Thursday, April 7, 2011

yang senang itu dipenghujungnya

bismillahirrahmanirrahim...


Dalam hidup kalian, pernah tak rasa.. bila susah sangat2 pada awalnya untuk dapatkan sesuatu..
tapi, once dah dapat, semua jalan ALLAH mudahkan.ALLAH buka.
subhanaALLAH, begitu penyayang ALLAH membayar harga sebuah kesabaran kita kan?


nak dengar satu cerita tak?

Begini..
sebelum berangkat ke bumi kiwi, tqa ade tulis dalam diari.. untuk menggapai beberapa impian.
salah satunya ialah mengumpul duit untuk tambah bilik di rumah, sbb rumah tqah xcukup bilik memadangkan adik2 kian membesar.

2 tahun di sana, tqa ikat perut.. berjimat cermat sangat-sangat, hingga mampulah mengumpul beberapa ribu NZD. alhamdulillah.  pertengahan tahun last year, tqa send duit pada adik untuk mencari kontraktor yang boleh renovate rumah tqa.

tqa sangat kecewa sbb hampir 6 bulan adik cari.. macam2 masalah datang.

1. susah nak dapat kontraktor rumah kat perlis.

2. ade sorang ni, die nak charge sampai 30 ribu untuk upah+ barang. padahal tambah 1 bilik je, dan renovate ruang tamu sikit. huu, mane tqa nk cari duit sebanyak tu?

3. then, ade pakcik ni, die janji nak datang buat rumah minggu berikutnye, tapi tak datang2 sampailah mak (dengan tangan yang sakit2 tak mampu bergerak sbb accident tu) terpaksa col berkali2. rupenya, pakcik tu sdg busy kemas rumah die, die kena pindah ke perak. what?

4.  adik dan mak cari punye cari... jumpe lagi. tapi again, die charge mahal sangat pulak. nak dekat 7 ribu untuk UPAH sahaja. cari lagi, orang lain pun charge mahal.

masa tu, hanya ALLAH yang tau.. betapa tqa seidkit sedih sbb tqa dah sanggup berusaha mengikat perut, orang lain boleh makan sedap2, gi enjoy sana sini.. tqa pula.. asik menghitung jumlah duit simpanan untuk buat rumah. tup2, 6 bulan menunggu, xdapat pun buat rumah.. banyak halangan pula tu. masa tu jugaklah mak dan ayah accident. huu.. cabaran..

ok.. sekarang.. cube teka apa yang dah jadi?

3 minggu lepas, ade sorang pakcik, actually die tukang mengurut tangan mak.. die pon kontraktor rumah gak.. die volunteer untuk bantu family tqah. die amik upah murah sangat2. 5 ribu saja... so skrg ni, bilik tqa dah 70% siap. see..? betapa ALLAH  nak mudahkan... kun faya kun.

skrg ni fasa  renovate bumbung  rumah. so, semalam, mak cakap ade sorang abang ni, die pon baik gak dengan family tiqah. die volunteer untuk tolong tukar overall wayering kat rumah tqah, sbb bila bumbung buka, dah mudah untuk pasang wayering. upah pun murah. abang ni nak amik 1 ribu ++ je untuk barang dan upah. subhanaallah.  mak cakap, wayering rumah tqa mmg dah teruk sangat dah..,sbb dah terlalu lama. sebabb tu suis selalu je rosak dan kitorg selalu je bergelap sbb black out.

tqa sangat lah setuju untuk tukar keseluruhan wayering.. alhamdulillah.

kesimpulannya di sini.. duit yang tqa simpan, cukup2 untuk bukan sahaja renovate rumah, tapi renovate bilik air dan juga wayering di keseluruhan rumah. dengan upah yang murah, orang yang baik pula sudi membantu.

Alhamdulilllah, syukur pada ALLAH.
maka benarlah, kata ALLAH dalam surah al-insyirah..
bersama kesusahan itu ada kemudahan.
kan?

............

Jadi wahai teman,
usah bersedih andai masalah, halangan dan masa lama kita harus menanti SEKARANG..
ingatlah selepas gerimis., pasti pelangi indah bakal muncul..
dek kerana indahnya sang pelangi,
kita pasti mampu lupakan saat pahit musim gerimis.

dan ingatlah,
ada fasa dalam hidup kita ini,
kita mengalami saat kejatuhan,saat suram derita,
tapi yakinlah!
ALLAH itu maha BAIK.
DIA akan perlahan2 bangunkan kita,
dan sebaik sahaja berakhir fasa itu,
FASA kemudahan, kesenangan dan kebahagiaaan yang menjelma.


serupalah dengan pondok buruk atiqah,
melalui fasa yang sangat lama sebelum dibaiki,
susah penghuninya, payah pula untuk dugaaan yang hadir,

tapi selepas fasa menunggu dan berusaha itu berakhir..
masuk ke fasa membaiki..
kemudahan demi kemudahan.. pertolongan demi pertolongan yang datang!

subhanaALLAH. terima kasih ALLAH.

6 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum tiqah..
Sy sekarang tgh cari tukang utk renovate rumah sy kat perlis. Boleh tiqah bg no telefon pakcik dan abang tukang buat rumah tu kat sy? Sms sy 0134882650

MOHD AZRIL said...

SALAM... nk minta no phone pak cik tukang rumah tue. 0194366866 @ mohdazrilkapli@gmail.com

terima kasih

Anonymous said...

SALAM... nk minta no phone pak cik tukang rumah tue. tlg emailkn ke fiefa_ar@yahoo.com

nur said...

Salam sy nak no pacik buat rumah tu boleh ke? Tlg msg ke no sy 0165260270

nur said...

Salam sy nak no pacik buat rumah tu boleh ke? Tlg msg ke no sy 0165260270

Zaros Az said...

Salam...buleh msgkan no pakcik tukang buat rumah ke hp no: 0125837324 tq.