Friday, October 8, 2010

Di uji lagi..

Bismillahirrahmanirrahim..

Benar kata orang,
hidup ini tak selalunye indah...

resam dunia,
Masalah akan datang..
ia datang dan ia pergi
ia datang lagi..
kemudian ia pergi..

ibaratnya kita, 
bila ditimpa masalah..
seperti melompat dengan kaki terikat..
penat... lesu.. tiada daya untuk mencuba.
itu  kita, bila berjiwa lawwamah.

sedangkan...
manusia yang beriman dan bertaqwa kepada ALLAH,
makin kaki terikat, makin kuat dia melompat,
sampai tali itu putus......
dari mana kekuatan itu datang?
semuanya dari ALLAH..

......

jika kita merasakan kitalah yang paling teruk, paling bermasalah, paling hina..
maka ingatlah kita...
bukan kita seorang merasakan itu..
mungkin ramai lagi disekeliling kita yang punya cabaran/masalah lagi besar dan rumit..
kita ini..
mujur ALAH selalu bantu..
mujur ALLAH.. mujur ALLAH masih kekalkan kita dalam iman..

hingga tatkala diuji, dalam lapang atau sempit,
kita masih lagi menjaga solat,
bacaan quran, matsurat,
menghadiri majlis-majlis ilmu, usrah, dakwah.. 
nah..dari semua ini..
akan datang ketenangan yang sayup2...
entah dari mana ia datang.. menghembus dihati..
tapi mmg ia ada!

bebaskan diri kita
dari kongkongan masalah, konkongan nafsu.. konkongan study melampau2,  emosi melampau2..
jangan biarkan sedikitpun konkongan itu benar2 mengongkong kita..
kerana kita ISLAM.. kita bukan yang dikonkong.. kita BEBAS~

...........

minggu ini, 
diri ini diuji dari segenap penjuru..
lepas satu..satu.

ALLAH uji lagi,
diri ini dari aspek kesihatan,
juga study yang tak mampu fokus.

entah kenapa..
result semester ini.. semuanya marks below average..
dan begitu susah amat untuk hadam pelajaran berbanding dulu..
rasa nya,
nikmat dimudahkan ALLAH dari segi ilmu dan ingatan itu..
dah jauh pergi..

maka disini,
mungkin hikmahnya besar..
ALLAH nak tarbiyyah diri,..
bahawa yang BIJAK itu bukan kerana AKAL,
tapi kerana bantuan ALLAH..

ALLAH nak tabiyyah yang SIHAT itu,
Bukan kerana badan kita cantik dan kuat,
tapi kerana KEKUATAN ALLAH.


maka adakah yang lebih baik dari ingatan ALLAH ini???

..........

mujur beberapa bulan lepas.. ada sahabat yang berpesan..

"tiqah, jika sedih.. maka berpuasalah....."

YA, ATIQAH SEDANG BERPUASA.

 alhamdulillah.






4 comments:

PuteriBonda Anis said...

kenapa bila sedih kena berpuasa?

Wan Nurul Atiqah said...

sebab ALLAH suka orang-orang yang berpuasa..

allah cakap dalam hadis qudsi, PUASA itu untuk aku..
memang special puasa ini berbanding ibadat lain (^_^)


lagi,
orang yang banyak berpuasa untuk ALLAH,ALLAH bagi masuk syurga melalui satu pintu khas yang dinamakan AR RAYYAN.

maka, kalau sedih mestilah kena buat perkara yang ALLAH suka..

kita tak rugi, dan kita pun akan dapat ganjaran.. insyaallah

Anonymous said...

salam...

buat akak yg selamanya kakak sy,

truskan sabar lg ek akk
skit lg.skit lg...
allah xpernah tinggalkan akk ..

-selamanya sy adalah adik akk-

Wan Nurul Atiqah said...

buat anonymous yang sentiasa adik akak..

insyaallah akak kan teruskan berjalan tanpa henti.. walau apa pun yang terjadi..

insyaallah..

akak janji pada diri akak sendiri..

insyaallah..

doakan akak.

-kakak yang tak layak menjadi kakak-