Monday, February 15, 2010

SATU VS DUA



Dalam surah al-Insyirah, Allah berfirman,


فَإِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا
Karena sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.” (Al-insyirah: 5)
Ayat ini pun diulang setelah itu,


إِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا
Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.” (Al-Insyirah: 6). 


Qotadah mengatakan, “Diceritakan pada kami bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam pernah memberi kabar gembira pada para sahabatnya dengan ayat di atas, lalu beliau mengatakan,
لَنْ يَغْلِبَ عُسْرٌ يُسْرَيْنِ
Satu kesulitan tidak mungkin mengalahkan dua kemudahan.


(Dikeluarkan oleh Ibnu Jarir Ath Thobari dalam kitab tafsirnya. Lihat Tafsir Ath Thobari, 24/496, Dar Hijr.)





Cinta Sempurna?

   



Isteri yang bakal kamu nikahi tidaklah semulia Khadijah
tidaklah setaqwa Aisyah
tidaklah setabah Fatimah,
tetapi bakal isterimu itu hanyalah wanita akhir zaman
yang mempunyai cita-cita, menjadi solehah..

dan kamu...
berlapang dadalah untuk memiliki isteri yang tidak sehebat siapapun
kerana kamu juga harus sedar bahawa,
kamu bukanlah Rasulullah.
pun bukan Ali bin Abi Talib.
tapi...
Kamu hanyalah suami akhir zaman yang berusaha  untuk menjadi soleh..




***************

Pada suatu hari, Khalid bin Safwan melihat satu perhimpunan di dalam sebuah masjid di Basrah. Lalu beliau bertanya akan tujuan perhimpunan itu diadakan kepada seorang lelaki yang hadir di situ:


‘Apakah tujuan perhimpunan ini wahai saudara?’


‘Seorang wanita sedang menerangkan tentang ciri wanita yang layak dikahwini’ jawab lelaki tadi apabila ditanya oleh Khalid bin Safwan. Lalu Khalid terus menyatakan hajatnya kepada wanita tadi. katanya:


‘Aku inginkan perawan berpengalaman seperti seorang isteri. Bila dikahwini sesuci perawan. Manis apabila didekati. Mulia bila berjauhan, dia mampu hidup dalam kemewahan tetapi bila dilanda kemiskinan dia masih punya keperibadian seperti orang kaya dan dan kerendahan hati si miskin. Apabila kami kaya, kami hidup seperti warga dunia. Pabila miskin, KEHIDUPAN kami seperti warga akhirat’ begitulah permintaan Khalid yang diajukan kepada wanita tersebut.


Tiba-tiba, seorang wanita bangun lalu menjawab permintaan Khalid bin Safwan: ‘Aku kenal akan wanita yang kamu maksudkan itu’


‘Di mana dia wahai saudari?’ tanya Khalid lagi. ‘Dia ada di syurga ALLAH. Jadi, bekerjalah untuk ke syurga dan temui dia di sana’ terkejut dengan jawapan itu, Khalid bin Safwan didatangi dengan sebuah keinsafan. Dia berlalu.


                                                                   *****************



KERANA...KESEMPURNAAN ITU HANYA MILIK PENGHUNI SYURGA. 


Kerana aku kuat..


“Jika menginginkan sesuatu yang suci, maka harus di tempuh dengan jalan yang suci juga"
ketika dunia memberi seribu alasan untuk diriku menangis,
tunjukkanlah bahwa aku punya seribu satu alasan untuk tersenyum..

ketika dunia memberi seribu alasan untuk aku mengeluh,
tunjukkanlah bahwa aku punya seribu satu alasan untuk bersyukur..

ketika dunia memberi seribu alasan untuk aku menyerah,
tunjukkanlah aku percaya pada Allah yang membangkitkan semangat..

dunia ini terlalu hina untuk membuat aku menangis,
terlalu murah untuk membuat aku bersedih,
terlalu lemah untuk membuat hamba Allah putus asa.

Memang Allah tidak menjanjikan bahwa langit itu selalu biru,
bunga selalu mekar, dan mentari selalu bersinar..
tapi ketahuilah bahwa Dia selalu memberi pelangi di setiap badai,
Senyum di setiap air mata, barakah di setiap cubaan, dan jawaban di setiap doa.

Sunday, February 14, 2010

Esok final exam



BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM...

alhamdulillah, puji dan syukur pada ALLAH..kerana masih lagi ALLAH memberi kekuatan dan ketenangan buat tqa untuk menghadapi final exam summer semester ni. Course yang tqa ambil ni agak tough sebab summer course (COMPSCI 111) memang betul2 compress. subjek yang harus diambil untuk satu semster, hanya belajar dalam masa satu bulan. bayangkanlah...jadi untuk subjek ni, sangat banyak kelas dan lab...1-5pm kelas...masyaALLAH.

walaubagaimanapun,
alhamdulillah, semuanya berakhir dengan baik...dan esok final exam!

Sepanjang sebulan ni, sungguh BANYAK UJIAN yang MENGUJI IMAN dan SABAR. sungguh2 banyak..alhamdulillah, sudah berakhir waktu-waktu suram tu...dan semuanya sudah sampai pada penamatnya..insyaallah.

namun, hingga saat ini...ALLAH masih lagi menguji tqa, kerana adik2 juniors, ALLAH takdirkan juga datang ke auckland dalam minggu ni..masya ALLAH. Ada lebih kurang +70 juniors baru ke auckland..masyaallah.. MAKIN BANYAK STUDENTS MALAYSIA di NEW ZEALAND ni nampaknya. Makin banyak orang, makin besar tanggungjawab tqa di sini...astaghfirullah..moga dimudahkan ALLAH.

Dalam kekalutan menolong dan membantu adik2 di uni accoomodation mereka, bawa mereka keluar beli barang dan lain-lain...alhamdulillah..ALLAH masih memberi kekuatan pada tqa...untuk meneruskan perjuangan dan terus yakin pada pertolongan ALLAH. kerana apa kuat? kuat kerana makin dekat dengan ALLAH kan? makin lama bacaan quran, makin panjang doa...SUMBER KEKUATAN yang lebih BERKESAN dari makan, tidur dan berehat.. kan?

Tqa  sering menasihati diri sendiri, kerana tqa xmahu kedatangan mereka menjadikan urusan akhirat tqa terbantut...kedatangan mereka menjadi alasan untuk tqa tak melakukan kebaikan dan PAHALA..apatah lagi dengan study pada last minutes ni..segalanya tawakkal pada ALLAH..dan tqa yakin ALLAH akan bantu tqa dan sahabat2 seperjuangan tqa esok di medan peperiksaan. insyaallah.


“Sungguh, seandainya kalian bertawakkal kepada Allah dengan sebenar-benarnya, niscaya kalian akan diberi rizki sebagaimana burung-burung. Mereka berangkat pagi-pagi dalam keadaan lapar, dan pulang sore hari dalam keadaan kenyang.” (HR. Ahmad, At-Tirmidzi, Ibnu Majah, Al-Hakim)


tqa kagum...kagum amat dengan teman-teman akhwat yang sabar dan banyak bekorban. kagum..tentu besar mujahadah mereka, dan tentu sekali tinggi martabat mereka di sisi ALLAH. mereka sanggup mengorbankan masa peribadi, masa rehat dan masa study untuk urusan agama ALLAH, untuk membantu juniors. memasak, menunjuk jalan dan sebagainya...ALLAHUAKBAR..

bidadari2 syurga di sana sini...itulah mereka..team summer sisters!
tqa sayang mereka lillahi taala. teman dunia, teman akhirat.
AUCKLAND BUMI TARBIYYAH YANG BEST!!!!



Dan barangsiapa bertaqwa kepada Allah, niscaya Dia akan jadikan baginya jalan keluar dan memberi rizqi dari arah yang tiada ia sangka-sangka, dan barangsiapa bertawakkal kepada Allah, maka Dia itu cukup baginya.” (Ath Tholaq: 2-3)

Wednesday, February 10, 2010

GANBATTE NE!



"BANYAK KEGAGALAN DALAM HIDUP INI ADALAH KERANA RAMAI ORANG TIDAK SEDAR BETAPA DEKATNYA MEREKA DENGAN KEJAYAAN SAAT MEREKA MENYERAH".
**********

TIADA ISTILAH PUTUS ASA DALAM KAMUS HIDUP SEORANG MUSLIM.


DAN JUGA HAKIKAT HIDUP INI,
TIADA ISTILAH BERSEDIH DAN MENGELUH..
kerana...
SEORANG MUSLIM ITU TATKALA DIA MENDAPAT KEBAIKAN DIA BERSYUKUR,
DAN TATKALA DIA DITIMPA KECELAKAAN DAN DIUJI, DIA BERSABAR DAN REDHA.

******

ayuh,
bekerja dan berusahalah..
kerana hidup ini hanya SEKALI.

semut pun rajin,
                                                     semut kurus sebab dia rajin berjalan..
semut suka berjalan sebab dia suka  jumpa kawan..

burung pun rajin cari rezeki...
"early birds get the worms..isnt it?"
burung tak malas..
patah sayap sekalipun tetap cari jalan pulang ke sarang..

GANBATTE NE manusia!


Tuesday, February 9, 2010

anak kecil

 
Ahhh, senyum sendiri lagi,
dan membayangkan aksi manis RASULALLAH SAW..

subhanaALLAH..

penyayang dan penuh cinta lelaki mulia itu.
lembut dengan anak-anak kecil..

dan aku?
penyayang dan lembutkah hati?
terhadap yang tua mahupun muda?

refleksi diri.

ps: (saya mahu anak kecil! uwais dan unais~~OH..)

ya ALLAH.




Hati biarlah sebening air..

Diriku,
jika kamu  lupa.
aku ingin mengingatkan kamu semula pada satu fakta nyata yang kukuh dan jelas..
...iaitu....
~~ Allah itu tahu~~

Allah mengetahui segalanya.

Allah mengetahui kata hati kita. Yang kita nyatakan, maupun yang kita simpan rapat-rapat.


Allah mengetahui yang kelmarin, sekarang dan akan datang.


Dan paling penting, Allah mengetahui tentang kita lebih dari pengetahuan kita akan diri kita sendiri.


Diriku,
Maka manakah yang akan kamu pilih jika suatu saat kamu berada di persimpangan...
antara dua jalan..

Kata hati, ataukah petunjuk dari yang berpengalaman?!

Manakah yang akan kamu pilih bila kamu sedang berada dalam kesamaran?
mencari pencerahan, atau berdiam diri?
Manakah yang kamu akan pilih tatkala kamu berada dalam lubang maksiat?
berusaha untuk keluar atau terus hanyut lemas dalam lubang itu?

Manakah yang akan kamu akan utamakan, pabila kamu dituntut haknya oleh dunia atau akhirat?

senang cerita...
Study vs Dakwah.

yang manakah??

Kalau aku masih sulit untuk memilih, mungkin itu kerana aku belum YAKIN akan JANJI-JANJI ALLAH. Bahwa Allah tahu apa yang lebih baik buat aku.

” … Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. “


(Al Baqarah :216)


Ya Allah, tunjukilah aku bahwa yang benar itu benar, dan kuatkanlah aku untuk melaksanakannya.


Tunjukkanlah pula kepada aku, bahwa yang buruk itu buruk. Dan hindarkanlah aku darinya.


Kami berlindung hanya pada-Mu

Jika suatu saat, aku harus memilih...


Jika suatu saat banyak "kelompok-kelompok" yang terpecah
– manakah kiranya yang akan aku pilih?

Tentu aku akan tetap bersama "jama’ah".

Bukan kerana fanatik buta,
Bukan kerana ikut ikutan,
Bukan kerana persepsi.

Tetapi kerana manhaj jama’ah ini lurus, pendiriannya tulus, tujuannya ikhlas.
Jikalau kemudiannya terjadi penyimpangan di sana-sini, pastilah itu angkara khilaf pelaku-pelakunya.

Sungguh, kerana....
jama’ah ini bukan jama’ah malaikat.
tapi ini jamaah manusia...
JAMAAH MANUSIA yang sedang membina dan membaiki.

ahh,
fikirkan saja...
Jika mereka yang berada di sekeliling RASULALLAH saw dulu juga pernah melakukan khilaf di medan uhud, di medan jamal, nah..kita di akhir zaman ini bagaimana?

Jika ada yang mengatakan "orang-orang lama" yang banyak jasanya itu telah berbuat salah,
maka kita pula, "yang muda-muda" ini, sudah tentu banyak salahnya..
kerana kita dulu, sekadar menonton tatkala mereka bekerja.
adakah kita tahu apa-apa?

Bagi diriku, memPERBAIKI dari dalam adalah jauh lebih baik daripada meLARIkan diri mencari keselamatan peribadi…

BERSATU itu lebih BAIK dari BERPECAH BELAH.

wallahualam.

Sunday, February 7, 2010

LIFE MUST GO ON, My dear


Sabar untuk mendapat redha Allah

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Semoga Allah menunjukki kita jalan kebenaran. Semoga kita sentiasa didalam limpahan Nur RahmatNya. Semoga Kita tidak mati melainkan didalam Iman dan Islam.

Setiap manusia pasti akan menghadapi liku-liku putaran hidup bagaikan roda. Adakalanya kita berada megah di atas dan adakalanya kita berduka di bawah. Kedua-duanya sebenarnya merupakan ujian bagi kita sebagai hamba Allah di muka bumi ini agar dapat dikenal-pasti siapakah di antara kita yang paling berkualiti amalnya menerusi cara kita menghadapi ujian-ujian tersebut. Firman Allah S.W.T.:


Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Dia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat) – al-Mulk (67) : 2


Ujian daripada Allah S.W.T ini meliputi seluruh hamba-Nya yang taat mahupun yang derhaka. Malah ujian bagi hamba-hamba-Nya taat adalah lebih hebat berbanding dengan mereka yang engkar. Rasulullah s.a.w pernah di tanya:


Ya Rasulullah, siapakah yang paling keras mendapatkan ujian?


Baginda menjawab: Para Nabi dan pengikut-pengikutnya. Seseorang itu akan diuji sesuai dengan kadar agama, jika kadar beragamanya kuat maka ujiannya semakin keras. Jika kadar beragamanya lemah maka dia diuji sesuai dengan kadar agamanya. Seorang hamba akan sentiasa diuji sampai dia akan dibiarkan berjalan di muka bumi tanpa membawa dosa kesalahan. – Hadis riwayat Imam al-Tirmidzi (no: 2322)


Justeru itu segala ujian daripada Allah S.W.T ini haruslah kita tempuhi dengan penuh kesabaran agar ianya dapat mendekatkan kita kepada-Nya dan menerima segala limpah rahmat-Nya. Firman Allah S.W.T.:


Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar: (Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: (Innalillahi wa inna ilahirajiun) "Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali." Mereka itu ialah orang-orang yang dilimpahi dengan berbagai-bagai kebaikan daripada Tuhan mereka serta rahmat-Nya; dan mereka itulah orang-orang yang dapat petunjuk hidayah-Nya. – al-Baqarah (2) : 157


Rata-rata umat Islam di Malaysia hanya akan menyebut Innalillahi wa inna ilahirajiun apabila menerima berita kematian. Tapi menerusi ayat ini dapatlah kita fahami bahawa sekiranya kita ditimpa apa jua bentuk musibah atau mendengar orang lain didatangi bencana maka hendaklah kita mengucapkan kalimah tersebut.


Apakah itu sabar? Sabar adalah teguh dan tetap berada di atas landasan yang dikehendaki oleh agama apabila berhadapan atau menentang sesuatu pengaruh yang ditimbulkan oleh hawa nafsu baik ketika ingin mengerjakan perbuatan untuk mencari ketaatan Allah, melakukan perkara-perkara maksiat dan ketika ditimpa musibah. Manusia sentiasa berada di dalam situasi di mana pengaruh agama sentiasa berperang dengan hawa nafsu. Demi untuk menjamin hawa nafsu dapat ditewaskan maka sifat sabar itu perlu ada bagi setiap orang yang beriman. Hendaklah kita fahami bahawa ujian Allah boleh berada dalam bentuk nikmat kebaikan dan juga musibah yang berbentuk kesusahan. Firman-Nya:


Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan; dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan. - al-Anbiya’ (21) : 35


Dari ayat di atas dapat kita nyatakan bahawa ujian yang perlu di hadapi oleh manusia ini terdiri dari dua bentuk.

PERTAMA: Perkara yang sesuai dengan hawa nafsu manusia seperti kekayaan, berjawatan tinggi, terkenal dan mengecapi semua nikmat dunia yang lain. Manusia ketika ingin mencapai nikmat dunia, mereka perlu untuk berusaha dengan bersungguh-sungguh serta bersabar. Apabila nikmat tersebut telah dikecapi maka ujian yang datang darinya juga begitu hebat maka kesabaran memainkan peranan yang penting demi menjamin bahawa nikmat dunia yang diperolehi itu dipergunakan sesuai dengan kehendak Allah dan Rasul-Nya. Sebagai contoh, kekayaan yang kita perolehi adakalanya menyebabkan manusia lupa daratan, menjadi angkuh dan menjauhkannya dari perintah Allah S.W.T.. Oleh itu hendaklah hawa nafsu itu diperangi menerusi sifat sabar agar kekayaan bukan sahaja akan menjadikannya insan yang beriman malah dibelanjakan hartanya itu sesuai dengan kehendak Allah dan Rasul-Nya. Allah S.W.T. mengingatkan kita melalui firman-Nya:

Wahai orang-orang yang beriman, Janganlah kamu dilalaikan oleh (urusan) harta benda kamu dan anak-pinak kamu daripada mengingati Allah (dengan menjalankan perintah-Nya). Dan (ingatlah), sesiapa yang melakukan demikian, maka mereka itulah orang-orang yang rugi. – al-Munaafiquun (63) : 11

KEDUA: Ujian dalam ketegori ini meliputi perkara-perkara yang tidak secocok dengan kehendak hawa nafsu manusia. Ianya boleh terjadi disebabkan perbuatan atau usaha manusia itu sendiri ataupun ianya datang di luar kawalan manusia seperti bencana yang tidak dapat dielakkan.

Ujian yang tidak selari dengan hawa nafsu kita tetapi terjadi disebabkan perbuatan manusia sendiri terbahagi kepada dua bentuk.


a) KETAATAN : Manusia memerlukan kesabaran tatkala hendak melaksanakan amalan-amalan yang berbentuk ketaatan. Ini adalah kerana ujian yang dihadapi oleh seseorang apabila hendak melaksanakan ibadah sekiranya tidak dihadapi dengan penuh kesabaran akan menyebabkan gagalnya perlaksanaan amalan tersebut. Sebagai contoh yang mudah apabila kita hendak melaksanakan solat tahajud atau subuh yang mana kita perlu menghadapi ujian malas untuk bangun awal dari tempat tidur kita. Sekiranya kita tidak sabar untuk menghadapi ujian tersebut maka akhirnya kita akan memilih tilam serta bantal yang empuk dari beribadah di atas sejadah. Firman Allah S.W.T.:


"Tuhan yang mencipta dan mentadbirkan langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya; oleh itu, sembahlah engkau akan Dia dan bersabarlah dengan tekun tetap dalam beribadat kepada-Nya; adakah engkau mengetahui sesiapapun yang senama dan sebanding dengan-Nya?" – Maryam (19) : 65


Segala amalan yang boleh membawa kita ke syurga dilingkari oleh perkara-perkara yang tidak disenangi oleh hawa nafsu yang perlu kita hadapi agar perlaksanaannya menjadi realiti. Rasulullah s.a.w. bersabda:


Syurga itu dikelilingi dengan hal-hal yang tidak disukai (oleh hawa nafsu), sedangkan neraka dikelilingi oleh syahwat. Hadis riwayat Imam Muslim (no: 2823)

b) KEMAKSIATAN: Manusia juga memerlukan kesabaran yang tegar untuk menghindarkan diri dari melakukan perbuatan-perbuatan maksiat baik dari segi perbuatan, perkataan dan keinginan hatinya. Maksiat itu walaupun mempunyai daya tarikan yang kuat namun ianya sebenarnya tidak sesuai dengan kehendak hawa nafsu manusia kerana pada hakikatnya ia akan membawa keburukan kepada manusia. Kita ambil contoh melakukan seks bebas. Perbuatan tersebut sememangnya dapat memuaskan nafsu syahwat manusia, namun ia sebenarnya memusnahkan sistem kekeluargaan manusia, menyebarkan penyakit berjangkit serta membawa gejala sosial yang menghancurkan generasi masa hadapan. Lantaran itu Allah S.W.T. melarang perbuatan maksiat. Firman-Nya:

Sesungguhnya Allah menyuruh berlaku adil, dan berbuat kebaikan, serta memberi bantuan kepada kaum kerabat; dan melarang daripada melakukan perbuatan-perbuatan yang keji dan mungkar serta kezaliman. Dia mengajar kamu (dengan suruhan dan larangan-Nya ini), supaya kamu mengambil peringatan mematuhi-Nya. - al-Nahl (16) : 90


Ujian yang datang tanpa dapat dikawal oleh manusia dalam bentuk bencana mahupun musibah yang dihadapi juga terdapat dua bentuk.

a) Musibah yang melanda namun manusia mampu menghindarinya seperti penganiayaan sesama manusia, dipulaukan oleh masyarakat, dihina oleh orang ramai melalui perbuatan dan ucapan. Sebagai contohnya ujian yang dihadapi oleh para pendakwah yang dicemuh oleh masyarakat sekelilingnya yang jahil dan musuh-musuh Allah. Dia sebenarnya boleh meneruskan dakwahnya dengan cara yang penuh hikmah dan bersabar atas ujian tersebut tanpa melakukan apa-apa balasan yang akan memburukkan lagi keadaan. Firman Allah S.W.T.:


Dan bersabarlah terhadap apa yang dikatakan oleh mereka (yang menentangmu), dan jauhkanlah dirimu dari mereka dengan cara yang baik. – al-Muzzammil (73) : 10


Walaupun begitu Allah S.W.T membenarkan kita untuk membalas kejahatan yang dilakukan oleh pihak lain tanpa melakukannya secara berlebih-lebihan namun bersabar itu adalah jalan yang lebih baik.


Dan jika kamu membalas kejahatan (pihak lawan), maka hendaklah kamu membalas dengan kejahatan yang sama seperti yang telah ditimpakan kepada kamu, dan jika kamu bersabar, (maka) sesungguhnya yang demikian itu adalah lebih baik bagi orang-orang yang sabar. – al-Nahl (16) : 126


b) Musibah yang melanda manusia dan dia tidak mampu untuk menghalangnya sama sekali. Contohnya seperti kematian, kemarau berpanjangan, kecacatan, wabak penyakit, banjir besar dan bencana-bencana alam yang lain. Apabila terjadinya musibah sedemikian rupa maka hendaklah kita menghadapinya dengan keredhaan dan penuh kesabaran. Firman Allah S.W.T.:


Demi sesungguhnya, Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar. – al-Baqarah (2) : 155


Haruslah kita ingati bahawa musibah yang menimpa manusia itu ada hikmah yang tersembunyi. Sebagai contohnya bagi mereka yang berada dalam daerah yang dilanda wabak taun dan menghadapinya redha dan penuh kesabaran maka Allah S.W.T. akan memberinya ganjaran seperti seorang yang mati syahid.


‘Aisyah r.a bertanya kepada Rasulullah s.a.w. tentang hal wabak taun, maka diberitahu oleh Rasulullah s.a.w. bahawa wabak taun ialah satu bentuk siksa Allah yang dikirimkan kepada sesiapa sahaja yang dikehendaki-Nya, tetapi Allah menjadikannya sebagai rahmat bagi para hamba-Nya yang beriman. Maka seorang mukmin yang berada di daerah yang dijangkiti wabak itu jika sabar dan ikhlas kerana dia mengerti tidak akan terkena wabak itu kecuali kalau memang sudah ditakdirkan Allah baginya, maka Allah akan mencatat baginya sebagai ganjaran seperti pahala seorang yang mati syahid. – Hadis riwayat Imam al-Bukhari (no: 3474)


Justeru itu dapatlah kita fahami bahawa semua umat manusia terdedah kepada pelbagai bentuk ujian daripada Allah S.W.T dan kenyataan ini memerlukan setiap orang menyemai sifat kesabaran yang hakiki dalam setiap gerak-geri hidupnya. Menyedari akan pentingnya sifat kesabaran ini maka Allah S.W.T. memberikan keutamaan yang besar bagi mereka yang sabar. Di antara keutaman-keutamaan tersebut adalah seperti berikut:


a) Sifat sabar menunjukkan seseorang itu memiliki keimanan yang tinggi kepada Allah S.W.T.. Sabda Rasulullah s.a.w.:


Sangat mengagumkan keadaan seorang mukmin sebab segala keadaan untuknya (dianggap) baik dan tidak mungkin terjadi demikian kecuali bagi seorang mukmin. Jika mendapat nikmat dia bersyukur maka syukur itu lebih baik baginya. Dan bila menderita kesusahan dia sabar maka kesabaran itu lebih baik baginya. - Hadis riwayat Imam Muslim (no: 2999)


b) Mereka yang sabar akan menerima ganjaran pahala yang tidak terbatas dan memudahkannya untuk menjadi ahli syurga. Firman Allah S.W.T:


Sesungguhnya orang-orang yang bersabarlah sahaja yang akan disempurnakan pahala mereka dengan tidak terkira. – al-Zumar (39) : 10


Rasulullah s.a.w. bersabda:


Allah 'Azza wa Jalla telah berfirman: “Apabila saya menguji seorang hamba-Ku dengan buta kedua matanya, kemudian dia sabar, maka Aku akan menggantikannya dengan Syurga. – Hadis riwayat Imam al-Bukhari (no: 5653)


c) Mereka yang sabar sentiasa dekat dengan Allah S.W.T. dan mudah untuk menerima bantuan-Nya bagi menghadapi kehidupan yang mendatang. Firman-Nya


Sesungguhnya Allah menyertai(membantu) orang-orang yang sabar. – al-Baqarah (2) : 153


d) Kesabaran termasuk dalam kategori amalan yang sangat baik dan dituntut untuk dikerjakan. Firman Allah S.W.T.:


Dalam pada itu (ingatlah), orang yang bersabar dan memaafkan (kesalahan orang terhadapnya), sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang dikehendaki diambil berat (melakukannya). – al-Syuura (42) : 43


e) Kesabaran menunjukkan seseorang untuk memiliki kekuatan yang hakiki. Sabda Rasulullah s.a.w.


"Bukan ukuran kekuatan seseorang itu dengan bergusti tetapi orang yang kuat itu adalah orang yang mampu mengawal hawa nafsu ketika marah." - Hadis riwayat Imam al-Bukhari (no: 6114)


Demikanlah beberapa keutamaan sifat sabar yang sempat  perturunkan. Semoga menjadi insan yang penyabar terutamanya ketika menghadapi pelbagai ujian daripada Allah S.W.T.. Apatah lagi hidup pada zaman yang serba moden ini kita semakin terdedah dengan ujian-ujian yang semakin getir yang memerlukan kita untuk memaksimumkan penyemaian sifat
kesabaran dalam jiwa kita. 
di ambil dari: luahan hati seorang ummi 
 

bersabarlah..


Rasulullah s.a.w pernah di tanya:

Ya Rasulullah, siapakah yang paling keras mendapatkan ujian?

Baginda menjawab: Para Nabi dan pengikut-pengikutny a. Seseorang itu akan diuji sesuai dengan kadar agama, jika kadar beragamanya kuat maka ujiannya semakin keras. Jika kadar beragamanya lemah maka dia diuji sesuai dengan kadar agamanya. Seorang hamba akan sentiasa diuji sampai dia akan dibiarkan berjalan di muka bumi tanpa membawa dosa kesalahan. – Hadis riwayat Imam al-Tirmidzi (no: 2322)


Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar: (Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: (Innalillahi wa inna ilahirajiun) "Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali." Mereka itu ialah orang-orang yang dilimpahi dengan berbagai-bagai kebaikan daripada Tuhan mereka serta rahmat-Nya; dan mereka itulah orang-orang yang dapat petunjuk hidayah-Nya. – al-Baqarah (2) : 157

antara mengeluh dan sabar..pilihlah SABAR..

moga terus tabah hati. ..

innalillahi wainna ilaihi raaji'uun