Monday, April 4, 2011

meredhai

wahai hati,
teruslah meredhai keputusan yang buruk bagi pandangan mata akalmu
kerana itu baik yang tidak kau sedari

wahai hati,
teruslah  bersabar menunggu keputusan baik itu kerana sabar itu sifat orang beriman

wahai hati,
teruskanlah keyakinan mu kerana kerana Allah bersangka dengan apa yang kamu sangka

sesungguhnya wahai hati,
kau takkan tertaksir aturan hidupmu yang sudah tercatat di lauh al-mahfuz..
kau takkan mampu membayangkan apakah seterusnya perjalanan hidupmu..
kau takkan mampu menilai sejauh mana derita mahupun bahagia hidupmu..

duhai sang hati,
solehkanlah dirimu..
sabarkanlah pemilik jasad ini- rakan-rakan anggotamu
kuatkahlah rakan-rakanmu ini...
dan teruskanlah keyakinan mereka,
katakanlah..
dan katakanlah.. "KAU MAMPU".

bukankah di kau sang hati, raja segala anggota?
JIKA BAIK KAU, BAIKLAH SEGALA RAKANMU

JIKA KUAT ENGKAU, MAKA KUATLAH RAKANMU

JIKA YAKIN ENGKAU, MAKA YAKINLAH JUA RAKAN-RAKANMU

semoga berjaya hai hati atiqah.
ujian ini akan melayakkan engkau dekat menuju ALLAH. bukankah itu yang kau harapkan?
kembali bertemu allah.


luahan,
-jasad atiqah yang mengharap hatinya kuat-.

No comments: