengetahuinya.
(Hadis riwayat al-lmam Muslim).
Dan daripada Waabisoh ibn Ma'bad r.a. beliau berkata: Aku telah menemui Rasulullah SAW lalu
Baginda bersabda:Engkau datang mahu bertanya tentang kebajikan? Aku berkata: Ya. Baginda bersabda: Mintalah fatwa dari hatimu. Kebajikan itu ialah suatu perkara yang diri dan hati merasa tenang tenteram terhadapnya,dan dosa itu itu ialah suatu perkara yang tergetar dalam dirimu dan teragak-agak di hati, sekalipun ada
orang yang memberikan fatwa kepadamu dan mereka memberikan fatwa kepadamu.
(Hadis Hasan riwayat al-lmam Ahmad dan al-Daarimie dengan isnad yang baik.)
ana menjauhi untuk bertegur sapa dgn ikhwah atas sebab mahu menjaga hati..apatah lagi ana amat malu dgn mereka..ana terlalu hormat pada mereka, kerana ana memandang mereka sbg khudwah dan pemimpin..tak terkeluar sebutir kata pun dibibir, disebabkan hal2 diatas..
apatah lagi, jika selepas berbicara dgn ikhwah,hati ana akn jadi gelisah..bukankah itu petanda yg kurang baik...seperti hati di atas. wallahulam.
mungkin atas kekurangan2 ana,,,
ada yg mengganggap ana sombong dan sebagainya..
ana mohon ampun pada ALLAH..
kerana sesungguhnya ana sedar,,
ana byk kelemahan...
dan ana sgt takut,
ana byk dosa dlm soal ikhtilat ini...
ana tidak mahu menjadi FITNAH..
FITNAH BG MANA2 HATI..
andai ana salah,
tegurlah ana..
dan ana akan reflect balik pada diri ini..
mengubah apa yg patut, selagi tidak mengurangkan iman ana..mujahadah ana pada ALLAH..
seseungguhnya, 'soal ikhtilat ini hanyalah satu isu kecil yg tidak harus diperdalamkan..
kerana..
andai iman dan taqwa sudah menjadi benteng di dada...
kita tak harus risau pada apa2..
iman akn mengawasi kita,,
lantas ALLAH akn membimbing kita ke jalan yg benar...
yg paling penting ialah:
MENGUTAMAKAN ALLAH dlm setiap urusan...mengutamakan PANDANGAN MATA ALLAH BERBANDING
pandangan mata manusia..
"HANYA PADA ALLAH TEMPAT KEMBALI SESUATU URUSAN"..
...JGN SEDIH, JGN TAKUT...
ANDAI KITA TERSALAH LANGKAH, KEMBALILAH KE JALAN YG BENAR..KERANA kita hanya HAMBA!
No comments:
Post a Comment