Showing posts with label AUCKLAND. Show all posts
Showing posts with label AUCKLAND. Show all posts

Monday, January 18, 2010

duit oh duit.

Alhamdulillah, tadi baru selesai meeting rumah ANSAR.. hurm, after dihitung2 semua perbelanjaan (food, internet, electricity, house rent) , semuanya sekali mencecah NZD 500. Itu belum masuk bond rumah NZD 385, dan bond elektrik NZD80.. waah, mau 1 thousand juge duit yang harus dikeluarkan untuk bulan pertama ni..maklumlah, kami di ansar ni baru pertama kali tinggal bersama..kalau dulu, ,masing2 tinggal di university accommodation. semuanya disediakan..huu.. tapi sekarang, budgeting rumah semuanya kami berempat hitung bersama.

Alhamdulillah, tqa dah bayar duit rent rumah untuk 2 bulan, until FEBRUARI...kalau tidak, memang sesak nafas teramat..sebab, bila di conggak2 duit dalam akaun bank untuk digunakan sampai februari ni hanya tinggal NZD 400+. huu ...nak bayar elektrik, telefon sume lagi..astaghfirullah.. actually, cukup je kot, moga2.. sbb tqa bukanlah seorg yang boros mana.

sepanjang di auckland ni, tak pernah lagi tqa membeli baju, seluar, kasut atau apa2. yang pernah pun, beli beg laptop, sweater, heater dan barang makanan.. selebihnya, tqa gunakan untuk simpanan masa depan (itu yang boleh terbang ke jepun dan australia)..huu. dan lagi, tqa beli sourvenior untuk family dan kawan di malaysia, hadiah2 untuk sahabat2 auckland dan juga sedikit untuk amal akhirat ;)

tapiiiiiii.............
sekarang ni rasa kecut perut, sebabnya...laptop tqa rosak..bila col kedai laptop tu, dia cakap, motherboard laptop rosak..dan if nak ganti..mybe dalam NZD300+. huu, makanya...duit tqa sampai bulan Februari nanti, hanya ada lebih kurang NZD 100+. bagaimanakah? huu. risau nih.

erm..duit tu dari ALLAH kan?
bila sampai masa, mesti ALLAH suruh MOE masukkan duit juge...moga2 cepatlah MOE masukkan duit..if possible, biarlah bulan februari nnt..huu....

duit oh duit..

material tu rupanya penting. memang penting. tapi...
kalau tahu guna, tahu budget dan tahu sabar,
insyaallah...
material xsepenting mana...

pening memang pening,
lagi2 dalam situasi GAWAT sekarang ni..
tapi tak mengapalah..
ALLAH nk kasi tqa kurus sikit kot..hehe..

laptop ku...oh...sedih juge sebab rosak..
sedih sebab terpaksa menyusahkan syira ( roomateku yang comel lagi baik)..
asyik2 je pinjam laptop die..huu...

bertambah sedih bila tahu hardware pulak yang rosak..hmm.
sebab hardware mahal kan?
tapi bila tqa fikir balik...
mungkin ALLAH nk kafarah dosa ni...mungkin ada perkara sia2 yang tqa buat dengan laptop tu..wallahualam...
tqa hope ALLAH bersihkan laptop tu..bersama bersihkan juga dosa pada diri tqa..ameen.
duit? xperlah...moga ALLAH bersihkan juga duit tu..insyaallah.

apa yang lagi BEST melainkan pengampunan/ kafarah dosa dari ALLAH kan?

oh atiqah,
bersabarlah...


(kalau lah tqa boleh tarik DUIT dalam air tu...ngeh2...cukuplah berangan! minta dari ALLAH k?) 

Sunday, January 17, 2010

mengimbau kenangan

Setiap sesuatu tu memang ade hikmah kan?Disebabkan laptop yang rosak, jadi tqa pon mulalah proses pemunggahan barang2 dalam beg besar-akibat nk mencari guaratee card laptop. guarantee catrd tak jumpe, tapi yang tqa jumpa sebuah diari lama. subhanaallah. xsangka pulak yang selama 2 tahun disini, tqa baru perasan yang diari lama tu tqa bawa ke auckland. OH! mungkin saat mengemas barang2 untuk ke auckald dulu, mak masukkan diari tu dalam beg kot. entahlah!
(hehe, sebabnye anak mak ni...xboley hidup tanpa mencatat kisah suram dalam diari..OH, firasat ibu)

dibelek-belek diari lama itu...senyum sendiri membaca kisah lama. yang derita tu bila dibaca semula dengan perasaan kosong maka hasilnya= senyum sendiri.

hmm..masalah dalam hidup ni memang silih berganti..datang dan pergi..
ah,manusia saja datang dan pergi kan?
hari ni ada, esok xada..

diselak-selak lagi,
banyak sungguh impian tqa kan..yang pasti, banyak yang masih belum tercapai...bila lah nak menggengam semula azam lama? dah kian pudar ni..hmmm.

dilembar ke suatu lembaran,
terselit gambar seseorang yang amat tqa cintai...
oh, dia..sebuah memori.
kenangan terindah, sungguh bersulam air mata..namun, kenangan tetap kenangan..

banyak sungguh noktah-noktah dalam perjalanan hidup tqa..
ada noktah yang terputus..ada yang bersambung-sambung...
noktah kehidupan.

setiap orang punya cerita masing-masing..
setiap kita punya cerita kita..
cerita kita yang berbeza..
kitalah pelakon yang mencorakkan cerita kita.

coraklah kehidupan ini agar hidup sentiasa ceria dan bahagia.
wallahualam

=)
“Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar; (Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: ‘Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali.’ Mereka itu ialah orang-orang yang menerima selawat dari Tuhan mereka serta rahmat-Nya dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk-Nya.” (surah al-Baqarah, ayat 155-157).

Friday, January 15, 2010

hilang

telah hilang dari aku suatu kenikmatan,
telah hilang dari aku sebuah kebahagiaan..

telah hilang dari aku sebuah kegembiraan,
telah hilang dari aku satu kemudahan.

telah hilang.

yang hilang pasti berganti, yakinlah oh jiwa atiqah.

faqir ila ALLAH.

* hamba yang sedang merenung kembali episod kesedihan hati, masalah bertimpa2 serta laptop yang baru rosak..astaghfirullahal 'aziim, ighfirly zunubi ya ALLAH*

KESAT AIR MATA PUTERIKU.

Thursday, January 14, 2010

new year resolution

 

Nothing much to say, 
thanx to Jackie (my lovely lecturer) for making my day,
for bringing the chocolate and blueberry cake to class..
it was wonderful.
hehehe.


but her question,
made me "STUCK".
"what are your new year resolutions???"

erm...ermm..


Adakah sudah terlalu lambat untuk menulis di sini?

...................


2010

JANUARI:
  - Riaydussolihin Jilid 1 bersama Early Summer      Sisters 2
 -Khatam Seerah Perang    dalam  Islam+
 - Fathu Mekah ( Raheeq Makhtum)
 - Habiskan novel sang pemimpi
 - Jaulah ke Howick Historical Village
 - Fruit Picking Epal dan Peach - Albany
 -LAB CompSCI 111 (90-100% MARKS)
   
FEBRUARI: 

-Sambungan Raheeq Makhtum
-Membaca buku "Ku Pinang Dikau dengan Hamdalah"
-Riyadussolihin Jilid 2 bersama ahli ESS 2
-Sambut Juniors+ Program bersama Junior 2010
-Jaulah ke Coromandel
-Black Water Rafting at Waitomo Caves.
-Mentoring session started.
-A+ untuk COMPSCI 111 EXAM
-Hafazan juz 28/29

MARCH :

-ABRAR- "anak-anakku" sudah kembali ke Auckland -Membaca Buku "Kado Pernikahan buat Isteri ku"          
-Semester 1 starts.
-Part Time Job at Forte Convenience Store
-Mentoring at Manurewa School
-Tutoring at Orakei primary School
-Jaulah bersama ABRAR dan "anak-anak baru"

APRIL: 

-Easter breaks?? 
( in mind: Glasier Hiking at Franz Joseph)
- Not planning yet for any programme.
-Reminder:   Tasmi' hafazan juz 28/29
        
MEI&JUN: 

-Winter breaks (6 weeks)
-Melbourne? Adelaide? Bali?
-Ski at Mount Ruapehu with ABRAR.
              

JUN: 

-Semester 2 starts. (SUBJECT TOUGH) ..huu
-Nothing much in mind.
-Juz 28/29
-Bedah buku??

JULY: 

-* nothing in mind.
-Juz 28/29
-Bedah buku????

AUGUST:

- nothing in mind
-spring break (Hot Ballon at Waikato??)

SEPTEMBER:

-Ramadhan.
-21 September: my Birthday.

OCTOBER:

-no idea
- BEDAH BUKU


NOVEMBER:

-Final exams for my third year degree.

DECEMBER:

-  BFG (balik for good).. Malaysia..nantikan kepulanganku..
-Marriage?? (planning in action, Insyaallah :)
-JAKARTA/ BANDUNG??? MESIR? JORDAN??

InsyaALLAH.

**********


hurm...Jackie...
Do i need to tell you all these ..all my new year resolution?????
no need. hehehe.
coz...
If i told u so, u cant understand..
mybe u will give me a weird STARE back.. hehe.

wallahualam.


*merancang dan berdoalah* 
Allah sebaik-sebaik PEMBUAT KEPUTUSAN

Monday, December 28, 2009

musim panas KIWI dan KANGGAROO?











ASSALAMUALAIKUM..

Tqa nak buat promosi program menarik pada bulan Januari ni.
INSYAALLAH, Sangat best, sebab masa cuti adik-adik dan kawan-kawan akan terisi dengan program ilmu dan peningkatan ukhuwaah bersama sisters/brothers yang hadir.

FLYER kat atas ni, adalah program khas untuk adik-adik yang bakal datang ke australia atau new zealand untuk tahun 2010, tiada sebarang yuran dikenakan.


walaupun tqa xde di sana, tapi sisters new zealand iaitu kawan-kawan tqa, ramai ke sana, haaa, inilah masanya nak berkenal-kenalan dengan mereka yang  mesra dan hebat, Adik-adik takkan pernah rugi mengenali sosok yang ada di auckland, wellington, dunedin serta christchurch juga sosok-sosok pelajar KITE di bumi kanggaroo australia.

menarik kan?

moga-moga suhu panas SUMMER ini,
terus menghangatkan ROH jiwa, membarakan keAZAMan serta mengukuhkan IKATAN kite yang sedia ada.


.............

 

kibar?
waaa...berkibar-kibar semangat yang ada..
best nye...andai dapat kesana..

huu, KIBAR ini pula program untuk semua yang sudah belajar di australia dan new zealand insyaallah.

disini,
sahabat-sahabat akan berkenalan dengan teman--teman di jiran sebelah, sahabat australia pula.

tahu kan?
salah satu tanda kasih sayang ALLAH,
ialah DIA memilih KITE  untuk bertemu dengan sahabat-sahabat yang baik, iaitu yang membawa kite mengenal PENCIPTA..

kerana orang- orang yang mencintai ALLAH, akan bertemu sesama mereka,
dan berukhuwwah.
mereka mahu mengenal ALLAH,
maka ALLAH jua mahu mengenal mereka.
mereka mencintai ALLAH,
maka ALLAH jua mencintai mereka.

PASTI.
insyaallah.



Sunday, December 20, 2009

sang pemimpi~


"Bebas, bebaskan dirimu..."

"Jelajahi Indonesiamu yang luas, Jengkali Afrika yang eksotis...Jelajahi Eropah yang megah..."

"Bermimpi..bermimpilah...maka TUHAN akan memeluk mimpi-mimpimu...."

(Adaptasi dari novel Sang Pemimpi)

..................

novel sang pemimpi ni, sahabat tqa, Karina yang perkenalkan sewaktu tqa ziarahi rumahnya..

"Kak, karin punya semua himpunan buku ANDREA lo kak..akak mau ngak bacain novel sang pemimpi..? bagus bangat novelnya kak..sambungan dari filem laskar pelangi yang akak sudah nonton itu.."

"wah.....mau2...
makacih ya rin..boleh juga akak baca.."

"sang pemimpi itu novel motivasi, tentang impian"

kami berdua tersenyum.

..........

Tqa dan karin, sebenarnya baru 2 minggu berkenalan, dan hubungan kami bertambah akrab sejak dia menjaga tqa sewaktu tqa sakit tempoh hari..mujur ada jiran baru yang baik..alhamdulillah :)

malam tu, seusai solat isya, tqa rasa seperti mahu muntah dan sakit kepala teramat2. tqa berlari ke bilik syira untuk minta carikan panadol dan temani tqa, sbb risau2 worst case happend, tp syira tidur awal malam tu..

jadi, terus tqa larian ke rumah sebelah..Karin ketika itu masih dalam telekung...boleh jadi dia baru selesai solat isya' juga.. melihatkan keadaan tqa yang sudah terhuyung hayang sambil memicit2 kepala, dia membawa tqa ke biliknya dan meminta tqa berbaring di situ.

Tqa terlena untuk beberapa ketika. Sedar saja...Karin mengejutkan tqa. Di tangannya, ada semangkuk bubur dan dengan lemah lembut dia menyuap bubur itu sampai habis....kemudian, barulah dia mncari panadol untuk tqa....huhu..

alhamdulillah,
syukur pada ALLAH..sebab karin bukan saja menyediakan panadol, malah dia sudi memicit kepala tqa dengan minyak angin kayu puteh khas dari jakarta..

"aduhh, memang enak bangat sih..kena picitan gadis pulau indonesia..."
 

.........

Setelah tqa "membedah" novel tu,
tqa boleh katakan bahawa sang pemimpi ini layak menjadi novel motivasi.

kisah mengenai 3 orang sahabat sejati...
juga tentang dedikasi seorang guru bernama Balia yang menjadi sumber inspirasi bagi 3 orang sahabat ini.. Ikal, Arai dan Jimbron. Kelas Balia membawa anak-anak ini pada keajaiban ilmu pengetahuan dan luasnya kehidupan, Tempat yang memberi nafas bagi tiga sahabat ini untuk keluar dari tekanan hidup yang menimpa mereka.  Balia membarakan semangat mereka untuk menjelajahi dunia Eropah dan kawasan lain di dunia untuk mengerti makna kehidupan.


3 sahabat ini tadi bukan saja punya masalah dengan DUNIA persekolahan yang menyesakkan..
malah kesusahan hidup yang menhimpit, juga PROBLEMATIKA cinta, satu hal yang tak berjaya mereka hindari dalam kehidupan remaja.

namun,
Kebimbangan Ikal tentang hidup dan masa depan..membuatnya patah arang dan berusaha menghapus impiannya untuk melanjutkan pelajaran ke Eropah bersama Arai. Ikal yang dulu seolah memiliki semangat baru, menjadi Ikal yang tenggelam dalam keputusasaan.. Dia telah dan mensia-siakan semua harapan si ayah.

Rasa bersalah terhadap si ayah membuat Ikal bangkit, dan para pemimpi pun kembali berlari bersama. Mereka menyimpul satu persatu kesulitan hidup untuk mencapai mimpi-mimpi mereka.

novel tentang Cita-cita, Harapan, dan Cinta.


..............

menurut Karin, novel ini sedang difilemkan..
waaah, tak sabar menunggu di you tube..hehe..

kita nonton brsama nanti ye, insyaallah :)


(GAMBAR: Novel sang pemimpi milik karina + cincin tqa (hadiah dari seseorang) hehehe )


Monday, November 16, 2009

dari TIRI-TIRI MATANGI island..




 

 

 




 

 NOTHING MUCH TO SAY, EXCEPT THIS:

Nabi saw bersabda: 

'Orang mukmin itu ialah orang yang mudah bermesra dengan orang dan orang lain pula mudah bermesra dengannya.'






Friday, November 13, 2009

SEBENTUK CINCIN





" Kak Wa,  jom tengok cincin kat situ jap"
 
"Cincin tu...cincin tu..... cantik kan, kak Wa?"

*************

Hati sendiri, menangis.
cincin tadi...kat kedai tadi...
mana tahu, boleh ganti cincin lama tqa yang hilang tu...

dulu xsedih pun masa hilang, boleh je  jadi gembira...
tapi kenapa sejak akhir-akhir ni rasa sedih teramat..
macammana ya nak cerita kat mak yang cincin tu dah hilang?
nanti mak marah tqa..
aaa....salah tqa, tqa kena berani la berterus terang.

********

tqa kena "walk your talk" la!
nnt kang, ALLAH marah...
mcam dalam surah AS-SAAF tu.. ALLAH BENCI orang yang tak buat ape yang dilafazkan..

tadi kan,
tqa baru  nasihat adik2 dalam sitting ABRAR..

"kalau hilang barang tu, hilang something or somebody,
jangan sedih-sedih..relax je....COOL je..
sebab selalunya ALLAH uji dengan perkara yang kita lemah dan sering risaukan...
mungkin kite terlalu risau akan sesuatu perkara, jadi sebab itulah ALLAH uji.."

"ada orang ALLAH uji dengan material, mungkin dia "kurang" dari sudut itu...."

"ada orang ALLAH uji dengan pelajaran, mungkin kerana dia terlalu risau dan fikirkan lebih sangat tentang study tu"

"ada orang juga, ALLAH uji dengan lelaki, mungkin sebab die terlalu lemah hati dengan lelaki, atau terlalu fikir dan risaukan tentang lelaki..jadi ALLAH uji"

"jadi, kite semua kna ingat yang ALLAH uji seseorang itu, atas tiap kekurangan kita, sbb ALLAH TAHU apa yang kita tak tahu..ALLAH  kan AL'ALIM..mesti ALLAH tahu apa yang terbaik kan?"


"selalu kita rasa yang buruk itu BURUK..tapi bagi ALLAH..mungkin yang buruk itulah BAIK, sebab LOGIK manusia manakan sama dengan LOGIKNYA ALLAH..."

"Manusia, fikirannya begini.. cetek... logiknya begini..xrasional kadang-kadang tu,
tapi ALLAH lain sangat.."

*********

aah, tqa..kuatlah HATI...

semua ini kan tarbiyyah ALLAH jua..
mana tahu, ALLAH hilangkan cincin bertakhta permata putih itu...
sebab ALLAH nak gantikan dengan cincin yang baru...

cincin yang lebih baik dan cantik dari cincin lama itu..

aah, mungkin ALLAH xsuka tqa pakai cincin lama tu kan....jadi, ALLAH hilangkan cincin tu...
sabarlah...nanti ALLAH kasi cincin baru, ok?
kna husnu zhon ni dengan ALLAH..
mana boleh sedih2 gini...nnt kufur nikmat..

banyak je nikmat lain ALLAH kasi,
takkan la hilang satu nikmat dunia berupa sebentuk cincin tqa nak menangis gini..

ape ni...jangan lemah la tqa. kuat!

huu..huu..


MySpace

igfirly ya Rabbal 'ngalamin..

*********
MySpace

RasulALLAH SAW kan..
bila sedih..
Baginda cakap kat Bilal bin Rabah,
" Wahai Bilal, tenangkan aku dengan SOLAT"

huu.....

Wednesday, November 11, 2009

Huia oh Huia




huia?
apakah huia?
huia nie, nama one of the AUCKLAND university residence..
kata seorang sahabat, HUIA nie asal dari MAORI word, nama NZ native bird..
burung yg bernama huia nie, kecil molek kata mereka..ntah la, tqa xpernah knal pun..
bila la nak taaruf dengan burung ni???dah nak keluar dari "sarang" dah pun..

Tqa menetap di HUIA dari awal februari lepas..huu, lagi seminggu..tqa akan check out dari sini..
akhawat auckland panggil penghuni2 HUIA as HAWARIYYUN..
pernah dengar nama hawariiyy?
hawariyy nie pengikut NABI ISA yang amat setia..bila ditanya, mereka menjawab,
"nahnu Ansarullah" yakni.."kamilah penolong2 agama ALLAH"..
ade diceritakan tentang hawariiy dalam surah as-soff..

moga-moga bila kami hawariyy nie keluar dari huia,
kami terus menjadi ANSARULLAH..ameen



cuba cari mana bilik tqa??
hehe, dah kelihatan itu..yang terang bercahaya,..
bilik tqa namanya BAITUL'ATIQ.. yakni rumah atiqah dalam bahasa arab sekolah..
tapi dalam ALQURAN,  ALLAH lafazkan baitul atiq dalam surah al-Hajj: 33..yakni BAITULLAH.

moga-moga baitul atiq di huia nie,
telah berjaya menjadi rumah ibadat dan tempat berkumpulnya akhwat untuk majlis ilmu serta menyambut tetamu-tetamu..

alhamdulillah..

siapakah mereka yang bakal menetap di bilik bercahaya ni tahun depan?
hati rasa sangat sayu, sbb risau-risau yang mendiami baitul atiq ini tahun depan adalah mereka yang tak "faham" atau mereka yang kafir pada ALLAH..

astaghfirullah...berlinang sudah air mata :(





kenapa Huia begitu istimewa?

sebab disini, tqa belajar banyak perkara baru...

dan disinilah mengajar tqa erti kekuatan dan jati diri seorang MUSLIM yang memegang imej ISLAM.

................






untuk setiap FLOOR, akan ada satu shared kitchen, laundry, toilet dan common room.
kirenya, semua benda harus dikongsi bersama...lelaki dan perempuan.

kat floor tqa nie,
ada 4 orang je MALAY muslim.



yang selebihnya, Westerners,  ASIAN, serta kiwi Pakeha students (penduduk new zealand)..

kami duduk single room.
jiran sebelah bilik tqa, dua-dua orang kiwi.
tqa xpernah berborak panjang dengan diorang nie, just say "HI" ,  bila jumpe kat kitchen, or toilet.

cuma,
kat sini, tqa rapat dengan Jiane, dan Eve.
Jiane nie orang kiwi, dan Eve orang JERMAN.

Jiane selalu datang bilik tqa, especially bila die ade masalah peribadi.
die selalu minta tolong tqa, dan kadang2 minta nasihat..

apa yang menarik, Jiane selalu tanye tentang ISLAM dan MALAY CULTURE pada tqa.

pernah satu hari, die tanya tqa macam2 soalan bertalu2:

"Why you r not talking to guys in our floor. you are not being friendly to them though.
and when they talked to you, you just smiled and uneager to response..
is that because of your culture or your religion?

............

"why are you wearing this? sambil tunjukkan pada tudung tqa.
dont you feel hot? or uncomfortable?
Are you not allowed to show your hair and body though im a girl? why is it so?

...........

banyak sangat lagi soalan2 lain die tanya.. banyak yang tqa jawab, tapi ada yang tqa diamkan,.sbb susah nak explain..

............

tqa ada impian nak bawa die pada ISLAM, tapi tqa xbanyak masa pun dengan die :( lagipun, tqa tahu fokus tqa mendakwah pada siapa..
tqa mahu tumpukan pada MUSLIM dulu..

sekarang, tqa rasa sedikit sedih bila pk2 balik hubungan kami...
die selalu mesej tqa,
tanye tqa dimana, die nak jumpe, die rindu dan lain2..tapi selalunya tqa xjawab pun..sbb tqa ade banyak program dan jarang di huia..tqa selalu di rumah senior..kira hidup bernomad lah..
if nak explain dan gtau tqa dimana, bimbang die mencari tqa..sedang pada waktu itu, kami ada ISLAMIC programme.

moga2 ALLAH ampuni dosa tqa andai ada haq jiran yang tqa tak tunaikan..ighfirly ya ALLAH..
TERLALU merasakan KEBERTASAN waktu dan ruang di disini.. :(

ada sorang lagi yg tqa rapat,  Eve.
EVE ni kuat kristian..itu saja mampu diungkapkan..heee.
tapi die nie suka mencari dan ambil tahu..

bersyukur sangat sbb ALLAH memilih tqa menjadi MUSLIM tanpa perlu dicari-cari..

tqa sangat sayang Eve dan Jiane, tapi apakan daya..
diri ini terlalu lemah untuk berdakwah pada mereka.
keterbatasan masa dan ruang yang ada...membantutkan usaha tqa.
salah tqa juga, POOR time management.
astaghfirullah 'azim..

adakah ALLAH akn ampuni salah tqa pada mereka??

........

selain bersahabat dengan mereka-mereka yang berbeza AQIDAH dan LATAR BELAKANG,
tqa jugak belajar untuk MUJAHADAH diri.

betapa susah dan kering iman,
jika diri tak kuat di huia.



iyelah..nak ambik wudhuk pun susah..sbb kena keluar bilik ke toilet...
tarbiyyah dzatiyah akn diuji setiap kali mahu qiammullail..
harus memberanikan diri ke toilet dalam suasana gelap dan sunyi,
dan terkadang ALLAH uji, bila terserempak dengan floormate yg sedang mabuk dan ade juga yang berpakaian sangat menjelekkan mata..

astagfirullah...
 terkadang, saat mahu membaca quran, atau mengangkat takbir,
terdengar jiran sebelah sedang menjerit-jerit dan berasmara.

memang HATI harus digagahi jua,
walau apa yang berlaku.

sering hati ini,
menangis..
dan mata senang melinangkan air mata tanpa henti..
masakan tidak,
jahiliyyah pekat diluar sana..
dan perkara mungkar dilihat didepan mata terang-terangan, sedang diri hanya mampu membisu dan menangis sendirian?

nah,
inilah cabaran di HUIA.

harus berani. tatkala lelaki2 asing mengetuk pintu bilik di malam hari..

mungkin mereka mabuk, mungkin tersalah bilik kerana mahu masuk bilik jiran disebelah..

semuanya memerlukan ketahanan diri yang KUAT.

inilah HUIA mengajar atiqah yang dulunya,  penakut dan lemah.

banyak kenangan di HUIA..
sungguh tqa rasa xtenang disini,tapi bila sudah di penghujung, rasa sedih pula..
sebab mungkin semua ini terlalu manis dan beharga..
kenangan-kenangan itu..hanya ALLAH yang tahu :)

ALLAH tak pernah menguji seorang hamba itu dengan hal yang sia-sia bukan?
tiap suatu yang berlaku dan dialami,
semuanya adalah yang terbaik buat diri HAMBA.

terkadang,
kita memijak duri sampai sakit luka berdarah,
rupanya,,,
bila kali kedua memijak duri,
dah kurang rasa SAKIT PEDIH itu,,,kan?
lalu.....masih mampu meneruskan langkahan dengan senyuman ketabahan.

terima kasih ALLAH untuk semua ini :)


MySpace

~menjenguk "rumah mayat" dari jendela baitul atiq~


Sunday, November 1, 2009

MINGGU EXAM UOA.





“Janganlah hendaknya kecintaan anda terhadap sesuatu itu membuatkan anda menjadi lupa dan kebencian anda terhadap sesuatu itu membuatkan anda menjadi hancur”-
~Saidina Umar Ibnul Khattab~

************

Minggu ini,
bermulalah minggu sibuk...
minggu berhempas pulas, memerah otak,
bermandi keringat..
minggu  detik-detik sukar sebentar DUNIA
= FINAL YEAR exam

selamat belajar semua.
jangan jadi robot sudah.

belajar-belajar juga.
ALLAH jangan lupa.

belajar-belajar juga,
AL QURAN jangan tinggal.
itu teman, itu bekalan.

belajar-belajar juga,
Qiam kena jaga.
itu kekuatan.

belajar-belajar juga,
senyum manis,
itu kebahagiaan.

selamat berusaha pelajar university of Auckland.

*********

Ingat ini:


“Sesungguhnya ALLAH tidak memandang kepada rupa parasmu dan harta kamu, tapi DIA memandang kepada hatimu dan amalan kamu”
-HR Muslim-

BELAJAR,
IKHLASKAN NIAT.
LURUSKAN NIAT.
TEGUHKAN TEKAD.
TAJAMKAN USAHA.

hasil...biarlah ALLAH dan URUSANNYA.

wallahu'alam.



Friday, October 30, 2009

BERITA MANIS dari ALLAH.




te ne nen, te ne nen, te ne nen...tik tik..
hp tqa berbunyi...
oowh..itu bunyi  mesej handphone :)

From syira:

SALAM. Mahukah anda menjadi housemate kepada seseorang yang comey? dan macho? dan juga pemakan yang berjaya?pejalan kaki yang terkenal di abad ini lagi gitu. anda berminat??

la la la la..

To Syira: saya berminat!!!

dan hati ini  tersenyum.

***********

alhamdulillah..
air mataku menitis..

akhirnya...
tqa sudah mendapat teman sebilik!
teman sebilik buat peneman HATI,
penguat jiwa,
pengubat sunyi..
terima kasih ALLAH kerana hadiahkan syira untuk tqa :)
 


***********




syira,
welcome to our new house...
AL-ANSAAR!!!

syira,
golongan ansaar itu...
adalah satu kelompok manusia yang suka menolong dan gembira menerima tetamu,
AL MUHAJIIRIN..

tqa + syira + kk + syaheed
we are living together next year..
in a small barakah house..
and we are..
we are proud to be a part of the pious, little AL ANSAAR..
ameen..


(p/s: syaheed, kk..setuju ye nama rumah kita nanti, al ANSAAR..jzkk :))



Dari Abu Hurairah Radliyallaahu ‘anhu bahwa Rasulullah Shallallaahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

“Orang mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dicintai Allah daripada orang mukmin yang lemah, dan masing-masing mempunyai kebaikan. Gemarlah kepada hal-hal yang berguna bagimu. Mintalah pertolongan kepada Allah dan janganlah menjadi lemah. Jika engkau ditimpa sesuatu, jangan berkata: "Seandainya aku berbuat begini, maka akan begini dan begitu". Tetapi katakanlah: Allah telah mentakdirkan dan terserah Allah dengan apa yang Dia perbuat. Sebab kata-kata "seandainya" adalah disebabkan syaitan.”
- Riwayat Muslim.-

Sunday, October 18, 2009

DIALOG DENGAN ALAM

SUMMER 2009
BUMI NEW ZEALAND


 



moga CAHAYA yang menyinar itu, 
secerah sinaran mentari HATI.
mentari ufuk "TIMUR" yang tak putus-putus menyuluh ke dada HATI.
moga-moga.
langkah bermula di sini.

-AL MUNTALAQ-


 

BIRU LANGIT tak SAMA DENGAN BIRU LAUT.
 walau biru itu satu warna,
tapi tetap berbeza TONA nya.
raikan perbezaan yang ada.


 

"Gunung" yang jauh, kita dekat-dekatkan...
biarlah KITA jauh,
tapi hakikat ilusi, 
kita adalah DEKAT.


 
ALHAMDULILLAH.
berjaya di satu fasa KEHIDUPAN.

***********

AUTUMN 2009

  

luruh sudah tembok "DAUN-DAUN" antara kita..
dedaunan yang menutup DALAMAN kita.
mengelirukan.

alhamdulillah...
yang kelihatan,
ASAS kita. CABANG kita.
RUPA nya KITA  adalah SAMA. 

*****************

WINTER 2009



 

sejuk suasana,
tidak MEMBEKUkan HATI kita, kan?
tidak membekukan SEMANGAT kita, kan?
kita masih "BERMAIN" ceria seperti biasa.




**************

SPRING 2009



semakin lama,
"KITA" makin INDAH..


 

kita makin BEWARNA ceria.
kita makin HARUM mewangi.
mengindahkan BUMI sini.


terus BERBUNGA ya!


*********

musim terus berlalu..
banyak sudah yang kita alami..

SUMMER makin DEKAT.
makin mula menghangatkan SUASANA.

terus KUAT jiwa.

*********


 

walau apa jua yang terjadi,
kita terus BERSATU hati.
terus sujud pada ILAHI.

*********
moga BERJAYA,
mencapai MISI tertinggi.
insyaALLAH.

                                                   Ingatlah di mana saja kamu berada..Kamu tetap memijak bumi Tuhan...Dan dibumbungi dengan langit Tuhan..Serta menikmati rezeki Tuhan..