Tuesday, August 2, 2011

Dia Merajuk

assalamualaikum wbkh.

dia merajuk dengan ibunya..
sebab ibunya xpernah faham perasaannya..
sebab ibunya tak pernah faham...
sebab ibunya keras....
sebab ibunya banyak bagi alasan yang kurang muhasabah.. kurang wajar pada masa dan tempatnya
sebab ibunya banyak berdalih
sebab ibunya banyak membuat dia terluka.. kata-kata, riak muka, dan sebagianya..

dia merajuk..
kurang berhubungan, tidak mesra lagi..
agar ibunya sedar..
di mana silap salahnya..

moga-moga dia sedar.. kerana dia sudah keterlaluan mentadbir dan mendidik.

sekian.

4 comments:

ummu said...

assalamualaikum Atiqah
ada kalanya, ibu selalu mebuat seorang anak itu sering terluka,
namun, doa seoranga anak solehah
inshaALLAH bisa kan menyejukkan suasana yg tegang.
salam ramadan al mubarak.lama tak menjenguk Atiqah di sini.terima kasih sudi pernah tinggalkan komen di wordpress akak di http://myraudhatulukhuwah.solihin.net/?p=1604.
bersama komen ini, akak ada link kan blogspot akak, yg lebih bersifat open diary.sekian, wassalam

Wan Nurul Atiqah said...

Waalaikumsalam wbkh..

Jazakillah khairan akak... sudi menjenguk atiqah..
atiqah busy kebelakangan ini.. sudah mula bekerja, mmerlukan fasa untuk menyesuaikan diri..

akak, post ini bukanlah ditujukan pada atiqah.. tapi ditujukan buat adik yang berkongsi masalahnya dengan atiqah..

tqa merasakan ada benarnya tindakan adik itu kerana ibu adik ini menghalang dia untuk melakukan kebaikan, menghalang juga dia untuk ke tempat2 soleh.. menegah die juga untuk berkawan dengan orang2 yang solehah di tempatnya...

tidak mengapa dia berkeras sedikit, kerana sesuatu benda yang benar tetap benar...

Pandangan Allah lebih utama..
Redha Allah datang dahulu,
barulah redha manusia...

Adik itu mencari redha Allah, namun jika ibu nya menghalang...maka bagi atiqah, jatuh hukumnya harus untuk menderhakai...

Dia tidaklah berkata kerasa dengan ibunya, apatah lagi mencai, menghina... apa yang dinasihatkan pada die, agar die selalu berdoa agar Allah melembutkan hati ibunya untuk menerima kebaikan..

wallahulam...

Anonymous said...

Terima kasih kak atiqah..

kak atiqah, saya pernah di kondisi adik itu... merajuk ini se[erti "beruzlah diri" kan?

RasulALLAH saw pun pernah beruzlah digua hira' kerana dia sudah tidak tahan dengan ajakan, pujukan kebaikan yang tidak didengari..

dia ber"uzlah" untuk mendekatkan diri kepada Allah..

saya juga merajuk dulu.. saya bersolat hajat, mendekatkan diri dengan masjid..

bagi saya, tidak salah... ia memerlukan masa, namun segalanya akan baik...jika dia ikhlas.


adik jauh, bumi sejuk eropah.

Hannah Jo said...

bolehkah merajuk dengan ibu sendiri? kontroversi. mesti ada penjelasan disebalik merajuk itu. Tak mungkin manusia buat sesuatu membabi buta.

sebaiknya, xperlu pun nak merajuk. tapi jika keadaan dah teruk sgt, buat macam2, nasihat, tegur pun xnak terima. mungkin merajuk ini penyelesaian terakhir kot.

sekadar pendapat.