Rasulullah saw bersabda :
“Malu itu sebahagian daripada IMAN dan IMAN itu di dalam syurga. ”
Kebiasaan kita mendengar, lelaki diistilahkan sebagai kumbang dan wanita pula sebagai bunga. Kalau kumbang suka kepada bunga, lelaki tentulah suka kepada wanita. Sejak remaja lagi keiginan lelaki kepada wanita sudah berputik. Lalu wanita menjadi sasaran usikan lelaki, di jalan raya, di pasaraya, perhentian bas dan bahkan boleh dikatakan di mana – mana ruang dan peluang. Selagi usikan itu tidak diberikan perhatian, mereka akan terus mencuba. Dalam sebuah hadith, Rasulullah saw bersabda :
“Terdapat 99 bahagian tarikan pada wanita berbanding lelaki, lalu Allah kurniakan ke atas mereka sifat malu.”(Hadith riwayat Baihaqi)
Wanita, walau apapun yang dilakukannya akan mendapat perhatian lelaki. Jika berbuat baik akan dikagumi, apabila berbuat jahat dibenci, apabila memakai pakaian menutup aurat dilihat menawan, apabila berpakaian seksi dilihat menggoda, dan pelbagai lagi yang menarik perhatian.
Oleh sebab itu, Allah swt mengurniakan sifat malu kepada wanita. Dengan sifat malu itu, wanita akan berfikir panjang sebelum melakukan sebarang tindakan lanjutan. Kalau hendak berbuat jahat dia akan memikirkan kalau – kalau ALLAH murka padanya,
ataupun ketika
hendak mendedahkan aurat dia takut orang mengganggunya,
hendak berjalan seorang pun dia takut ada orang yg bakal mengusiknya.
Begitulah peranan malu yang boleh membantu dalam tindak – tanduk seorang wanita. Tetapi kalau tidak tahu malu? Tentulah mereka tidak memikirkan semua itu. Pedulikan pandangan ALLAH, pedulikan apa yang orang tengok, bahkan tidak kisah kalau ada orang yg menggangu dan mengusik, bahkan merasa senang, seronok dan bahagia apabila dalam keadaan begitu.
astagfirullahal 'Azim...
Rasulullah saw bersabda:
“Jika engkau tidak malu, buatlah sesuka hatimu”
(Hadith riwayat Bukhori)
Hadis ini merupakan sindiran dalam tegahan. Sifat malu itu adalah pokok akhlak yang mulia dan budi pekerti yang terpuji. Tidak payah diletakkan sifat malu ini di atas neraca syariat, malah neraca akal pun sudah diakui,
malu sebagai suatu sifat yang perlu ada dalam diri setiap manusia.
tapi, alangkah sedihnya....
Barangkali wanita hari ini tidak tahu malu atau kurang malu. Atas sebab itu mereka sanggup melakukan apa shj dosa dan maksiat!
Atau mungkin juga sifat malu yang dikurniakan Allah itu sudah tidak berfungsi lagi dlm diri mereka...
oh, dimana kan ku cari ummul mu'minin, SAIDATINA AISYAH..
yg malu dgn suaminya sendiri...
sehingga kemerah-merahan mukanya...
lantas, RASULAALLAH menggelarnya..."humaira"..
hurm, usah bertanya di mana hendak di cari..
tp tanyalah..adakah sifat malu sudah sebati dlm diri.
(reflect diri)
huhu..diri ini bagaimana ya??????
No comments:
Post a Comment