cerita dari seorang kakak:
Kisah ini kisah sekumpulan ikhwah yang berkumpul pada suatu malam katibah. Diceritakan bahawa mereka berkumpul di rumah salah seorang akh yang telah menikah sekian lama namun belum dikurniai cahayamata penyambung zuriat.
Petang itu seperti biasa, sebaik pulang dari kerja serta dalam keadaan berpuasa sunat, ahli katibah akan terus bertamu di rumah yang dijanjikan. tuan rumah pula sibuklah memasak makanan untuk para ahli katibah berbuka puasa. ketika tuan rumah suami isteri seibuk memasak dan setelah cukup semua ahlinya, mereka pun bersila membentuk halaqah dan memulakan bacaan ma'thurat bagi mengisi waktu sebelum berbuka. sebelum ma'thurat mula dibaca, amir katibah memberi sedikit tazkirah tentang ukhuwah fillah, lalu menyeru seluruh ahli katibah agar memberikan doa yang paling tulus buat si tuan rumah suami isteri agar dikurniai zuriat bagi menyambung generasi du'at.
dalam keadaan berpuasa, dan tanpa diketahui sang sabahat al akh yang dicintai itu, setiap mereka memulakan ma'thurat setulus hati dan menyambung ma'thurat dengan doa masing-masing... seusai berdoa, makanan pun siap dimasak dan waktu berbuka sampai. maka berdoalah lagi mereka sebelum berbuka dan makanlah mereka dengan ceria pada malam itu. setelah itu program katibah diteruskan seperti biasa, dan malam itu bereka semua bertahajjud membangunkan malam dengan zikir-zikir dan doa yang tulus... keesokan pagi kembalilah semua ke tempat masing-masing bagi meneruskan kehidupan seperti biasa.
setelah sebulan berlalu, kemudian mereka kembali bertamu di rumah al akh untuk menghidupkan malam katibah bagi bulan berikutnya. petang itu mereka disambut dengan pelukan dan laungan-laungan gembira sesama mereka, kerana al akh yang mereka doakan secara rahsia bulan lalu telah mendapat berita bahawa isterinya yang tidak dapat mengandung selama bertahun2 berkahwin telah hamil beberapa minggu!!!! maka semua ahli katibah mengucap tahnia dan semuanya menangis bercucuran air mata!
kata salah seorang dari mereka; 'kami tidak menangis melainkan kerana dua sebab. pertama, kami tumpang gembira kerana al akh yang kami cintai ini tidak akan memiliki rumah yang sunyi lagi kerana akan memiliki anak penyeri hidup tidak lama lagi. Kedua, yang menyebabkan hati kami sangat tersentuh dan menangis berucucuran air mata kegembiraan, ialah bahawa Allah telah memandang kami dan katibah kami!!!"
Allahu akbar. "Allah telah memandang kami dan katibah kami." Allahu akbar.
......
aku bagaimana ya ALLAH?
LAYAKKAH AKU DILIHAT, RINTIHAN DOA KU DI DENGARI?
andai aku masih lagi tenggelam dalam arus duniawi..
andai aku masih lagi dilekakan dengan dunia dan perhiasannya?
layakkah aku?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment