Tuesday, September 15, 2009

Renungan



Nabi Muhammad bersabda yang bermaksud:

“Tidak akan melangkah seseorang hamba itu pada Hari Kiamat hingga ditanyakan mengenai apa yang dihabiskan dalam umurnya, apa yang dilakukan menurut ilmunya, ke arah mana hartanya diusaha dan dibelanjakan serta apa yang dibuat oleh tubuh badannya terhadap segala ujian dan tanggungjawab.” 

(Hadis riwayat at-Tirmizi).~

Monday, September 14, 2009

Meniti Ujian

Sesungguhnya jika Allah S.W.T mencintai hambaNya maka Dia akn tenggelamkn hambanya itu dalam dugaan dan ujian..Barangsiapa yg tidak pernah mengalami musibah maka ia jauh drpd kasih sayang dan rahmatnya..
mana tahu yg diam itu krn zikir kpd Allah,
mana tahu yg senyum itu krn sedeqah,
mana tahu yg sedih itu krn mengenangkan dosa
dan mana tahu yg ceria itu krn bersih hati dan mindanya.

Pahit manis dlm memikul tanggungjawab dan amanah Allah ini terkadang memberi jalan untuk mendapat kemanisan yg tiada terhingga..walaupun yg dtg..air mata sering bertandang..."

Berkenalanlah dengan Allah pd waktu senang, nescaya Allah akan kenal engkau pd waktu susah.

Sunday, September 13, 2009

Hijrah

"Aku hairan melihat orang bersedih kerana kurangnya harta..
tetapi tidak bersedih di atas berkurangnya umurnya..."

dia berkata lagi....

" Barangsiapa yang menghabiskan masa mudanya dengan suatu keadaan,
 maka ia akan berada dalam keadaan yang sama di masa tua kelak.."






  • Bulatkan niat tekadmu 
    Dalam hijrah itu... 
    Hijrahmu menuju Allah
    Kembara hati menuju Ilahi 
    Kembara menempuh jalan yang diredhai
    Andai diri lemah
    Di perjalanan hijrah itu
    Mohonlah pada Tuhanmu
    Hijrah ini memang susah
    Hijrah ini memang payah
    Hijrah ini menuju Allah 
    namun di hujungnya hasanah....
    ingat, ALLAH selalu ada..
    ~selmat tiba dari satu destinasi~
     flight NZ480
    Auckland international airport




  • Friday, September 11, 2009

    TANAH tetap TANAH

     
    tengok awan tu.....
    di atas langit yang SAMA,
    awan pun berbeza-beza..
    ada merapat,ada juga yang berjauhan...
    ada bersendirian, ada berkumpulan... 
    apatah lagi jika mahu bandingkan dengan manusia,
    lagi banyak perbezaan...
    "rambut sama HITAM, hati lain-lain" 
    mencari titik persamaan
    adalah SUKAR,
    tapi itu tidak MUSTAHIL...
    kerana kita semua SAMA
    berunsur TANAH...
    'Tanah tetap Tanah'
      
    Ketahuilah! Bahawa di dalam badan ada seketul daging, apabila ia baik, baiklah badan seluruhnya dan apabila ia rosak, rosaklah seluruhnya. Ketahuilah! Itulah yang dikatakan hati.(Diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim)

    Tidak ada sesuatu yang lebih berat di atas neraca timbangan seorang hamba di hari kiamat selain dari akhlak yang baik.

    (Hadis Abu Daud dan Tirmizi).

    Wednesday, September 9, 2009

    sentuhan




    “Seorang mukmin yang bergaul dengan orang ramai serta bersabar dengan kesakitan akibat pergaulan dengan mereka itu, adalah lebih baik dari seorang mukmin yang tidak bergaul dengan orang ramai serta tidak bersabar atas kesakitan akibat pergaulan itu”


    .........


    susah nya menyentuh hati manusia!


    kerana HATI itu bukan seperti pensil, atau buku...
    bila nak, boleh di capai dengan mudah...

    tapi hati manusia.....
    susah di capai..susah digapai...

    kadangkala, makin dekat, makin ia menjauh..
    salah sentuhan kah?

    astagfirullah.

    usaha lah lagi..


    *sigh

    Tuesday, September 8, 2009

    berbicara



    Kehidupan ini umpama
    arus deras yang sentiasa
    mengalir tanpa henti.

    Sebagaimana jiwa kita
    yang kadang-kadang
    kuat, kadang-kadang
    lemah begitu jugalah
    kehidupan kita..

    kadang-kadang
    kita cukup kuat
    untuk menongkah arus
    kehidupan yang serba
    ganas atau sekurang-kurangnya
    mampu
    bertahan dengan apa yang ada

    namun kadang-kadang
    ketika jiwa kita
    lemah tak bermaya maka
    kitapun tewas lalu hanyut
    dibawa arus.

    ....................

    Disaat jiwa kita benar-benar
    lemah dan
    merasakan kebahagiaan
    bukan lagi milik kita,
    bahkan kita merasai
    kehidupan itu sendiri
    hampir-hampir tidak ada
    lagi.

    Ketika inilah,

    ketika lilin harapan kita
    hampir padam dan dunia
    terasa kelam,

    kehidupan sebenarnya sedang
    berbicara kepada kita...

    ..............

    Inilah kehidupan kita;

    warna warninya ialah tawa dan
    tangis,

    lorong-lorongnya
    adalah kedukaan.

    Yang penting sekali bukanlah kenapa
    kita gagal atau berjaya tetapi
    apa sikap kita ketika berdepan
    dengan kegagalan dan
    bagaimana kita menerima
    kejayaan.


    ..................

    Kita hanyalah sebahagian
    kecil dari gelombang
    kehidupan itu sendiri.

    Sudah tentunya kita tidak sentiasa
    berjaya; tentu ada hari-hari
    gagal dalam kehidupan kita.

    Jika kita tidak sedar bahawa
    kegagalan itulah teman setia
    kita, tentu kita akan terasa
    asing dalam kehidupan kita
    sendiri.

    ...............

    Lihatlah kehidupan ini dengan
    jiwa yang tersenyum.

    Kalaupun kita hidup merempat, ada pula
    manusia yang mati hina.

    kalau kita serba kekurangan ada pula
    manusia yang langsung tak
    memiliki apa-apa.

    Kalau kita miskin harta, ada manusia yang
    miskin jiwa hingga tidak
    menikmati keindahan hidup
    walaupun kaya raya.

    Kalaupun kita tidak memiliki kenderaan
    yang baik, ada manusia yang
    tidak memiliki kaki untuk
    berjalan.


    Dan Kami uji mereka dengan (nikmat) yang baik baik dan (bencana) yang buruk buruk, agar mereka kembali (kepada kebenaran)." (Al A'raf 7:168)

    moga terus kuat dan berbahagia menempuh kehidupan..

    SPECIALLY DEDICATED TO:

    Anak-anak ummi,
    AT TORIQ (CANADA, taylors, UTP, UNITEN) dan ABRAR (auckland)


    Tuesday, September 1, 2009

    Mimpi Atiqah



    istanbul....
    dan masjid itu...

    aku bermimpi menjejak ke sana...
    keagungan kota masjid yang menggetarkan jiwa.
    ku terdengar sayup di kejauhan alunan syahdu para huffaz...
    alunan zikrullah menggesek di hujung telinga.

    adakah ini sekadar mimpi di siang hari?

    kerana kini..
    kota itu segalanya....
    sudah berubah.
    tidak seperti dahulunya lagi...
    ketika ianya gemilang!

    oh,
    masihkan punya ruang dan kesempatan untuk ketemui apa yang ku cari di kota masjid itu?

    ..............


    aku menerobos lagi, ke sisi ruang mimpiku...

    samar-samar...
    di kota ini....



    JORDAN...di bandar ammman..
    ku lihat kelibat seorang teman melambai-lambai tangan penuh mesra..




    kemudian,
    kami bersiar-siar menunggang unta..

    die, temanku..
    tanpa henti menceritakan sejarah negara islam itu..
    serta kehidupan para anbiya' terdahulu..

    terus bibirnya lancang berbicara tentang jejak bukti kedurhakaan KAUM-KAUM ISRAEL terdahulu

    sampailah kami pada sebuah lautan..
    "the DEAD SEA"



    .......

    KEMBALI KE ALAM REALITI.

    MASIH MENGHITUNG-HITUNG TENTANG MIMPI-MIMPI ITU.


    .......

    yang pasti, aku nekad mahu kesana!!!

    mimpi itu bukan sekadar ilusi.
    tapi bakal menjadi realiti.

    AKU HARUS MENCARI RAHSIA DI SEBALIK "RASA" ini

    insyaALLAH.