CIRI-CIRI INDIVIDU MUSLIM – menurut pemikiran Imam Hasan Al-Bana (pengasas IM )
Pendahuluan
“….sesungguhnya umat yang berjuang amat berhajat kepada pembinaan jiwa dan pengukuhan akhlak dan mencorak generasinya dengan akhlak rajulah (ketokohan) sehingga mereka teguh pendirian dalam menghadapi segala rintangan dan berupaya mengatasinya dari segala kepayahan. Sesungguhnya seorang rajul (tokoh) adalah rahsia hidup umat dan sumber kebangunannya,dan sejarah umat-umat terdahulu adalah sejarah yang melahirkan rijal yang pintar dan kuat jiwa dan kemahuannya.Bahawa kekuatan satu-satu umat atau kelemahannya dinilai kepada kesungguhan dan keseriusan dalam memproduk (menghasilkan) rijal yang melengkapi syarat-syarat kerajulan yang sahihah (betul)” – Imam Al-Bana ( risalah adakah kami kaum yang bekerja).
Kenapa al-fardu al-muslim (individu Muslim )
binaan pertama dalam maratib amal (peringkat kerja) dakwah IM.
Kanun perubahan : إِنَّ اللهَ لاَ يُغَيِّرُ مَا بِقَوْمٍ حَتَّى يُغَيِّرُ مَا بِأَنْفُسِهِمْ [ الرعد : 11 ]
Membina rijal lebih payah dari membina institusi – Mustafa Mahsyur
Metodologi dakwah rasulullah ; generasi awal Islam dibina dirumah Al-Arqam b. Abi Arqam.
Mereka menjadi qaedah sulbah ( tulang belakang ) dakwah dan Jil Taa’sis (generasi pengasas).
Bagaimana membina ;
Menurut Imam Hasan Al-Bana ;”pembentukan ummah,pendidikan bangsa,menggapai cita-cita dan memenangkan prinsip memerlukan kepada quwwah nafsiah ( kekuatan jiwa ) yang hebat dan unggul yang tergambar dari beberapa perkara
a. Kemahuan yang kuat
b. Kesetian yang teguh (tidak berbelah bagi)
c. Pengorbanan yang tinggi
d. Memahami prinsip,menyakini dan menghargainya.”
Melalui proses tarbawi yang tersusun dengan seluruh wasail (method) tarbiyah samada usrah,katibah,perkhemahan, daurah,rehlah dan muaskar.
4. Ciri Individu Muslim ( al-fardul al-Muslim) ; pemikiran Al-Bana
1. Kuat tubuh badan
قََََوِِيُّ الْجِسْمِ
Pemeriksaan kesihatan,rawatan dan pencegahan tubuh badan dari penyakit.
Jauh dari minuman rangsangan dan merokok.
Jaga kebersihan
Jauh dari arak,perkara yang memabukkan dan merosak serta melemahkan diri.
Bersukan dan berlatih.
2. Mantap akhlak
مَتِيْنُ الْخُلُقِ
Benar perkataan dan tidak dusta
Setia pada janji perkataan dan masa perjumpaan.
Berani dalam melaksanakan kewajipan dan mengiktiraf kesilapan.
Tenang,serius dan bersungguh-sungguh,mesra dan ceria.
Malu,sensitif dan tawaduk
Adil,sederhana dan menguasai sifat marah
Suka memberi khidmat
Pengasih,pemurah,pemaaf dan lemah lembut
3. Luas pengetahuan
مُثَقَّفُ الْفِكْرِ
Wirid harian,membaca al-quran,dan tadabbur (faham makna)
Mengkaji sirah dan sejarah salafus salih.
Membaca hadis dan menghafal hadis 40 imam an-Nawawi
Mengkaji risalah akidah dan fekah
Ada perpustakaan sendiri
4. Mampu berdikari mencari rezeki
قَادِرًا عَلىَ الْكَسْبِ
Bekerja sendiri
Tidak bercita-cita untuk bekerja dengan kerajaan.
Tekun bekerja dan tidak menipu
Baik dalam menjalankan kerja dan menunaikan hak manusia.
Jauh dari pencarian haram
Jauh dari riba dalam semua aktiviti ekonomi
Berkhidmat untuk menambahkan kewangan islam dan menjaga ekonomi negara.
Sumbangan dakwah dari harta yang diperolehi.
Menabung untuk masa kecemasan dan jauh dari untuk bermewah-mewah.
5. Bersih akidah
سَلِيْمُ الْعَقِيْدَةِ
Memahami Islam sebagai satu cara hidup yang lengkap dalam semua aspek kehidupan.
Beriman dengan ayat sifat dan jauh dari takwil dan ta’til
Tidak kafirkan muslim yang berikrar dengan syahadah
Cara berdoa tidak termasuk masalah akidah
Mengingkari dakwaan mengetahui perkara ghain dan ramalan serta memeranginya.
Ziarah kubur adalah sunnah jika ikut caranya yang mathur.
Cinta kepada orang salih dan wali-wali adalah jalan mendekatkan diri kepada allah.
Jauh diri dari perkara Bid’ah yang tidak ada sandaran syarak.
6. Betul Ibadah
صَحِيْحُ الْعِبَادَةِ
Sentiasa muraqabatullah
Sentiasa bersuci dan berwuduk
Solat pada waktunya
Puasa dan mengerjakan haji
Pasang niat utk berjihad
Memperbaharui taubat dan istighfar
Melawan runtunan hawa nafsu
7. Mujahadah nafsu
مُجَاهِدًا لِنَفْسِهِ
Mendekatkan diri kepada allah dengan melakukan ketaatan
Jauhi maksiat
Membanyakkan kebaikan dari kejahatan
Banyakkan amalan solih
8. Menjaga waktu
حَرِيْصًا عَلىَ وَقْتِهِ
Menggunakan waktu ke arah perkara yang mendatangkan kebaikan
Mengetahui keutamaan (priority)
Membiasakan time management dan mengaturnya dengan baik.
9. Management urusan
مُنَظَّمًا فِيْ شُئُوْنِهِ
Terurus kerja,pejabat dan system surat-menyurat (failing)
Terurus hubungan keluarga dan kemasyarakatan
Tersusun perjumpaan (appoitment) dan kewajipan yang dipertanggungjawab.
10. Berguna kepada orang lain
نَافِعًا لِغَيْرِهِ
Menunaikan hak-hak persaudaraan seperti kasih sayang,memberi penghargaan,membantu dan ithar (mengutamakan sahabat dari dirinya)
Sumbangan dalam membangunkan kekayaan Islam dengan melaksanakan projek-projek Islam.
Ada latihan untuk memberi khidmat umum
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment