Showing posts with label MUHASABAH. Show all posts
Showing posts with label MUHASABAH. Show all posts

Sunday, October 3, 2010

HATI-HATI

hati-hati menjaga hati
memang kena hati-hati

hatu-hati menjaga hati sendiri
hati-hati menjaga hati manusia lain
semuanya kena hati-hati
kerana para malaikat sangat berhati-hati mencatat amalan dan lintasan hati
sangat hati-hati

ALLAH juga sangat hati-hati menghitung amal hisab
semuanya hati-hati
jadi, berhati-hatilah.


bukan sekadar menjaga hati,
harus hati-hati..
tapi dalam semua perkara..

oh, berhati-hatilah dalam membuat assignment!!

ouch, ESOL 211- kena penuh hati-hati.

hmmm.

Friday, October 1, 2010

ber-DI-KA-RI

berdikari.
berdiri dengan kaki sendiri.

tak perlu harapkan pada sesiapa.
siapa-siapa.

berdirilah dengan kaki sendiri.

berdirilah...
bangun... berdiri.

Thursday, September 30, 2010

Jiwa Lawwamah

Wahai Jiwa Lawwamah,
Jiwa yang selalu menyesali diri sendiri,
Jiwa yang selalu menzalimi dirinya sendiri,
Jiwa yang selalu berkeluh kesah,
Jiwa yang gelisah,
Jiwa yang bermuram,
Jiwa yang tidak pernah tenang..


Wahai Jiwa Lawwamah,
Bagaimana kamu mampu tenang..
Bila kamu masih memikirkan urusan-urusan dunia kamu,
Bila kamu masih lagi memikirkan masalah, persoalan yang penuh ketidak pastian..


sedang mati itu PASTI.
sedang akhirat itu juga PASTI.

maka kejarlah sesuatu yang yang PASTI itu,
duhai jiwa lawwamah...


..........


Sampai bila kamu harus begini..
Sampai bila harus dalam penyesalan begini..
Bangkitlah..
Lembutkan hatimu..
Basahkan lidahmu..
Moga kamu temui jiwa MUTMAINNAH itu..
Insyallah..


Sunday, September 12, 2010

MASA-MASA kritikal seorang PEREMPUAN.



Sungguh perempuan ini ALLAH uji dengan perasaan,
lagi-lagi ketika masa-masa kritikal,
MOOD SWING.

sebulan sekali.
rasa stress, sedih, dan lemah.
letih, mudah pening.
ada ke siapa-siapa yang faham?

mak cakap,
kalau mengandung lagi moody.
alamak..
kalau sekarang tak mengandung pun dah sukar kawal diri,
rasa sedih melampau2,
nnt mengandung bagaimana agaknya ye?

orang lain pun rasa begini ke?
or im the only one is this world yang ada problem mood tak stabil ni?

apapun yang ALLAH bagi pada perempuan,
semua tu yang terbaik..
nampak macam buruk kan?
tapi hanya ALLAH tahu hikmahnya..
saya sendiri tak tahu, sbb ilmu manusia ni cetek sungguh.
tak terjangkau dek benda yang luas dan panjang.

kalau orang tanya,
apa yang saya buat bila masa-masa kritikal ni?

saya akan jawab..
YANG PERTAMA,
ingat ALLAH dengan zikir dan istighfar,
kalau malas sangat pun..
dengarlah ayat2 alquran pada laptop ke ipod..
or lagu2 nasyid yang lembut..
yang boleh tenangkan jiwa..

saya suke dengar lagu 99 GLORIFIED names of ALLAH.
kadang2 tu saya dengar selawat syifa' or selawat burdah,
dan macam2 lagi benda yang boleh ingatkan saya pada ALLAH.

YANG KEDUA,
Baca alquran or perhati maknanya..
tengoklah cerita2 perempuan dalam surah2 yang banyak berkaitan dengan wanita,
cthnya surah AN-NISA' dan surah MARYAM.
banyak cerita yang best =p

YANG KETIGA,
menangis if rasa lemas sangat.
sbb dengan menangis akan rasa kuat balik.

YANG KEEMPAT,
contact orang-orang tersayang supaya diri rasa disayangi dan dihargai =p
(perlu ke? bagi saya sangat perlu)
biasalah kan, bila kita "sakit" ni,
kadang manje melampau2,
kadang nakkan perhatian..
LUMRAH ORANG SAKIT.. layanlah...!

bila contact orang,
diri akan rasa kurang lemas sangat..
sebab ade orang tolong tarik dari terus lemas..
penyelamat berwibawa banyak je depan mata kita..
sharelah masalah kita ini dengan orang..
jangan di simpan-simpan..
nanti MELETUP pulak.


YANG KELIMA,
tenangkan jiwa buat seketika dari kesibukan dunia mcm assignment yang melampau2 banyaknya.
(refer to assignment 301 yang due SELASA ni)

keluar jalan-jalan...tengok langit, tengok laut,tengok wajah2 an perangai2 manusia lain..

kalau saya,
saya suke ajak adik saya keluar makan ( hehe, makan ayam CFC kat queen st or makan kat angies kitchen)
adik yang selalu menjadi mangsa saya adalah adik I, adik B, adik A =)
(kesian adik2 tu, kena layan saya)
tapi ALLAH je yang tahu betapa jasa mereka besar untuk saya maintainkan iman, fuhh!

saya malas jogging,
tapi orang cakap,
bagus bersenam ni =p
so,
saya hanya suke berjalan kaki,
merayau2 buat seketika hingga saya rasa tenang..
(dalam 10-30 minit cukuplah, jangan lama2, nnt stress pula masa yang terbuang, dan assignment tak siap!)

saya juga suke keluar kat balkoni rumah saya,
dari balkoni rumah,
saya boleh nampak laut auckland,
burung2 yang terbang dengan sangat riang gembira (best nye kalau saya ada sayap, berangan!)
pulau rangitoto..
langit yang cantik..
pernah sekali tu,
ALLAH hadiahkan saya PELANGI yang cantik antara 2 banggunan. subhanaALLAH!

Ada orang pernah cakap kat saya,
kita akan tenang bila kita dekat dengan alam..
sebab alam ni makhluk ALLAH yang sangat soleh/ solehah..
yang selalu berzikir..
so bila kita bersama dengan makhluk yang selalu berzikir,
jiwa kita insyaallah tenang..

ps: nasihat saya untuk diri saya juga buat teman2 di luar sana, jangan terlalu di ikutkan sangat perasaan. cubalah kawal dan cari solusi terbaik untuk diri masing2. sebab masalah tu tetap ada, cuma segalaya depends kat diri kita.. kalau kita bijak cari penyelesaian, kita akan reda sikit.. insyaallah.

moga berjaya melalui masa-masa kritikal anda.

anda akan SIHAT dan CERIA dengan CARA ISLAM.

insyaallah =p

SELAMAT BERUSAHA!

Saturday, September 11, 2010

straight or crooked...i dont care!

it seems that people usually travel in straight lines but my story has many twists and turns, ups and downs. thus i believe, sometimes God writes straight with crooked lines. Appreciate life, no matter its straight or crooked =)




ALLAHUMMA YASSER WALA TU'ASSIR
WA ATMIM BIL KHAIR...

There is some losing part deep in my heart.
I treasured. i found the problem.
But pity me..
I cant do nothing.
Coz what?
The solution lies in the others.

Does Allah hate me?
Maybe. 
coz im not good though.
Useless.


What can i do?
Waiting and waiting again..
For so many years..
Nothing change.
Stay the same.
Life full of miseries.
Until i die.


But should i blame anyone?
No, i shouldnt.
Thats y i said..
Appreciate life.
Accept life.
You cant control your life.
Coz Allah knows best.
Coz Allah is the best planner.


hope i am strong enough.
for years later.
if i am still alive.
insyaallah.

hope i cant be like abiina ibrahim,
khalilul rahman..
yang sentiasa redha dengan ALLAH,
lalu ALLAH redha juga dengan dirinya..

" kata seorang kakak" :

Allahuakbar, betapa teguhnya Abiina Ibrahim menyandang tugas menyampaikan risalah Ilahi. Keseorangan, kesepian, ketiadaan teman...
Namun semuanya dilalui dengan menjadikan hanya Allah sebagai Peneman!

AMEEN..AMEEN, AMEEN ;(











                  With my sweet hearts @ huia open house. may ALLAH helps me and them going                                through                                                                  this path of life BRAVELY!



Saturday, September 4, 2010

P.E. L.U.A.N.G kamu punya KUNCI nya.

Pernah tak suatu masa kamu rasa apa yang kamu buat segalanya turn the other way around?

Pernah tak di satu masa.. kamu rasa semua benda yang kamu buat.. jadi havoc dan tak kena?

Pernah tak di satu masa, kamu rasa semua orang benci kamu?

Pernah tak kamu rasa.. segala yang kamu buat adalah SALAH?

Pernah tak kamu rasa diri kamu teruk sangat dan tak prnah berubah sedikitpun dari dulu?

Pernah tak kamu rasa.. yang kamu tak suka diri kamu dan keadaan teruk kamu sekarang ini?

Dan kamu tak tahu bagaimana nak membaiki salah tersebut...
 nak menyembuhkan hati kamu sendiri dan beri kamu kekuatan utuk mencuba dan berani berhadapan dengan masalah lagi?

Ini konflik diri biasa..
yang semua orang dalam seumur hidupnya akan merasakan benda yang sama.
mungkin sekali, mungkin berkali2.
kerana hakikatnya..
SETIAP ORANG ALLAH CIPTAKAN MASALAH UNTUKNYA.

itulah RASA.
Ujian PERASAAN.
musibah PERASAAN bila berhadapan dengan masalah.


walau bagaimana pun yang kamu rasa..
kamu harus tenang berhadapan dengan perkara tu.
teruskan langkahan kamu,
maju ke depan.

usah difikirkan masalah yang tak selesai..
usah difikirkan perasaan kecewa berkali2 dengan diri sendiri,
usah dihiraukan pada mereka dan keadaan BERKECAMUK pada masa tu.
tenang..

kemudian,
teruskan kerja kamu, ibadah dan khalifah.
teruskan mencari kenikmatan beribadah pada ALLAH..
dan teruskanlah mencari kemanisan melakukan kerja khalifah kamu.


iya, kamu mungkin salah.
dan akan selalu buat salah dalam kehidupan ini.
manusia takkan pernah sempurna.
tapi kamu tahu tak..
apa kunci yang kamu ada?

P.E.L.U.A.N.G.

andai manusia tak mampu memberi kamu peluang,
ingatlah selalu yang KAMU.. KAMU.. KAMU..

kamu yang harus MEMBERI PELUANG pada dirimu sendiri..
dan yakinlah bahawa ALLAH SENTIASA MEMBERI KAMU PELUANG berkali-kali,
andai kamu masih xlupa menyesali kesalahan..
andai kamu masih tak lupa bertaubat padanya..

ALLAH selalu sayang kamu,
selagi kamu sayang ALLAH.

kamu redha pada ALLAH, dan ALLAH juga redha dengan kamu.
subhanaALLAH.




Seorang hamba yang paling kuat di kalangan manusia ialah dia yang merasa lemah di sisi Allah. Ketika itu ujian walau bagaimana berat sekalipun akan mampu dihadapi kerana merasakan Allah akan membantunya. Inilah rasa yang dialami oleh Rasulullah SAW yang menenteramkan kebimbangan Sayidina Abu Bakar ketika bersembunyi di gua Thaur dengan katanya, “la tahzan innallaha maana – jangan takut, sesungguhnya Allah bersama kita!”


 “Dialah Tuhan yang menurunkan ketenangan ke dalam hati orang yang beriman, supaya keimanan mereka makin bertambah daripada keimanan yang telah ada. Kepunyaan Allah tentang langit dan bumi, dan Allah itu Maha Tahu dan Bijaksana.” Al Fathu 4.

Tuesday, August 31, 2010

Muhasabah hati





Jika Allah menyentuhkan sesuatu kemudaratan kepadamu, maka tidak ada yang dapat menghilangkannya kecuali Dia. Dan jika Allah menghendaki kebaikan bagi kamu, maka tak ada yang dapat menolak karunia-Nya. Dia memberikan kebaikan itu kepada siapa yang dikehendaki-Nya di antara hamba-hamba-Nya dan Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.(Yunus ayat 107)


Sentuhan Allah dalam kepahitan Itu merupakan sentuhan rahmat, bukan benci, tapi supaya kita sedar atas kurang taatnya kepada Allah. 


Jika suatu kejadian menjadikan hati kita kembali kepada Allah, maka kita yang akan mendapat berbagai fadhilat, seperti bergugurannya dosa yang selama ini tidak tertebus.
Ketenangan batin menghadapi ujian bukanlah sesuatu yang murah. 
Ujian itu mungkin mampu menjadi jalan untuk menjadi orang yang haqqul yaqin kepada Allah.
Jauhi su u zun dengan ALLAH.
BERSIHKAN HATI.

Monday, August 30, 2010

looking into a mirror

I'm Starting With The woman In
The Mirror,

I'm Asking Her To Change
Her Ways

If she wanna Make The
World A Better Place

Take A Look At herself And
Then Make The Change

she Gotta Get It Right, 
While she Got The Time


(ubah lirik lagu Michael Jackson, hehe)


masa mengubah diri.


.........


Adik ira cakap, 
aku ni emotionally unstable. selalu begini. fragile. mudah menangis.


bila emosi xstabil,
aku tend untuk diam diri..dan lari dari "rumah"
pergi cari tempat untuk aku tafakkur dan beruzlah seorang diri.
tenangkan hati.


Adik ira cakap,
kalau aku tak pandai nak kawal emosi bila aku unstable,
benda ni akan menyusahkan hidup aku.
aku buat orang risau.


aku bukan jenis pemarah.
aku bukan jenis panas baran.
cuma aku, diam jika aku sedih dan jadi amat sensitif.
itu sahaja.




Adik ira cakap,
kalau aku nak buat sesuatu, 
aku kena fikir consequences.


Adik ira cakap,
orang yang paling sesuai hidup dengan aku 
ialah orang yang amat2 penyayang dan prihatin.
yang amat2 menyayangi aku, memahami dan 
menerima aku seadanya.


ada ke orang seumpama ini?
aku tak jumpa lagi hingga kini.




aku yang harus mengubah diri.
cuba lagi.











Akhawat Ramadhan




Sibuk..
Sibuk...
akhawat ketika Ramadhan kan?

Ini baru akhwat single..
Cuma perlu tunaikan hak pada keluarga, akhwat sekeliling dan muslim sekita..
belum lagi akhwat berkahwin..
ada anak2 lagi.. keluarga suami lagi, keluarga isteri lagi.


Akhawat Ramadhan..
Kamu kena kuat sikit..
Sekarang dah hari ke-20..
tadarus kamu macammana?
qiam kamu konsisten ngak?
zikr? selawat?

akhwat Ramadhan,..
kamu akhawat..
sedar sikit. kamu akhawat.
harus lebih amal soleh berbanding yang lain.

kamu akhawat.
harus pandai bahagikan masa.

kamu akhawat.
harus sedikit tidur.

kamu akhawat..
kamu tahu tak hadis ni akhawat?

Dari hadis Simak bin Harb katanya; aku berkata kepada Jabir bin Samurah; 


"Mungkin anda pernah duduk-duduk bersama Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam? Dia menjawab; "Ya, dan itu banyak kesempatan, Beliau shallallahu 'alaihi wasallam tidak pernah beranjak dari tempat shalatnya ketika subuh atau pagi hari hingga matahari terbit, jika matahari terbit, maka beliau beranjak pergi. Para sahabat seringkali bercerita-cerita dan berkisah-kisah semasa jahiliyahnya, lantas mereka pun tertawa, namun beliau hanya tersenyum." (hadis muslim)


buruk sangat kalau akhawat tidur selepas subuh.


AKHAWAT OH AKHAWAT!



Saturday, August 28, 2010

Cita-cita sederhanaku





"Semoga Allah memberikan kemantapan hati jika cita-cita aku ini bukan sesuatu yang salah, menjadikannya tidak sebatas pada keinginan, tetapi juga keperluan. Semoga Allah memperkenankan cita-cita sederhana ku ini menjadi nyata, meredhainya dan menjadikannya jalan terbaik yang dipilihNya untuk diriku yang lemah lagi hina, serta moga ALLAH memberi kemudahan bagi aku untuk melalui aral-melintangnya."


Pasti..!

Siapa pun punya cita-cita dalam kehidupan ini kan?

Aku terkadang berbicara halus mengadu pada ALLAH..

"Mengapa jalan yang aku lalui untuk mendapatkan cita-citaku itu jalan yang amat SUKAR?"

"Mengapa perlu ada sekian rintihan jiwa dan bertan-tan air mata?"

CEMBURU AKU.


ya, aku terkadang cemburu pada insan lain.

MEREKA BAHAGIA. SUNGGUH BAHAGIA.


tapi sejauh mana aku yakin akan itu?

Entah, Aku TAK PASTI.

aku..
hanya melihat dari kata mata orang luar..
yang melihat mereka senyum. ketawa, gembira..suka.. bersama-sama.

Namun, ALLAH lebih tahu.
bahagia atau tidaknya mereka.

...............


ya,
sungguh aku hamba lemah jiwa.

ini diriku.
hamba yang selalu merintih lemah.

aku rindu PERTOLONGAN ALLAH.

kerana sungguh,
saat ini aku sesat tak jumpa jalan keluar.

aku semput nafas teramat-amat.
tersekat-sekat tangisku.

ALLAH nampak.. ALLAH tahu.. ALLAH dengar..

Tapi ALLAH masih membiarkan aku sendiri.
Tapi ALLAH masih membiarkan aku terkapai-kapai hingga kini.

ya,
masih kurang..
masih kurang redha pada takdir ILAHI,
sedangkan itulah yang terbaik buat diriku.

ya,
aku masih kurang..
Aku masih kurang perhatian dan cinta ALLAH.

tentu sekali.
kerana aku sering lalai memberi perhatian dan cinta pada ALLAH.

tentu sekali.
tentu sekali.

kerana aku masih lemah berhubungan dengan manusia.

tentu sekali.
kerana aku masih tempang disana sini.

dan aku tahu,
AKU HINA.
HAMBA HINA.


namun,
aku takkan berhenti berharap dan mencuba.

cuba membaiki keadaan diriku.
cuba mencari penyelesaian.

yang penting..
yang harus ada pada aku saat ini.

adalah..

S.A.B.A.R.


.............


aku mahu pergi..
mahu lari ke tempat jauh....

tapi..
aku masih punya tanggungjawab dengan kehidupan ini.

mereka di sana. mereka yang ku rindui dan ku cintai di tanah sana..
sedang menunggu aku.

aku harus kuat.
kerana kekuatan aku..
SUMBER KEBAHAGIAAN mereka.

AKU,
SUMBER MUJAHADAH MEREKA.

aku harus kuat kerana ALLAH,
dan aku harus KUAT kerana aku menyayangi mereka..
kerana ALLAH minta aku sayang pada mereka..

aku HARUS.

cita-cita ku......
masih jauh.......

doakan aku, teman!
moga aku cepat sembuh.

aku sendiri.

SENDIRI MENYEPI.






 (Andai aku mampu terus sujud tak bangun..... andai aku mampu menggapai bahagia itu..andai aku MAMPU...)






Terlalu banyak yang dirisaukan, rezeki, usia, jodoh... sementara semua sudah tertulis bahkan sebelum dilahirkan... :) Betapa hidup dipenuhi dengan godaan... Alangkah baiknya bila berhasil menjadi hambaNya yg senantiasa berserah diri.. ~ "Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah kamu bersedih hati, padahal kamulah orang2 yang paling tinggi (derajatnya), jika kamu orang-orang yang beriman." (QS.3:139) -  adikku, NADIA KARINA HAKMAN-



Siapapun paham bahwa tawa menandakan kebahagiaan, tapi menikmati tangis adalah kemewahan yang tidak dirasakan oleh sembarangan manusia; beruntunglah jiwa-jiwa yang menyadarinya. - -Adikku, BEZIE.

"Demi Allah, kalau kalian mengetahui apa yang aku ketahui, niscaya kalian akan sedikit bersenang-senang dan banyak menangis, dan kalian juga tidak akan bersenang-senang terus di atas ranjang dengan istri kalian, lalu kalian akan keluar menuju ke pegunungan (tempat menyepi) untuk beribadah kepada Allah" Abu Dzar berkata, "Sampai-sampai aku menginginkan kalau diriku hanyalah pohon yang tumbang."(HR Tirmidzi dan Ibnu Majah)




Bangun, tqa!!!!!!
Bangun.....

Kejar cita-citamu..
Yakin.. 
kamu BOLEH! 

Allah BERSAMA kamu!



Tuesday, March 2, 2010

termenung




“Aku adalah pengejar syurga akhirat,bagiku dunia ini adalah tempat mempersiapkan segala sesuatu untuk meraih syurga akhirat,aku yakin bahawa syurga akhirat tidak akan pernah dapat aku raih kecuali aku boleh menikmati syurga dunia terlebih dahulu.Maka rumah dan keluargaku adalah syurga dunia paling indah buatku. Tempat kerja syurga dunia harianku. Tetangga, masyarakat,dan bangsa adalah syurga duniaku yang lebih luas.Ke manapun dan sampai bila-bila pun syurgaku selalu bersamaku...”
(Ustaz Asri Rabbani)

Monday, January 11, 2010

adakah harus menanti atau mencari?



Sahabat, Hidayah itu harus dicari dan dipelihara...
bukan ditunggu atau dibiarkan terbengkalai..

Selalu ada seribu alasan untuk menunda ibadah kepada Allah SWT.

Boleh juga dikatakan, selalu ada seribu alasan untuk menghindar dari perubahan menjadi lebih baik.
Hal itu lebih tepat untuk menggambarkan sebahagian orang yang jika diajak kepada kebaikan kemudian menjawab “Belum sedia” "Belum mampu" atau “Belum mendapat hidayah” atau “tunggu saja lah” .. 
Semoga kita bukan salah satunya…

Hidayah itu perlu dicari dan dikejar, sahabat.. 
bukan ditunggu seperti menunggu datangnya hujan di musim summer atau menanti FREE bus di Auckland city.

Dan jika kita merasa sudah mencari, cubalah kita introspeksi diri terlebih dahulu, benarkah kita sudah membuka hati dan berjuang untuk meraih hidayah dan petunjukNya..?

Ibarat kata, bagaimana hidayah mahu datang kalau  setiap hari asyik dengan youtube, korean drama, japanese drama, Game, Majalah Hiburan,manga, shopping, sementara Al- Qur’an, Hadis, dan buku – buku Islami hanya mendapat kerlingan dan senyuman HAMBAR  – 

Bagaimana ingin ‘beranjak’ jika kawan yang didekati pun membawa kita pada arah yang berlawanan, sementara saudara seperjuangan yang soleh solehah menunggu dengan tangan terbuka penuh keikhlasan…
TAPI KITA MENEPIS TANGAN ATAU MEMBALAS DENGAN PANDANGAN TAJAM PENUH BENCI.


Bagaimana mahu mempersiapkan diri kalau diri sendiri memang tak bergerak untuk mempersiapkan?

Rasulullah SAW mengingatkan kita,

"Sesungguhnya iman dalam hati salah seorang kamu akan usang dan lusuh seperti mana usang dan lusuhnya pakaian. Oleh itu , mohonlah kepada Allah agar Dia memperbaharui iman dalam hatimu". (HR. At – Tabarani)

Yaamuqollibal Quluub.. Tsabbit Qalbii ‘alaa thaa ‘atika wa diinika
“Wahai Dzat yang membolak-balikan hati, tetapkanlah hatiku dalam ketaatan kepadaMu dan agama –Mu”

"Hannad menceritakan kepada kami, Abu Muawiyah menceritakan kepada kami, dari Al A'masy, dari Abu Sufyan, dan dari Anas, ia berkata, "Rasulullah memperbanyak bacaan "Wahai Dzat yang membolak-balikan hati, tetapkanlah hati kami dalam agamamu" (Yaa Muqollibal quluubi Tsabbit Qalbii 'Alaa Diinik). Aku berkata, "Wahai Rasulullah, kami beriman kepadamu dan beriman terhadap ajaran yang engkau bawa. Apakah engakau khawatir terhadap kami?" Beliau menjawab, "Ya, sesungguhnya hati itu berada diantara dua jari Allah. Allah akan membolak-balikan sesuka-Nya."(HR. Ibnu Majah)..

Astaghfirullah Astaghfirullah Astaghfirullah...

Sahabat, semoga kita selalu MUHASABAH, adakah harus menanti atau mencari?

faqir ila ALLAH,
atiqah.

Sunday, January 10, 2010

ENGKAU TERTIPU dengan MASA

Barang siapa yang membunuh masanya, sesungguhnya sama saja dengan membunuh dirinya sendiri, kerana waktu adalah kehidupan itu sendiri. (ISHAB, 1938)


summer school sudah bermula minggu lepas...tapi kenapa dada terasa begitu sesak? terasa seperti tidak cukup dengan hanya 24 jam masa sehari..nah, lantas berkurang amal untuk ALLAH..lantas menipis masa kasih bersama ALLAH.. lantas kelu bibir bercanda dengan akhwats/ sisters.

bila dihitung,
produktiviti diri makin berkurang...astaghfirullah.
keluarlah dunia...keluarlah dari kepompong diri ini.
mungkin saja ada benarnya,
kerana lebih banyak utamakan hal lain, maka hal ALLAH kuranglah.
kerana lebih banyak zikir dunia, zikir cinta, zikir study maka kuranglah zikir ALLAH..
kerana lebih banyak menghabiskan masa dengan dia, maka kuranglah masa untuk ALLAH.
nah...engkau TERTIPU duhai atiqah.

astaghfirullah..
waku up my dear young MUSLIMAH~

masih ada masa sekarang,GUNAKALAH IA untuk ALLAH, kembali kepada ALLAH.

-FAQIR ILA ALLAH-

Sunday, December 27, 2009

BERUBAHLAH UNTUK MENGUBAH.



Berubahlah untuk mengubah.


....................


"Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kepada Allah. Dan setiap orang hendaklah memikirkan apakah yang telah disediakan untuk hari esok (Akhirat), bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui segala apa yang dilakukan kamu"
(Al-Hasyr 59: 18)

.....................

"Dan janganlah kamu jadi seperti orang-orang yang telah lupakan Allah dan Allah jadikan mereka lupakan diri mereka sendiri. Merekalah orang-orang yang fasiq."
(Al-Hasyr 59: 19)
.............
قالَ رَسُولُ الله : اِنَّ اللهَ اِذَا أحَبَّ قوْمًا ابْتلاهمْ فمَنْ رَضِيَ فلهُ الرِّضَا ومَنْ سُخِط فلَهُ السُّخُط
Nabi s.a.w bersabda: 

“Bahawasanya  bilamana Allah mengasihi sesuatu kaum, maka akan ditimpakan ujian ke atas mereka. Barang sesiapa redha (akan ujian) maka baginya keredhaan Allah, dan barang siapa benci (putus asa) maka baginya jua kebencian Allah (daripada memandang)” (al-Hadith)..

......

Tqa,
andai tak mahu mengubah dirimu kearah yang lebih baik,
bagaimana MAHU MENGUBAH SUASANA DAN MANUSIA?

Tqa,
andai tak mampu MENGUATKAN DIRI,
bagaimana mahu menguatkan yang lain??


jangan berangan la tqa!
kalau tqa manja dan lemah pada diri.


susah sikit, tinggalkan.
penat sikit, buat kerja lain.
lambat sikit, matikan.



oitt,
jiwa besarlah.

jambatan nak ke syurga payah begini, tahu????


astaghfirullahal 'azimmm.


"Tidaklah sama penghuni-penghuni neraka dengan penghuni-penghuni syurga. Penghuni-penghuni syurga itulah orang-orang yang beruntung."
(Al-Hasyr 59: 20)

Saturday, December 26, 2009

liLlaah, bukan, dan belum



seringkali kita menunda kebaikan
atas alasan hati
yang merasa BELUM "liLlaah"

tapi tanpa sadar
ternyata penundaan kita
juga BUKAN "liLlaah"
jika yang satu "belum"
dan yang satu "bukan"
alangkah indah memilih bertindak bersama "belum"
karena jauh lebih mudah
membawa BELUM kepada SUDAH
daripada mengubah BUKAN
menjadi YA

dan karena Allah berjanji menolong mereka yang belum
"orang-orang yang berpayah untuk menjalankan perintah",
begitu firmanNya
"pasti Kami tunjukkan pada mereka jalan-jalan hidayah"

di sinilah nalar iman itu;
kerjakan apa yang kita telah mampu
dan Allah yang akan menolong kita
pada hal-hal yang tak kita mampu

yang berada dalam kuasa kita
adalah hal-hal yang lahir sifatnya
sedangkan hati adalah milikNya
maka alangkah tulus dan jujur
sang Rasul yang berkata tentang isteri-isterinya
"inilah pembagianku atas apa yang kukuasai
maka janganlah engkau hardik aku ya Allah,
tentang hatiku yang adalah kuasaMu"

dari sini kita tahu
ada saatnya
tugas seorang hamba adalah berbuat
dan usahlah hirau akan sang hati
yang berada dalam genggamanNya
dan firman Allah itupun terasa indah;
"berangkatlah dalam keadaan ringan ataupun berat"

-Salim A. Fillah-

Friday, December 25, 2009

berlari, tanpa henti



berbahagialah insan sejati
yang berlari
dari gelap menuju cahaya
dari dosa menuju pahala
dari hawa menuju cinta
dari yang keji menuju yang suci
dari murka menuju ridhaNya
***
berbahagialah yang tahu
bahwa tak cukup hanya berjalan
ia harus berlari
seperti panggilanNya:
“maka berlarilah menuju Allah”
***
maka jika kuulurkan tangan
adakah sambutan
“mari kita berlari
meski jalannya mendaki
tapi di puncak sana menanti
surgaNya tak bertepi!”

***
-salim a. fillah-

Wednesday, December 23, 2009

aku hanya HAMBA.


PERNAH kah kamu melakukan kesalahan?
kesalahan yang kamu sedari? atau yang tak pernah kamu sedari?
pernahkah?

pernahkah sahabat kamu berkecil hati dengan kamu?
berkecil hati dengan kata-kata kamu?
berkecil hati dengan mimik muka kamu?
dengan perlakuan kamu?
dengan tulisan kamu?
tulisan di ym? facebook? email? atau blog?
pernahkah?

tepuk dada, jawablah pada hati.
HATI MASING-MASING.

pernahkah kamu memohon taubat pada ALLAH..
PERNAHKAH kamu meminta maaf pada sahabat kamu?
pernahkah kamu berjanji pada dia dan ALLAH bahawa kamu takkan ulangi kesalahan kamu?
namun adakah kamu mengulangi kesalahan sama?
naahh..tumbuklah dada.

kesalahan pada ALLAH...
KAMU ULANG-ULANGI..

itu tabiat kamu kan??
wahai manusia?
sampailah kamu taubat nasuha.

jadi..
mana mungkin kamu akui yang kamu tak pernah lakukan kesalahan pada manusia??
mana mungkin!!
jika dengan ALLAH saja mungkin..BOHONGlah jika tak dengan manusia.
sebaik-baik kamu pun, kamu bukan maksum.
ingat tu!

RASULALLAH saw yang MAKSUM..
selalu meyakinkan KITA bahawa ALLAH itu pengampun..
baca baik-baik..."PENGAMPUN!"

ingat kan kisah perempuan penzina yang ALLAH telah ampunkan dosanya kerana dia berterus terang dengan RASULALLAH dan menerima hukuman rejam. ingat kan???

ingat kah kisah KAAB BIN MALIK yang beralasan untuk tidak keluar ke medan perang, lalu satu madinah memboikot beliau dan 3 orang lagi sahabat? lantas kerana mereka menyatakan kejujuran dan kekesalan taubat mereka, maka ALLAH ampunkan lalu hapuskan perintah pengasingan itu. ingat kan?

maka..
pantaskah kamu berterus terang dengan ALLAH akan dosa-dosa kamu?
dan bertaubat agar ALLAH mensucikan diri kamu agar putih bersih?

RASULALLAH yang MAKSUM juga..
memaafkan dosa-dosa umatnya..
tak pernah baginda berdendam dan menyalakan atau menyemarakkan api permusuhan.
tak pernah.

hilangkan syak wasangka sesama manusia..
ingat kah kamu?
RASULLALLAH SAW bersabda bahawa:
"serendah-rendah tahapan ukhuwwah adalah BERLAPANG DADA sesama manusia" 

naah..pasti kamu berkata begini..
"Bagaimana tu nak berlapang dada? die dah OVER!!!"
ingatlah...
yang bilamana kamu merasakan seseorang BERSALAH padamu..
PUJUKLAH hati masing-masing dengan berkata 

"dia juga manusia, dan aku juga manusia"

"hari ini dia melakukan kesalahan ini.. 
mungkin juga aku pernah melakukan kesalahan sama pada dia atau pada orang lain..jadi ALLAH nak mendidik aku dan dia bersama-sama..kan ALLAH xjadikan sesuatu itu sia-sia..apa yang buruk bagi aku..mungkin itulah yang BAIK bagi ALLAH..ALLAH tahu sedang aku tak tahu kan??"

"arrhh...mungkin saja dia tak sedar akan kesalahannya..jadi apa guna aku membisu dan bersedih seorang diri..lebih baik berterus terang saja..BUANG YANG KERUH AMBIL YANG JERNIH".

"jangan MERAJUK...hati cekal la sikit..huhu..ingat kan hadis RASULLAH SAW yang lebih kurang gini ..."orang yang merajuk selama 3 hari kerana nafsu, maka tak akan dapat cium bau syurga.." astaghfirullah...."



mood: sedih.

Tuesday, November 17, 2009

NERACA APA YANG AKU GUNA?


<<...perlu ke???..TAK PERLU...>>>


Allahu'alam...
di sisi Allah itu yg lebih penting
mengapa kita nak banding diri dgn org lain guna neraca kita
yang pntingnya,
kita sendiri
terus berusaha jadi terbaik..


Saturday, November 7, 2009

ayoh HATI, jadi bersYukurlah!




cuba renungkan dalam-dalam duhai hati..

kadang-kadang kamu bersedih hati dan menderita,
bukan kerana kamu TIDAK MEMILIKI sesuatu,
tetapi kerana kamu tak pernah bersyukur dengan APA yang kamu SEDANG MILIKI..

duhai hati,
yakinlah bahawa setiap manusia telah ditaqdirkan rezeki masing-masing,
dan ALLAH AL-'AZIZ telah meLEBIHkan seseorang dalam bahagian masing-masing,
justeru,  usah menghitung dan berkira-kira soal REZEKI.
usah cemburu dengan kurniaan ALLAH pada manusia lainnya..

yakinlah duhai hati..
itu bahagian mereka,
dan kamu juga tentu ada BAHAGIAN kamu yang lebih dari mereka.
bersyukurlah dengan tiap ukuran rezeki tuhan buatmu.

duhai hati,
REZEKI kamu boleh jadi banyak,
boleh juga sedikit,
boleh jadi cepat...
boleh jadi lambat..
ianya sudahpun tertulis di atas sana,
saat pena luh mahfuz dihayunkan...
dan dakwat itu..sudah KERING.
tiada apa yang boleh mengubahnya,
tiada siapa yang mampu menukarnya,
melainkan ALLAH AL-MALIK.

rezeki itu duhai hati,
bukan sekadar wang ringgit..
tapi rezeki itu adalah makna yang lebih luas dari itu..

sesungguhnya,
rezeki itu adalah apa-apa sahaja kurniaan ALLAH padamu..
 MASA, UMUR, JODOH, KASIH SAYANG..
semuapun adalah rezeki..

jadi, duhai hati..
mohonlah keampunan dari TUHANmu yang menciptakan rezeki.
serta pintalah apa sahaja dari DIA yang memberikan rezeki..

andai ITU rezekimu,
maka ia tetap menjadi rezekimu..

usah risau-risau lagi..
yang penting... berusaha!

   
 "Dan janganlah kamu terlalu mengharapkan (ingin mendapat) limpah kurnia Yang Allah telah berikan kepada sebahagian dari kamu (untuk menjadikan mereka) melebihi sebahagian Yang lain (tentang harta benda, ilmu pengetahuan atau pangkat kebesaran). (kerana telah tetap) orang-orang lelaki ada bahagian dari apa Yang mereka usahakan, dan orang-orang perempuan pula ada bahagian dari apa Yang mereka usahakan; (maka berusahalah kamu) dan pohonkanlah kepada Allah akan limpah kurniaNya. Sesungguhnya Allah sentiasa mengetahui akan tiap-tiap sesuatu" (AN-NISA:32).