2 hours ago
Wan Nurul Atiqah- Bismillahirrahmanirrahim...
“Sesungguhnya kami milik Allah dan kepada-Nya kami akan kembali. Ya Allah, berilah pahala kepadaku dan gantilah aku dengan yang lebih baik (dari musibah ini).”
assalamualaikum wbkh..
untuk makluman, tqa dan keluarga accident di omarama pada 7 May, on the way to mount cook.
alhamdulillah, atiqah sekarang ada di rumah akhwat/sisters di dunedin. tqa luka di tangan dan ade bengkak di kepala. Mak pula sakit di bahagian dada, bengkak kaki dan patah jari. mak teh pula patah di 4 bahagian badan, dan yang paling teruk ialah asyraf (adik), die masih xstabil di hospital, sbb semasa kejadian die tercampak keluar sangat jauh dari kereta...menurut doktor semalam, adik mungkin lama di hospital, dan kena tinggal di dunedin about 4 to 6 weeks. wallahualam. semasa kejadian, kereta dalam kelajuan 70 hingga 80, tapi sebab jalan hilly, dan pada masa tu, tengah turun bukit, jadi kelajuan meningkat dan tqa cuba kawal break. Dengan izin ALLAH, kereta tergelincir ke sebelah kiri jalan ( disebabkan icy road) dan tqa cuba kawal stereng ke jalan semula... tp kereta meluncur terjun ke dalam anak sungai dan ALLAH menyelamatkan kami semua apabila kereta naik semula pada kedudukan asal dan berhenti di situ. atiqah cari asyraf bila dia tak ade di tempat duduk, dan terus keluar dari kereta..rupanya, dia ade tercampak jauh ke tebing sungai semasa kereta terbenam dalam sungai. pada masa tu, hanya ALLAH saja tahu.. tqa cuba cari hp hilang, dan hp semua orang xade. sangat berharap pertolongan ALLLAH, tqa cuba tahan orang, tapi 2 kereta xberhenti...dan kereta terakhir je berhenti. Sungguh, kasih sayang ALLAH sangat besar.. pakcik kiwi yang membantu adalah seorang doktor.. dia merawat kami semuia, memanggil helicopter dan menguruskan semua dengan polis. saya, mak dan asyraf dikejarkan ke dunedin hospital dengan heli selama 45 minit, manakala makteh terpisah dengan kami. die naik ambulans ke oomaru hospital... makteh retak/ patah di 4 bahagian badan, tapi sebab ade miscom, makteh bgtau doktor die mohon ditransfer ke dunedin hosp, tp doktor kiwi faham die nak balik dunedin dan minta discharge untuk rehat di rumah. alhamdulillah, mungkin ini susunan terbaik ALLAH, kami semua selamat di dunedin...flight Jetstar terpaksa cancel, dan tqa mungkin akan stay di new zealand about a month or two due to asyraf's condition. mak dan makteh akan balik dalam masa 2-3 minggu lagi...insyaalllah ini nohp tqa di sini: +64211361397.
sekian dulu,... mohon didoakn moga ALLAH meneguhkan iman dan sabar. insyaalllah......................Walau Masanya mungkin tertangguh,
Walau Jalannya mungkin sedikit jauh,
Pertolongan Allah itu tetap kan hadir jua,
Kerana Janji Allah itu PASTI.
"Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat DEKAT"
(Al-Baqarah : 214)
Kali ni aku akui,aku cukup lemah,
seperti hilang segala kudrat ku hingga tiada daya untuk bangun kembali,
tetapi iman di hati tidak jemu mengingati,
bahawa ALLAH sentiasa ada di sisi,
Andai mengharap hidup sempurna tiada cacat cela,
maka tiada kan jumpa melainkan di SYURGA
dengan lemah dan lemas dalam ujian itu,
aku belajar untuk berenang ke tepian,
hingga baru ku sedar,
indahnya pantai beratapkan langit
Ya ALLAH aturan Mu cukup indah,datang pada MASANYA
~dari lemah itu aku belajar kekuatan~
Allahu'alam.