Thursday, April 30, 2009

CINTA di Baitul 'Atiq.
















merindui keluarga SAAT INI...
dakapan ibu yg penuh cinta..
serta kucupan ayah yg menceriakan...

jua merindui..
kalimah2 ibu yg menyegarkan jiwa..
mendoakan dri agr terus tsabat di jalan ini..
juga untaian madah si ayah,
yg turut mendoakan agar diri ini terus tabah..
mnghadapi mehnah dunia...

ketika ini...
ku ingin sekali bersama mereka..
berkongsi cerita2 indah,
cerita ttg kehidupan..
ceritera manusiawi..
cerita dunia yg menipu..
cerita yg penuh onak duri..


saat ini,
ingin sekali dirumah kita..
bersama adik2..
solat bersama..
subuh, zohor, asar, magrib dan isyak..

ingin lagi bersama adik2...
menjadi si penglipur lara...
menghiburkan anak2 kecil itu..
dgn kisah2 nabi...
...
serta kisah2 kehidupan...

ingin sekali bersama asyraf...
asyraf yg solatnya khusyuk..
doanya rintih...
asyraf yg sabar..
asyraf yg tenang..dan menenangkan si kakak..

asyraf,
yg teramat pendiam,
tp penuh rahsia hikmah..
..
asyraf,
adakah dia sibuk sekrg..
setelah menjadi ustaz di JABATAN POLIS..???


bgaimana pula izzati sekarang..?
izzati yg unik..
berbezanya dia dgn si asyraf...
kasar, tp lembutkah hati izzati di dlm????
izzati yg selalu ceria..kekadang menyindiri dgn dunianya...
owh,ceriakh dia di saat ini, atau menyindiri lagi????

dan ttg 3 permata hatiku yg lain..
bagaimana keadaan nya mereka sekrg,
setelah si kakak tiada memerhati..
adakah seperti dulu,
buruk atau semakin baikkah mereka???

cerita 3 anak kecil yg masih dibangku rendah...

munira yg menawan kalbu
manis dgn dua lesung pipit comel...
munira yg suka kebaikan..
munira yg rajin ke program AULAD..
munira yg berani..
namun,
adakah munira masih malas menolong ibu lagi???
adakah saat ini..munira masih malas belajar lagi?????

irfan pula..
yg ligat...
ligat bermain bersama temannya...tak mengira waktu..
tangkas berlari...hingga penat dikejar...
irfan yg masih liat untuk solat...
hingga harus dipujuk, dirayu lagi...
owh..irfan adikku...
solatkah dia hari ini, solat yg xperlu disuruh2 lagi?
dan masihkan die ke masjid bersama adam, teman baiknya?

dan eisya...
adik yg paling disayangi..
adik bongsu yg sgt manja...
afisya,
afisya yg sgt solehah..
afisya yg akan merajuk dan merungut..
andai terlambat solat subuh..
afisya yg selalu mengingatkan si kakak untuk solat di awal waktu,
walau dia masih setahun jagung,,masih anak kecil 8 tahun...

afisya yg selalu bersama dgn AL QURANNYA..
bacaannya merdu,
suara yg lunak..dan fasih sebutannya..

afisya yg sering tenggelam dgn buku dan ilmunya..
selalu membaca dan menulis..
afisya yg menjadi harapan besarku..
agar adikku ini...menjadi seorg "HAFIZAH"..
juga menjadi doktor yg dalam fikrah agamanya...

owh, ayah, ibu...
owh..adik2 permata hatiku...

bagaiman kalian sekarang...
adakah kalian juga turut merindui
kakak yg jauh ini??????

saat dan ketika ini...
ingin sekali duduk2 di rumah kita...
rumah kita yg byk cerita suka dan duka...
rumah kita yg kecil,
xmewah..
tp penuh kasih syg..
rumah kita,,,syurga dunia kita...

moga ikatan kasih ini..
bukan TERJALIN KERANA IKATAN DARAH...
tp biarlah IANYA hanya kerana ALLAH...
kerana..
"sesungguhnya, di HARI akhirat, segala ikatan2 akan putus, kecuali ikatan aqidah. ikatan aqidah yg akan kekal"
(al hadis)


duhai ibu, ayah dan adik2 ku..
KU MASIH INGIN TERUS BERSAMA KALIAN..
BUKAN SEKADAR DI SINI..
TP KEKAL...
KEKAL HINGGA KE SYURGA..

kite slg menziarahi istana syurga milik masing2..
slg kagum mengkagumi,
istana yg lebih luas dan lapang antara kite...

kite masih saling mencintai di sana..
bergurau senda...
seperti selalunya..
berkejar- kejaran di taman2 indah syurgawi...
subhanaALLAH.., indahnye andai kite bertemu di syurga lagi..!!!!!


juga buat ibu dan lain2...
ku mendoakan agar kalian tenang
dlm rahmat kasih ALLAH..
agar tiap langkahan dan nafas kalian,
dlm redha ALLAH...
justeru,
kite bukan sahaja bersama di dunia..
tp ikatan kasih ini kekal selamanya..

TERIMA KASIH ATAS CINTA INI..
moga ALLAH memBERI pahala atas kasih sayang ini..
kasih sayang kerna ALLAH..
dan moga ALLAH jua memberi pahala atas kasih yg kalian suburkan..


YA ALLAH,
TUHAN YG MAHA PENGASIH...
JAUHILAH KAMI SEKELUARGA DR AZAB API NERAKAMU...
BIMBINGLAH KAMI,
HAMBA2 MU YANG LEMAH..
YG TERKADANG LEKA DAN LALAI...
SEJAHTERAKANLAH HIDUP KAMI,
AGAR HIDUP DAN MATI kami DLM ISLAM DAN IMAN..
AMEEN YA RABBAL NGALAMIN...

**kisah cinta di BAIT-AL-'ATIQ*

Permata Ayah Bonda




aku,
permata ayah bonda...

permata yang diharapkan selalu bersinar terang..
sinaran yg bisa menCERAHKAN kehidupan
kehidupan seluruh makhluq...
agar xkelam dgn DUNIA...
agar tak tertipu dgn samaran dunia..

aku,
permata yang punya kilauan indah...
kilauan yang harus sentiasa membahagiakan...
membahagiakan hati2..
membahgiakan mata2 yg memandang..
membahgiakan semua...
semua yg berada disampingku...
jauh atau dekat...


aku,
permata yang berharga...
yg dijaga kemas ayah bonda...
yg diasuh dgn iman...
yg didakapi kasih dan syg..



justeru,
disini...
permata itu telahpun jauh...
namun...
permata harus terus menjaga dirinya sendiri...
terus terusan menutup dirinya dgn rapi..
lebih rapi...


permata ayah bonda itu..
harus terus menjadi yg bermanfaat...
bermanfaat kerana MEMBERI...
MEMBERI, MENCERAHKAN..
owh..walau dimana berada...
dilempar dimana2 pun..
dia harus terus menyinari...
bersinar2 sinaran,
berkilau2an keemasan...



dan aku,
permata ayah bonda itu...
harus terus menjaga keindahan itu..
dan beringat2 selalu..
kemanisan kecantikan ini...
hanya layak dimiliki oleh pemilikku yg benar2 layak..


oleh itu,
permata itu,
tak harus diselaputi debu2 dosa..
tak harus..mengelabui hati2 sang makhluq..
kerana permata itu,
asalnya suci...
suci dr segala yg mengotorkan..

teruslah suci dan mensucikan duhai permata ayah bonda!

semoga berjaya...

Tuesday, April 28, 2009

PELANCARAN BLOG TERBARU: AHSANI TAQWIIM


ASSALAMUALAIKUM SEMUA..

APA KHABAR IMAN KALIAN HARI INI?

sekadar memaklumkan,
ana baru sahaja membuat blog baru 2 hari lepas..
knapa ana berblog????
biarlah jawapan itu antara ana dan ALLAH..


moga blog ana yg baru ini,
bermanfaat untuk semua...
andai ada yg salah..
ana mohon ampun dan maaf,
kerana ana masih baru dlm dunia berblog nie...

mohon tunjuk ajar..

akhir kata,
jazakalllah kerana sudi ziarah blog ana...
jadi,
sebagai cenderamata "perkenalan" untuk kalian..
ana hadiahkan sebuah madah,
petikan

:Dr. YusufAl-Qaradhaawi

"erti kebahagiaan"


“Sesungguhnya kebahagiaan itu ialah,
anda hidup
Untuk pemikiran yang benar dan kukuh
Untuk akidah terbesar yang menyelesaikan,
Permasalahan alam yang lampau..
Persoalan yang di soal oleh orang yang tertanya-tanya
Semasa mereka sedar dan cerdik, boleh berfikir
Dari manakah aku datang?Ke manakah aku hendak pergi?
Kenapa aku dijadikan? Adakah aku hidup kembali?


Lalu bersinarlah keyakinan di dalam jiwa
Terusir segala keraguan yang degil
Terdidiklah fikiran yang waras
Terciptalah akhlak yang mulia
Dan kembalilah setiap akal yang menyeleweng kepada jalan yang benar dan lurus


Hidupmu akan dikurniakan nilai oleh Tuhanmu,
agar hidupmu terbina
Supaya matamu memandang di segala ufuk
Ke arah cita-cita yang tinggi
Lalu hiduplah kamu di dunia untuk akhirat..


Di sanalah kamu hidup kekal dan tidak fana’
Kamu tudung bumimu dengan langit
dan para malaikat menjadi saksi
Itulah akidah Islam untuk muslim yang bahagia
Itulah asas,
itulah tiang serinya
Sesiapa yang hidup memikulnya sambil memekik
dengan namanya; dialah orang yang berbahagia



wallhualam

kalau nak masuk Jannah, JANGAN tinggalkan saya!!!














Source: Dakwah.info

Dalam kita bermujahadah untuk melaksanakan dakwah, banyak perkara yang diambil remeh atau terlepas pandang yang mungkin akan mempengaruhi dakwah gred apa yang akan kita wariskan kepada generasi seterusnya. Penulis buku Al Awaiq, Muhammad Ar Rasyid berkata, "Setiap orang akan bertindak dan memiliki sikap positif sekadar mana dia memahami erti persaudaraan. Ada yang memiliki ketinggian ukhuwwah dan ada yang gugur kerana rendahnya erti ukhuwwah dalam dirinya."

...ikuti kisah ini..moga bermanfaat...

Hayati mengemas pakaiannya ke dalam "back-pack"nya, sementara menunggu laptopnya "turn-off". Kemudian, dia memperosokkan sahaja laptopnya ke dalam "back-pack"nya. Zuraida, teman sebilik Hayati memasuki bilik sambil membawa secawan kopi yang baunya semerbak sehingga memenuhi atmosfera bilik mereka.
"Awak tak tido umah malam ni ke?" tanya Zuraida. Hayati sudah mengagak pertanyaan tersebut, lalu tersengih sahaja.


"Huhu.. Sedihnya saya tinggal sorang-sorang lagi dalam bilik malam ni, tak de orang nak tolong segarkan saya kalau mengantuk masa study," Zuraida merengek.

Hayati memakai tudungnya, sambil meniup-niup bucu tudungnya supaya kemas.

"Alah awak ni, tiada keupayaan dan tiada kekuatan melainkan dengan Allah. Doa la banyak-banyak supaya Allah segarkan awak. Kadang-kadang, saya ni menggalakkan awak tido lagi ade lah." Zuraida mencebik.

"Awak tido rumah sape pulak malam ni?"

"Rumah, err.. rumah.. Huda."

Hayati teragak-agak ingin menyebut nama Huda, kerana ini merupakan kali ke 3 dalam minggu itu Hayati bermalam di rumah Huda. Huda merupakan junior kepada Hayati, dia merupakan seorang muslimah yan gmempunyai keperibadian yang tulus, walaupun masih belum memahami tanggungjawab dakwah dan masih belum memahami sepenuhnya erti islam yang syumul.

Sejak Huda baru sampai ke bumi "Down Under" ini, Hayati telah pun menjalinkan hubungan akrab dengannya. Maklumlah, sayanglah sekiranya jiwa yang baik disia-siakan potensinya. "Awak nak ikut, Zuraida?" Hayati cuba menghangatkan suasana. Muka Zuraida terus berubah ceria, "Boleh juga!"
Walaubagaimanapun, ada konflik yang berlaku di dalam diri Hayati, dia dapati dalam dia memenangi hati mad'unya, kadang-kadang dia terasakan seperti mengabaikan hak sahabat-sahabatnya yang lain. Walaupun begitu, sahabat-sahabat serumahnya sangat "supportive" , dan sering memberi kata perangsang, serta ada kalanya sekiranya Hayati tidak sempat melaksanakan tugas mengikut "duty roster" rumah, pasti ada sahabatnya yang lain akan membantunya, terutama sekali Zuraida.

"Tunggu saya kemas barang saya kejap ye!" kelam kabut Zuraida meletakkan cawan kopinya dan terus mengemas barang serta menyalin pakaiannya. Hayati dan Zuraida berjalan menuju ke stesen bas. Zuraida melihat jadual bas, "Pukul 5.30 p.m baru bas sampai, sekarang baru pukul 5.15 p.m" Hayati mengangguk, "Tak pe lah, kita dok sini dulu sembang-sembang" Zuraida sengih lagi.

"Awak tau tak…" Zuraida memulakan bicara. "Tak tau, hehe" Hayati berlawak. "Tak pe lah.. tak jadi bagitau la kalau cam tu.." Zuraida terus merajuk. "Alah, awak ni.. Saya gurau je.." Hayati cuba memujuk.
Zuraida memaksa dirinya untuk senyum kembali. Entah mengapa, sejak akhir-akhir ini, dia sangat mudah terasa dengan Hayati. Jauh di lubuk hatinya, Hayati merupakan sahabat yang paling dia sayang di kalangan sahabat-sahabat serumahnya. Mungkin kerana itu dia mudah terasa dengan setiap tindak-tanduk Hayati. Namun begitu, Zuraida merupakan orang yang pandai menyembunyikan emosi di sebalik senyumannya yang kelihatan tenang.

"Awak tau tak, dalam banyak-banyak kawan kita.. Awak la yang paling saya….." belum sempat Zuraida menghabiskan ayatnya, tiba-tiba kedengaran bunyi hon dengan suatu suara kuat.

"Assalamualaikum. . Nak pegi mana tu?" Rupa-rupanya Sufiah. Sufiah "pull-over" kereta kecilnya yang berwarna merah. "Hayati, Zuraida.. Naiklah kereta saye ni. Tak sudi ke naik kereta buruk ni" "Kami nak ke North Melbourne, are you heading that way as well?" tanya Hayati.

Zuraida yang belum sempat menghabiskan ayatnya, terkejut dengan kedatangan Sufiah. Zuraida tergelak kecil di dalam hatinya, dia terbayangkan Sufiah ibarat Mr Bean yang memandu kereta kumbang. Perbualannya dengan Hayati termati begitu sahaja.

"Come in, come in. Have a ride. I'm heading to Docklands. Boleh drop korang kat North Melbourne." Kata Sufiah.
Dalam kereta, Sufiah memasang lagu UNIC, Sahabat Sejati. Zuraida yang duduk di belakang tiba-tiba membuka bicara, "Yati, ni lagu untuk awak." Hayati senyum, "Terima Kasih". Sufiah pula mencelah, "Saya ni tak de orang nak dedicate lagu ke?". Ketiga-tiga orang sahabat tersebut tertawa.

Zuraidah memandang Hayati yang sibuk berceloteh bersama Sufiah. Zuraida mengalihkan pandangannya ke luar. Lagu terus berkumandang,

"Ku biarkan pena menulis Meluahkan hasrat di hati Moga terubat segala Keresahan di jiwa Tak pernah ku ingini"

Mungkin Hayati tidak mendapat mesej yang ingin disampaikan oleh Zuraida.
Zuraida sangat bersyukur kepada Allah, kerana mengurniakan seorang sahabat yang mempunyai semangat juang yang tinggi. Hayati merupakan sahabat fillah yang pertama yang Zuraida kenali. Hayati banyak memberi sokongan kepada Zuraida di dalam pelajaran, maklumlah Hayati pelajar yang cepat tangkap pelajaran. Namun begitu, sejak mereka melangkah ke tahun dua universiti, dan sejak mereka menerima kedatangan adik-adik baru, mereka jarang dapat menghabiskan masa bersama sepertimana dahulu. Zuraida sangat khuatir sekiranya dia ketinggalan, dari segi pelajaran, dari segi dakwah, dari segi tarbiyah, dari segi bilangan mad'u, dari segi segala segi.
Zuraida terus memerhatikan Hayati, ditenungnya sahabat itu puas-puas dan berdoa di dalam hatinya, "Ya Allah terimalah segala amal sahabat ku ini, dan ikhlaskan dia. Dan kuatkan dia sekira dia berasa lemah, dan ikhlaskan dia tatkala dia mengharapkan sesuatu selain Engkau"
Tiba-tiba, Zuraida terasa hatinya sangat lapang. Inilah yang dia mahu rasakan, selama ini perasaannya risau, sedih, bercampur-baur apabila Hayati sudah jarang bersamanya. Benarlah seperti nasihat Kak Elin, "sekiranya kita ada rasa berat hati dengan seseorang, kita segera doakan kebaikan untuk dia, insya-Allah, syaitan yang cuba hasut kita tu akan lari lintang pukang. Dan malaikat pula akan mendoakan perkara yang sama untuk kita."
Ini membuatkan Zuraida tersedar, bahawa kebergantungan yang mutlak itu terletak pada Allah. Dan sekiranya seorang insan itu tidak diberi penghargaan, dia tetap menjadi seperti pokok. Pokok yang menurunkan buah apabila dibaling batu.
Zuraida mahu berlari seperti orang lain, berlari menuju jannah insya-Allah, sama-sama tabah dan kuat dalam membawa risalah perjuangan anbiya'. Tapi, kadang-kadang, dia letih. Kerana lupa mengukur kapasiti diri. Mungkin kerana terlupa, Allah melihat usaha seseorang, dan bukan natijahnya.
Tapi, menjadi kebiasaan manusia. Sangat mengharapkan hasil positif di depan mata. Zuraida terkenangkan Nabi Nuh, kisah dakwahnya di dalam Al Quran. Di dalam surah Nuh, Nabi Nuh merintih kepada Allah, beratus-ratus tahun, pagi sehingga malam menyeru kaumnya, tetapi hasilnya, hanya menyebabkan kaumnya semakin jauh daripada Allah.
"Ah, masakan aku yang baru setahun jagung dalam dakwah ini, mudah sangat putus asa ," getus Zuraidah dalam hati. Hayati melihat "rear-view mirror", ternampak muka Zuraida yang serius. Hayati membisikkan sesuatu kepada Sufiah, dan Hayati membawa keluar "handphone"nya. Hayati menaip sms, "Salam, Huda. Maaf akak tak jadi ke rumah awak malam ni. Ada hal sikit. Nanti akak hantar pengganti akak pergi umah awak ye, hehe." Sufiah membuat "announcement" , "Baiklah, kita dah sampai Docklands. Selamat makan aiskrim Dairy Bell, jangan lupa saya."

Zuraida tercengang, Hayati turun dari kereta dan membuka pintu belakang, lalu menarik tangan Zuraida. Zuraida tercengang, "Eh, tadi Sufiah kata dia yang nak ke Docklands." Sufiah terus memecut laju ke destinasi barunya. Kereta kecil merahnya berderum hebat. "Jom la kita makan aiskrim sama-sama. Dah lama tak "outing" berdua," Hayati mengajak Zuraida. Zuraida akur sahaja. Dia terasa pelik, kenapa tiba-tiba Hayati tidak jadi pergi ke rumah Huda.

Hayati membeli aiskrim Chocolate Chips, dan mengambil 2 batang sudu kayu, "Jom dok kat tepi jeti tu.."

Hayati mula bicara, "Tadi kat stesen bas, awak nak cakap sesuatu kan…." Zuraida tersenyum sahaja. Hayati bicara lagi, "Awak tak boleh tipu saya dengan senyum tenang awak nih…."

Zuraida tersenyum lagi. Tapi, senyuman itu diikuti dengan air mata.

"Tadi saya nak cakap lain, tapi sekarang Allah ilhamkan saya untuk cakap sesuatu yang lain kepada awak," kata Zuraida, matanya berkaca-kaca. Hayati mengangguk, "Cakaplah.." "Kalau awak nak masuk jannah, jangan tinggalkan saya." Zuraida berkata sambil menahan air matanya yang semakin laju.
Hayati sangat terharu. Dia tidak pernah terbayangkan bahawa ada orang yang akan berkata begitu kepadanya, Hayati tak tahu nak respon macam mana, sedangkan dia sendiri pun terhuyung-hayang dalam perjalanan mencari syurga Allah.

Maksud sepotong ayat Al Quran, " Di hari akhirat, terputus segala perhubungan kecuali orang-orang bertaqwa. " Sungguh mudah untuk bercakap soal ukhuwah islamiyah. Namun nak menzahirkannya payah, apatah lagi hendak mengukuhkannya di dalam hati.
"Saya tahu Allah beri awak banyak kelebihan berbanding saya, moga Allah melindungi saya daripada hasad dan dengki, dan moga Allah menjauhkan awak daripada `ujub dan riya' ," Zuraidah menghela nafas panjang. Aiskrim Chocolate Chips tidak mampu menarik seleranya. Hayati terpaku. Dia seakan-akan dapat membaca apa yang dirasai oleh kawannya. Benarlah seperti apa yang dia rasai selama ini, tindak-tanduknya yang banyak mengabaikan hak-hak sahabat-sahabatnya mampu mengundang virus ukhuwah.

"Saya nak minta maaf atas salah silap saya. Saya tau saya banyak tinggalkan awak sorang-sorang. I am lost myself. Kononnya keluar berdakwah tapi, banyak yang lain pula saya abaikan," Hayati mula meluahkan isi hatinya.

Zuraidah berkata, "Saya pun minta maaf, asyik kadang cebik muka. Tapi, tak perlu lah kita mengungkit salah silap kita yang dahulu. Apa yang sudah tu sudah.." Hayati menyambung, "Betul? Kosong-kosong! " Zuraidah pula berkatai, "Kosong-kosong! "

"Insya-Allah, kita akan saling mengigatkan. Time kena study, kita pulun habis-habisan. Time kena keluar berdakwah, kita mujahadah sehabis baik, jaga amal fardi.. Kejutkan qiyam, ingatkan supaya puasa sunat!" Hayati mula meng"list-out" perjanjian di antara mereka.
"Kena tunai hak pada semua pihak yang ada hak ke atas kita, kena berlapang dada dan menerima setiap sahabat kita seadanya, saling memperingatkan, walau kita "fastabiqul khairat", mudah-mudahan ada persaingan sihat.. dan last sekali …outing kat charcoal chicken dengan geng rumah dua minggu sekali, hehe.." Zuraida menyambung.

"Lillahi ta'ala!" Zuraida dan Hayati menyebut kalimah "kerana Allah ta'ala" serentak. Mereka tersenyum sesama sendiri.

"Jom makan aiskrim ni dah cair!!" Zuraida menyogok sesudu aiskrim kepada Hayati. "Hehe.." Hayati tergelak kecil. "Er… kita nak tido mana ye malam ni?" Zuraida bertanya. "Hehe.. tak pe, kita tido kat bilik kita yang best tu lah… Sufiah tido kat umah Huda, insya-Allah" jawab Hayati. Zuraida terbayang Sufiah bersama kereta merahnya menuju ke rumah Huda. Sufiah memang seorang sahabat yang "sporting" dan lucu.

Kedua-dua sahabat itu tersenyum. Moga Allah memberkati persahabatan mereka, dan meneguhkan hati-hati mereka di atas jalan dakwah hingga bertemu denganNya. Itulah doa mereka berdua.

KETIKA HATI BERFATWA...





hadis 27:

عن النبي e قال: (( البر حسن الخلق. والإثم ما حاك في نفسك
وآرهت أن یطلع عليه الناس )). رواه مسلم. وعن وابصة بن معبد t قال: (( أتيت رسول
الله e فقال: ( جئت تسأل عن البر؟ قلت: نعم. قال: استفت قلبك البر ما اطمأنت إليه النفس
واطمأن إليه القلب، والإثم ما حاك في النفس وتردد في الصدر وإن أفتاك الناس وأفتوك ))
حدیث حسن رویناه مي مسندي الإمامين؛ أحمد بن حنبل والدارمي بإسناد حسن.


Daripada al-Nawwas ibn Sam'aan r.a. daripada Nabi SAW baginda bersabda:
Kebajikan itu ialah keelokan budi pekerti dan dosa itu ialah apa yang tergetar dalam dirimu dan engkau benci orang lain mengetahuinya.
(Hadis riwayat al-lmam Muslim).

Dan daripada Waabisoh ibn Ma'bad r.a. beliau berkata: Aku telah menemui Rasulullah SAW lalu
Baginda bersabda:Engkau datang mahu bertanya tentang kebajikan? Aku berkata: Ya. Baginda bersabda: Mintalah fatwa dari hatimu. Kebajikan itu ialah suatu perkara yang diri dan hati merasa tenang tenteram terhadapnya,dan dosa itu itu ialah suatu perkara yang tergetar dalam dirimu dan teragak-agak di hati, sekalipun ada
orang yang memberikan fatwa kepadamu dan mereka memberikan fatwa kepadamu.
(Hadis Hasan riwayat al-lmam Ahmad dan al-Daarimie dengan isnad yang baik.)

Pengajaran hadis:

1)Kebajikan atau kebaikan ialah perkara yang hati seorang mukmin merasa tenang dan baik,sedangkan kejahatan atau dosa pula ialah apa yang hatinya merasa keluh kesah, gementar dan merasa takut kalau-kalau diketahui oleh manusia.

2)Seorang mukmin, dengan firasat hatinya boleh menduga baik buruk sesuatu perkara. Walau apapun pandangan orang lain, dia lebih berhak membuat pendirian
berdasarkan iman dan firasatnya. Namun perasaan dan firasatnya itu tidak boleh bertukar menjadi hukum syara' atau fatwa yang memestikan orang lain mengikutinya. la hanya boleh digunakan untuk dirinya sendiri.

3)Kebaikan atau kebajikan yang diberikan kelonggaran untuk kita meminta fatwa hati ialah kebajikan yang masih kesamaran, ataupun kebaikan / kebajikan yang memang sudah ada nas yang jelas, maka ia mesti dianggap kebaikan biarpun hati berat menerimanya. Demikian juga keburukan yang sudah ada nas
yang jelas, ia tidak boleh dipertikaikan atau ditakwil lagi berdasarkan perasaan dan firasat hati.

"Perasaan hati hanya boleh dipakai apabila selari dengan kaedah hukum syara' dan selagimana tidak bercanggah dengan hukum hakam agama"

(SOURCE: HADIS 40 IMAM NAWAWI)

hadis diatas sangat memberi kesan mendalam pada hati yg terkadang mudah tewas dgn rasukan syaitan terkutuk..dan hadis ini juga seolah2 memberi guideline pada HATI ini, tatkala diri harus membuat sebarang keputusan..

justeru, sang JIWA ini selalu bertanya pada sang MERAH HATI..

"aduh, benarkah ini jalannya.."
"benarkah apa yg aku telah lakukan nie???"
"ADAKAH ALLAH redha dgn aku, jika aku lakukan ini??"
(SI JIWA BERMONOLOG SENDIRIAN)

.....pelbagai lagi persoalan lain menyinggah benak..

Hati yang dipandu dgn cahaya ALLAH, insyaALLAH..akn membuat keputusan yg bernas ttg sesuatu perkara...hati ini akan merasa puas dan gembira apabila melakukan perkara yang diyakini baik pada ALLAH, baik pada dirinya, mahupun baik pada pandangan manusia yang lain..
NAMUN, bagi hati yg "masih" hidup dgn iman, akn merasa riak2 resah...tatkala sang JIWA menghampiri perkara yg dekat dgn MURKA ALLAH...hati ini akan merasa xsenang duduk..rasa amat cemas dan takut yg amal perbuatan maksiat atau fasiknya itu..dipandang oleh sahabatnya..apatah lagi sahabat2nya dlm KALANGAN AKHOWAT..

LANTAS, di saat dia melakukan perkara TERKUTUK ITU, die akan rasa malu..malu akan dirinya sendiri, bahkan malu dgn ALLAH... fikirannya di saat itu juga berserabut...
mungkin kacau bilau jiwa dan fikirannya..owh, kerana apa ya????

KERANA DIA sesungguhnya sedang membunuh IMANNYA SENDIRI..iman itu semakin lemah dan tenat....roh yg lemah, akan melelahkan keseluruhan jasad...hati xtenteram..hati menangis..roh meronta2...itulah KESERABUTAN JIWA DAN FIKIRAN yg dirasai...
tatkala sang MERAH HATI...diambang melakukan SEBUAH KESALAHAN...atau TELAHPUN TERJEBAK DLM KANCAH KESALAHAN itu..nauzubillah.

itulah azab bg sang JIWA...kerana jiwa itu tidak mengutamakan pandangan ALLAH yg sgt TAJAM, kerana JIWA HAMBA itu masih buta...buta dari melihat CCTV ALLAH dimana2...dan kerana jiwa itu BODOH, mudah tertipu, dan tewas dgn nafsu! OHHHH.. terkutuklah sang jiwa..!!!!

sesungguhnya, kegelisan jiwa yg dimaksudkan DIATAS, HANYA dirasai oleh jiwa2 yg masih HIDUP,walau pada hakikatnya, jiwa pada waktu itu sedang nazak, hauskan IMAN.. tp, JIWA ITU MAMPU DISELAMATKAN LAGI ANDAI KEMBALI PADA ALLAH..
KERANA... JIWA2 YG MASIH HIDUP sahaja MAMPU BERGETAR..menghasilkan melodi kencang yg akan menggegarkan jasad TATKALA JIWA itu sedang TERBAU2 DOSA MUNGKAR...


tp, bg org2 yg jiwanya telah mati...
TENTULAH TIDAK MERASAI APA2 PUN TATKALA MELAKUKAN PERKARA TERKUTUK DURJANA..
sbb, hatinya sudah tidak mampu bernafas untuk menghirup hembusan iman dan islam..matanya telah buta dr melihat kebaikan...yg buruk dipandang baik...yg baik dipandang buruk...bahkan yg baik dan buruk dianggap sama sahaja...nauzubillahi minzalik..MOGA ALLAH JAUHI HATI2 KITA DR KEMATIAN HATI.HATI YG MATI SEBELUM TIBA MASANYA..nauzubillah..

bersyukurlah kita..andai hati kita masih hidup,
walaupun kita sering kecundang,,,
kecundang dr berada di atas syariat ALLAH..namun, kita masih segera memilih untuk bertaubat..
bertaubat dr meninggalkan perkara sia2/ maksiat/ dosa itu..
moga ALLAH sudi mengampunkan dosa2 hati yg lalai ini..

juga, bersyukurlah kita,
andai tatkala kita melakukan sesuatu perbuatan dosa, hati kita masih mampu MEMBERI SIGNAL GELISAH (lampu kuning/ merah) agar KITA BERSEDIA BERHENTI/ terus BERHENTI. BERHENTI DAN BERTAUBAT DR TERUS MELAKUKAN PERBUATAN SIA2 ITU..

janganlah pula kita,
tatkala ALLAH memberi signal,
mahu menghadiahkan hidayah buat hati kita,
kita lantas menutup rapat PINTU HATI untuk menerima HADIAH ALLAH itu..
kerana kita merasakan "hadiah" itu TERLALU BERAT bg kita..
tak layak untuk kita...
kita xmampu lagi...
kita masih mahu "enjoy"..
atau kita merasakan
hukum ALLAH disaat itu sgt berat...
justeru, kita xakan MENERIMA LAGI BUAT SAAT SEKARANG..
duhai, jgn lah sesekali lafazkan begitu...!!!!!!!!!!!
kerana KITA TAK TAHU BILA LAGI ALLAH NAK BUKA PINTU HATI KITA,,bagaimana jika ALLAH merajuk dan tak mahu lagi membuka hati kita...
owh...menangis air mata darah sekalipun dah xberguna, ya!!!!!


duhai hati2...
beringatlah selalu...
YG BURUK TETAP BURUK!!!!!
rumah yg retak2, walau dicat "pink" yg cantik...hakikatnya tetap sebuah rumah yg buruk yg hampir "rebah"..suatu ketika, rumah itu akn roboh jua (cuma lambat atau cepat je)..lalu masyarakat umum akn tahu jua HAKIKAT "KERETAKAN" RUMAH TERSEBUT... kan?

suatu saat, ALLAH akn membalas yg buruk dgn yg BURUK jua...suatu saat,
ALLAH AKAN MEMBENTANGKAN jua AIB HATI ITU DI HADAPAN KHALAYAK RAMAI...
......JIKA TIDAK DIDUNIA, DIAKHIRAT KELAK...

....moga ALLAH selamatkan hati2 kita dr azab pedih ALLAH..ameen.

justeru,
untuk kita jauh dr azab ALLAH,
untuk kita jauh dr sebarang khilaf tercela...
hati2 kita harus bersih dr maksiat, serta perkara2 yg sia2..
hati2 kita kita harus bersih dr noktah2 hitam...
agar hati2 ini sentiasa bercahaya..berkilauan sehinnga mampu menarik perhatian ALLAH..
moga2 dgn ini,
ALLAH memandang hati2 kita,
terus mentarbiyyah, membimbing hati2 kita ke jalan yg benar lagi diredhaiNya..

moga ALLAH jua memberi kefahaman kepada hati2 kita,
agar hati2 ini mampu berfatwa terhadap hal2 yg diragui akn membawa kepada maksiat atau kehinaan buat diri kita sendiri..

juga, moga ALLAH memberi kekuatan buat hati2 ini..untuk MENCERAHKAN HATI2 yg masih malap...untuk terus memimpin hati2 yg masih suram mencari2 hakikat iman dan kemurnian ISLAM..
moga2 hati2 yg lain juga..mampu merasai FATWA HATI..sebagaimana yg kita rasa..
merasai hakikat FATWA HATI YG LUHUR, BUKAN FATWA HATI YG ROSAK, MENIPU!!

AKHIR KATA, JADIKANLAH neraca iman dan taqwa SBG timbang tara ketika meminta FATWA pada HATI..

semoga berjaya ketika hati anda berfatwa..!

wallhualam.

Monday, April 27, 2009

SETEGUH TEKAD


Di altitud ini
Sewaktu aku meninggalkan kalian
Air mata berjurai juga
Dalam kemas dakapan,
kalian berpesan,
“Teguhkan tekad, kejarilah impianmu ”.

Di altitud ini,
Aku mebuat ikrar,
Aku akan kembali,
Sebagai insan yang lebih baik,
Buat mengisi pengorbanan kita
Agar hilang sulam derita kita..

"Restuilah aku, dan doakanlah aku sentiasa.."

Anakmu.


MH 131
KLIA-AUCKLAND
18 FEBRUARI 2009

IKHTILAT (PERCAMPURAN / PERGAULAN)















Maksud pergaulan: bercampur antara wanita dan lelaki ajnabi di satu tempat yang pada kebiasaannya membawa mereka berpandangan, bercakap dan berinteraksi.

- Hukum asal pergaulan wanita dan lelaki ajnabi adalah ditegah.

- Tiada nas yang jelas melarang pergaulan. Tegahan pergaulan ini hanya disimpulkan dari beberapa tegahan lain:
- Tegahan wanita bermusafir sendirian tanpa mahram
- Tegahan berkhalwat antara wanita dengan lelaki ajnabi
- Tidak wajib solat jamaah ke atas wanita
- Tidak wajib solat jumaat ke atas wanita
- Hukum-hukum khusus mengenai wanita dalam ibadat haji
- Tegahan wanita berjalan berseiringan dengan lelaki

Dari larangan-larangan inilah ulamak menyimpulkan pergaulan wanita dengan lelaki ajnabi ditegah.


Pergaulan yang dibenarkan atas dasar pengecualian kerana keperluan:

- Pergaulan atas sebab darurat
- Pergaulan untuk tujuan bermuamalah
- Pergaulan untuk tujuan melaksanakan tugas-tugas kehakiman
- Pergaulan menunaikan kesaksian
- Pergaulan atas tugas penguatkuasa undang-undang
- Pergaulan untuk tujuan melayan tetamu di rumah
- Pergaulan untuk tujuan menghormati tetamu dengan makan bersama
- Pergaulan dalam kenderaan awam bagi wanita yang melakukan kerja syar’ie dengan syarat hukum-hukum Islam yang lain dipenuhi
- Pergaulan untuk melakukan kerja-kerja jihad
- Pergaulan untuk tujuan mendengar ceramah dan ilmu
- Pergaulan atas sebab kebiasaan dan adat yang
tidak bercanggah dengan syara’



- Dalam kitab Muwatta’ oleh Imam Malik disebut:
“Wanita (boleh) makan bersama lelaki apabila pada kebiasaan adat wanita makan bersama-sama lelaki"
eg:
- Pergaulan semasa menziarahi keluarga terdekat dan teman handai pada majlis-majlis tertentu, tapi syarat2 nya haruslah sama dengan syarat memelihara adab sopan keislaman dan hukum-hukum Islam..

Pergaulan wanita dengan lelaki dalam satu majlis bersama. Ada dua pendapat:

- Pendapat pertama: tidak boleh kerana hadis mengenai pengaduan kaum wanita di zaman Rasulullah tentang kelebihan kaum lelaki mendapatkan ilmu, lantas Rasulullah s.a.w memperuntukkan satu masa belajar khusus bagi wanita.

- Pendapat kedua: boleh kerana pergaulan untuk tujuan muamalah dibolehkan, maka pergaulan untuk menuntut ilmu tentulah lebih boleh lagi, kerana suasana menuntut ilmu lebih jauh dari fitnah berbanding suasana muamalah.
- Tentang hadis yang dikemukakan di atas, pengkhususan satu majlis untuk kaum wanita bukan kerana larangan pergaulan lelaki dan wanita semasa menuntut ilmu, tetapi kerana tabiat kaum wanita sentiasa banyak terhalang untuk keluar bersama Rasulullah s.a.w. Tidak seperti kaum lelaki yang sentiasa berpeluang untuk berbuat demikian. Oleh itu wanita perlu dikhususkan satu masa bersama Rasulullah s.a.w.


- Namun demikian keharusan ini hendaklah disertai dengan iltizam yang bersungguh-sungguh, hukum, adab dan tata susila Islam iaitu:
- Menjaga aurat
- Tidak tabarruj
- Tidak mengangkat suara dengan tinggi
- Serius, tidak bermanja-manj dan melembut-lembutkan suara sewaktu bercakap
- Menundukkan pandangan, bukan mata galak, bukan curi pandang
- Warak, tapi bukan warak-warak kucing..

hakikatnya, ramai antara kita yang selalu memandang remeh soal ikhtilat, seakan2 tiada syariat yang membataskan hal ini. Mana perginya hijab iman dan malu orang2 beriman??

bahkan, dlm golongan ikhwah ahkowat sendiri soal ikhtilat dipandang enteng..sehinggakan orang umum memandang bahawa hal pergaulan mesra ini merupakan perkara biasa.jika begitu keadaannya, bagaimana kita mahu sampaikan seruan islam, andai dalam diri pendokong dakwah sendiri masih ada karat2 jahiliyyah???
itukah uswah hasanah???atau kita hanya menjadi FITNAH pada kemurnian agama ini?
tepuk dada, tanya iman.

NAMUN,ADA JUGA KISAH SEBALIKNYA TTG KEUNIKAN IKHTILAT IKHWAH AKHOWAT INI...
ana ingin berkongsi sebuah kisah...dimana ana pernah ditegur direct oleh seseorg:
kata sahabat ana itu:

"akhowat seakan hipokrit...sbb dgn ikhwah, sombong, masam mencuka...tp dgn org lain, lebih2 lagi NON-MUSLIM, boleh pula bertegur sapa, bergurau senda..."

ana memandang ini sebagai tarbiyyah ALLAH untuk ana..
kepada sahabat ana yg menegur, ana ucapkan jazakallah hu khairan katseera..
kerana..beliau mengingatkan ana supaya lebih berhati2 dlm menjaga ikhtilat...
dan mungkin juga kesilapan ana andainya ana tidak sengaja MENCUKA di hadapan beliau, tp beliau mengganggap ana BETUL2 MENCUKA ATAU BENCI PADA DIRINYA..

kadang2, dlm isu ini..ana lebih byk bertawakkal pada ALLAH setelah ana melakukan sesuatu...
ana selalu berpegang pada hadis 27:

Daripada al-Nawwas ibn Sam'aan r.a. daripada Nabi SAW baginda bersabda:
Kebajikan itu ialah keelokan budi pekerti dan dosa itu ialah apa yang tergetar dalam dirimu dan engkau benci orang lain mengetahuinya.
(Hadis riwayat al-lmam Muslim).

Dan daripada Waabisoh ibn Ma'bad r.a. beliau berkata: Aku telah menemui Rasulullah SAW lalu
Baginda bersabda:Engkau datang mahu bertanya tentang kebajikan? Aku berkata: Ya. Baginda bersabda: Mintalah fatwa dari hatimu. Kebajikan itu ialah suatu perkara yang diri dan hati merasa tenang tenteram terhadapnya,dan dosa itu itu ialah suatu perkara yang tergetar dalam dirimu dan teragak-agak di hati, sekalipun ada
orang yang memberikan fatwa kepadamu dan mereka memberikan fatwa kepadamu.
(Hadis Hasan riwayat al-lmam Ahmad dan al-Daarimie dengan isnad yang baik.)

ana menjauhi untuk bertegur sapa dgn ikhwah atas sebab mahu menjaga hati..apatah lagi ana amat malu dgn mereka..ana terlalu hormat pada mereka, kerana ana memandang mereka sbg khudwah dan pemimpin..tak terkeluar sebutir kata pun dibibir, disebabkan hal2 diatas..
apatah lagi, jika selepas berbicara dgn ikhwah,hati ana akn jadi gelisah..bukankah itu petanda yg kurang baik...seperti hati di atas. wallahulam.

mungkin atas kekurangan2 ana,,,
ada yg mengganggap ana sombong dan sebagainya..
ana mohon ampun pada ALLAH..
kerana sesungguhnya ana sedar,,
ana byk kelemahan...

dan ana sgt takut,
ana byk dosa dlm soal ikhtilat ini...
ana tidak mahu menjadi FITNAH..
FITNAH BG MANA2 HATI..

andai ana salah,
tegurlah ana..
dan ana akan reflect balik pada diri ini..
mengubah apa yg patut, selagi tidak mengurangkan iman ana..mujahadah ana pada ALLAH..

seseungguhnya, 'soal ikhtilat ini hanyalah satu isu kecil yg tidak harus diperdalamkan..
kerana..
andai iman dan taqwa sudah menjadi benteng di dada...
kita tak harus risau pada apa2..
iman akn mengawasi kita,,
lantas ALLAH akn membimbing kita ke jalan yg benar...

yg paling penting ialah:

MENGUTAMAKAN ALLAH dlm setiap urusan...mengutamakan PANDANGAN MATA ALLAH BERBANDING
pandangan mata manusia..

"HANYA PADA ALLAH TEMPAT KEMBALI SESUATU URUSAN"..

...JGN SEDIH, JGN TAKUT...
ANDAI KITA TERSALAH LANGKAH, KEMBALILAH KE JALAN YG BENAR..KERANA kita hanya HAMBA!

FUNGSI SEORG MURABBI

FUNGSI MURABBI DALAM MENJALANKAN PROSES TARBIAH

1. Walid [orang tua/bapa]dalam hubungan emosional.
2. Syaikh[rujukan spiritual]dalam tarbiah ruhiah
3. Ustadz[guru] dalam mengajarkan ilmu
4. Qoid [pemimpin]dalam urusan umum dakwah.

dlm merealisasikan fungsi2 ini,
Hubungan antara murobbi dan mutarobbi haruslah dilandasi dengan kasih sayang dan cinta karena Allah.

jadikan saranan ALLAH dalam surat Ali Imran ayat 159 SEBAGAI pedoman :

’’Maka disebabkan rahmat dari Allah kamu berlaku lemah lembut terhadap mereka ,sekiranya kamu bersikapkeras lagi berhati kasar, tentulah mereka akan menjauhkan diri dari sekelilingmu,kerana itu.. maafkanlah mereka mohonkanlah ampunan bagi mereka dan bermusyawarahlah dengan mereka dalam urusan itu, kemudian apabila kamu telah membulatkan tekad ,maka bertawakkallah kepada Allah sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertawakkal kepadanya’’.



justeru,sayangilah dan bimbinglah mutarabbi anda sepenuh hati...

dengan menjadi seorg walid (bapa/ ibu yg penyayang, yg bertanggungjawab terhadap urusan kehidupan anak2 nya),

menjadi seorg syeikh yang membantu mengalirkan hikmah yufaqqihu fiddeed (kefahaman dlm agaman), yg menjadi org rujukan dlm menyelesaikan sebarang masalah2..

menjadi serog ustaz yg menyalurkan fikrah ISLAM dgn penuh dedikasi tanpa knal penat dan putus asa,

mahupun menjadi seorg qoid..yang mengemudi perjalanan tarbiyyah dakwah ank2 kapalnya agar tidak "hilang" ditengh lautan..

moga dgn kerja2 dan pengorbanan kita yg sedkit ini, mampu menjadi batu bata untuk kegemilangan ISLAM suatu masa nnt..

biar kita bermula dgn melahirkan individu2 muslim yg sejati..individu2 muslim yg benar2 jelas dan faham akn matlamat hidupnya...
justeru, mereka2 ini yg akan bekerja untk ISLAM di masa depan...
menjadi generasi penerus kebangkitan ISLAM..

mungkin di saat kegemilangan ISLAM itu, kita suadah tiada di bumi,
namun biarlah ada SUMBANGAN KITA UNTUK ISLAM
ITULAH ERTI HIDUP YG BERMAKNA...

moga2 pahala dr kerja2 kita di jalan ALLAH ini...
MENJADI BEKAL DAN SAKSI..
untuk kita bawa berjumpa dgn ALLAH..

AMEEN.

PROFIL MURABBI

DEFINISI MUROBBI

Murobbi adalah orang yang melaksanakan proses tarbiah mUtarabbi,dengan fokus kerjanya pada pembentukam pribadi muslim solih muslih ,yang memperhatikan aspek pemeliharaan[ar-ria’yah],pengembangan[at-tanmiah]dan pengarahan[at-taujih] serta pemberdayaan[at-tauzhif].

FUNGSI MUROBBI DI DALAM AL-QUR’AN

Di dalam al-Qur’an banyak ayat yang menjelaskan fungsi murobbi, seperti di dalam surat Al-Baqoroh ayat151,Ali Imran ayat 164 dan Al-Jumu’ah ayat 2.Di dalam surat Al-Baqaroh ayat 151 Allah SWT. Berfirman;

Artinya;
‘‘Sebagaimana Kami telah utus kepada kamu seorang rasul[Muhammad] membacakan kepadamu ayat-ayat Kami, membersihkan jiwa-jiwa kamu, mengajarkan kepada kamu al-kitab dan al-hikmah dan mengajarkan kepada kamu apa-apa yang kamu belum mengetahuinya”.

Di dalam ayat ini ada 3 point penting iaitu;

1. Rosul diutus kepada ummatnya sebagai murobbi[kama arsalna fikum rosulan minkum]

2. Rosul dalam melaksanakan fungsi tarbiah dibekali manhaj dan penguasaannya yang benar dan utuh. [yatlu ‘alaikum ayatina].

3. Proses tarbiah yang dilakukan rasul memperhatikan 3 aspek penting Iaitu;

a. Mensucikan jiwa[wayuzakkikum]agar terbentuknya ruhiah ma’nwiah[mentalitas sepiritual].
b. Mengajarkan ilmu[wayu’allimukumul kitaba walhikmata] agar terbentuknya fikriah tsaqofiah [wawasan intelektual]
c. Mengajarkan cara beramal [wayu’allimukum malam takunu ta’lamun] agar terbentuknya amaliah harakiah[amal dan harakah].


Jika kita perhatikan ayat di atas, tazkiatun nafs [pembersihan jiwa] menjadi skala prioritI dalam proses tarbiah MUTARABBI KITA sebelum kita menyalurkan fikrah islamiah dan juga mengajak mereka bekerja bersama2 kita untuk ISLAM,
kerana perubahan dan pembinaan produk manusia harus dimulai dari perubahan dan peMbaikan pada jiwa sebagaimana
firman Allah dalam surat Ar-Ra’d ayat 11.
ertinya;

“sesungguhnya Allah tidak akan merubah keadaan suatu kaum sehingga kaum itu merubah keadaan dirinya’’

JUSTERU, LANGKAH TERAWAL YG KITA HARUS LAKUKAN IALAH MEMEBRSIHKAN JIWA MAD'U2 KITA DARI KARAT2 JAHILIYYAH, SEMANGAT2 JAHILIAH, KEFAHAMAN2 JAHILIYYAH AGAR DGN INI,
MEREKA AKN LEBIH FAHAM ISLAM secara syumul.

dgn ini juga,
diharapkan agar mad'u2 kita...
tidak sekadar "hangat2 tahi ayam" KETIKA BEKERJA BERSAMA KITA,'
tp, mereka faham dan iltizam bahawa
kita melakukan kerja2 kerana inilah tanggungjwab kita...
kita melakukan kerja2 ini... untuk ALLAH semata...
untuk keBANGKITAN ISLAM semata..

wallahulam.

CIRI-CIRI MEREKA YANG MENGHAYATI DAN MEMPERJUANGKAN ISLAM

Bentuk kehidupan seseorang yang menghayati dan memperjuangkan Islam tentulah berbeza dengan manusia lain. Antaranya ialah:

1. Terikat dan menurut ajaran Islam.
Iman bukan sekadar cita-cita. Iman adalah suatu yang tertanam di dalam hati dan
dibuktikan melalui amal perbuatan. Allah SWT sering mengaitkan iman dengan amalan.

Firman Allah SWT: maksudnya;
“...orang-orang yang beriman dan beramal soleh ...” (Al-’Ashr 103:3)
Dalam hubungan ini Allah SWT mengingatkan janganlah kita mengajak manusia lain
berbuat baik sedangkan kita melupai diri kita sendiri.

Firman Allah SWT:
“Mengapa kamu menyuruh orang lain mengerjakan kebaikan sedangkan kamu melupakan diri kamu sendiri padahal kamu membaca Al Kitab, tidakkah kamu berfikir?”. (Al-Baqarah 2:44)

2. Mengutamakan kepentingan Islam.
Sabda Rasulullah SAW: mafhumnya;
“Berkisarlah untuk kepentingan Islam di mana kepentingannya berkisar.”

Baginda mengingatkan lagi dengan sabda yang bermaksud;
“Sesiapa yang berpagi-pagian tidak mengambil berat hal ehwal orang Islam yang lain maka
ia bukanlah dari golongan mereka (Islam).”

Rasulullah SAW menjelaskan secara langsung dengan sabda yang bermaksud;
“Engkau memegang pos-pos penting daripada pos-pos Islam, maka (awas) jangan sampai
musuh dapat lolos daripada penjagaanmu.”


3. Berasa mulia dengan kebenaran Islam dan yakin kepada Allah SWT.
Berasa mulia dengan kebenaran Islam dan yakin kepada Allah SWT adalah antara sifatsifat
orang-orang beriman. Allah mengingatkan dalam al-Quran di dalam firman-Nya yang
bermaksud;
“Janganlah kamu berasa hina (lemah) dan jangan kamu berasa duka cita dan kamu adalah lebih tinggi (mulia) jika kamu (benar-benar) beriman.” (Ali Imran 3:139)

Ketika para sahabat Rasulullah SAW berada dalam perlindungan kerajaan Habsyah dan
menemui rajanya, Najasyi, paderi dan pendita yang ada di Istana Najasyi meminta mereka
sujud untuk menghormati Raja Najasyi. Tetapi Ja’far bin Abi Thalib r.a yang menjadi ketua
rombongan itu menjawab: “Kami tidak sujud melainkan untuk Allah SWT.”

4. Bekerja untuk Islam dan bekerjasama dengan pekerja-pekerja Islam.
Apabila kita mengaku Muslim, kita harus bekerja untuk Islam. Kita patut bekerja secara
berjama’ah, bekerjasama dengan para pendakwah lain yang menyeru kepada Allah SWT,
menyuruh melakukan kebaikan dan melarang melakukan kemungkaran. Kita harus bekerja
keras untuk mewujudkan individu muslim, rumah tangga muslim, masyarakat muslim dan
negara yang melaksanakan Islam dalam pemerintahan.

Firman Allah SWT: maksudnya;
“Kami akan perkuatkan tenagamu dengan saudaramu.” (Al-Qashash 28: 35)
Firman Allah SWT lagi: bermaksud;
“Bertolong-menolonglah kamu dalam urusan kebaikan dan jangan kamu bertolong-menolong dalam dosa dan permusuhan.” (Al-Maidah 5: 2)

Sabda Rasulullah SAW: maksudnya;
“Seorang muslim dengan seorang muslim yang lain adalah seperti binaan yang tersusun.
Sebahagiannya meneguhkan sebhagian yang lain.”
“Tangan (pertolongan) Allah di atas (bersama) jamaah.”
“Sesungguhnya serigala itu memakan kambing yang terpencil (daripada kumpulannya).”
“Hendaklah kamu bersama-sama Jama’ah al-Muslimin dan kepimpinan mereka.”

SOLAT ADALAH CINTA

The Meaning Of Taqwa
Imam Ghazali has said, ‘ Taqwa in the Quran has three meanings. First is fear and a sense of awe.The second includes obedience and worship. Third is freeing the heart from sins, which is the reality and essence of taqwa. In summary, taqwa is to guard oneself against the anger of God and His punishment by fulfilling His commandments and abstaining from what He has made prohibited.

Taken from : Two Treatises of Imam al-Haddad

hurm,
susah betul untuk mendapat kemanisan TAQWA...
kenapa ya?
mungkin kadang2 kite jarang perhatikan sejauh mana penghayatan kite dlm solat kite..
solat menjadi tunggak tiang agama...

jadi,
jom same2 kite hayati maksud bacaan dlm solat2 kite..
agar...
solat2 kite..lebih mempunyai "ROH"
lebih khusyu' daripada biase...
insyaALLAH..


Takbiratul-Ihram & Takbir
Allah Maha Besar.


Doa Iftitah

Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya.
Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang.
Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi,
dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik.
Sesungguhnya solatku,
ibadatku,
hidupku,
matiku
adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam.
Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak
menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.



Al-Fatihah
Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani.
Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.
Yang maha pemurah lagi maha mengasihani.
Yang menguasai hari pembalasan.
Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan.
Tunjukilah kami jalan yang lurus.
Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.


Bacaan ketika rukuk
Maha Suci TuhanKu Yang Maha Mulia dan dengan segala puji-pujiannya.



Bacaan ketika bangun dari rukuk
Allah mendengar pujian orang yang memujinya.
Bacaan ketika iktidal
Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian.
Bacaan ketika sujud
Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.


Bacaan ketika duduk di antara dua sujud
Ya Allah, ampunilah daku,
Rahmatilah daku,
kayakan daku,
angkatlah darjatku,
rezekikan daku,
berilah aku hidayah,
sihatkanlah daku dan
maafkanlah akan daku.


Bacaan ketika Tahiyat Awal
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.
Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta
keberkatannya.
Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.
Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.
Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.


Bacaan ketika Tahiyat Akhir
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.
Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya.
Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.
Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.
Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya.
Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim.
Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini.
Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.

Doa Qunut
Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki.
Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan.
Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin.
Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku.
Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan.
Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau.
Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanaMu.
Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi.
Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau.
Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau
tetapkan.
Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau.
Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabat-sahabatnya.

CIRI-CIRI INDIVIDU MUSLIM

CIRI-CIRI INDIVIDU MUSLIM – menurut pemikiran Imam Hasan Al-Bana (pengasas IM )

Pendahuluan

“….sesungguhnya umat yang berjuang amat berhajat kepada pembinaan jiwa dan pengukuhan akhlak dan mencorak generasinya dengan akhlak rajulah (ketokohan) sehingga mereka teguh pendirian dalam menghadapi segala rintangan dan berupaya mengatasinya dari segala kepayahan. Sesungguhnya seorang rajul (tokoh) adalah rahsia hidup umat dan sumber kebangunannya,dan sejarah umat-umat terdahulu adalah sejarah yang melahirkan rijal yang pintar dan kuat jiwa dan kemahuannya.Bahawa kekuatan satu-satu umat atau kelemahannya dinilai kepada kesungguhan dan keseriusan dalam memproduk (menghasilkan) rijal yang melengkapi syarat-syarat kerajulan yang sahihah (betul)” – Imam Al-Bana ( risalah adakah kami kaum yang bekerja).


Kenapa al-fardu al-muslim (individu Muslim )
binaan pertama dalam maratib amal (peringkat kerja) dakwah IM.
Kanun perubahan : إِنَّ اللهَ لاَ يُغَيِّرُ مَا بِقَوْمٍ حَتَّى يُغَيِّرُ مَا بِأَنْفُسِهِمْ [ الرعد : 11 ]
Membina rijal lebih payah dari membina institusi – Mustafa Mahsyur
Metodologi dakwah rasulullah ; generasi awal Islam dibina dirumah Al-Arqam b. Abi Arqam.
Mereka menjadi qaedah sulbah ( tulang belakang ) dakwah dan Jil Taa’sis (generasi pengasas).

Bagaimana membina ;

 Menurut Imam Hasan Al-Bana ;”pembentukan ummah,pendidikan bangsa,menggapai cita-cita dan memenangkan prinsip memerlukan kepada quwwah nafsiah ( kekuatan jiwa ) yang hebat dan unggul yang tergambar dari beberapa perkara
a. Kemahuan yang kuat
b. Kesetian yang teguh (tidak berbelah bagi)
c. Pengorbanan yang tinggi
d. Memahami prinsip,menyakini dan menghargainya.”

 Melalui proses tarbawi yang tersusun dengan seluruh wasail (method) tarbiyah samada usrah,katibah,perkhemahan, daurah,rehlah dan muaskar.

4. Ciri Individu Muslim ( al-fardul al-Muslim) ; pemikiran Al-Bana


1. Kuat tubuh badan
قََََوِِيُّ الْجِسْمِ
 Pemeriksaan kesihatan,rawatan dan pencegahan tubuh badan dari penyakit.
 Jauh dari minuman rangsangan dan merokok.
 Jaga kebersihan
 Jauh dari arak,perkara yang memabukkan dan merosak serta melemahkan diri.
 Bersukan dan berlatih.

2. Mantap akhlak
مَتِيْنُ الْخُلُقِ
 Benar perkataan dan tidak dusta
 Setia pada janji perkataan dan masa perjumpaan.
 Berani dalam melaksanakan kewajipan dan mengiktiraf kesilapan.
 Tenang,serius dan bersungguh-sungguh,mesra dan ceria.
 Malu,sensitif dan tawaduk
 Adil,sederhana dan menguasai sifat marah
 Suka memberi khidmat
 Pengasih,pemurah,pemaaf dan lemah lembut

3. Luas pengetahuan
مُثَقَّفُ الْفِكْرِ
 Wirid harian,membaca al-quran,dan tadabbur (faham makna)
 Mengkaji sirah dan sejarah salafus salih.
 Membaca hadis dan menghafal hadis 40 imam an-Nawawi
 Mengkaji risalah akidah dan fekah
 Ada perpustakaan sendiri

4. Mampu berdikari mencari rezeki
قَادِرًا عَلىَ الْكَسْبِ
 Bekerja sendiri
 Tidak bercita-cita untuk bekerja dengan kerajaan.
 Tekun bekerja dan tidak menipu
 Baik dalam menjalankan kerja dan menunaikan hak manusia.
 Jauh dari pencarian haram
 Jauh dari riba dalam semua aktiviti ekonomi
 Berkhidmat untuk menambahkan kewangan islam dan menjaga ekonomi negara.
 Sumbangan dakwah dari harta yang diperolehi.
 Menabung untuk masa kecemasan dan jauh dari untuk bermewah-mewah.


5. Bersih akidah
سَلِيْمُ الْعَقِيْدَةِ
 Memahami Islam sebagai satu cara hidup yang lengkap dalam semua aspek kehidupan.
 Beriman dengan ayat sifat dan jauh dari takwil dan ta’til
 Tidak kafirkan muslim yang berikrar dengan syahadah
 Cara berdoa tidak termasuk masalah akidah
 Mengingkari dakwaan mengetahui perkara ghain dan ramalan serta memeranginya.
 Ziarah kubur adalah sunnah jika ikut caranya yang mathur.
 Cinta kepada orang salih dan wali-wali adalah jalan mendekatkan diri kepada allah.
 Jauh diri dari perkara Bid’ah yang tidak ada sandaran syarak.

6. Betul Ibadah
صَحِيْحُ الْعِبَادَةِ
 Sentiasa muraqabatullah
 Sentiasa bersuci dan berwuduk
 Solat pada waktunya
 Puasa dan mengerjakan haji
 Pasang niat utk berjihad
 Memperbaharui taubat dan istighfar
 Melawan runtunan hawa nafsu

7. Mujahadah nafsu
مُجَاهِدًا لِنَفْسِهِ
 Mendekatkan diri kepada allah dengan melakukan ketaatan
 Jauhi maksiat
 Membanyakkan kebaikan dari kejahatan
 Banyakkan amalan solih

8. Menjaga waktu
حَرِيْصًا عَلىَ وَقْتِهِ
 Menggunakan waktu ke arah perkara yang mendatangkan kebaikan
 Mengetahui keutamaan (priority)
 Membiasakan time management dan mengaturnya dengan baik.

9. Management urusan
مُنَظَّمًا فِيْ شُئُوْنِهِ
 Terurus kerja,pejabat dan system surat-menyurat (failing)
 Terurus hubungan keluarga dan kemasyarakatan
 Tersusun perjumpaan (appoitment) dan kewajipan yang dipertanggungjawab.


10. Berguna kepada orang lain
نَافِعًا لِغَيْرِهِ
 Menunaikan hak-hak persaudaraan seperti kasih sayang,memberi penghargaan,membantu dan ithar (mengutamakan sahabat dari dirinya)
 Sumbangan dalam membangunkan kekayaan Islam dengan melaksanakan projek-projek Islam.
 Ada latihan untuk memberi khidmat umum

Si kekasih yang selalu dikenang jasanya

**cerita ini bersasterakan bahasa indonesia**
**namun, inilah cerita favourite ana**
**maaf, andai ada yg tak bisa difahami**

SELAMAT MEMBACA...


KHADIJAH BINTI KHUWAILID radhiallâhu 'anha

Beliau adalah seorang sayyidah wanita sedunia pada zamannya. Dia adalah putri dari Khuwailid bin Asad bin Abdul Uzza bin Qushai bin Kilab al-Qurasyiyah al-Asadiyah. Dijuluki ath-Thahirah yakni yang bersih dan suci. Sayyidah Quraisy ini dilahirkan di rumah yang mulia dan terhormat kira-kira 15 tahun sebelum tahun fill (tahun gajah). Beliau tumbuh dalam lingkungan keluarga yang mulia dan pada gilirannya beliau menjadi seorang wanita yang cerdas dan agung. Beliau dikenal sebagai seorang yang teguh dan cerdik dan memiliki perangai yang luhur. Karena itulah banyak laki-laki dari kaumnya menaruh simpati kepadanya.


Pada mulanya beliau dinikahi oleh Abu Halah bin Zurarah at-Tamimi yang membuahkan dua orang anak yang bernama Halah dan Hindun.Tatkala Abu Halah wafat, beliau dinikahi oleh Atiq bin 'A'id bin Abdullah al-Makhzumi hingga beberapa waktu lamanya namun akhirnya mereka cerai.


Setelah itu banyak dari para pemuka-pemuka Quraisy yang menginginkan beliau tetapi beliau memprioritaskan perhatiannya dalam mendidik putra-putrinya, juga sibuk mengurusi perniagaan yang mana beliau menjadi seorang yang kaya raya. Suatu ketika, beliau mencari orang yang dapat menjual dagangannya, maka tatkala beliau mendengar tentang Muhammad sebelum bi'tsah (diangkat menjadi Nabi), yang memiliki sifat jujur, amanah dan berakhlak mulia, maka beliau meminta kepada Muhammad untuk menjualkan dagangannya bersama seorang pembantunya yang bernama Maisarah. Beliau memberikan barang dagangan kepada Muhammad melebihi dari apa yang dibawa oleh selainnya. Muhammad al-Amin pun menyetujuinya dan berangkatlah beliau bersama Maisarah dan Allah menjadikan perdagangannya tersebut menghasilkan laba yang banyak. Khadijah merasa gembira dengan hasil yang banyak tersebut karena usaha dari Muhammad, akan tetapi ketakjubannya terhadap kepribadian Muhammad lebih besar dan lebih mendalam dari semua itu. Maka mulailah muncul perasaan-perasaan aneh yang berbaur dibenaknya, yang belum pernah beliau rasakan sebelumnya. Pemuda ini tidak sebagamana kebanyakan laki-laki lain dan perasaan-perasaan yang lain.


Akan tetapi dia merasa pesimis; mungkinkah pemuda tersebut mau menikahinya, mengingat umurnya sudah mencapai 40 tahun? Apa nanti kata orang karena ia telah menutup pintu bagi para pemuka Quraisy yang melamarnya?
Maka disaat dia bingung dan gelisah karena problem yang menggelayuti pikirannya, tiba-tiba muncullah seorang temannya yang bernama Nafisah binti Munabbih, selanjutnya dia ikut duduk dan berdialog hingga kecerdikan Nafisah mampu menyibak rahasia yang disembuyikan oleh Khodijah tentang problem yang dihadapi dalam kehidupannya. Nafisah membesarkan hati Khadijah dan menenangkan perasaannya dengan mengatakan bahwa Khadijah adalah seorang wanita yang memiliki martabat, keturunan orang terhormat, memiliki harta dan berparas cantik.Terbukti dengan banyaknya para pemuka Quraisy yang melamarnya.

Selanjutnya, tatkala Nafisah keluar dari rumah Khadijah, dia langsung menemui Muhammad al-Amin hingga terjadilah dialog yang menunjukan kelihaian dan kecerdikannya:

Nafisah : Apakah yang menghalangimu untuk menikah wahai Muhammad?
Muhammad : Aku tidak memiliki apa-apa untuk menikah .
Nafisah : (Dengan tersenyum berkata) Jika aku pilihkan untukmu seorang wanita yang kaya raya, cantik dan berkecukupan, maka apakah kamu mau menerimanya?
Muhammad : Siapa dia ?
Nafisah : (Dengan cepat dia menjawab) Dia adalah Khadijah binti Khuwailid
Muhammad : Jika dia setuju maka akupun setuju.
Nafisah pergi menemui Khadijah untuk menyampaikan kabar gembira tersebut, sedangkan Muhammad al-Amin memberitahukan kepada paman-paman beliau tentang keinginannya untuk menikahi sayyidah Khadijah. Kemudian berangkatlah Abu Tholib, Hamzah dan yang lain menemui paman Khadijah yang bernama Amru bin Asad untuk melamar Khadijah bagi putra saudaranya, dan selanjutnya menyerahkan mahar.

Setelah usai akad nikah, disembelihlah beberapa ekor hewan kemudian dibagikan kepada orang-orang fakir. Khadijah membuka pintu bagi keluarga dan handai taulan dan diantara mereka terdapat Halimah as-Sa'diyah yang datang untuk menyaksikan pernikahan anak susuannya. Setelah itu dia kembali ke kampungnya dengan membawa 40 ekor kambing sebagai hadiah perkawinan yang mulia dari Khadijah, karena dahulu dia telah menyusui Muhammad yang sekarang menjadi suami tercinta.

Maka jadilah Sayyidah Quraisy sebagai istri dari Muhammad al-Amin dan jadilah dirinya sebagai contoh yang paling utama dan paling baik dalam hal mencintai suami dan mengutamakan kepentingan suami dari pada kepentingan sendiri. Manakala Muhammad mengharapkan Zaid bin Haritsah, maka dihadiahkanlah oleh Khadijah kepada Muhammad. Demikian juga tatkala Muhammad ingin mengembil salah seorang dari putra pamannya, Abu Tholib, maka Khadijah menyediakan suatu ruangan bagi Ali bin Abi Tholib radhiallâhu 'anhu agar dia dapat mencontoh akhlak suaminya, Muhammad Shallallahu 'alaihi wasallam .

Allah memberikan karunia pada rumah tangga tersebut berupa kebehagaian dan nikmat yang berlimpah, dan mengkaruniakan pada keduanya putra-putri yang bernama al-Qasim, Abdullah, Zainab, Ruqqayah, Ummi Kalsum dan Fatimah.

Kemudian Allah Ta'ala menjadikan Muhammad al-Amin ash-Shiddiq menyukai Khalwat (menyendiri), bahkan tiada suatu aktifitas yang lebih ia sukai dari pada menyendiri. Beliau menggunakan waktunya untuk beribadah kepada Allah di Gua Hira' sebulan penuh pada setiap tahunnya. Beliau tinggal didalamnya beberapa malam dengan bekal yang sedikit jauh dari perbuatan sia-sia yang dilakukan oleh orang-orang Makkah yakni menyembah berhala dan lain –lain.

Sayyidah ath-Thahirah tidak merasa tertekan dengan tindakan Muhammad yang terkadang harus berpisah jauh darinya, tidak pula beliau mengusir kegalauannya dengan banyak pertanyaan maupun mengobrol yang tidak berguna, bahkan beliau mencurahkan segala kemampuannya untuk membantu suaminya dengan cara menjaga dan menyelesaikan tugas yang harus dia kerjakan dirumah. Apabila dia melihat Nabi Shallallahu 'alaihi wasallam pergi ke gua, kedua matanya senantiasa mengikuti suaminya terkasih dari jauh. Bahkan dia juga menyuruh orang-orang untuk menjaga beliau tanpa mengganggu suaminya yang sedang menyendiri.

Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam tinggal di dalam gua tersebut hingga batas waktu yang Allah kehendaki, kemudian datanglah Jibril dengan membawa kemuliaan dari Allah sedangkan beliau di dalam gua Hira' pada bulan Ramadhan. Jibril datang dengan membawa wahyu.Selanjutnya beliay Nabi Saw keluar dari gua menuju rumah beliau dalam kegelapan fajar dalam keadaaan takut, khawatir dan menggigil seraya berkata: "Selimutilah aku ….selimutilah aku …".

Setelah Khadijah meminta keterangan perihal peristiwa yang menimpa Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam, beliau menjawab:"Wahai Khadijah sesungguhnya aku khawatir terhadap diriku".

Maka Istri yang dicintainya dan yang cerdas itu menghiburnya dengan percaya diri dan penuh keyakinan berkata: "Allah akan menjaga kita wahai Abu Qasim, bergembiralah wahai putra pamanku dan teguhkanlah hatimu. Demi yang jiwaku ada ditangan-Nya, sugguh aku berharap agar anda menjadi Nabi bagi umat ini. Demi Allah, Dia tidak akan menghinakanmu selamanya, sesungguhnya anda telah menyambung silaturahmi, memikul beban orang yang memerlukan, memuliakan tamu dan menolong para pelaku kebenaran.
Maka menjadi tentramlah hati Nabi berkat dukungan ini dan kembalilah ketenangan beliau karena pembenaran dari istrinya dan keimanannya terhadap apa yang beliau bawa.

Namun hal itu belum cukup bagi seorang istri yang cerdas dan bijaksana, bahkan beliau dengan segera pergi menemui putra pamannya yang bernama waraqah bin Naufal, kemudian beliau ceritakan perihal yang terjadi pada Muhammad Shallallahu 'alaihi wasallam . Maka tiada ucapan yang keluar dari mulutnya selain perkataan:
"Qudus….Qudus…..Demi yang jiwa Waraqah ada ditangan-Nya, jika apa yang engkau ceritakan kepadaku benar,maka sungguh telah datang kepadanya Namus Al-Kubra sebagaimana yang telah datang kepada Musa dan Isa, dan Nuh alaihi sallam secara langsung.Tatkala melihat kedatangan Nabi, sekonyong-konyong Waraqah berkata: "Demi yang jiwaku ada ditangan-Nya, Sesungguhnya engkau adalah seorang Nabi bagi umat ini, pastilah mereka akan mendustakan dirimu, menyakiti dirimu, mengusir dirimu dan akan memerangimu. Seandainya aku masih menemui hari itu sungguh aku akan menolong dien Allah ". Kemudian ia mendekat kepada Nabi dan mencium ubun-ubunnya. Maka Nabi Shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: " Apakah mereka akan mengusirku?". Waraqah menjawab: "Betul, tiada seorang pun yang membawa sebagaimana yang engkau bawa melainkan pasti ada yang menentangnya. Kalau saja aku masih mendapatkan masa itu …kalau saja aku masih hidup…". Tidak beberapa lama kemudian Waraqah wafat.
Menjadi tenanglah jiwa Nabi Shallallahu 'alaihi wasallam tatkala mendengar penuturan Waraqah, dan beliau mengetahui bahwa akan ada kendala-kendala di saat permulaan berdakwah, banyak rintangan dan beban. Beliau juga menyadari bahwa itu adalah sunnatullah bagi para Nabi dan orang-orang yang mendakwahkan dien Allah. Maka beliau menapaki jalan dakwah dengan ikhlas semata-mata karena Allah Rabbul Alamin, dan beliau mendapatkan banyak gangguan dan intimidasi.
Adapun Khadijah adalah seorang yang pertama kali beriman kepada Allah dan Rasul-Nya dan yang pertama kali masuk Islam.

Beliau adalah seorang istri Nabi yang mencintai suaminya dan juga beriman, berdiri mendampingi Nabi Shallallahu 'alaihi wasallam yang dicintainya untuk menolong, menguatkan dan membantunya serta menolong beliau dalam menghadapi kerasnya gangguan dan ancaman sehingga dengan hal itulah Allah meringankan beban Nabi-Nya.Tidaklah beliau mendapatkan sesuatu yang tidak disukai, baik penolakan maupun pendustaan yang menyedihkan beliau Shallallahu 'alaihi wasallam kecuali Allah melapangkannya melalui istrinya bila beliau kembali ke rumahnya. Beliau (Khadijah) meneguhkan pendiriannya, menghiburnya, membenarkannya dan mengingatkan tidak berartinya celaan manusia pada beliau Shallallahu 'alaihi wasallam. Dan ayat-ayat Al-Qur'an juga mengikuti (meneguhkan Rasulullah),

Firman-Nya:
"Hai orang-orang yang berkemul (berselimut), bangunlah, lalu berilah peringatan! Dan Rabb-Mu agungkanlah, dan pakaianmu bersihkanlah, dan perbuatan dosa tinggalkanlah, dan janganlah kamu memberi (dengan maksud) memperoleh (belasan) yang lebih banyak. Dan untuk (memenuhi perintah) Rabb-Mu, bersabarlah!"(Al-Muddatstsir:1-7).

Sehingga sejak saat itu Rasulullah yang mulia memulai lembaran hidup baru yang penuh barakah dan bersusah payah. Beliau katakan kepada sang istri yang beriman bahwa masa untuk tidur dan bersenang-senang sudah habis. Khadijah radhiallâhu 'anha turut mendakwahkan Islam disamping suaminya -semoga shalawat dan salam terlimpahkan kepada beliau. Diantara buah yang pertama adalah Islamnya Zaid bin Haritsah dan juga keempat putrinya semoga Allah meridhai mereka seluruhnya.

Mulailah ujian yang keras menimpa kaum muslimin dengan berbagai macam bentuknya,akan tetapi Khadijah berdiri kokoh bak sebuah gunung yang tegar kokoh dan kuat.
Beliau wujudkan Firman Allah Ta'ala:
"Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: 'Kami telah beriman' , sedangkan mereka tidak diuji lagi?" . (Al-'Ankabut:1-2).

Allah memilih kedua putranya yang pertama Abdullah dan al-Qasim untuk menghadap Allah tatkala keduanya masih kanak-kanak, sedangkan Khadijah tetap bersabar. Beliau juga melihat dengan mata kepalanya bagaimana syahidah pertama dalam Islam yang bernama Sumayyah tatkala menghadapi sakaratul maut karena siksaan para thaghut hingga jiwanya menghadap sang pencipta dengan penuh kemuliaan.

Beliau juga harus berpisah dengan putri dan buah hatinya yang bernama Ruqayyah istri dari Utsman bin Affan radhiallâhu 'anhu karena putrinya hijrah ke negeri Habsyah untuk menyelamatkan diennya dari gangguan orang-orang musyrik. Beliau saksikan dari waktu ke waktu yang penuh dengan kejadian besar dan permusuhan. Akan tetapi tidak ada kata putus asa bagi seorang Mujahidah.
Beliau laksanakan setiap saat apa yang difirmankan Allah Ta'ala :
"Kamu sungguh-sungguh akan duji terhadap hartamu dan dirimu. Dan (juga) kamu sungguh-sungguh akan mendengar dari orang-orang yang diberikan kitab sebelum kamu dan dari orang-orang yang mempersekutukan Allah, ganguan yang banyak yang menyakitkan hati. Jika kamu bersabar dan bertakwa, maka sesungguhnya yang demikian itu termasuk urusan yang di utamakan ". (Ali Imran:186).

Sebelumnya, beliau juga telah menyaksikan seluruh kejadian yang menimpa suaminya al-Amin ash-Shiddiq yang mana beliau berdakwah di jalan Allah, namun beliau menghadapi segala musibah dengan kesabaran. Semakin bertambah berat ujian semakin bertambahlah kesabaran dan kekuatannya. Beliau campakkan seluruh bujukan kesanangan dunia yang menipu yang hendak ditawarkan dengan aqidahnya. Dan pada saat-saat itu beliau bersumpah dengan sumpah yang menunjukkan keteguhan dalam memantapkan kebenaran yang belum pernah dikenal orang sebelumnya dan tidak bergeming dari prinsipnya walau selangkah semut. Beliau bersabda: "Demi Allah wahai paman! seandainya mereka mampu meletakkan matahari di tangan kananku dan bulan di tangan kiriku agar aku meninggalkan urusan dakwah ini, maka sekali-kali aku tidak akan meninggalkannya hingga Allah memenangkannya atau aku yang binasa karenannya".

Begitulah Sayyidah mujahidah tersebut telah mengambil suaminya Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam sebagai contoh yang paling agung dan tanda yang paling nyata tentang keteguhan diatas iman. Oleh karena itu, kita mendapatkan tatkala orang-orang Quraisy mengumumkan pemboikotan mereka terhadap kaum muslimin untuk menekan dalam bidang politik, ekonomi dan kemasyarakatan dan mereka tulis naskah pemboikotan tersebut kemudian mereka tempel pada dinding ka'bah; Khadijah tidak ragu untuk bergabung dengan kaum muslimin bersama kaum Abu Thalib dan beliau tinggalkan kampung halamannya untuk menempa kesabaran selama tiga tahun bersama Rasul dan orang-orang yang menyertai beliau menghadapi beratnya pemboikotan yang penuh dengan kesusahan dan menghadapi kesewenang-wenangan para penyembah berhala. Hingga berakhirlah pemboikotan yang telah beliau hadapi dengan iman, tulus dan tekad baja tak kenal lelah. Sungguh Sayyidah Khadijah telah mencurahkan segala kemampuannya untuk menghadapi ujian tersebut di usia 65 tahun. Selang enam bulan setelah berakhirnya pemboikotan itu wafatlah Abu Thalib, kemudian menyusul seorang mujahidah yang sabar -semoga Allah meridhai beliau- tiga tahun sebelum hijrah.

Dengan wafatnya Khadijah maka meningkatlah musibah yang Rasul hadapi. Karena bagi Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam, Khadijah adalah teman yang tulus dalam memperjuangkan Islam.

Begitulah Nafsul Muthmainnah telah pergi menghadap Rabbnya setelah sampai pada waktu yang telah ditetapkan, setelah beliau berhasil menjadi teladan terbaik dan paling tulus dalam berdakwah di jalan Allah dan berjihad dijalan-Nya. Dalalm hubungannya, beliau menjadi seorang istri yang bijaksana, maka beliau mampu meletakkan urusan sesuai dengan tempatnya dan mencurahkan segala kemamapuan untuk mendatangkan keridhaan Allah dan Rasul-Nya. Karena itulah beliau berhak mendapat salam dari Rabb-nya dan mendapat kabar gembira dengan rumah di surga yang terbuat dari emas, tidak ada kesusahan didalamnya dan tidak ada pula keributan didalamnya. Karena itu pula Rasulullah bersabda: "Sebaik-baik wanita adalah Maryam binti Imran, sebaik-baik wanita adalah Khadijah binti Khuwailid".

Ya Allah ridhailah Khadijah binti Khuwailid, As-Sayyidah Ath-Thahirah. Seorang istri yang setia dan tulus, mukminah mujahidah di jalan diennya dengan seluruh apa yang dimilikinya dari perbendaharaan dunia. Semoga Allah memberikan balasan yang paling baik karena jasa-jasanya terhadap Islam dan kaum muslimin.

POKOK EPAL










POKOK EPAL

Suatu masa dahulu, terdapat sebatang pokok epal yang amat besar. Seoarang kanak-kanak lelaki begitu gemar bermain-main di sekitar pokok epal ini setiap hari. Dia memanjat pokok tersebut, memetik serta memakan epal sepuas-puas hatiinya, dan adakalanya dia berehat lalu terlelap di perdu pokok epal tersebut. Budak lelaki tersebut begitu menyayangi tempat permainannya. Pokok epal itu juga amat menyukai budak lelaki tersebut.

Masa berlalu.....
Budak lelaki itu sudah besar dan menjadi seorang remaja. Dia tidak lagi menghabiskan masanya setiap hari bermain di sekitar pokok epal tersebut. Namun begitu, suatu hari dia datang kepada pokok epal tersebut dengan wajah yang sedih. ”Marilah bermain-main di sekitarku,” ajak pokok epal tersbut. “Aku bukan lagi kanak-kanak, aku tidak lagi gemar bermain dengan engkau” jawab budak remaja itu. “Aku mahukan permainan. Aku perlukan wang untuk membelinya,” tambah budak remaja itu dengan nada yang sedih.

Lalu pokok epal itu berkata, “kalau begitu, petiklah epal-epal yang ada padaku. Jualkannya untuk mendapatkan wang. Dengan itu, kau dapat membeli permainan yang kau inginkan. Budak remaja itu dengan gembiranya memetik semua epal pada pokok itu dan prgi dari situ. Dia tidak kembali lagi selepas itu. Pokok epal itu merasa sedih.

Masa berlalu.....
Suatu hari, budak remaja itu kembali. Dia semakin dewasa. Pokok epal itu merasa gembira. “Marilah bermain-main di sekitarku.”, ajak pokok epal itu. “Aku sudah tiada masa untuk bermain. Aku terpaksa bekerja untuk mendapatkan wang. Aku ingin membina rumah sebagai tempat perlindungan untuk keluargaku. Bolehkah kau menolongku?” tanya budak itu. “Maafkan aku. Aku tidak ada rumah. Tetapi kau boleh memotong dahan-dahanku yang besar ini dan kau buatlah rumah daripadanya.” Pokok epal itu memberikan cadangan. Lalu budak yang semakin dewasa itu memotong kesemua dahan pokok epal itu dan pergi dengan gembiranya. Pokok epal itu pun tumpang gembira sekali tetapi kemudiannya berasa sedih kerana budak itu tidak kembali lagi.

Masa berlalu......
Suatu hari yang panas, seorang lelaki datang menemui pokok epal itu. Dia sebenarnya adalah budak lelaki yang pernah bermain-main dengan pokok epal itu. Dia telah matang dan dewasa. “Marilah bermain-main di sekitarku.”, ajak pokok epal itu. “Maafkan aku, tetapi aku bukan budak lelaki yang suka bermain-main disekitarmu. Aku sudah dewasa. Aku mempunyai cita-cita untuk belayar. Malangnya, aku tidak mempunyai bot. Bolehkah kau menolongku?” tanya lelaki itu. “Aku tidak mempunyai bot untuk diberikan kepada kau. Tetapi kau boleh memotong batang pokok ini untuk dijadikan bot. Kau akan dapat belayar dengan gembira” cadang pokok epal itu. Lelaki itu berasa amat gembira sekali dan menebang batang pokok epal itu. Dia kemudiannya pergi dari situ dan tidak kembali lagi selepas itu.

Namun begitu, pada suatu hari, seorang lelaki yang telah dimamah usia, datang menemui pokok epal itu. Dia adalah budak lelaki yang pernah bermain-main di sekitar pokok epal itu. “Maafkan aku, aku tidak ada apa-apa lagi yang hendak diberikan kepada engkau. Aku telah memberi buahku untuk dijual, dahan untuk dibuatkan rumah, batangku untuk dibuatkan bot. Aku hanya tinggal tunggul dengan akar yang hampir mati...” kata pokok epal itu dengan nada pilu. “Aku tidak mahu epalmu kerana aku sudah tiada gigi, aku tidak mahu dahanmu kerana aku sudah tua untuk memotongnya, aku tidak mahu batang pokokmu kerana aku tidak berupaya untuk belayar lagi. Aku merasa penat dan ingin berehat.” Jawab lelaki tua itu. “Jika begitu, berehatlah di perduku, cadang pokok epal itu. Lalu lelaki tua itupun duduk berehat di perdu pokok epal itu dan berehat. Mereka berdua menangis kegembiraan.

Sebenarnya pokok epal yang dimaksudkan tersebut ialah ibu bapa kita. Tatkala kita masih kanak-kanak, kita sering bermain bersamanya. Apabila kita meningkat remaja, kita perlukan bantuan mereka untuk meneruskan kehidupan. Kita tinggalkan mereka dan hanya kembali meminta pertolongan apabila kita berada dalam kesusahan. Namun mereka tetap membantu kita. Mereka tetap membantu kita dan melakukan apa saja asalkan kita bahagia dan gembira dalam kehidupan. Anda mungkin terfikir bahawa lelaki itu bersikap kejam. Tetapi fikirkanlah, itulah hakikatnya bagaimana kebanyakan anak-anak masa kini melayan ibu bapa mereka. Hargailah jasa ibu bapa kepada kita.

sifat MALU si Bunga??
















Rasulullah saw bersabda :

“Malu itu sebahagian daripada IMAN dan IMAN itu di dalam syurga. ”

Kebiasaan kita mendengar, lelaki diistilahkan sebagai kumbang dan wanita pula sebagai bunga. Kalau kumbang suka kepada bunga, lelaki tentulah suka kepada wanita. Sejak remaja lagi keiginan lelaki kepada wanita sudah berputik. Lalu wanita menjadi sasaran usikan lelaki, di jalan raya, di pasaraya, perhentian bas dan bahkan boleh dikatakan di mana – mana ruang dan peluang. Selagi usikan itu tidak diberikan perhatian, mereka akan terus mencuba. Dalam sebuah hadith, Rasulullah saw bersabda :
“Terdapat 99 bahagian tarikan pada wanita berbanding lelaki, lalu Allah kurniakan ke atas mereka sifat malu.”(Hadith riwayat Baihaqi)

Wanita, walau apapun yang dilakukannya akan mendapat perhatian lelaki. Jika berbuat baik akan dikagumi, apabila berbuat jahat dibenci, apabila memakai pakaian menutup aurat dilihat menawan, apabila berpakaian seksi dilihat menggoda, dan pelbagai lagi yang menarik perhatian.

Oleh sebab itu, Allah swt mengurniakan sifat malu kepada wanita. Dengan sifat malu itu, wanita akan berfikir panjang sebelum melakukan sebarang tindakan lanjutan. Kalau hendak berbuat jahat dia akan memikirkan kalau – kalau ALLAH murka padanya,
ataupun ketika
hendak mendedahkan aurat dia takut orang mengganggunya,
hendak berjalan seorang pun dia takut ada orang yg bakal mengusiknya.

Begitulah peranan malu yang boleh membantu dalam tindak – tanduk seorang wanita. Tetapi kalau tidak tahu malu? Tentulah mereka tidak memikirkan semua itu. Pedulikan pandangan ALLAH, pedulikan apa yang orang tengok, bahkan tidak kisah kalau ada orang yg menggangu dan mengusik, bahkan merasa senang, seronok dan bahagia apabila dalam keadaan begitu.

astagfirullahal 'Azim...

Rasulullah saw bersabda:

“Jika engkau tidak malu, buatlah sesuka hatimu”
(Hadith riwayat Bukhori)

Hadis ini merupakan sindiran dalam tegahan. Sifat malu itu adalah pokok akhlak yang mulia dan budi pekerti yang terpuji. Tidak payah diletakkan sifat malu ini di atas neraca syariat, malah neraca akal pun sudah diakui,
malu sebagai suatu sifat yang perlu ada dalam diri setiap manusia.

tapi, alangkah sedihnya....
Barangkali wanita hari ini tidak tahu malu atau kurang malu. Atas sebab itu mereka sanggup melakukan apa shj dosa dan maksiat!

Atau mungkin juga sifat malu yang dikurniakan Allah itu sudah tidak berfungsi lagi dlm diri mereka...

oh, dimana kan ku cari ummul mu'minin, SAIDATINA AISYAH..
yg malu dgn suaminya sendiri...
sehingga kemerah-merahan mukanya...

lantas, RASULAALLAH menggelarnya..."humaira"..


hurm, usah bertanya di mana hendak di cari..
tp tanyalah..adakah sifat malu sudah sebati dlm diri.

(reflect diri)

huhu..diri ini bagaimana ya??????

Mencari kemanisan iman

Rasulullah S.A.W. bersabda ,”tiga perkara yang siapa melakukannya akan dapat merasai kemanisan iman , iaitu ;
• dia mencintai Allah S.W.T. dan Rasulullah S.A.W. melebihi segala-galanya ,
• dia mencintai seseorangsemata-mata kerana Allah S.W.T. dan
• dia amat membenci kemungkaran, sepertimana dia benci dicampakkan ke Neraka jahanam.
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)


TANDA-TANDA ALLAH S.W.T CINTA KEPADA HAMBA-NYA IALAH ;
1. Hidupnya sentiasa dalam keadaan yang baik dan diredhai. Dia dididik oleh Allah S.W.T. semenjak kecil dengan memasukkan iman di hatinya , dijernihkan akal supaya menjadi pandai dan oleh itu, dia mengikuti setiap perkara yang mendekatkan dirinya kepada Allah S.W.T. dan menjauhi setiap amalan yang menjauhkannya daripada Allah S.W.T.
2. Allah S.W.T. memudahkan setiap urusannya ,sehingga dia tidak akan menggunakan cara kotor dalam urusan sesama makhluk dan hanya mengharap keredhaan Allah S.W.T. dalam setiap urusan dan tindakan .
3. Allah S.W.T. menjadikan hatinya cenderung membaiki ,meningkatkan dan memenuhi tuntutan cintanya kepada Allah S.W.T. berbanding urusan lain .
4. Allah akan datangkan kepadanya ujian dan dugaan dari segala aspek untuk menilai keimananya.Kerana dengan ujian itu hati akan merintih penuh pengharapan kepada Allah S.W.T.

TANDA –TANDA HAMBA YANG MENCINTAI TUHANNYA IALAH ;

1. Dia sangat merindui saat pertemuan dengan Tuhannya dan kerinduan itu tidak wujud sekiranya dia enggan menghadapi kematian sedangkan pertemuan dengan Allah S.W.T. hanya akan berlaku selepas menghadapi kematian .
2. Dia amat mengutamakan apa yang disukai oleh Allah S.W.T. berbanding apa yang disukai oleh dirinya sendiri.
3. Dia menghindarkan setip yang mengundang kemurkaan dan kebencian Allah S.W.T. walaupun sekadar perkara yang makruh .

Kerana cintanya itu,
dia sentiasa sibuk mengingati Allah S.W.T. samada melalui lisan mahupun hati

dia mencintai Al-Quran kerana ALQURAN adalah Kalamullah,

sERTA mencintai Rasulullah S.A.W. kerana Allah S.W.T. amat mencintai Baginda SAW.

didiklah anak2 mu..

Rasulullah s.a.w telah bersabda yang maksudnya:”Didiklah anak-anak kamu atas tiga sifat iaitu: cintakan nabi mereka, cintakan keluarga Nabi dan membaca al-Quran.”


justeru,
1. Kita perlu beradab dengan Rasulullah SAW dalam semua keadaan sekalipun baginda sudah wafat.

2. Adalah tidak memadai mengasihi Rasulullah dengan sekadar berselawat memuji baginda sahaja sedangkan diri kita tidak pernah mencontohi segala tindakan dan akhlak baginda tetapi mengasihi Rasulullah mestilah disertakan dengan segala tindakan anggota badan iaitu dengan mendirikan segala kewajipan beribadat serta berusaha melaksanakan tuntutan yang lain sebagai menandakan keyakinan yang tidak berbelah bahagi terhadap kebenaran Islam yang dibawa oleh baginda.

3. Cintakan keluarga baginda pula bererti menjaga kemuliaan atau nama baik keluarga Rasulullah iaitu tidak membiarkan sebarang fitnah dan cercaan berlaku oleh orang-orang kafir atau mereka yang mahu mengkhianati Islam.

4. Al-Quran adalah peninggalan Rasulullah SAW, maka sebagai menjaga keteguhan iman dan aqidah, seorang Muslim itu hendaklah sentiasa membacanya dan menjadikan al-Quran sebagai petunjuk dan pedoman agar terhindar daripada kejahatan dan kesesatan.

FITNAH TERBESAR

Dari Usamah bin Zaid r.a bahawa Nabi s.a.w bersabda “Tidak ada suatu fitnah (bencana) yang lebih besar bahayanya dan lebih bermaharajalela-selepas wafatku terhadap kaum lelaki selain daripada fitnah yang berpunca daripada kaum wanita”


Huraian
1. Dunia mempunyai daya penarik yang kuat kerana Allah SWT telah menjadikannya berkeadaan demikian untuk menguji manusia siapakah yang dapat menguasai hawa nafsunya dan dapat menjalani kehidupan di dunia menurut jalan yang diredhai Allah.

2. Antara daya penarik dunia ialah wanita kerana lazimnya mereka mendorong lelaki dengan tutur kata yang manis, gerak geri yang menggoda dan pakaian yang memberahikan. Semua ini mencabar keimanan kaum lelaki sehingga mereka menjadi lalai terhadap tugas dan kewajipan mereka.

3. Oleh itu Rasulullah SAW menuntut kita supaya memelihara dan mengawal diri daripada diruntun oleh kemanisan dan keindahan dunia dengan menambahkan keimanan dan ketaqwaan kepada Allah sambil mengingati bahawa segala yang ada di dunia hanyalah sementara sahaja berbanding dengan segala nikmat di akhirat yang kekal abadi.

4. Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita yang solehah.

PENGERTIAN JAHILIYYAH

PENGERTIAN JAHILIYYAH

Apakah yang dimaksudkan dengan jahiliyah? Adakah istilah Jahiliyah itu digunakan kerana manusia di waktu itu tidak bertamadun? Jahiliah yang dimaksudkan ialah bukan kerana manusia di waktu itu tidak bertamadun, tetapi kerana manusia di waktu itu hidup tidak berpandukan kepada wahyu ilahi, hidup hanya berdasarkan akal semata-mata untuk mengatur dirinya, rumahtangganya, ekonominya, pendidikannya, siasahnya (politiknya), negaranya sehinggalah alam sejagat. Sejarah telah membuktikan bahawa manusia di waktu Rasulullah s.a.w telah berada di tahap yang tinggi tamadunnya. Di waktu itu Rom dan Parsi telah wujud, syair-syair dan sastera dijadikan pertandingan di dalam keramaian, perniagaan dijalinkan di antara negara-negara Arab dan sebagainya.


Kalau pengertian jahiliah adalah yang disebutkan itu, maka suasana Jahiliyah, umat jahiliyah dan orang jahiliah itu boleh wujud pada bila-bila waktu dan zaman, dahulu, sekarang dan akan datang. Umpamanya kalau seseorang individu itu mempercayai adanya Tuhan yang menjadikan langit dan bumi dan semesta alam, tetapi tidak boleh mencorakkan dirinya dengan peraturan dari Tuhan yang menjadikan langit dan bumi, maka dia dikatakan "peribadi Jahiliyah". Begitu juga sekiranya satu keluarga mempercayai adanya Tuhan yang menjadikan langit dan bumi tetapi anggota keluarganya tidak sanggup untuk menerima peraturan dari Tuhan untuk menguruskan rumahnya, maka itu dikatakan keluarga atau rumahtangga Jahiliyah. Seterusnya jikalau satu kawasan di mana penduduknya mempercayai wujudnya Allah tetapi menolak peraturan yang diaturkan oleh Allah, maka kawasan itu dikatakan kawasan Jahiliyah. Dan sekiranya sesebuah negara itu yang rakyatnya mempercayai wujudnya Allah yang menjadikan langit dan bumi, tetapi tidak sanggup menjunjung peraturan Allah maka negara itu diakatakan negara Jahiliyah.

Kalau begitu definasi Jahiliyah, maka apakah ubat yang digunakan oleh Rasulullah untuk menyembuhkan penyakit masyarakat yang ada di waktu itu yang sangat berleluasa dan sangat parah. Penyakit masyarakat yang berlaku di waktu itu sangat kronik sehingga Allah mengutuskan rasulNya untuk memberikan bimbingan dan tunjuk ajar secara terus kepada umatnya.

Firman Allah di dalam surah
Al Ahzab, ayat 21 :
"Demi sesungguhnya! Adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredhaan) ALLAH dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan memperingati ALLAH banyak2 (dalam masa susah dan senang).

MENGEMIS KASIH


Mengemis kasih
{Raihan}


Tuhan,
dulu pernah aku menagih simpati
Kepada manusia yang alpa jua buta
Lalu terheretlah aku dilorong gelisah
Luka hati yang berdarah kini jadi parah

Semalam sudah sampai kepenghujungnya
Kisah seribu duka ku harap sudah berlalu
Tak ingin lagi kuulangi kembali
Gerak dosa yang menhiris hati

Tuhan,
dosa itu menggunung TINGGI
Tapi rahmat-Mu,
melangit luas
Harga selautan syukurku
Hanyalah setitis nikmat-Mu di bumi

Tuhan,
walau taubat sering kumungkir
Namun pengampunan-Mu tak pernah bertepi
Bila selangkah kurapat pada-Mu
Seribu langkah Kau rapat padaku..

*menitis air mata ku..moga menjadi penghapus dosa..ameen..*

Sunday, April 26, 2009

“Kami adalah dai sebelum jadi apapun”.

Nahnu Du’aatun Qabla Kulli Syai’in. “Kami adalah dai sebelum jadi apapun”.

Inilah suatu gambaran peribadi dai yang unik dengan perancangan untuk meraih masa depan bersama Allah dan Rasul-Nya. Inilah kafilah yang panjang, pembawa risalah kebenaran yang tak putus sampai ke suatu terminal akhir kebahagiaan syurga penuh redha Allah swt. Inilah barisan Soff para Dai rabbani yang meletak tugas sebagai dai sebagai tugas utama, hingga mendahului perkara lain.

Setiap muslim adalah dai. Kalau bukan dai kepada Allah, berarti ia adalah dai kepada selain Allah, iaitu jahiliah. Tidak ada pilihan ketiga. Sebab dalam hidup ini, kalau bukan Islam bererti hawa nafsu. Dan hidup di dunia adalah jenak-jenak dari bendul waktu yang tersedia untuk memilih secara merdeka, kemudian untuk dipertanggungjawabkan di hadapan Rabbul insan kelak. Bagi muslim, dakwah merupakan darah bagi tubuhnya, ia tidak boleh hidup tanpanya. Aduhai, betapa agungnya agama Islam jika dibawa oleh rijal (orang mulia).

Dakwah merupakan aktiviti yang begitu dekat dengan aktiviti kaum muslimin. Begitu dekatnya sehingga hampir seluruh lapisan manusia terlibat di dalamnya.Sayang keterlibatan tersebut tidak dibekalkan dengan ”Fiqh Dakwah” sehingga kerosakan yang ditimbulkan jauh lebih besar daripada kebaikan yang diperbuat. Betapa ramai yang ingin bedakwah, namun tidak mengetahui apakah cara terbaik yang benarnya ditunjuki Rasul.

Disini menjadi jelas akan pentingnya kepentingan fiqh dakwah, sebagaimana digambarkan oleh para ulama, bahawa ”keperluan manusia kepada ilmu itu lebih utama daripada keperluan terhadap makan dan minum”. Sehinga penting bagi kaum muslimin yang telah dan hendak terjun dalam kancah dakwah untuk membekalkan diri dengan pemahaman yang utuh terhadap Islam dan dakwah Islam. Kerana orang yang layak dalam menyampaikan, tetapi tidak memiliki pemahaman yang benar terhadap Islam ”sama bahayanya” dengan orang yang memiliki pemahaman yang benar akan tetapi bodoh di dalam menyampaikan, mengapa?

Pertama; ia akan menyesatkan kaum muslimin dengan kebolehannya (logik kosongnya yang mengajak manusia kearah selain kebenaran). Kedua; Hal itu akan menjadi ”dalil” bagi orang-orang kafir dalam kekafirannya (sesuatu yang tidak didasari kebenaran akan pasti menambah kesesatan).

Fiqh dakwah merupakan kaedah untuk menjadi penyambung antara pemahaman yang sahih terhadap Islam dan kemampuan yang baik di dalam menyampaikan. Sehingga dengan aktiviti dakwah ini ummat dapat menyaksikan ”Islam” tertegak dalam diri, keluarga dan juga semua aktiviti para dai yang melakukan perbaikan ummat secara integratif, juga akhirnya berjaya mengeluarkan manusia dari kegelapan jahiliyah menuju kepada cahaya Islam.

Bagi mereka yang yang berjalan diatas landasan kafilah dakwah menuju cahaya dan kebahagiaan dunia dan akhirat, mereka harusnya dapat melihat prinsip-prinsip dakwah dan kaedah-kaeahnya agar menjadi hujjah atau pegangan bagi manusia dan menjadi alasan di hadapan Allah. Ustadz Jum’ah Amin Abdul Aziz memaparkan tentang hal ini dalam tulisannya ”Fiqh Da’wah: Prinsip dan kaedah dasar Dakwah”, yang diambil dari usul fiqh sebagai bekal para dai, seperti berikut;
1. Qudwah (teladan) sebelum dakwah
2. Menjalin keakraban sebelum pengajaran
3. Mengenalkan Islam sebelum memberi tugas
4. Bertahap dalam pembebanan tugas
5. Mempermudah, bukan mempersulit
6. Menyampaikan yang usul (dasar) sebelum yang furu’ (cabang)
7. Memberi khabar gembira sebelum ancaman
8. Memberi kefahaman, bukan memberi arahan
9. Mendidik bukan memarahi
10. Menjadi murid seorang imam, bukan muridnya buku.

Harapan, semoga Allah swt sentiasa mencurahkan taufiq dan petunjuk-Nya kepada para dai yang ikhlas menyeru manusia ke jalan Allah. Moga terus tabah mengislah diri, keluarga dan masyarakat serta tempat kerja, sehingga Allah terlibat dalam urusan dan dasar-dasar yang akan ditetapkan untuk orang ramai (syariat islam diterima umum), demi tegaknya prinsip Islam yang indah dalam kehidupan dengan bimbingan Alah dan sesuai panduan manhaj (aturan) dakwah Rasulullah saw.
Wallahu ‘alam.