Tuesday, March 29, 2011

yang tidak pernah sempurna

Sejak akhir-akhir ni selalu rasa moody dan emosional. kalau orang buat silap sikit, kalau orang salah cakap sikit, cepat aje nak terasa hati, wlau itu sekecil-kecil perkara. end up, hanya mampu menangis, sebab xkan ada orang yang cuba faham pun masalah hati ini.

1.0 kenapa perlu sangat moody?

Mungkin sebab di kepala ni banyak beban masalah yang di tanggung.  memikirkan keadaan tangan mak yang xmampu bergerak. kami hilang punca. selama ni mak yang menjadi sosok tulang belakang berniaga kuih dan nasi2, tapi bila mak tangan xmampu bergerak lagi, apa yang adik2 nak makan? 3 orang masih bersekolah, 2 di sekolah rendah, 1 di sekolah menengah.

ya, asyraf dah bekerja. tapi gajinya kecil. itu pun dia dah gunakan separuh untuk baya kereta dan menampung makanan untuk keluarga. tapi untuk bil? untuk adik2 belanja ke sekolah? siapa yang nak bantu?

bukanlah tiqah berkira soal harta. bukan. tapi bagi yang memahami, pasti akan terasa bebanannya. tak sabar mahu menghabiskan belajar yang tinggal few months left. tak sabar. sekarang, separuh duit simpanan dari biasiswa, dah dihabiskan untuk membantu keluarga. adakah sesiapa yang memahami? tidak ada.

2.0. badan yang semakin surut.

ya, berat badan jatuh berkilo2 dan sekarang kerap sakit. terlalu berfikir masalah agaknya. tiqah memang cuba belajar untuk tak berfikir masalah yang di luar batasan diri. cuba untuk itu. kadang, bila berfikir bila tangan mak mahu sembuh, rasa helpless. sangat-sangat.

kadang bila berfikir, kenapa assignemnt ni atiqah perlu ambil masa yang lama untuk siapkan? kenapa tiqah  sangat slow learners? sangat-sangat. kenapa? dan stress bertambah-tambah. adakah yang mahu memahami? tidak ada.

ya, tak perlu bertanya kenapa..sedangkan ALLAH tahu jawapannya dan ALLAH tahu yang terbaik.

kan?

3.0 kawan se-halaqah

tika beban di benak bertambah-tambah, maka tuntutan untuk pergi berjuang juga kadang ada sekatannya. kewangan. bukan mahu berkira dengan adik-adik untuk men-DF dan memberi mereka macam-macam, spend banyak masa dengan adik-adik.. bukan berkira untuk itu. tapi adakah yang sudi memahami.. tqa sendiri cuba manage masalah kewangan dengan "keluarga sediri"???????? adakah yang faham dan boleh berbaik sangka? dan tqa mengambil masa yang lama untuk menyiapkan assignment? setiap hari akan menelefon rumah, dan menjadi pendengar setia keluhan hati mak. anak sulong mana yang tidak terusik fikiran dan hatinya. anak mana?

tiqah xbermaksud untuk berkata, mereka ini tidak prihatin. tiqah tak mengharap pun mereka setia di sisi, mendengar esakan dan tangis. tak. bukan itu. tqa merelakan mereka tidak mengambil tahu, sebab tidak layak untuk menyusahkan mereka,,,sedang mereka juga tidak cukup masa untuk diri. sibuk kemana kemari. tqa faham itu, cuma yang tiqah harapkan... hanyalah ada orang yang sudi berbaik-sangka. itu sahaja.



4.0 ya, iman lemah

tidak dinafikan, masalah emosi ini berpunca dari lemahnya iman dan tipisnya rasa sabar. orang beriman kan harus sabar dan redha. insyaalllah tqa sedang berusaha ke arah itu...

pernah juga rasa malu untuk menuntuk hak ditunaikan pada ALLAH,sedang hak ALLAH selalu tqa gagal untuk tunaikan. malu. tapi orang berima itu, memang selalu meminta dan merayu pada ALLAH kan?

5.0 deactivate facebook account

facebook banyak memberi masalah pada tqa buat masa sekarang. ya, mahu menjauhkan diri. kadang, bila tqah  melihat status-status kebahagiaan dan kesenangan, kemewahan orang lain dengan kerja, harta da keluarga yang tak punya masalah seperti tqa, apabila melihat orang lain bermesra ddengan suami masing2 di facebook, menyatakan kebahagiaan mereka itu dan ini, ya, TERBERSIT di hati rasa sedih dengan masalah tqa yang tak penah pudar, malah makin bertambah-tambah.

cemburu? sedikit sebanyak ya. cuma tqa tak mahu cemburu itu mengganggu kebersihan hati tiqah, maka adalah lebih baik, tqa menjauhkan diri dari segala medium yang merosakkan hati.


5.0 maafkan atiqah


tiqah tahu, dan sedar.. tqah layak untuk di marahi dan ditegur. cuma, sekarang bukan masa nya untuk mereka yang "memahami" nak marah, melenting atau apa-apa. tolong beri atiqah ruang masa untuk membaik pulih iman dan membersihkan hati. moga hati ini terus sabar, lembut dan bersih juga tenang menghadapi masalah.


tiqah memang tidak sempurna, jadi usahlah mengharapkan kesempurnaan pada diri tqa. bukan TEGURAN, tapi berilah nasihat dan sokongan. itu sahaja.

6.0 doakan kemudahan dan kebahagiaan atiqah


kepada pembaca yang prihatin, tiqah tak memerlukan kewangan anda. tidak sama-sekali. cuma tiqah harapkan hanyalah kasih sayang dan sokongan.. kelembutan yang mendamaikan hati dan doa yang tidak pernah putus. jazakillah khairan katseera untuksemua.

assalamualaikum wbkh.

yang tidak pernah sempurna,

atiqah.

7 comments:

Aiman Azlan said...

"How amazing is the affair of the Muslim! His affairs are all good. If he experiences ease, he is grateful, and that is good for him. If he experiences hardship, he faces it with patience and perseverance, and that is also good for him." (Bukhari)

Subhanallah, berat benar dugaan anti. Tapi selalulah ingat kekasih-kekasih kita iaitu para Nabi dan Rasul yang lampau.

Sesetengah daripada mereka diuji begitu berat sehinggakan kalau kita kumpul semua ujian hidup kita mungkin belum sampai tahap mereka.

Allah mendengar rintihan hati yang ikhlas.

Anonymous said...

Maaf utk bertanya soalan ini.

Erm,ayah atiqah dah xde ke?

silent-f said...

http://genta-rasa.com/2011/03/29/di-mana-ketenangan/

moga k.tiqa terus tabah dan diberi kekuatan iman..:))

greyoffice said...

be strong, insyallah.

Anonymous said...

be strong k.

cuma, harap tqa pun berbaik sangka dgn org lain dan cuba memahami orang lain...how can u see happiness when u dont open your heart for it?

bukankah rezeki tu Allah beri, jadi, why see others. ada org tade family langsung. ada org duduk tepi jalan je.

Anonymous said...

dear tiqa,
Belum tentu benda yang kita nak dapat tu akan bahagiakan kita. Harap tqa makin kuat. Jangan rendahkan martabat kebahagiaan dgn meletakkan neraca yang paling kecil iaitu perkara2 dunia. -orang dekat

Wan Nurul Atiqah said...

aiman:jzkk

silnt f:thanx

greyoffice: insyaalllah

anonymous 1: rasanya ade yang salah faham dengan tulisan di atas. rasanya, dah disebutkan yang tiqah tak langsung terasa hati dengan orang lain,nak berburuk sangka? sudah tentu TIDAK, tetapi disebabkan ade yang sudah berburuk sangka dengan tiqah, dan sudah punya buktinya.. didengar dengan telinga, dilihat dengan mata .. disebabkan itu terasa sedikit terkilan. tapi benda ni benda kecil je...sebab tu letak number belakag dalam list.sebab berbaik sangka lah makalah benda ni tak terlalu di pendam2 dan dirunsingkan sangat =) jangan risau k.

what do you meant, i dont open my heart for happiness? maafkan tiqah, ANDA SALAH LAGI. disebabkan i open my heart for happiness lah i try to find it very hard. first and foremost, ALLAH. i know this TEST would bring me closer to ALLAH. heheh, so i guess everybody should try that, including yourself =) all the best!

why see others? as a normalhuman being, ada mata.. yang boleh melihat.. tak dapat dinafikan, sedikit sebanyak terlintas di hati. awak tak pernah langsung ke terlintas benda ni? hebatnye kalau dalam seumur hidup tak pernah =) im proud of you!

cuma orang beriman lain.. dia akan cuba menjauhi perkara-perkara yang akan mengotorkan hati kan. sebab itulah saya meng-activate facebook. salah ke? hehe, i believe everyone has their own ways camne nak kurangkan rasa lagipun, WHY SEE OTHERS? betul tak? as long as benda tu tak syubhah, so tak kisahlah kan? hehe. at last proiduk nyer same jugak, kita tak terlau SEE OTHERS =)


anonymous 2:

jazakillah khairan. so refreshing. yes, dats true. belum tentu benda yang kita nak dapat tu akan bahagiakan kita. actually penulisan ini lebih kepada kebahagiaan mak dan adik2 tiqah berbanding diri sendiri.