Monday, December 21, 2009

JEPUN: episod 6

 CATATAN KEMBARA HARI-HARI TERAKHIR
LOKASI: YAMAGUCHI & FUKOUKA


Sesungguhnya, aku telah faham bahawa da'wah ini da'wah Allah dan da'wah kepada Allah...
Maka seandainya hati aku sendiri kosong tanpa Allah, apa mungkin aku memimpin mereka ke arahNya?

Sesungguhnya, aku telah faham bahawa da'wah ini da'wah Allah dan da'wah kepada Allah.
Maka sekiranya aku masih lagi gagal mencintai Allah wa Rasul melebihi segala cinta yang lainnya, adakah aku masih bertanggapan bahawa mereka yang aku da'wahi akan mencintai Tuhan dan Rasulnya itu?

Sesungguhnya, aku telah faham bahawa da'wah ini tentang kerja dan bekerja. Ya, jika tidak, apa pantas untuk As-Syahid berkata;
                                                     "Nahnu Qaumun 'Amaliyyun"
 
"Kita adalah kaum yang berorientasikan amal"
Maka adakah cukup untuk aku sekadar berkata-kata tanpa amal yang jelas dan ikhlas?


"Aslih nafsak wad'u ghairak"
"Perbaiki diri sendiri, dan serulah orang lain"
 "Tegakkan Islam dalam dirimu, nescaya ia akan tertegak di tanah airmu"

.............


(gambar: pemandangan sawah padi di belakang rumah fiza yamaguchi)

(gambar: pelabuhan MOJIKO -on the way to pulau khusyu)

(gambar: xingat nama tempat ni dalam nihon..hehe..)

( gambar: FUJI san- mount FUJI)

..........

credited: sisters YAMAGUCHI ( fizah-chan, rohana-chan, dan diana-chan)

To Fizah: tqa rindu kekuatan dan semangat kamu.
To Rohana: love you dear. rasa masa yang kite spend bersama sangat singkat..apa jua, jazakillah khair sebab rohan ajar akak bahasa nihon..juga mempromosikan nama nihon akak " RABU-RABU KAWAI CHAN"..(blushing2)..
To Diyana :  moga terus tabah dan istiqamah...kuatkan hati..huuu...i wanna hug you dear..rindu rumah dan kucing kamu yang "kawai"..huu


also lots of love and thanks to A'thiqah Fukouka........
our sweet memory will remains forever insyaallah...

tkah, khas untuk kamu yang disayangi:

 moga terus kuat dan tabah.......di negara sana...!!



Sunday, December 20, 2009

sang pemimpi~


"Bebas, bebaskan dirimu..."

"Jelajahi Indonesiamu yang luas, Jengkali Afrika yang eksotis...Jelajahi Eropah yang megah..."

"Bermimpi..bermimpilah...maka TUHAN akan memeluk mimpi-mimpimu...."

(Adaptasi dari novel Sang Pemimpi)

..................

novel sang pemimpi ni, sahabat tqa, Karina yang perkenalkan sewaktu tqa ziarahi rumahnya..

"Kak, karin punya semua himpunan buku ANDREA lo kak..akak mau ngak bacain novel sang pemimpi..? bagus bangat novelnya kak..sambungan dari filem laskar pelangi yang akak sudah nonton itu.."

"wah.....mau2...
makacih ya rin..boleh juga akak baca.."

"sang pemimpi itu novel motivasi, tentang impian"

kami berdua tersenyum.

..........

Tqa dan karin, sebenarnya baru 2 minggu berkenalan, dan hubungan kami bertambah akrab sejak dia menjaga tqa sewaktu tqa sakit tempoh hari..mujur ada jiran baru yang baik..alhamdulillah :)

malam tu, seusai solat isya, tqa rasa seperti mahu muntah dan sakit kepala teramat2. tqa berlari ke bilik syira untuk minta carikan panadol dan temani tqa, sbb risau2 worst case happend, tp syira tidur awal malam tu..

jadi, terus tqa larian ke rumah sebelah..Karin ketika itu masih dalam telekung...boleh jadi dia baru selesai solat isya' juga.. melihatkan keadaan tqa yang sudah terhuyung hayang sambil memicit2 kepala, dia membawa tqa ke biliknya dan meminta tqa berbaring di situ.

Tqa terlena untuk beberapa ketika. Sedar saja...Karin mengejutkan tqa. Di tangannya, ada semangkuk bubur dan dengan lemah lembut dia menyuap bubur itu sampai habis....kemudian, barulah dia mncari panadol untuk tqa....huhu..

alhamdulillah,
syukur pada ALLAH..sebab karin bukan saja menyediakan panadol, malah dia sudi memicit kepala tqa dengan minyak angin kayu puteh khas dari jakarta..

"aduhh, memang enak bangat sih..kena picitan gadis pulau indonesia..."
 

.........

Setelah tqa "membedah" novel tu,
tqa boleh katakan bahawa sang pemimpi ini layak menjadi novel motivasi.

kisah mengenai 3 orang sahabat sejati...
juga tentang dedikasi seorang guru bernama Balia yang menjadi sumber inspirasi bagi 3 orang sahabat ini.. Ikal, Arai dan Jimbron. Kelas Balia membawa anak-anak ini pada keajaiban ilmu pengetahuan dan luasnya kehidupan, Tempat yang memberi nafas bagi tiga sahabat ini untuk keluar dari tekanan hidup yang menimpa mereka.  Balia membarakan semangat mereka untuk menjelajahi dunia Eropah dan kawasan lain di dunia untuk mengerti makna kehidupan.


3 sahabat ini tadi bukan saja punya masalah dengan DUNIA persekolahan yang menyesakkan..
malah kesusahan hidup yang menhimpit, juga PROBLEMATIKA cinta, satu hal yang tak berjaya mereka hindari dalam kehidupan remaja.

namun,
Kebimbangan Ikal tentang hidup dan masa depan..membuatnya patah arang dan berusaha menghapus impiannya untuk melanjutkan pelajaran ke Eropah bersama Arai. Ikal yang dulu seolah memiliki semangat baru, menjadi Ikal yang tenggelam dalam keputusasaan.. Dia telah dan mensia-siakan semua harapan si ayah.

Rasa bersalah terhadap si ayah membuat Ikal bangkit, dan para pemimpi pun kembali berlari bersama. Mereka menyimpul satu persatu kesulitan hidup untuk mencapai mimpi-mimpi mereka.

novel tentang Cita-cita, Harapan, dan Cinta.


..............

menurut Karin, novel ini sedang difilemkan..
waaah, tak sabar menunggu di you tube..hehe..

kita nonton brsama nanti ye, insyaallah :)


(GAMBAR: Novel sang pemimpi milik karina + cincin tqa (hadiah dari seseorang) hehehe )


Saturday, December 19, 2009

JEPUN: episod 5


Apa yg tqa belajar di KOBE?


Nawaitu yang ikhlas sangat diperlukan.. kerana ia kelak akan berfungsi sebagai senjata dan penangkis agar ia tidak gugur dari perjuangan suci ini sekalipun diuji dan digoncang perasaannya .

Hasil nawaitu yang ikhlas ini mercerna 5 sifat positif bagi seorang pejuang.

السكينة النفسية - Jiwa yang tenang
القوة الروحية - Rohani yang kuat
الإستمرار في العمل - Istiqamah terhadap tugas
تحويل العاديات إلى العبادات - Semua tugas menjadi ibadat
احراز ثواب العمل - Beroleh ganjaran dalam tugas ·

Bekerja dan bertugas walau tanpa jawatan .
Jawatan hanya menjadi alat dan pengagihan tugas , bukan platform amal .
Sikap hanya aktif semasa memegang jawatan dan menghilangkan diri dikala tidak berjawatan adalah sikap negatif yang menzohirkan ketidakikhlasan dalam perjuangan.

juga belajar dari kak ayu KOBE...tentang.....

"kebersihan dalam penyediaan makanan-  BASUHLAH TELUR..heee"


........................

 Bagaimana dengan di KOTA BESAR OSAKA?

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: 
“Tiga perkara yang menyelamatkan , iaitu takut pada Allah ketika bersendirian dan di khalayak ramai, berlaku adil pada ketika suka dan marah, berjimat cermat ketika susah dan senang, dan tiga perkara yang membinasakan iaitu mengikut hawa nafsu, terlampau bakhil dan kagum seseorang dengan dirinya sendiri.”


Wednesday, December 16, 2009

how could i say..i love you.




I learned about love from you,
Watching your caring ways.

I learned about joy from you
In fun-filled yesterdays.
 
From you..
I learned forgiving
Of faults...both big and small.
I learned what I know about life..




how could i say.......
i love you..........
and i miss our home like crazy....!!!

how you i say......
i want to give the best for you...and our family..
how could i......
when i havent done "something" for you..
 
For all the things I didn't say,
About how I felt along the way--
For the love you gave and the work you've done,
Here's appreciation from your admiring daughter.
 
-Happy Belated Birthday-

.................


Belaian Ibu

 click here:khas untuk ibu.. 



............

MySpace

 Kata ibu:
Berpalinglah dari dunia dan makhlukNya…

Aku bertanya:
Mestikah kita menjauhkan diri dari dunia seisinya?

ibu menjawab:
Bukan jauhkan diri wahai anakku, JAUHKAN HATImu



JEPUN: episod 4



Pada malam 23hb, tqa meneruskan perjalanan pula ke IWATE, di kawasan UTARA pulau besar JEPUN.. perjalanan ke IWATE mengambil masa 8 jam dari tokyo menaiki bas.namun, tqa dan beberapa sisters IWATE (nik, kak a'a dan kak mah)terlepas bas kerana kami sampai lewat 2 minit di tempat perhentian bas TOKYO STATION. jadi, kami harus membeli tiket bas yang baru..hehe.

Apa yang menarik tentang IWATE?
yang menarik ialah perkongsian perjalanan hidup bersama nik, kak mah dan kak a'a..

Setiap orang tentu punya lakaran hidup tersendiri..
ada kisah bahagia,
dan ada kisah duka..
itulah sejarah manusia.

yang bahagia pasti datang,
tapi mungkin..entahkan bila..
yang duka...
selalu menjengah tanpa diundang..

jadi,
bila dihitung-hitung hakikat diri..
isi hati ada manis, masam, masin dan pahit..
semua tu...penambah selera bermakna kehidupan.

segala yang baik atau buruk bagi kita,
itulah yang TERBAIK yang ALLAH sudah takdirkan untuk kita..

manusia yang tidak bersyukur,
pantas membanding-bandingkan nikmat kehidupan diri dengan manusia lain yang lebih SEMPURNA...
ahh, usah begitu, kerana semua ini bakal bawa bahana..
nanti-nanti akan bersu'u zhon dengan ALLAH..
sedang hidup...harus lapang dengan bersangka baik pada semua pemberian ALLAH.

.................


Aidiladha di negeri SAKURA


"Tqa mahukan baby jugak...tapi tqa tahu..tqa belum layak untuk itu"
"ALLAH akan memberi sesuatu apabila tqa sudah mampu..
sebab ALLAH tahu masa yang terbaik untuk tqa..."
"lagi pula,semua ni hanyalah salah satu nikmat dari banyaknya nikmat2 ALLAH yang lain yang harus tqa syukuri..."

..............

hehe, asyik befikr tentang baby je...
tapi kahwinnya belum :)
aishh..rasanya...
mungkin FITRAH setiap gadis akan mudah tersentuh melihat bayi kan?
sebab ALLAH memuliakan wanita dengan memberi anugerah sebuah RAHIM yang SUCI.
jadi,
bakal ibu harus menjaga kesucian diri.....
agar anak-anak yang bakal lahir dari rahimmu bakal menjadi anak-anak suci bersih.
insyaALLAH.

........

hehe, kenapa datangnya AIDILADHA di JEPUN..
soal baby yang diutarakan..sebabnya, di masjid oosuka, dan hiroo tqa jumpa ramai anak-anak kecil yang dibawa oleh ibu bapa mereka ke sana..
ramainya dari kalangan MUSLIM NIHONJI ..
muslim JEPUN..
terserla cahaya NUR kesolehah pada anak-anak itu..
subhanaALLAH..
tqa membayangkan saja,
bagaimana ya mahu membesarkan anak-anak di negara sibuk seperti Jepun  ini..
ditambah pula keadaan masyarakat ISLAM disini terlalu minoriti jika mahu dibandingkan dengan new zealand, australia dan negara-negara lain yang tqa lawati..

tekanan kerja di JEPUN..
budaya hidup yang menyesakkan mata dan hati..
membuat tqa kagum pada masyarakat muslim JEPUN..
dan apabila melihat mereka membesarkan anak-anak..
subhanaALLAH...
masih terjaga ISLAM.

andai jadi seorang ibu,
mahu seperti ibu nihonji laaa....
hehehe.
insyaALLAH.





Tuesday, December 15, 2009

JEPUN: episod 3

 

Niigata JEPUN
21 november 2009

alhamdulillah, kami selamat sampai di niigata yang kira-kira 5 jam perjalanan dari tokyo..
kawasan niigata ni boleh tqa katakan sebagai agak terpencil dan pedalaman..dan dipenuhi dengan bukit bukau juga hutan-hutan yang bewarna-warni..

ermm, kenapa bewarna warni?
sebabnya, sekarang ni musim luruh...jadi pokok2 disini ada yang bewarna merah, kuning, hijau dan coklat..subhanaALLAH..memang cantik sungguh...............
ditambah pula dengan tompokan salji di gunung-gunung yang memukau pandangan mata...
tak tergambar indahnya..

pasa asalnya,
tqa hanya menyangka bahawa JEPUN ini taklah secantik mana,
jika mahu dibandingkan dengan new zealand..
tapi......
segalanya-galanya berlainan dan berubah disini..

JEPUN ni ada segala-galanya.

 di episod2 lain, tqa akan ceritakan lebih lanjut apa yang tqa temui sepanjang dua minggu berjalan-jalan di seluruh jepun..insyaALLAH.







suasana niigata sungguhlah nyaman dan sejuk..
kepulan-kepulan ais/ "yuki" menghiasi dada tanah di kawasan ini..

namun,
kesejukan persekitaran tak memungkinkan sejuknya jiwa-jiwa peserta yang hadir..
rata-rata peserta sungguh mekar menyala-nyala jiwa dan semangat..
andai semangat mereka boleh dicerobos oleh pancaindera kurniaan tuhan,
waah..tentu sekali...
takkan terasa suhu sejuk kawasan NIIGATA.

kan??

...........

tema autumn gathering kali ni,
menyentuh perihal SYAHADATUL HAQ yakni penyaksian terhadap kebenaran..
kebenaran AL HAQ yang harus diperlihatkan dan diperkatakan oleh semua ummat MUHAMMAD SAW.
AL HAQ ialah.. KALIMAH TOYYIBAH..
"ashaduallah illa hailla ALLAH..wa ashaduanna muhammad rasullaallah.."
yakni..

"aku bersaksi bahawa tiadanya "ILAH" melainkan ALLAH..dan aku bersaksi bahawa muhammad itu pesuruhnya ALLAH"

tapi apa yang menyedihkan...
ramai "muslim" tidak memahami MAKSUD MENDALAM  kalimah ini..lantas tak faham apa yang dituntut dari kalimah ini..

naaah,
disinilah KUPASAN TERPERINCI yang diMAKNAkan dalam AUTUMN GATHERING kali ini..


...

apabila kita dengan mudah melafazkan aku bersaksi bahawa tiadanya ILAH selain ALLAH..
adakah benar tiada ILAH lain di hati kita, melainkan... hanyasanya ALLAH swt?

............

ILAH ini bermakna sembahan, tumpuan kecintaan/ kesetiaan, tumpuan pengharapan, tempat penggantungan/pemeliharaan.

haa, bagaimana kita melafazkan yang tiada ILAH selain ALLAH,
jika tumpuan  segala tumpuan kita terturas pada DUNIA?

mungkin saja hidup ni menumpu pada study, exam, kerjaya..

mungkin saja hidup ni merongga hanya pada satu ruang di hati iaitu..kekasih? boyfriend? girlfriend? tunang? suami? isteri? ibu? ayah?

INGATLAH..INGAT...

"(diperintahkan Dengan Yang demikian kerana) Allah tidak sekali-kali menjadikan seseorang mempunyai dua hati dalam rongga dadanya; dan ia tidak menjadikan isteri-isteri Yang kamu "zihar" kan itu sebagai ibu kamu; dan ia juga tidak menjadikan anak-anak angkat kamu, sebagai anak kamu sendiri. Segala Yang kamu dakwakan mengenai perkara-perkara) Yang tersebut itu hanyalah perkataan kamu Dengan mulut kamu sahaja. dan (ingatlah) Allah menerangkan Yang benar dan Dia lah jua Yang memimpin ke jalan Yang betul..." ( AL-AHZAAB: 4)
atau...
mungkin saja hidup ini hanya bergantungan pada parents/ lecturer/ bestfriend jika diamuk masalah bertalu-talu..ujian bertimpa-timpa menghempap dada...

KITA..
mencari ALLAH dahulu atau ibubapa?
mencari ALLAH dahulu atau kawan rapat untuk berkongsi rasa?
mencari ALLAH dahulu, atau lecturer/tutor untuk menyelesaikan persoalan?
erm..tepuk dada tanyalah hati...!


dimana ALLAH sebagai ILAH kita????

.................

sebab itulah kalimah syahadah/ alhaq ni..
begitu BESAR DAN MENDALAM MAKSUDNYA..
patutlah...
ramai orang-orang kafir quraisy xnak brsaksikan kalimah ini..
sebab mereka tahu,
once mereka melafazkan di depan RASULALLAH SAW,
bermakna HARUS dibuat..bukan meniti kata dibibir saja..
...

sebab mereka-mereka yang terdahulu faham akan kalimah ini..
maka itulah amalan mereka..
 ...........

bagi sahabat-sahabat RASULALLAH saw serta golongan tabiin dan tabi' tabiin,
mereka juga menghayati kalimah ini..
lalu fahamlah mereka bahawa..
kalimah ini harus dipraktikkan dalam seluruh KEHIDUPAN,
SETIAP DETIK DALAM HENYUTAN NADI,HEMBUSAN NAFAS.

.........

justeru,
bersama dengan kefahaman  pada kalimah ini,

mereka melaksanakan amanah sebagai khalifah ALLAH dimuka bumi..
setiap orang pun berlumba-lumba menjadi khalifah terbaik iaitu dengan berusaha menyebarkan islam di muka bumi ini...hinggalah islam berada di puncak ustaziatul alam/ tamadun..



kita ungkapi sirah dan sejarah lama..
islam bermula dengan seorang..
dan semakin ramai..
ramai dan meramai sehingga sekarang..
kerana adanya usaha generasi RABBANI terdahulu..

namun..
jika ISLAM sampai kepada KITA..
dan kita hanya mendiamkan diri..tak berbuat apa-apa..
malah tak mengajak orang ramai KEMBALI kepada landasan ISLAM sebenar..
bagaimana nasib ISLAM nnt?
maka...kita akan dipertanggunjawabkan di akhirat kelak..
sebagai..

"PENYEMBUNYI ALHAQ"

Rasullah SAW akan menjadi saksi bahawa kita tak pernah melaksanakan amanah ini..
dan umat kita...teman2/ sahabt handai/ adik beradik kita..
akan menjadi SAKSI yang kita tak menyembunyikan ISLAM yang sebenar..
NAUZUBILLAHI MINZALIK..


................


takut,
tak yakin?
harus sampai BILA???

HARUS SAMPAI BILAAA????????????

amanah tetap amanah kan?
sebab ALLAH bukan jadikan kita SIA-SIA je di muka bumi ni..

tapi tentu ada sebab penciptaan kan?
takkanlah ALLAH just jadikan kita sebagai seorang pelajar?
takkk...
pelajar itu hanya ALAT untuk KITA MENJALANKAN TANGGUNGJAWAB SEBENAR..
sebagai hamba ALLAH dan juga..khalifah ALLAH..\
membuat amar maa'ruff..nahi mungkar..

...........


(aduhaaaii, khusyuknya cik tqa bercakap....)

bak kata imam GHAZALI..

hidup ini ibarat sebuah pelayaran menuju ke satu pelabuhan yang pasti..tapi dalam pelayaran menaiki kapal itu..kapal akan singgah di sebuah tempat persinggahan..disitu, orang2 dalam kapal pun turun.. ada yang bersuka ria, ada yang
tak berbuat apa-apa tapi ada pula golongan yang bersungguh2 mencari makanan dan membuat persiapan sebelum kapal berangkat..

Imam Ghazali lantas menyambung..
tempat persinggahan itulah DUNIA..
bila sampai masa,
siren kapal akan berbunyi...
untuk meneruskan perjalanan ke tempat pelabuhan PASTI iaitu NEGERI AKHIRAT..
maka beruntunglah orang-orang yang mempersiapkan diri mereka dan membawa bekalan menuju ke sana..

wallahualam...

.................

dan KITA bagaimana?
bagaimana nasib kita?

tika orang lain sibuk menyiapkan diri..
kita?
masih tertipu dengan dunia yang sementara ke?
wallahualam.


................

.........and it will come for SURE............

 ......the death and al qiyaamaah......

(lagu tema)



  (kenangan bersama-sama kohai-kohai yang comel)

 

selamat tinggal NIIGATA............!!!!!!

MySpace
KENANGAN DI SANA ( CLICK HERE)


Monday, December 14, 2009

JEPUN: episod 2

Bismillahirrahmanirrahim,
dengan nama ALLAH yang maha pemurah lagi maha penyayang..

first of all,
tqa minta maaf sebab hampir sebulan tak mengupdate blog...
hehe, macam dah bersarang blog ni kan???

minta maaf teramat,
sebab tqa menghadapi beberapa masalah dari luaran dan dalaman..
.so, dalam masa sebulan ni,
ALLAH dah uji tqa dengan pelbagai2 perkara yang ingin tqa rakamkan di blog ni...insyaALLAH.




JEPUN..oh JEPUN..
sangat-sangat BEST..
TERIMA KASIH ALLAH KERANA MENGIZINKAN TQA MENJEJAKKAN KAKI KE BUMI SAKURA itu..

it wassss...
so sweet and fantastic journey of mine!


............



cerita bermula di sini...

-Tanggal 20 November 2009-

alhamdulillah, tqa selamat tiba di narita airport jam 7.30am waktu jepun,
menaiki singapore airlines auckland-narita.


sesampai je depan pintu kastam,
pakcik kastam tu menyambut tqa dengan ucapan;

"konichiwa.."

tqa pon membalas dengan senyuman...(tak tahu nak jawab ape..hehe..)

lesson learnt:  kalo nak g negara asing, at least belajar la sepatah dua bahasa negara tu..huhuhu.


tqa yang terkesima sbb pakcik tu cakap nihongo', terus je kasi passport.. pakcik tu dengan segeranya terus menyelak visa page..pastu die nampak curiga..berkali2 die tengok muka tqa...

huhu, rupanya...
dia curiga dengan JAPAN VISA tqa...
sbb JAPAN VISA tu expired 20hb november..
means...tarikh tqa arrived di tokyo...

alamak...camne ni???
takkan tqa kena hantar balik ke auckland kot..huhu...sedih2..

Pakcik tu lalu menyoal siasat tqa...die buka fail merah yg tqa tengah pegang time tu dan cek sume dokumen di tangan tqa...then, tqa pun explain yang visa tqa diluluskan oleh JAPAN EMBASSY dan disahkan oleh JAPAN CONSULATE  di Auckland..visa consulate tu yang suruh tqa buat visa pada 20 August...xtahu pulak yang xley masuk jepun selepas 3 bulan dibuat VISA..

tqa pun try convincekan PAKCIK KASTAM yang tqa layak berada di negara jepun dan lain2...

akhirnya...
setelah sekian lama berbincang dengan beberapa pegawai kastam yang datang ke tempat kejadian,
tqa pun diluluskan masuk ke negara JEPUN..
alhamdulillah............!

setelah selesai ambil beg bagasi, tqa pun meluru keluar mencari public phone..

alamak!!
xfaham pulak ape yg ditulis kat public phone tu...sbb xde instruction ENGLISH pon..adoii..

tqa pun cuba masukkan duit dan main agak2 je ape yang tertera kat screen phone tu...dan alhamdulillah...berjaya call mak di perlis..

kemudian, dari jauh...dah kelihatan kelibat 2 orang gadis melayu yang manis...
tqa agak-agak...mungkin diorang la akhwat yang syapiqah maksudkan..
dari jauh, tqa hulurkan senyuman manis...

"assalamualaikum..."
"waalaikumsalam..awak atiqah ke?"
"ye..saya atiqah...ini che tom eh?"
"bukan, sy kawan che tom...hehe..kak diana,,,ini kak siti..."
"alamak...minta maaf kak...syapiqah cakap, che tom nak dtg...huhu.."

............



kami bergerak ke IKEBUKORO iaitu rumah kak diana dan kak siti.

rumah tu..insyaallah tqa dah namakannya..

"raudhah"

iaitu... taman syurga..

tempat cantik, indah dan tenang..tempat duduk2 penghuni syurga..
insyaALLAH.


.............

IKEBUKORO 20 NOVEMBER 2009

...first time naik dencha (train biasa) ke sana..
rupenya jauh jugak dari tokyo..huhu.

sampai je disana..terus cari makanan..huhu..lapar sangat2..
alhamdulillah, akhwat jepun di ikebukoro sangat2 memahami..
tqa disajikan dengan mee goreng versi jepun..alhamdulillah..sedap sangat..
jazakillah khair buat aqilah, chef yang comel.

malam tu,
kak siti masak lagi...
alhamdulillah...
simple je, tapi sangat2 kenyang..







.......
 
oleh sebab jet lag lagi, tqa tidur awal malam itu...rumah RAUDHAH pada malam itu sudah dipenuhi ramai sisters/ akhwat dari pelbagai lokaliti di jepun..semuanya bekumpul untuk ke autumn gathering di NIIGATA esok pagi..

walaupun rumah tu sangatlah bising, dan tqa hanya tersdai di ruang tamu...
tapi tqa tak mampu membuka mata kerana terlalu letih dan mengantuk...huhu..
namun,
sayup-sayup tqa dengar juga ada sahanat yang memperkenalkan tqa kepada sisters yang hadir..yelah, muka xfamiliar kan..huhuhu..

tamat cerita 20 NOVEMBER.

.............

<>
 alhamdulillah, syukur pada ALLAH,
sebab bukan mudah untuk menjejakkan kaki di negara NIHON tu,

bermula dari proses membuat visa yang sungguh2 rumit...
sehinggalah masalah di kastam..
terima kasih ALLAH..
sebab ALLAH mengizinkan juga sampai disana.

teringat ketika hampir 5 kali tqa turun naik pejabat JAPAN EMBASSY di AUCKLAND..
berbincang dengan VISA CONSULATE di sana..
itu tak kena,
itu tak kena..
ini tak cukup,
itu tak cukup..


huhu, sungguh teliti dan rumit ye...orang-orang NIHON bekerja.
bank statement pun kena lampirkan untuk 3 bulan before tarikh buat visa...
duit dalam bank pula harus SEKIAN...SEKIAN..
aiseeeh..

apepun,
ini wajar dicontohi mungkin...
jadi, xde la sangat masalah LEBIHAN PENDATANG TANPA IZIN ke sesebuiah negara..
heheh :)

wallahualam.