Nahnu Du’aatun Qabla Kulli Syai’in. “Kami adalah dai sebelum jadi apapun”.
Inilah suatu gambaran peribadi dai yang unik dengan perancangan untuk meraih masa depan bersama Allah dan Rasul-Nya. Inilah kafilah yang panjang, pembawa risalah kebenaran yang tak putus sampai ke suatu terminal akhir kebahagiaan syurga penuh redha Allah swt. Inilah barisan Soff para Dai rabbani yang meletak tugas sebagai dai sebagai tugas utama, hingga mendahului perkara lain.
Setiap muslim adalah dai. Kalau bukan dai kepada Allah, berarti ia adalah dai kepada selain Allah, iaitu jahiliah. Tidak ada pilihan ketiga. Sebab dalam hidup ini, kalau bukan Islam bererti hawa nafsu. Dan hidup di dunia adalah jenak-jenak dari bendul waktu yang tersedia untuk memilih secara merdeka, kemudian untuk dipertanggungjawabkan di hadapan Rabbul insan kelak. Bagi muslim, dakwah merupakan darah bagi tubuhnya, ia tidak boleh hidup tanpanya. Aduhai, betapa agungnya agama Islam jika dibawa oleh rijal (orang mulia).
Dakwah merupakan aktiviti yang begitu dekat dengan aktiviti kaum muslimin. Begitu dekatnya sehingga hampir seluruh lapisan manusia terlibat di dalamnya.Sayang keterlibatan tersebut tidak dibekalkan dengan ”Fiqh Dakwah” sehingga kerosakan yang ditimbulkan jauh lebih besar daripada kebaikan yang diperbuat. Betapa ramai yang ingin bedakwah, namun tidak mengetahui apakah cara terbaik yang benarnya ditunjuki Rasul.
Disini menjadi jelas akan pentingnya kepentingan fiqh dakwah, sebagaimana digambarkan oleh para ulama, bahawa ”keperluan manusia kepada ilmu itu lebih utama daripada keperluan terhadap makan dan minum”. Sehinga penting bagi kaum muslimin yang telah dan hendak terjun dalam kancah dakwah untuk membekalkan diri dengan pemahaman yang utuh terhadap Islam dan dakwah Islam. Kerana orang yang layak dalam menyampaikan, tetapi tidak memiliki pemahaman yang benar terhadap Islam ”sama bahayanya” dengan orang yang memiliki pemahaman yang benar akan tetapi bodoh di dalam menyampaikan, mengapa?
Pertama; ia akan menyesatkan kaum muslimin dengan kebolehannya (logik kosongnya yang mengajak manusia kearah selain kebenaran). Kedua; Hal itu akan menjadi ”dalil” bagi orang-orang kafir dalam kekafirannya (sesuatu yang tidak didasari kebenaran akan pasti menambah kesesatan).
Fiqh dakwah merupakan kaedah untuk menjadi penyambung antara pemahaman yang sahih terhadap Islam dan kemampuan yang baik di dalam menyampaikan. Sehingga dengan aktiviti dakwah ini ummat dapat menyaksikan ”Islam” tertegak dalam diri, keluarga dan juga semua aktiviti para dai yang melakukan perbaikan ummat secara integratif, juga akhirnya berjaya mengeluarkan manusia dari kegelapan jahiliyah menuju kepada cahaya Islam.
Bagi mereka yang yang berjalan diatas landasan kafilah dakwah menuju cahaya dan kebahagiaan dunia dan akhirat, mereka harusnya dapat melihat prinsip-prinsip dakwah dan kaedah-kaeahnya agar menjadi hujjah atau pegangan bagi manusia dan menjadi alasan di hadapan Allah. Ustadz Jum’ah Amin Abdul Aziz memaparkan tentang hal ini dalam tulisannya ”Fiqh Da’wah: Prinsip dan kaedah dasar Dakwah”, yang diambil dari usul fiqh sebagai bekal para dai, seperti berikut;
1. Qudwah (teladan) sebelum dakwah
2. Menjalin keakraban sebelum pengajaran
3. Mengenalkan Islam sebelum memberi tugas
4. Bertahap dalam pembebanan tugas
5. Mempermudah, bukan mempersulit
6. Menyampaikan yang usul (dasar) sebelum yang furu’ (cabang)
7. Memberi khabar gembira sebelum ancaman
8. Memberi kefahaman, bukan memberi arahan
9. Mendidik bukan memarahi
10. Menjadi murid seorang imam, bukan muridnya buku.
Harapan, semoga Allah swt sentiasa mencurahkan taufiq dan petunjuk-Nya kepada para dai yang ikhlas menyeru manusia ke jalan Allah. Moga terus tabah mengislah diri, keluarga dan masyarakat serta tempat kerja, sehingga Allah terlibat dalam urusan dan dasar-dasar yang akan ditetapkan untuk orang ramai (syariat islam diterima umum), demi tegaknya prinsip Islam yang indah dalam kehidupan dengan bimbingan Alah dan sesuai panduan manhaj (aturan) dakwah Rasulullah saw.
Wallahu ‘alam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment