Tuesday, February 9, 2010
Jika suatu saat, aku harus memilih...
Jika suatu saat banyak "kelompok-kelompok" yang terpecah
– manakah kiranya yang akan aku pilih?
Tentu aku akan tetap bersama "jama’ah".
Bukan kerana fanatik buta,
Bukan kerana ikut ikutan,
Bukan kerana persepsi.
Tetapi kerana manhaj jama’ah ini lurus, pendiriannya tulus, tujuannya ikhlas.
Jikalau kemudiannya terjadi penyimpangan di sana-sini, pastilah itu angkara khilaf pelaku-pelakunya.
Sungguh, kerana....
jama’ah ini bukan jama’ah malaikat.
tapi ini jamaah manusia...
JAMAAH MANUSIA yang sedang membina dan membaiki.
ahh,
fikirkan saja...
Jika mereka yang berada di sekeliling RASULALLAH saw dulu juga pernah melakukan khilaf di medan uhud, di medan jamal, nah..kita di akhir zaman ini bagaimana?
Jika ada yang mengatakan "orang-orang lama" yang banyak jasanya itu telah berbuat salah,
maka kita pula, "yang muda-muda" ini, sudah tentu banyak salahnya..
kerana kita dulu, sekadar menonton tatkala mereka bekerja.
adakah kita tahu apa-apa?
Bagi diriku, memPERBAIKI dari dalam adalah jauh lebih baik daripada meLARIkan diri mencari keselamatan peribadi…
BERSATU itu lebih BAIK dari BERPECAH BELAH.
wallahualam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
6 comments:
salam
post ini sebenarnya sungguh mentusuk kalbu. huhu~
salam ziarah
waaalikumsalam wbkh...
alhamdulillah :)
salam perkenalan..
salam...
mane lagi penting, bincang isu perpecahan atau bincang cara nak dekatkan orang yg belum ditarbiyah kepada jema'ah?
waalaikumsalam wbkh...
saudara,
di dalam blog, adalah kebebasan saya untuk menulis apa yang saya perhatikan,saya lihat, saya dengar...
saya tidak membincangkan isu ini, sekadar penadangan peribadi..dan tidaklah menghukum serta menuduh siapa2...kerana kita sendiri melihat kan perpecahan umat islam...adakah salah apa yang saya tulis..dan pandangan saya? walahualam. yang baik segalanya dari ALLAH, yang buruk itu tentu kelemahan saya senagai hamba daif lagi hina...
ikhlaskan niat menulis kerana ALLAH..
ALLAH ALIM..kerana ALLAH itu tahu.
dan bagi saya, tentulah yang lebih penting adalah membincangakn isu bagaimana mendekatkan semua makhluk kepada ALLAH...
mendekatkan semua makhluk kepada ALLAH, itu luas...saudara...
salah satunya melalui tarbiyyah..
dan saudara, tujuan perjuangan saya bukanlah membawa mendekatkan ORANG kepada JEMAAH..bukan.
tapi mendekatkan orang yang belum tarbiyyah kepada tarbiyyah , kepada ALLAH...
wallahualam.
harap saudara berpuas hati.
salam ke atas kamu.
sungguh saya sangat berpuashati dengan balasan komen kedua atas dasar balasan itu menepati tujuan dan niat soalan yang ditujukan.
harap tidak tersinggung, saya hanya bertanya. lebih penting untuk pengetahuan saudari, saya tidaklah terlibat dengan mana-mana jemaah, cuma sudah saya menjadi seorang pemerhati semua ini hampir keseluruhan hidup saya. hanyalah saya mengutarakan soalan dan maafkan saya bila soalan tidak berpautan dengan penulisan saudari di atas.
tiadalah saya akan hak atau kuasa untuk mempersoali malah menegahi saudari menulis apa yang saudari mahukan.
Post a Comment