Sunday, September 20, 2009

Oh.. Hari Lahirku tiba jua!




Langit Auckland cerah hari ini. Mentari yang bersinar ceria menjadikan suasana hari Ahad,  20hb Sepetember begitu indah …indah hari ini, maka tentu lebih gembira lah hati seluruh MUSLIM di AUCKLAND. Beberapa ketika lagi, tiba detik takbir raya. Masuk saja magrb, maka bermulalah kiraan 1 SYAWAL, bersamaan 21 SEPTEMBER 2009. SubhanaALLAH. Tentu sahabat-sahabatku dsini, tidak sabar menunggu detik itu. Apatah lagi, inilah kali pertama kami berhari raya di rantauan.
Pelajar Malaysia, terutama di HUIA  RESIDENCE ini, tidak lama lagi pasti akan sibuk dengan “open house” malam ini. Sudah beberapa hari, kami berhempas pulas meyiapkan juadah. Ada 8 jenis masakan semuanya.  Kiranya, ade sate 1000 cucuk, nasi dagang, lontong, nasi tomato, onde-onde, ayam ros, daging mamak dan pelbagai lagi juadah yang aku ak tersebut.
Sudah berhari-hari pelajar disini, bergalas bawang, daging, ayam , berbau halia, serai, berwarna kuning pula tangan masing-masing, dek pekatnye kunyit yang ditabur di atas 15kg ayam itu.
Hurm, kiranya, semua sahabat-sahabatku kelihatan gembira menunggu detik itu. Detik iftar jamaie dan open house buat seluruh warga di AUCKLAND. Tentu meriah sekali malam ini.
Namun, aku kira,disebalik keceriaan dan kesibukan semua penduduk di “residence” ini, hanya aku seorang sahaja barangkali yang sedikit pilu dan sunyi.
Aku berdebar-debar menanti saat TAKBIR malam nanti.
Banyak yang aku fikirkan.
21 September, hari bersejarah buat diriku saban tahun. Hari ulangtahun kelahiranku!
Dan 21 september tahun ini… merupakan hari yang tak mungkin aku lupakan di sepanjang JALAN HIDUPKU…kerana  tarikh ini, ialah tanggal 1 SYAWAL di NEW ZEALAND.
SubhanaALLAH. Terima kasih ALLAH kerana ENGKAU mengabulkan DOAku. Sekian lama aku menunggu tarikh ini. Sesungguhnya aku merasakan ini hadiah terbaik dari ENGKAU buat diriku ,hamba kerdil yang meminta.
Tapi sesungguhnya ya ALLAH, aku takut…kerana dengan pertambahan umurku ini….aku tak termampu mengira dek banyaknya kekurangan dan kelemahanku, dek beratnya dosa-dosaku…dek kurangnya amalan baikku…astagfirullah. Aku takut.,,andai dosa-dosaku selama 20 tahun yang lalu, masih berhutang…masih kekal di kitab amalku…ighfirly ya ALLAH..
Sungguh debaran ini makin kuat.
Makin kuat bergoncang, hingga aku merasakan aku hampir DEMAM sekarang. Mungkin esok, sah lah demam ini. ditambah lagi, jadual kelas esok begitu padat, bermula seawal 8 pagi dan berakhir pada 7 malam. Hanya ada selanga masa 1 jam sahaja.  huhu. ditambah pula dengan lusa, ade 2 assignment yang harus dihantar dan 1 test pula :( astagfirullah.......

walau apa jua, aku harus bergembira di hari ulangtahun kelahiranku. tiada guna aku bermuram sekian lama. cerialah dan berfikir positiflah...usah dibebani dirimu dengan benda yang berat, atiqah sayang...huu.


Disini, aku ingin rakamkan mesej yang pertama ku terima dari seorang insan yang amat ku sayangi;
slmt hari raya & slmt hari lahir
moga ulangtahun lahir humaira ini
humaira kembali ke fitrah asal spt bayi
bersih dr dosa dan suci
syawal kali ini pastinya sgt bmakna,  gembira utk humaira
ok, assalamualaikum wbt
terima kasih kerana menceriakan diri ini. Motivasi berkesan seorang sahabat permata hati. seorang insan yang amat ku cintai. moga cinta ini kekal menuju syurga.

OH DIRI ATIQAH, kuatlah.


2 comments:

fieqa said...

sanah helwah kak..maaf lmbat wish.hehe..
moge akak trus istiqamah dlm jalan ni..insyaALLAH..

btw, sy x fly lagi la kak..
aritu anta senior cohort 1 y ke canterbury..
sy cohort 2..insyaALLAH nexyur..doa2 kan yer..
=)

salam ukhuwah n syg drku..
fieqa~~

alKhair said...

semoga menjadi dan mendapat yang lebih baek..insyaAllah..tqah..:)khai.