Thursday, December 15, 2011

Oh Hati, maafkanlah~


Bila mana kita enggan memaafkan, ada semacam rasa satu sakit hati yang sedang melingkar dalam jasad. Walhal perkara yang menyakitkan hati dan jiwa kamu itu sudah lama berlalu, ianya tetap menjadi duri-duri yang tumbuh dalam jiwa kamu. Atmosfera jadi sempit. Nafas jadi kaku. Kebencian itu penanda kamu. Kamu terperangkap dalam satu lingkungan peristiwa yang menghenyak kamu. Kamu kepenatan sendiri untuk melayari kehidupan hanya kerana sebab satu dendam yang kamu sendiri ciptakan walhal kemaafan itu jalan terbaik. Motivasi semaksima mungkin, engkau tahu sendiri. 


 Setiap manusia itu tidak lari dari melakukan kesilapan dan kesalahan. 
Sukarnya seseorang untuk memaafkan saudaranya lantas terus menghina saudaranya itu atas kesilapan dan kesalahan yang dilakukan. Apakah penghinaan atau kemaafan yang terbaik buat seseorang yang melakukan kesilapan??


Rasulullah SAW bersabda:
“Sesiapa yang menghina seseorang kerana dosa yang pernah dilakukannya, maka ia tidak akan mati sebelum melakukan dosa tersebut.”
(HR. Tirmizi)

Mulailah kemaafan itu dari diri kita sendiri dengan memaafkan kesalahan yang pernah dilakukan oleh saudara kita.

Firman Allah SWT:
“Dan hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada. Apakah kamu tidak ingin bahwa Allah mengampunimu?”
(Surah an-Nur : 21)

“Maafkanlah semua orang sebelum anda tidur setiap malam bagi mencuci hati dan mencerdaskan minda”
~ Pesanan dari Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah~

oh, hati.....

1 comment:

Aiman Azlan said...

"...dan (sebaliknya) hendaklah mereka memaafkan serta melupakan kesalahan orang-orang itu; tidakkah kamu suka supaya Allah mengampunkan dosa kamu?..."

Ini Surah an-Nur, ayat 22. Bukan 21.

Ana check ayat 21 tapi tak jumpa so rasa pelik. Rupa-rupanya ayat selepasnya. Jazakallah kerana menyedarkan ana akan ayat ini.