Showing posts with label Pelajar. Show all posts
Showing posts with label Pelajar. Show all posts

Sunday, February 14, 2010

Esok final exam



BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM...

alhamdulillah, puji dan syukur pada ALLAH..kerana masih lagi ALLAH memberi kekuatan dan ketenangan buat tqa untuk menghadapi final exam summer semester ni. Course yang tqa ambil ni agak tough sebab summer course (COMPSCI 111) memang betul2 compress. subjek yang harus diambil untuk satu semster, hanya belajar dalam masa satu bulan. bayangkanlah...jadi untuk subjek ni, sangat banyak kelas dan lab...1-5pm kelas...masyaALLAH.

walaubagaimanapun,
alhamdulillah, semuanya berakhir dengan baik...dan esok final exam!

Sepanjang sebulan ni, sungguh BANYAK UJIAN yang MENGUJI IMAN dan SABAR. sungguh2 banyak..alhamdulillah, sudah berakhir waktu-waktu suram tu...dan semuanya sudah sampai pada penamatnya..insyaallah.

namun, hingga saat ini...ALLAH masih lagi menguji tqa, kerana adik2 juniors, ALLAH takdirkan juga datang ke auckland dalam minggu ni..masya ALLAH. Ada lebih kurang +70 juniors baru ke auckland..masyaallah.. MAKIN BANYAK STUDENTS MALAYSIA di NEW ZEALAND ni nampaknya. Makin banyak orang, makin besar tanggungjawab tqa di sini...astaghfirullah..moga dimudahkan ALLAH.

Dalam kekalutan menolong dan membantu adik2 di uni accoomodation mereka, bawa mereka keluar beli barang dan lain-lain...alhamdulillah..ALLAH masih memberi kekuatan pada tqa...untuk meneruskan perjuangan dan terus yakin pada pertolongan ALLAH. kerana apa kuat? kuat kerana makin dekat dengan ALLAH kan? makin lama bacaan quran, makin panjang doa...SUMBER KEKUATAN yang lebih BERKESAN dari makan, tidur dan berehat.. kan?

Tqa  sering menasihati diri sendiri, kerana tqa xmahu kedatangan mereka menjadikan urusan akhirat tqa terbantut...kedatangan mereka menjadi alasan untuk tqa tak melakukan kebaikan dan PAHALA..apatah lagi dengan study pada last minutes ni..segalanya tawakkal pada ALLAH..dan tqa yakin ALLAH akan bantu tqa dan sahabat2 seperjuangan tqa esok di medan peperiksaan. insyaallah.


“Sungguh, seandainya kalian bertawakkal kepada Allah dengan sebenar-benarnya, niscaya kalian akan diberi rizki sebagaimana burung-burung. Mereka berangkat pagi-pagi dalam keadaan lapar, dan pulang sore hari dalam keadaan kenyang.” (HR. Ahmad, At-Tirmidzi, Ibnu Majah, Al-Hakim)


tqa kagum...kagum amat dengan teman-teman akhwat yang sabar dan banyak bekorban. kagum..tentu besar mujahadah mereka, dan tentu sekali tinggi martabat mereka di sisi ALLAH. mereka sanggup mengorbankan masa peribadi, masa rehat dan masa study untuk urusan agama ALLAH, untuk membantu juniors. memasak, menunjuk jalan dan sebagainya...ALLAHUAKBAR..

bidadari2 syurga di sana sini...itulah mereka..team summer sisters!
tqa sayang mereka lillahi taala. teman dunia, teman akhirat.
AUCKLAND BUMI TARBIYYAH YANG BEST!!!!



Dan barangsiapa bertaqwa kepada Allah, niscaya Dia akan jadikan baginya jalan keluar dan memberi rizqi dari arah yang tiada ia sangka-sangka, dan barangsiapa bertawakkal kepada Allah, maka Dia itu cukup baginya.” (Ath Tholaq: 2-3)

Monday, October 26, 2009

a serious case


This is a serious case...
procrastination is a thief of time.

This is a simple case...
success is a journey, not a destination.


 


Saturday, October 17, 2009

usah mengeluh si jiwa LEMAH.


MASA..
andai dapat diputarkan kembali....
tentu gembira HATI si anak ADAM.

tapi, malangnya...
masa yang BERLALU..
terus BERLALU.

masa yang telah PERGI..
terus PERGI.
takkan pernah menjengah lagi.

apa yang telah kau BUAT??
bermanfaatkah?
atau sia-sia?

jangan mengeluh si JIWA lemah.




Di MANA masa kau habiskan?
di meja makan?
dengan makan tanpa henti.
dengan makan sesuka hati.

di meja tulis?
belajar tanpa HENTI.
seolah-olah buku "sihir" itu kiblatmu?
adaKah hidupmu untuk BELAJAR semata??
atau TUHAN menjadikan HIDUPmu sebagai FULL TIME STUDENT?!!

Di atas katil?
waahh..hidup untuk tidur?
tidur sepuas nafsumu..
lewat solat, tinggal solat, JAMA' solat??!!
TAHAJUD BAGAIMANA?
QIAM BAGAIMANA?

astagfirullah..
jangan mengeluh si jiwa lemah!




lihat pada dia,
sujud di mana-mana..
tika semua manusia di TANAH itu,
mungkin sibuk dengan  urusan lainnya,
die terus SUJUD.
sujud hina seorang HAMBA.




Lihat mereka ini..
tanpa mengira CUACA dan SUASANA,
terus sujud.
syukur pada yang KUASA..
ALLAHU AKBAR!

 

jika
mahu beriman.

BERIMAN BERSUNGGUH-SUNGGUH.

beriman pada ALLAH,
adalah pada setiap detik nafas.

beriman pada alquran,
adalah pada setiap detik masa.

bukan beriman,
di Masa LAPANG sahaja.

jika sibuk,
waah..menjadi manusia TIDAK bertuhan!


bukan beriman,
di MASA SUSAH sahaja.

bukan
di MASA SUNYI sahaja.

bukan di masa SAKIT sahaja.

tapi beriman itu..
dalam apa jua KETIKA.
apa jua MASA.

jangan mengeluh si jiwa lemah!