Saturday, October 2, 2010

sedih dengan sikap adik?

adik itu sudah tidak menghormati diriku..
mungkin kerana dia sudah "besar"
mungkin kerana dia nampak aku "kecil"
mungkin kerana dia memang asyik mencari kesalahanku..
dan hanya nampak..aku yang salah.

mungkin juga kerana aku terlalu meletakkan expectation tinggi padanya,
dan sudah tentu..
dia juga mungkin meletakkan expectation yang sangat tinggi buatku..
nah..
bila ALLAH menguji,
aku tak cukup sabar untuk itu.
akulah yang terkedok.

adik itu bersikap dan bercakap kasar denganku,
sedangkan aku..
masih tetap berlembut dengannya....
sedang aku..
masih mampu bersabar..

walau bagaimana pun kondisi nya,
aku lah kakak..dan dia tetap adikku..
ALLAH memberi aku tanggungjawab menjaga nya..


walau bagaimana pun dia membenci diriku,
akulah yang harus berlapang dada..

akulah..
yang harus tetap sabar..

maka bersabarlah atiqah demi TUHANMU..

andai ALLAH mampu bersabar dengan kelalaian yang sering kali aku lakukan,
maka manakah mungkin aku tidak boleh bersabar dengan sikap makhluknya..


andai ALLAH sering memberi peluang pada aku,
mengapa tidak aku harus memberi peluang buat diriku dan dirinya membaiki kesalahan..


manusia itu tidak sempurna, duhai atiqah.

usahlah bersedih dengan sikapnya..
kerana kamulah yang harus kuat.. sabar dan berlapang dada..

suatu hari nnt, dia pasti akan faham..
mengapa kamu lakukan "itu"
dia akan faham akan sikap dan perasaanmu..


berdoa dan berharaplah atiqah..
 jangan putus asa..
kerana ALLAH itu sentiasa ada bersamamu...


HE WILL NEVER LEAVE YOU...

allah........................
allah...........!!!!!!
allah.........................................................

10 comments:

Anonymous said...

http://www.youtube.com/watch?v=xtjwtmjbOKE

moga terus kuat ye kak.
jadilah seperti pokok..yg apabila dibaling batu, dia mmberi buah..




Allah maha adil, ujian Dia, mungkin kafarah dosa lampau kak.
bila diuji, tanda Dia sedang mmbalas cinta akk..
berbahagialah kerana Dia cinta.

ingatlah, sentiasa ada akhwat2 yg menyokong akk walau dari jauh.

:)

kuatkan mujahadah diri ye kak. salam sayang dn salam rindu dari saya.

uhibbukifillah abadan abada insyaAllah.

Wan Nurul Atiqah said...

subhanaALLAH,

jazakillah khair ukhti~

betul, sentiasa ada yang menyokong akak sekalipun dari jauh..

KERANA ALLAH itu maha tahu.

Ada said...

sbr ye kak.. =)

Anonymous said...

sabar ye kak tqa...jgn sekali mengharapkan sesuatu dr org laen...barangkali x dpt seperti yg di jangka, kecewa...hanye harapan d letakkan pd allah. so that bile kite dpt something dr dia...walaupon kecil, kite akan rase bersyukur sbb pd awalnye kite x mengharap apa2.

sungguh jika meletakkan harapan pd mahkluk...ia akan mengecewakan kite...

n sabar. ash-syuraa: 36-40

Wan Nurul Atiqah said...

alhamdulillah,
insyaallah..

moga sakit yang dirasa ini menjadi kafarah dosa..

Anonymous said...

salam,

ukhti yang disayangi. mungkin ana tak faham langsung konteks entry ini, cuma ana nak tanya..

adakah adik itu ada possibility untuk baca entry ini? kalau ada, ana ada perasaan bahawa entry ini, indirectly akan mengasari adik itu, walaupun anti dah cakap;
"adik itu bersikap dan bercakap kasar denganku,
sedangkan aku..
masih tetap berlembut dengannya....
sedang aku..
masih mampu bersabar.. "

ana tahu, ini blog anti dan anti bebas mengekspresikan apa jua di dalam blog ini. cuma ana risau, entry ini akan membuat adik itu semakin merajuk, menjauh dan marah na'uzubillah. tak semua benda perlu cerita dalam blog; mungkin ada cara yang lebih berhikmah untuk anti tegur adik ni.

dan kalau adik itu tidak membaca pun, tapi ada akhawat lain yang dapat meneka siapa adik itu. bukankah lain jadinya?

apapun, ana harap anti dapat terima teguran ini dengan hati yang lapang. semoga allah kuatkan dan tsabatkan anti di atas jalan ini, dan permudahkan jalan anti dan adik ini, insyaallah.

Ayu Saidi said...

salam Kak Tqa,

btol kata anonymous d atas.
sy mngiyakan brdsrkn pnglmn sndiri. pnglmn berada d kdudukan adik itu. tp post yg dtujukn pd sy jauh lbh mmedihkn sbb sy nangis trus blom smpt abis baca lg. tp post akak sbnrnye jauh lbh sopan n tak mnyakitkan andai sy yg mnjadi adik itu.

maaf, kl komen ini tdk mnyenangkn.

sy tetap yakin akak daie yg baik, sbb itu ada yg sudi tegur spy akak mnjd daie lebih baik n plg baik.. ^___^

Wan Nurul Atiqah said...

assalamualaikum wbkh

jazakillah khair katseera memberi komen..

tqa/ kak tqa sudah mengedit entry ini supaya tak mencetuskan kontroversi pada mana2 pihak yang tak berkaitan.. mungkin ayat2 yang digunakan boleh mendatangkan prasangka pada sesiapa2 sedangkan hal itu sama sekali tiada kaitan dengan mereka :) ;)

jazakillah khairan katseera kerana sudi memberi nasihat dan sokongan.. sangat berterima kasih pada ALLAH kerana menghadirkan antunna..

segalanya baik untuk ALLAH..INSYAALLAH.

kalau seorang manusia itu sedih dan kecewa, maka itu normal..
kerana RASULALLAH SAW sendiri pernah menceritakan kesedihannya ttg sikap penduduk toif dan lain-lain..

jadi, tulisan ini sekadar untuk memotivasikan diri.. kerana perjuangan ini luas.. tak sebatas pada suatu tempat sahaja.. konteksnya besar ;)

jadi, hati tak boleh sejemput.. :)

kena harus banyak sabar dan lapang dada lagi.. insyaallah...

jazakillah khairan katseera...

Anonymous said...

ameen
semoga kak tqa lebih banyak bersabar dan berlapang dada
:)

Wan Nurul Atiqah said...

:)

insyaallah, bersabar untuk ALLAH..
xrugi..