Sunday, August 14, 2011

Kesatlah Air Matamu (ii)

Bismillahirrahmanirrahim..

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..

Alhamdulillah, sejak menulis post yang pertama, (Kesatlah Air Matamu) minggu lepas.. makin banyak perkara positif yang baik datang dari Allah..

Terima Kasih Allah kerana masih menyayangi diri ini..
Terima kasih Allah kerana sudi membantu diri ini..
Terima Kasih Allah kerana masih menguatkan diri ini..
Terima Kasih Allah...
Kerana mengembalikan semangat tiada putus asa di dalam diri hamba hina ini..

Kini,
Wajah yang muram, berlinangan air mata tiada henti.. kembali ceria tersenyum
Kini..
Hati yang sakit dek kerana tuduhan dan tomahan manusia..
Sudah bersih.. hilang segala rasa kecewa dan sedih..
Yang ada di hati ini..
Hanya kasih sayang dan doa sesama manusia...
Moga kami sama-sama beroleh SyurgaMu,
hidup aman dan damai jika tidak di dunia, di akhirat kelak menanti..

Hati ini harus banyak bersabar, beristigfar.. moga ujian dan musibah yang melanda menjadi kafarah dosa lalu..
Hati ini harus selalu lembut, mengasihi dan menyayangi kepada yang membenci...
Hati ini jua harus sentiasa berlapang dada.. kepada yang menyakiti...

Hati, maka bersihkanlah duhai atiqah...


Rasulullah s.a.w.:
Sesungguhnya Allah tidak memandang kepada bentuk dan rupa kalian, akan tetapi Allah memandang kepada hati sanubari kalian.” (Hadith riwayat Muslim).

Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah...
.............
Credits to : Adik MUni yang menghantar lagu ini...Hijjaz_-_Lukisan_Alam.html
Hidup tidak selalunya indah
Langit tak selalu cerah
Suram malam tak berbintang
Itulah lukisan alam
(Begitu aturan Tuhan)

Jadilah rumput nan lemah lembut
Tak luruh dipukul ribut
Bagai karang di dasar lautan
Tak terusik dilanda badai

Dalam suka hitunglah kesyukuranmu
Dalam senang awasi kealfaanmu
Setitis derita melanda
Segunung kurniaanNya

Usah mengharapkan kesenangan
Dalam perjuangan penuh pengorbanan
Usah DENDAM berpanjangan
Maafkan kesalahan insan
(Begitu ajaran Tuhan)

Hasbiallah, Hasbunallah
HasbiRabbi jalallahu Ya Allah

Dalam diam taburkanlah baktimu
Dalam tenang buangkanlah amarahmu
Suburkanlah sifat sabar
(Di) dalam jiwamu itu





 =) ALHAMDULILLAH ALLAH.


hambamu yang sedang senyum, 
atiqah


1 comment:

Anonymous said...

Salam my dear,

Alhamdulillah. That's my girl. Be strong and hold on. In every breath we take, we are within Allah's 'ilm.

Happy that you are smiling!

With love,
Ummu Ahmad *wink*