Tuesday, August 9, 2011

Kesatlah Air Matamu...

Bismillahirrahmanirrahim..

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..
Moga Allah terus meredhai setiap denyut nadi Atiqah, memberi atiqah kekuatan untuk meneruskan hidup yang sentiasa berombak,  moga juga secebis kasih dan cinta Allah meliputi segenap ruang hati ini..

Kesatlah air matamu atiqah...

Banyak ujian pahit yang kau alui akhir2 ini. Ujian yang sudah cukup mampu membuatkan kau terduduk, menangis sayu..Allah, Dialah yang membuat kau tertawa, dan Dialah juga yang membuatkan kau menangis... segalanya ini, adalah takdir Allah untuk menguji tahap iman dan sabar..moga-moga tangisan ini bakal menjadi penyejuk api neraka...dan bakal juga menghapuskan khilaf2 yang dilakukan sedari kecil.. amin ya Rabb..


masih ingatkah pada nasyid kesukaanmu..

"Pandangan Mata selalu menipu...
Pandangan Akal selalu tersalah..
Pandangan Nafsu.. itu melulu..
Pandangan Hati itu yang abadi..
kalau hati itu bersih..."

Kalau hati itu BERSIH..

duhai atiqah, diriku...
Ingatlah...
manusia, kita semua... kau, mereka, dan kamu...
kadang dalam fasa hidup kita semua, sedar atau tidak..
sering berlaku,
sedikit sahaja yang di lihat, namun pelbagai tafsiran dan anggapan di buat...
kadang jua, sedikit sahaja yang di dengar, namun pelbagai hukuman di taburkan...
tanpa bukti, segalanya seolah hakikat...
Astaghfirullah...duhai atiqah,
Allah tidak menyuruh kita terlalu cepat mencari salah teman..
Sesungguhnya hanya Allah,
hanya Allah yang mempunyai telinga, mata yang benar...
Tidak layak engkau, atau bahkan mereka menghukum sesiapa..

Beristigfarlah duhai atiqah,
Beristighfarlah untuk khilafmu yang telah lalu..
Mungkin semua ini kafarah.. kerana Allah sayangkanmu..

oh Atiqah yang sedang menangis,
Ingatkah pada kisah Nabi Allah Muhammad, Nuh, Ibrahim, Yunus..
betapa mereka di hina, di caci maki oleh kaum mereka sendiri..
Hanya kerana apa? hanya kerana mereka mahu mempertahankan hukum Allah di muka bumi..
hanya kerana mereka berusaha memusnahkan aturan nenek moyang yang bertentangan,
memusnahkan segala hukum duniawi yang diada-adakan syaitan laknatullah...
syaitan yang selalu menyesatkan manusia,
yang selalu mengadakan permusuhan-permusuhan..
yang menjadi batu api, duri dalam daging..


Ingatkah atiqah,
suatu masa ibumu memujukmu...
"Betapa mereka di pandang serong, dituduh dengan tuduhan melulu, di hina, di malukan di khalayak ramai...
namun mereka.. mereka masih mereka....
mereka yakin ALLAH bersama mereka..
mereka yakin janji Allah..."
Biarpun dicaci, di maki..mereka tetap mereka..
kerana mereka yakin...
Kun Fayakun.. JIka  Allah berkata "Jadi, maka jadilah"...

.......

 Ya Allah, Tuhan yang Maha Kuat yang Memberi Kekuatan,,,
Kurniakan pada hambaMu atiqah yang sedang tertuduk lemah,
 hati sekuat, seteguh nabi Mu
Agar mudah menjalankan suruhanMu,
Tqa hambaMu, sedar ya Allah,
tiqah hamba yang selalu berbuat khilaf..
namun ya ALLAH, kurniakan atiqah kekuatan untuk meneruskan amal-amal baik,
tidak terpesong, tidak malas dan tidak pernah mengalah...

Ya Allah yang Maha Memberi,
Kurniakan pada atiqah,..
Telinga yang tebal untuk menahan segalan tohmahan manusia ...
Agar tidak terbersit sedikit pun kebencian dan kemarahan di hati kerdil ini..
kebencian yang hanya  bakal memecahkan hubungan saudara se-Islam...
Kami ini bakal  penghuni syurgaMu ya Allah,
sayangilah kami, dan tumbuhkanlah cinta di hati kami...
kerana penghuni syurgaMu itu adalah mereka yang sentiasa berkasih sayang...
yang tidak bercakaran sesama sendiri... yang sentiasa bertoleransi,  memahami...
dan hidup aman damai hingga ke akhir hayat mereka...

Ya Allah yang Maha Lembut,
Lembutkanlah hati atiqah untuk memaafkan...
Cekalkan hati atiqah untuk tidak sedikitpun berdendam sesama manusia...
Lapangkanlah jua hati atiqah untuk sentiasa bersangka baik sesama saudara..
Menjadi selembut Muhammad di Fathul Mekah yang memaafkan penduduk Mekah..
walaupun Baginda dilukai zahir dan batinnya...
Begitu Allah dan Muhammad begitu memaafkan, justeru melupakan..
mengapakah atiqah, Engkau hanya hamba hina tidak mampu melakukan itu?

ingatlah...
Dugaan ini.. Musibah yang menimpa diri ini...
Pasti ada hikmah.. untuk mengangkat darjatMu di sisi Allah..
hanya Allah yang tahu HATImu, hanya Allah yang tahu peribadimu...hanya Allah yang layak memuji atau menghukumMu...

Kuatkan hati atiqah untuk terus bersujud, berdoa meminta ehsan dariMu...

Sesungguhnya Hanya Pada Allah tempat atiqah berserah dan memohon pertolongan..
Allah lah, hanyasanya Tuhan yang Maha Berkuasa ke atas sesuatu..


-hamba hina yang memohon dengan amat sangat-


untuk perkongsian, sedikit cebisan ilmu yang dikongsi sahabat atiqah, yang mana ini sedikit sebnayak mengubati diri atiqah.. moga bermanfaat:


Ada empat perkara asas bagi Muslim yang merasai kesedihan, atau merasakan diri dianayai perlu lakukan:-


1. sentiasa mengucap syukur atas segala yang terjadi. Ucaplah kalimah “Alhamdulillah“, tiap kali musibah menimpa atau tiap kali kita merasa sakit hati atau kecewa atas kekejaman orang terhadap kita maka kita perbanyakkan istighfar. Moga dengan musibah dan kesusahan yang menimpa kita ini akan dapat menghapuskan dosa2 kita.
Perbanyakkan zikrullah dan selawat juga agar hati dan jiwa kita tenang.
sabda Rasulullah SAW:
“Tidak mengenai orang mukmin dari penderitaan sakit, kelelahan, penyakit dan sedih hingga kesusahan yang menyusahkan, melainkan ALLAH akan meleburkan dengannya kesalahan2.”
2. menyerahkan urusan orang-orang yang menganiaya tersebut di tangan ALLAH. Semoga mereka mendapat hidayah ALLAH jua akhirnya.

3. sentiasa yakin dengan janji ALLAH bahawa tiap musibah atau kejahatan makhlukNYA terhadap kita pasti akan memberikan kebaikan buat kita di dunia dan di akhirat apabila kita sentiasa bersyukur dan redha atas kehendak dan tentuanNYA. Berbaik sangka terhadap ALLAH, Pencipta kita.
sepertimana sabda Baginda SAW:
“janganlah kamu berprasangka buruk kepada ALLAH di dalam sesuatu yang DIA telah menetapkan kepadaMU.”
4. Memohon kepadaNYA untuk diberikan keselamatan, redha, rahmat dan segala kebaikan buat kita di dunia dan di akhirat dan minta digantikan kehilangan, musibah dan nasib kita dengan yang lebih baik lagi. Alangkah mudah bagiNYA segala sesuatu untuk kita yang kita rasakan susah itu.
“kerana itu ingatlah kamu kepadaKU, nescaya AKU ingat (pula) kepadamu..” [Surah Al-Baqarah:152]
Antara doa yang harus diamalkan:


Doa Nabi Yunus as

Nabi Yunus berdoa untuk merawat hati yang patah dan terputus dari segala harapan. Baginda as berdoa dan mengatakan:
لا إِلهَ إِلاَّ أَنْتَ سُبْحانَكَ إِنّى‏ كُنْتُ مِنَ الظَّالِمينَ
“Tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) selain Engkau. Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang lalim.”[QS. Al-Anbiya’ [21]: 87]

Allah swt di dalam al-Qur’an berfirman: “Maka Kami telah memperkenankan doanya dan menyelamatkannya daripada kedukaan. Dan demikianlah Kami selamatkan orang-orang yang beriman.”[QS. Al-Anbiya’ [21]: 88]

Selamat Berusaha, moga Allah mengeluarkan kedukaan demi kedukaan kita...  wallahuaalam.

2 comments:

Anonymous said...

Aslmwbt Tiqah,

Be strong okay my dear girl. Tiqah xsorang-sorang. Akk ada. Hehe Always remember that...

With Love,
Ummu Ahmad (cuba teka siapa akk)

Wan Nurul Atiqah said...

waalaikumsalam wbkh akak..

Insyaalllah cuba beriman yang ALLAH sentiasa bersama tiqah, menilai setaitip titis air mata yang jatuh...

andai tqa tahu siapa akak kan best? boleh tqa col, contact2 memohon sedikit tazkirah, buat mengisi hati... =(

apa pon, jazakillah khairan akak sebab sudi hadir menyatakan yang akak bersama atiqah. terima kasih untuk kasi sayang ini..

doa kesabaran tiqah memjadi oenghapus segala dosa-dosa lama.
tak kisahlah di dunia ini, walaupon sangat sengsara.. harap akhir nan ti di akhirat tqa mampu senyum gembira selamanya...

tolong doakan atiqah, akak. memohon pertolongan dengan amat sangat.. doa orang yag solelah kan mudah di makbulkan ALLAH?

atiqah