Friday, December 7, 2012

Dear friend


Your love and friendship are precious. If you put them in the wrong hands, you'll know. Because it'll hurt. A lot. Rather than being with people who will accept me the way I am, I would prefer being with people who will help me to be a better person in ALLAH's sight =)

#this life is temporary. My short life is for ALLAH, not to impress others#
#i'll do what ALLAH asks me to do though people dislike me because its ALLAH, my greatest AIM#
#May ALLAH guides me to meet the right people in my life, the people that will bring me to His Paradise, Ameen. #

Thursday, December 6, 2012

PESANAN DI MUSIM WALIMAH



Hubungan suami isteri, rumahtangga dalam islam adalah suatu yang sangat bersifat 

peribadi dan personal. 



Sabda Nabi SAW: 

"Sesungguhnya sejahat-jahat manusia di sisi Allah di hari kiamat kelak ialah seorang lelaki

yang melepaskan hajatnya kepada isterinya dan isterinya melepaskan hajat padanya

kemudian ia menceritakan rahsia itu."




Dalam huraian kepada hadis di atas, juga merujuk kepada kisah yang diceritakan dalam

bahagian awal surah at-tahrim yang diturunkan sebagai peringatan kepada isteri-isteri nabi,

antara mesej yang ingin disampaikan adalah bukan setakat aib yang patut disembunyikan

dari umum, tetapi kemesraan melampau di khalayak juga tidak wajar ditunjukkan.




Ia lebih-lebih lagi relevan bila di zaman maya dengan facebook dan pelbagai perkongsian

secara online. Sesi foto perkahwinan adalah contoh paling mudah bila ia semakin diringan-

ringankan atas alasan sekali sahaja seumur hidup.



Bukan sekadar orang bujang boleh jeles dan tergugat iman, yang dah lama berkahwin juga

boleh terkena penyakit hati bila melihat ini...


wallahualam.




*dicopy paste dari FB rakan untuk renungan dan teladan bersama*

SELAMAT BERAMAL =)


Tuesday, December 4, 2012

Prinsip Hidup Kita

Kata-kata Yahya bin Mu'az Ar-rozi RH,dalam kitab az-zuhud
wa raqaiq, (zuhud dan pelembut hati) karangan Khatib al-baghdadi,memberi sudut pandang berkenaan "stand" /prinsip yang perlu ada pada seorang mukmin..

Mudah.Ringkas. Namun, ternyata tersangatlah penting.

يَحْيَى بْنَ مُعَاذٍ الرَّازيَّ ، يَقُولُ : " ليَكُنْ حَظُّ الْمُؤمِنِ مِنْكَ ثَلَاثةٌ : إِنْ لَمْ تَنْفَعْهُ فَلَا تَضُرَّهُ ، وَإِنْ لَمْ تُفْرِحْهُ فَلَا تَغُمَّهُ ، وَإِنْ لَمْ تَمْدَحْهُ فَلَا تَذُمَّهُ "

Hendaklah adanya pada mukmin itu darinya tiga perkara;
iaitu sekiranya dia tidak dapat memberi manfaat, janganlah
memberi mudarat,sekiranya tidak dapat mengembirakan
janganlah menyedihkan sekiranya tidak memuji
janganlah mengeji.

Selamat beramal dan menyebarkan manfaat.