Tuesday, November 1, 2011

Kemalangan Motor

Bismillahirrahmanirrahim..
Dengan Nama Allah yang maha Pemurah lagi Maha Penyayang..

Aku nukilkan kisah ini buat menjadi ingatan dan pedoman bagi diri di masa hadapan.

Pada 10 Oktober 2011, mak  menelefon dengan nada cemas, dan dia bertanya,
" kakak kat mana ni? Kakak tengah buat apa? "

 dan aku pada ketika itu tenang menjawab soalan mak tanpa ada perasaan syak atau risau,

" Kakak dalam hall, ade majlis bersama pengarah IPG. Kenapa mak, ada yang tak kena ke?"

Dan mak bersama esak tangisnya, menjawab,

"ayah dapat panggilan telefon dari tok. Ada sorang lelaki, bagitahu tok yang kakak (atiqah) dah meninggal dunia. Tok dah nak pengsan kat rumah, tok wan col ayah sambil menangis, dan minta ayah datang. mak dan ayah ada kat rumah makcik darishah sekarang, datang ziarah dia sebab dia nak berangkat ke mekah esok. semua orang kat sini terkejut"

"astaghfirullahal 'azim. mak, kakak xada apa2 lah. tengah happy kat sini mak, khusyuk lagi ni. Tok salah dengar kot atau ada orang nak main-main tu. dah la, mak jangan risau. sekarang ni, kakak nak minta tolong  mak, bagitau kat cik darishah, kakak nak minta dia doakan kakak di mekah... semoga Allah meringankan urusan kakak dan memudahkan kakak mencari "bahagia" (sambil tergelak kecil). Mak faham kan maksud kakak?"

"Insyaallah, nanti mak tolong pesankan. kakak jaga diri baik-baik kat sana ye. kalau boleh kakak telefonlah cik darishah dan cakap sendiri hajat kakak kat dia, boleh dia catat dan doakan di depan baitullah"

"Insyaallah.."

.......

Dan selepas mak meletakkan telefon, aku mula berfikir dan risau.. adakah ajalku hampir tiba? siapakah pemanggil misteri yang mengatakan aku sudah dijemput Ilahi? aku menangis sendiri, mengenangkan dosa, persoalan dan masalah yang tidak selesai. aku menangis hingga tertidur dan terjaga untuk solat asar petang itu.

Dan pada malam itu, aku ada temu janji dengan seorang sahabat yang akrab, dan aku menceritakan hal tersebut, namun dia yang tidak memahami perasaan, dan gelisahku ketika itu hanya mengganggap perkara itu kecil dan tak perlu dirisaukan. Tambahan pula, dia punya masalah yang lebih rumit. Pada malam itu, sepatutnya  kami berbincang dan mencari solusi tentang satu isu, tapi kemudiannya perbincangan itu menjadi salah faham dan pertengkaran antara kami berdua. Dan aku pulang bersama air mata, kerunsingan dan kesedihan di jiwa.

Dadaku makin berdebar-debar, merasakan ajal hampir menemuiku saat. Entah mengapa, perasaan ini hadir dan menghantui aku. Aku beristighfar dan menangis memohon ampun dan taubat atas segala khilafku kepada mak, ayah, adik-adik, sahabat dan teman disekelilingku. Aku sangat takut, andai aku dijemput sebelum aku sempat memohon maaf daripada mereka, dan sebelum Allah sempat mengampuni dosaku.

Esoknya,  pada jam 8, aku dan sahabat IPBAku akan ke kursus kokurikulum di pulau pangkor. jadi, perasaanku makin cemas, mengandaikan mungkinkah ajalku disana. Tapi, pada malam itu aku menyibukkan diri denganmengemas beg dan barang-barang. Rupanya, seluar masih xmencukupi dan aku terlupa mengambil barang di Ansar.  Aku berprogram di sana pada hujung minggu tersebut, tapi oleh kerana aku menjadi "orang penting", aku terlupa akan hal-hal yang kecil. Jadi, aku bercadang untuk melengkpkan barang-barang tersebut esoknya sebelum berangkat.


Keesokannya, sebelum subuh, aku bertanya ttg seluar ku yang aku pinjamkan pada S, dan dia menjanjikan untuk membasuh dan memberinya sebelum aku ke Pangkor. Tapi ini jawapan yang diberikan:

"Alamak, sorry tqa, S lupa nak basuh. Ada dalam baldi lagi...tqa boleh pinjam seluar kat orang lain tak? sorry sangat2.."

Aku amat sedih dan kecewa ketika itu, tapi alhamdulillah, aku berjaya mengawal emosi yang berkecamuk dengan hanya mendiamkan diri. Aku cuba berlapang dada, walaupun "sikap" tersebut amat bertentangan dengan prinsipku yang tak suka meminjam barang orang, serta seorang yang amat menepati janji. Rasa ingin marah semarah-marahnya, tapi yang aku mampu hanya menangis sekali lagi dan cuba bersabar dan tersenyum.

Seusai solat subuh pagi itu,  11 OKTOBER 2011, kira-kira jam 6.20 am, aku bergegas keluar menaiki motor hijau ke ansar untuk mengambil barang yang tertinggal di sana.
Tiba-tiba...


bang.............................!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

kereta yang membelok secara tiba-tiba itu, membuatkan aku tidak sempat berbuat apa-apa lagi. yang aku tahu hanyalah menekan brek dan cuba untuk mengelak walaupun sudah terlambat...

 Namun aku bersyukur kepada ALLAH, kerana pada ketika itu subhanaALLAH.. aku sangat tenang, kerana aku sudah menjangkakan ajalku sudah tiba dan malaikat izrail sedang menunggu untuk mecabut nyawaku.... Aku tenang.

masih segar di ingatanku ketika itu, aku sempat beristigfar dan mengucapkan dua kalimah syahadah sebelum motorku terseret jauh, dan aku jatuh terpelanting di seberang jalan tidak sedarkan diri. Aku terlelap dan terbaring dengan titisan air mata yang masih basah dan jiwa yang sejuk, tenang, seperti  hening subuh ketika itu.


Aku tidak ingat apa yang berlaku..dan aku hanya sedar apabila ramai orang dalam berkerumun, dan seorang makcik mengejutkan aku yang sudah pitam.

Saat aku membuka mata, dan menggagahkan diri untuk mengangkat badan, pada masa itu, badanku terasa berdenyut-denyut san sangat sakit. Kakiku pedih. Mukaku mula membengkak, dan darah keluar menitik-nitik. habis terkoyak seluar yang ku pakai ketika itu. Motorku remuk di bahagian tepi dan hadapan.



  Innalillahiwainna ilaihi raajiuun...

............


Sesuatu yang berat untuk dipikul, tapi dengan Kuasa dan Kasih Sayang Allah, aku masih mampu tersenyum dan ketawa saat fizikal yang amat sakit. Dia dan mereka yang bersamaku ketika itu tahu, dan tentu mereka pelik, mengapa aku seolah kuat walaupun aku nampak sakit yang amat.

Saat itu, aku seperti mahu katakan pada mereka.. aku sudah tidak takutkan apa-apa.. sebaliknya aku amat bersyukur kerana  aku tak menyangka ALLAH masih menghidupkan aku hingga ke saat ini. masih sudi memberi aku peluang untuk bertaubat dan merasai kasihNYA.

Aku juga merasa tenang untuk melalui beban mendatang asbab dari kemalangan ini, walaupon sedikit kerunsingan kadan menerpa iaitu..

1) Aku terpaksa membatalkan kursus di pulau pangkor. Aku terpaksa menjelaskan kepada pensyarah, dan memulangkan barang2 seperti life jacket dll.


2) Aku tak mampu berjalan, dan lukaku ini agak "parah". bagaimana aku nak menguruskan diri sendiri apatah lagi untuk solat, berwuduk, makan, mandi dll?

3) keluarga di kampung tentu amat risau, dan bagaimana untuk aku berdalih supaya mereka tak begitu trauma dengan apa yang berlaku?

4) Duit?!! Bagaiman aku nak membiayai kos membaiki motosikal, kerana duit simpananku sudah berkurangan... astaghfirullah..


Aku  hanya mampu BERTAWAKAL  dan menyerahkan segalanya pada ALLAH yang maha MEMUDAHKAN.. Allah yang meberi aku kemalangan, dan dia juga tentu sudah mengatur dengan baik penyelesaian-penyelesaian bagi risiko kemalangan ini..
Alhamdulillah segalanya selesai dengan baik.


terlalu banyak hikmah yang ku pelajari dari kemalangan ini.  Tak mampu ku tulis semuanya di sini. namun yang paling bermakna ialah  aku bersyukur kerana melalui kemalangan ini aku makin sabar, dan makin KERAP mengigati dosa-dosa silamku. aku makin banyak dan sentiasa beristigfar memohon taubat kepada ALLAH. Aku juga makin mengenali dan menghargai sahabat dan saudara sejatiku, yang sentiasa menyokong dan menemamiku di waktu susah dan senang. hanya ALLAH yang mampu membalas jasa mereka. Selama aku hidup, aku akan cuba membantu mereka dan membahagiakan mereka semampuku. insyaallah.

alhamdulillah atas susunan ini.

Akhirul kalam, Aku bersyukur kerana aku tahu, disebalik semua ini,
ALLAH menjanjikan yang terbaik dan termanis buat hamba yang disayangiNYA yakni hamba yang bersabar, dan sentiasa redha akan ketentuanNYA.

Moga aku termasuk dalam golongan tersebut dan golongan yang telah di sucikan dosa dan debu maksiat silam. ameen.

............

Ketika Allah rindu pada hambanya, Allah akan mengirimkan sebuah hadiah istimewa melalui malaikat Jibril yang isinya adalah ujian...

Dalam hadith qudsi Allah berfirman:

“Pergilah pada hambaku lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya.”
(HR. Thabrani dari Abu Umamah)


Abu Said dan Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi SAW. bersabda: 

“Seorang muslim yang ditimpa penderitaan, kegundahan, kesedihan, kesakitan, gangguan, dan kerisauan, bahkan hanya terkena duri sekalipun, semuanya itu merupakan kafarat (penebus) dari dosa-dosanya.''
~H.R. Bukhari dan Muslim~



wallahualam.

-hamba dhoif-







2 comments:

Habibah said...

Syafakillah akak... Semoga sakit jadi penghapus dosa :'| semiga Allah meredhai akak

Daffodil said...

Akak! Terkejut win baca.

Moga cepat sembuh! :D