tengok awan tu.....
di atas langit yang SAMA,
awan pun berbeza-beza..
ada merapat,ada juga yang berjauhan...
ada bersendirian, ada berkumpulan...
apatah lagi jika mahu bandingkan dengan manusia,
lagi banyak perbezaan...
"rambut sama HITAM, hati lain-lain"
mencari titik persamaan
adalah SUKAR,
tapi itu tidak MUSTAHIL...
kerana kita semua SAMA
berunsur TANAH...
'Tanah tetap Tanah'
Ketahuilah! Bahawa di dalam badan ada seketul daging, apabila ia baik, baiklah badan seluruhnya dan apabila ia rosak, rosaklah seluruhnya. Ketahuilah! Itulah yang dikatakan hati.(Diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim)
Tidak ada sesuatu yang lebih berat di atas neraca timbangan seorang hamba di hari kiamat selain dari akhlak yang baik.
(Hadis Abu Daud dan Tirmizi).
No comments:
Post a Comment