Thursday, December 6, 2012

PESANAN DI MUSIM WALIMAH



Hubungan suami isteri, rumahtangga dalam islam adalah suatu yang sangat bersifat 

peribadi dan personal. 



Sabda Nabi SAW: 

"Sesungguhnya sejahat-jahat manusia di sisi Allah di hari kiamat kelak ialah seorang lelaki

yang melepaskan hajatnya kepada isterinya dan isterinya melepaskan hajat padanya

kemudian ia menceritakan rahsia itu."




Dalam huraian kepada hadis di atas, juga merujuk kepada kisah yang diceritakan dalam

bahagian awal surah at-tahrim yang diturunkan sebagai peringatan kepada isteri-isteri nabi,

antara mesej yang ingin disampaikan adalah bukan setakat aib yang patut disembunyikan

dari umum, tetapi kemesraan melampau di khalayak juga tidak wajar ditunjukkan.




Ia lebih-lebih lagi relevan bila di zaman maya dengan facebook dan pelbagai perkongsian

secara online. Sesi foto perkahwinan adalah contoh paling mudah bila ia semakin diringan-

ringankan atas alasan sekali sahaja seumur hidup.



Bukan sekadar orang bujang boleh jeles dan tergugat iman, yang dah lama berkahwin juga

boleh terkena penyakit hati bila melihat ini...


wallahualam.




*dicopy paste dari FB rakan untuk renungan dan teladan bersama*

SELAMAT BERAMAL =)


No comments: