Rindu...
Rindu...
Rindu...
aku rindu ..
pada belaian dan pelukan hangat ibu...
pada kata semangat dan pujukan yang sentiasa memberi kesembuhan..
tatkala diri hampir tersungkur, jatuh, rebah tak berdaya..
pada kuyu mata ibu
yang selalu menangis bersama..
saat ku rasai kesakitan dan kepedihan hidup ini
dan pada bibir manis itu..
yang tak pernah lekang dari senyuman
sungguh aku tahu dia menyimpan beribu cerita derita..
sungguh aku rindu,
dan sunyi tanpa ibu di sisi,
kerana dia ibu yang tidak pernah meninggalkan aku sepi,
sungguh aku buat kesekian kalinya menyusahkan dia dengan tangisan dan masalah tiada henti,
kerana dia ibu yang tidak pernah mengecilkan aku,
sungguh aku sering kalah dan gagal dalam perjuangan mengejar bahagia,
namun dia ibu..
ibu inilah...
yang perlahan-lahan membawa aku keluar dari daerah duka,
kepada daerah penuh suka bercahaya,
yang tertib menunjukkan aku jalan luas cerah di hadapan,
saat aku kelam buta tiada pelita,
dan kerana dia ibu inilah,
aku berjanji untuk terus hidup menjadi yang bererti dan berbakti
agar aku, mampu memimpin tangannya ke syurga hijau,
agar dia dapat tenang selamanya,berehat tiada lelah
dan mampu terus ketawa,
bukan sekadar senyum menghiasi hari tiada menentu.
.......................
andai aku punya khilaf,
maafkan aku, ini dosaku..
ini bukan salah ibu,
dia ibu yang terbaik,
dia mendidikku penuh sabar,
memberi aku pedoman hidup,
suapan agama, akhlak nan mulia,
menjadi yang santun, berbudi, berperibadi,
menjadi yang memaafkan, tiada benci, tiada iri
dia mengajarku doa alquran tiada henti..
kerana katanya, "doa itu senjata mukmin kakak.."
dia menyuruhku tega bersabar, kerana katanya,
"hamba pilihan yang ALLAH sayang seperti kakak akan terus di uji...maka sabar, teguhkan hati.."
dan kerana aku teramat sayangkan ibu,
aku kan terus memegang nasihat ibu,
menjadi anak yang sabar dan tidak jemu meminta,
anak solehah penyejuk mata hati ibu....
No comments:
Post a Comment