Wednesday, April 13, 2011

Balik Perlis

Bismillahirrahmanirrahim..

Insyaalllah, semalam sudah selesai membeli tiket. maka, lusa tiqah akan bertolak ke Perlis, menyelesaikan beberapa urusan di rumah. Membantu mak, dan menasihati adik-adik2. Banyak yang HARUS dilakukan balik hujung minggu ini.

Rasa berbelah bahagi antara daurah, balik kampung dan assignment.

Daurah start sabtu hingga ahad.
Balik Kampung, satu tuntutan hak yang amat besar untuk bantu mak.
Assignment worths 70% and it is the last assignment for this semester, should be submitted by Tuesday.

Pening. Duduk sejenak dan berfikir. yang mana lebih AULA?

Daurah: Tuntutan diri, tapi Islam, tarbiyyah dan dakwah itu sepanjang hayat.
Hak Ibu bapa: Tuntutan redha ALLAH bersana redha mak. Hayat mereka sampai bila? Selagi hayat mereka ada harus berbakti.
Assignment: Rezeki sudah termakbul di atas sana. mengapa perlu risau. Buat sekadar mampu.

insyaallah, keputusan untuk pulang ke kampung minggu ini. lillahui taala.

Beratnye  keputusan, besarnya ujian.

petikan kata seorang ukhti:

Kita terpilih untuk menerima ujian, maka kita ini berada di dalam pandangan Allah. Ibarat seorang gadis ayu yang sentiasa dipandang oleh seorang kekasihnya. Pasti kekasihnya suka merenung wajahnya,ambik berat hal dirinya dan berbagai-bagai perhatian diberikan. Maka begitulah keadaan orang yang sering diuji. Selalu dipandang ALLAH.


Apabila sering diuji, didatang berbagai-bagai masalah,bilakita tenang dan terima dengan redha dan sabar, pasti ada jalan keluar yang Allah datangkan. Jiwa akan tenang dan lapang. Tidak ada resah dan gelisah apatah lagi rasa serabut.


Maka belajarlah hadapi sesuatu ujian dan dugaaan itu dengan tenang dan terima dengan redha. Redha ini memang mudah disebut sukar untuk diterima. Belajarlah, lama-lama didikan untuk menjadi redha dan sabar akan jadi perhiasan diri.


Sekian entri kali ini, semoga bermanafaat.

3 comments:

Ayu Saidi said...

kak tqah,

sy nk ambik kata2 ukhti yg akk tulis tu.. mnyedapkn ati yg diuji ^_^

Atiqah Humaira said...

ayu: silakan.. insyaalllah. moga bermanfaat!

budakbaik said...

perlis kat mana?