Friday, April 8, 2011

usrah semalam

Bismillahirrahmanirrahim

Segala puji untuk ALLAH yang memberi peluang untuk diri ini berfikir sejenak tentang kondisi iman dan ukhuwaah.

Dek kerana tempat usrah yang jauh di sungai buloh, perjalanan tqa, N dan W memakan masa sejam lebih kerana tersesat. kami tiba lewat di sana. hampir jam 10. usrah semalam tamat pada jam 12. dan kami sampai di rumah jam 1 pagi. mujur tidak sesat!

sebaik tiba di rumah ansar, tqa menunggu kak wawa untuk berjemaah isya'. tapi die amat keletihan, jadi dia minta tqa kejutkan dia untuk qiamullaail .

lalu tqa solat sendirian saja,

SOLAT ditgh malam sebegitu, subhanaALLAH.

Lantas sebaik saja solat, atiqah mencapai quran. al baqarah di alunkan perlahan dan sayup. sebak memenuhi dada...

Entah kenapa, isi usrah semalam bersama uhkti H bukanlah berat. tapi tajam menusuk dada.

Teguran demi teguran ALLAH menerjah hati. menampar2 hati kotor atiqah.

Fikiran atiqah menerawang jauh pada cerita ukhti2 di dalam usrah tadi. tentang ukhuwaah.  Betapa kesibukan fana' al duniya telah membatasi manusia untuk berkasih sayang. Betapa manusia yang berlumba2 untuk mengejar dunia SELALU mementingkan diri.

kata ukhti H:

"manusia biasa akan selalu menyiapkan apa2, mengumpul apa2 untuk diri sendiri dulu, bila ada lebih baru akan dibahagikan kepada orang lain! samalah dengan infaq, bila diri sendiri cukup, barulah di serahkan lebihan itu pada dakwah"


kata ukhti A (seorang doktor):

saya teringat masa saya HO kat hospital sungai buloh, masa tu saya awal2 lagi. saat sibuk berkejaran nak solat, ade baby yang baru deliver. saya dengan gopoh mengambil baby tu, dan letakkan die di atas katil yang agak tinggi. saya biarkan baby itu seketik dgn harapan die akan selamat dan tak jatuh, lalu saya pergi solat.  semasa sedang solat, ALLAH izin baby tu tergolek jatuh di depan ibunya yang masih lemah. pada masa tu yang ada di fikiran saya, bukanlah  APA YANG JADI PADA BAYI TERSEBUT, tapi bagaimana nasib saya sebagai DOKTOR jika BABY TU CEDERA.

ukhti A menyambung:  teruknya saya pada masa tu.  sangat menyesal dan bertaubat. betapa manusia, akan lebih mementingkan urusan sendiri berbanding yang lain.

....

banyak lagi kisah ukhuwaah yang lain namun terlalu banyak untuk dicoretkan disini.
hakikatnya semalam kami mengupas HADIS 13.
"tidak sempurna iman seseorang kamu sehingga kamu mencintai saudaramu lebih dari dirimu sendiri"
 
Hanya orang beriman yang mampu itsar. Hanya orang beriman yang mampu mengikis jahiliyyah mementingkan diri itu. Hanya orang beriman yang selalu berharap kebaikan yang dia terima dapat pada orang lain juga. HANYA untuk ORANG-ORANG YANG SEMPURNA IMANNYA!

.....


air mata atiqah laju mengalir. basah menitik di alquran lapuk kuning itu..


.......

bacaan alquran makin dilunakkan bersama esakan yang menjadi-jadi. terbayang dosa-dosa dan maksiat yang tidak mampu dicegah sepanjang 2011 ini. astaghfirullah.

hinanya atiqah. kotornya hati atiqah.

berdebu-debu.

kata ukhti w:

dalam satu pengisian bersama ustaz, ustaz bertanya:

hari ini antunna sudah  baca alquran?

BELUM.

belum? hati-hati. boleh jadi, ALQURAN yang tidak mahu "berjumpa" dengan antunna!

.......

ASTAGHFIRULLAH.
Betapa atiqah telah lama disibukkan dengan dunia hina ini. nipis iman. nipis ukhuwaah.

namun ALLAH,
ALLAH masih mengizinkan atiqah untuk membaca memerhati menghayati kalamnya.
........


kalam diakhiri dengan suratul nisa'

mata yang kian bengkak, 
moga ALLAH menerima air mata penyesalan semalam

.......

-hamba yang tidak pernah sempurna-

7 comments:

. . . h u s n a . . . said...

syg... sy mntk tumpang share yer ... =)

Wan Nurul Atiqah said...

sile..

Anonymous said...

beruntungnya akak,dapat usrah.

saya dah hampir 2minggu tak dpt g usrah.Allah nak mnguji..
tapi Dia uji sebab Dia cinta..

Alhamdulillah.

HaDi said...

Salam...

Itulah kelebihan berjemaah...
Ukhuwwah yg dibina tanpa kepentingan adalah sgt indah...
Saling ingat mengingati untuk memperbaiki diri menuju negeri abadi...

Wan Nurul Atiqah said...

Anonymous:

alhamdulillah, ALLAH yang mengizinkan. tak ape, usrah ni ibarat macam nak bantu charge iman dan semangat aje =) sbb ade naqibah boleh bagi nasihat, sokongan dll. lebih best sbb ramai2. ukhuwaah tu terasa =) tapi, kalau xdapat g usrah, xape.. yang penting.. bukanlah usrah. tapi ketaqwaan pada ALLAH. teruskan jaga mutabaah amal mcm bacaan quran, zikir dll. usrah ni wasilah je untuk mencapai taqwa.. berusaha k!


hadi: alhamdulilllah. insyaallah moga diri mampu tsabat hingga akhir hayat

Ayu Saidi said...

salam k.tqa....

sy juga tersentuh kak...
jzkkk
moga akk baik2 saje d msia
doakn sy n akhawat laen d bumi kanggaroo n bumi kiwi ^__^

Wan Nurul Atiqah said...

ayu: salam ayu. rindunye akak pada ayu! insyaalllah akak sentiasa berdoa moga akhawat kanggaroo dan kiwi terus kuat menjalankan amanah masing2.

insyaallah next year akak myb turun ke oz dan nz, sbb nak g graduation. doakan ye.. moga ALLAH makbulkan hasrat ini =)