bismillahirrahmanirrahim..
maha suci ALLAH yang tak pernah putus memberi nikmat iman dan islam pada tqah dan kita semua..
semalam, ALLAH beri keizinan untuk tqa join satu program daurah di sebuah masjid S, di mana tqa ade "mengangkut" anak-anak usrah tqa ke sana. Alhamdulilllah. ALLAH memudahkan segalanya..
segalanya berjalan dengan baik dan lancar.
-satu kegembiraan-
Banyak orang yang gembira dalam hidup ini..
ada yang gembira sebab dapat makan sedap
ada yang gembira sebab dapat jumpa soulmate
ada yang gembira sebab degree first class
ada yang gembira sebab diri sentiasa di sayangi
nah di sini.. banyak sebab untuk manusia gembira.
tapi bagi tiqah,
orang yang paling gembira, adalah orang yang dia tahu bahawa apa yang die kerjakan bakal mendapat habuan baik di akhirat. die gembira dengan setiap amal baik yang dia lakukan, apatah lagi jika perkara tersebut mendatangkan manfaat bagi orang lain.
dunia atiqah = 23 tahun vs INFINITI
wah, 23 tahun ni selalu je rasa xgembira sbb kadang2 terpaksa berhadapan dengan masalah demi masalah. ye, masalah memang sentiasa datang dan pergi. ini lah HIDUP- haru bertarung dengan masalah.
tapi, tak kisahlah sebab sekejap je nak hidup kat dunia, if nak banding dengan akhirat yang kekal abadi.
hidup dunia yang 23 tahun ni banyak masalah, tapi nakke atiqah hidup susah lagi lama kat akhirat? berkekalan susah sbb kena seksa dek neraka? nauzubillahi minzalik.
jadikan dunia ladang amal untuk ke akhirat. bersusah susah dulu di dunia, bersenanglah di akhirat.
Kegembiraan dunia.
yang gembira di dunia ini ialah apabila atiqah dapat berbakti pada manusia lain. menjadi khalofah terbaik. gembira bila dapat mengajak orang lain dekat pada ALLAH, mentaati ALLAH.
gembira bila dapat membantu orang yang dulunya jahil ttg ISLAM kini mengenal ISLAM
gembira bila dapat membantu orang yang hidupnya tidak mengenal alquran, kini mencintai KALAM allah.
gembira bila dapat berbakti pada kedua ibu ayah
gembira bila dapat mengalirkan kasih sayang suci kepada adik-adik dan rakan muslimah
gembira bila dapat meyiapkan diri untuk menjadi seorang isteri kepada the UNKNOWN MAN.
gembira bila semua yang di atas mendapat redha ALLAH.
gembira. gembira. gembira.
HIDUP DUNIA SEKETIKA.
bergembiralah dengan apa yang ada di depan mata. dan berbuatlah dengan apa yang atiqah ada. hidup ini sangat sekejap untuk mennangis dan menyesal sepanjang zaman. maka di dunia, bergembiralah dengan setiap kurniaan, musibah dan ujian dari RABBmu.
SELAMAT MENJADI GEMBIRA OH HATI ATIQAH.
.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment