Showing posts with label Bahan Dakwah. Show all posts
Showing posts with label Bahan Dakwah. Show all posts

Monday, August 23, 2010

mari belajar tentang KEBIJAKAN yahudi.. BEST ni, sahabat!!!!!






Setelah berada 3 tahun di Israel kerana menjalani housemanship dibeberapa hospital disana, ada beberapa perkara yang menarik dapat saya perhatikan untuk dijadikan tesis ini, iaitu "Mengapa Yahudi Bijak?". Memang tidak dapat dinafikan ramai cendikiawan berbangsa Yahudi, dari segala bidang, Engineering, musik, saintis dan yang paling hebat ialah bidang perniagaan, dimana ia memang paling tersohor. Hampir 70% perniagaan di dunia dikuasai oleh kaum Yahudi, dari kosmetik, pakaian, pemakanan, senjata, perhotelan, perfileman di Hollywood dan sebagainya.

Ketika tahun kedua, akhir bulan December 1980 dan sedang saya menghitung hari untuk pulang ke California saya terfikir apakah sebabnya kaum Yahudi begitu pintar? Kenapa tuhan memberi kelebihan kepada mereka? Apakah ini suatu kebetulan? Atau olah manusia sendiri? Adakah bijak boleh dijana? Seperti kilang pengeluaran? Maka saya pon tergerak membuat tesis untuk Phd saya, disamping kebaikan untuk umat sejagat dan dapat hidup secara harmoni. Untuk pengetahuan anda tesis yang saya lakukan ini mengambil masa hampir lapan tahun, ini kerana untuk mengumpulkan data-data yang setepat mungkin. Antara data-data yang saya kumpulkan ialah pemakanan, adat resam, ugama, persiapan awal untuk melahirkan zuriat dan sebagainya dan data data tadi saya cuba bandingkan dengan bangsa dan kaum kaum lain.

Marilah kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan zuriat. Di Israel, setelah mengetahui yang sang ibu sedang mengandung, pertama kali saya perhatikan ialah, sang ibu akan sering menyanyi dan bermain piano dan si ibu dan bapa akan membeli buku metamatik dan menyelesaikan masalah metamatik bersama suami, saya sungguh hairan kerana teman saya yang mengandung sering membawa buku metamatik dan bertanya kepada saya beberapa soalan yang beliau tak dapat menyelesaikanya, oleh kerana saya memang minat tentang metamatik, tentu saja dengan senang saya bantu beliau. Saya bertanya kepada beliau, adakah ini untuk anak kamu? Beliau menjawab, "ia, ini untuk anak saya yang masih didalam kandungan, saya sedang melatih otak beliau, semuga ia menjadi genius apabila dewasa kelak" Perkara ini membuat saya tertarik untuk mengikut perkembangan beliau seterusnya. Berbalik kepada metamatik tadi, tanpa merasa jenoh beliau membuat latihan metamatik sehingga beliau melahirkan anak.

Seperkara lagi yang saya perhatikan ialah pemakanan beliau, sejak awal mengandung beliau gemar sekali memakan kacang badam dan korma bersama susu, dan untuk tengah hari makan utama beliau ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang, menurut beliau daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan pengembangan dan penumbuhan otak anak didalam kandungan. menurut beliau ini adalah adat orang orang yahudi ketika mengandung dan ianya menjadi semacam kewajipan untuk ibu ibu yang sedang mengandung mengambil pil minyak ikan.

Ketika saya diundang untuk makan malam bersama orang orang Yahudi, perkara pertama yang saya perhatikan ialah menu mereka.. Setiap undangan yg sama perhatikan ialah mereka gemar sekali memakan ikan (hanya isi atau fillet) dan biasanya daging tidak akan ada bersama dimeja jika ada ikan, menurut mereka, campuran daging dan ikan tak elok dimakan bersama. Salad dan kacang adalah suatu kemestian, terutama badam.

Seperkara yang pelik ialah mereka akan memakan buah buahan dahulu sebelum memakan hidangan utama. Jangan terperanjat jika anda diundang kerumah Yahudi anda akan dihidangkan buah buahan dahulu. Menurut mereka, dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan, ini akan menyebabkan kita merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran disekolah.

Di Israel, merokok adalah taboo, apabila anda diundang makan dirumah Yahudi, jangan sekali kali merokok, dan tanpa malu mereka akan menyuruh anda keluar dari rumah mereka dam merokok diluar rumah mereka. Menurut saintis di Universiti Israel , siasatan menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada genes, ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yg cacat otak ( bodoh atau lembab). Suatu penemuan yg dahsyat ditemui oleh saintis yg mendalami bidang genes dan DNA. Para perokok harap ambil perhatian. (Ironi nya, pemilik pengeluar rokok terbesar adalah ...... tekalah sendiri..!)

Perhatian saya selanjutnya ialah melawati tadika mereka, Pemakanan anak anak tadi cukup dikawal, makanan awal ialah buah buahan bersama kacang badam, diikuti dengan menelan pil minyak ikan (code oil lever) Didalam pengamatan saya, kanak Yahudi sungguh bijak dan rata rata mereka memahami 3 bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris dan sedari awal lagi mereka telah dilatih bermain piano dan violin, ini adalah suatu kewajipan. Menurut mereka bermain musik dan memahami nota notanya dapat meningkatkan lagi IQ kanak kanak dan sudah tentu bakal menjadikan budak itu bijak. Ini menurut saintis Yahudi, gegaran musik dapat stimulate (semacam senaman untuk otak) maka itu terdapat ramai sekali genius musik terdiri dari kaum Yahudi.

Seterusnya ke darjah 1 hingga 6, anak anak Yahudi akan diajar matematik berkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains amatlah diberi keutamaan. Di dalam perhatian peribadi saya, perbandingan dengan anak anak di California, ianya jauh berbeza tentang IQ dan boleh saya katakan 6 tahun kebelakang!! !. Segala pelajaran akan dengan mudah di tangkap oleh anak Yahudi. Selain dari pelajaran tadi sukan juga menjadi kewajipan bagi mereka dan sukan yg diberi keutamaan ialah memanah, menembak dan berlari, menurut teman saya ini, memanah dan menembak dapat melatih otak mem fokus sesuatu perkara disamping mempermudahkan persiapan untuk perhidmatan negara.

Selanjutnya pemerhatian saya menuju ke sekolah tinggi (menengah) di sini murid-murid ditekan dengan pelajaran sains dan mereka digalakkan mencipta produk. Segala projek mereka walaupon kadangkala kelihatannya lucu dan mengarut, tetap diteliti dengan serius apatah lagi ianya berupa senjata, perubatan dan engineering, idea itu akan dibawa ke institute tinggi di Politeknik dan Universiti.

Satu lagi yang diberi keutamaan ialah fakulti perniagaan. Saya sungguh terperanjat melihat mereka begitu agresif dan seriusnya mereka tentang perniagaan. Di akhir tahun di universiti, para penuntut dibidang niaga dikehendaki melakukan projek dan mempraktikkannya dan anda hanya akan lulus jika kumpulan anda (10 pelajar setiap kumpulan) dapat keuntungan sebanyak $US1juta! Anda terperanjat? Itulah kenyataan, dengan rangkaian seluruh dunia dan ditaja sepenuhnya oleh syarikat milik Yahudi, maka tidak hairanlah mereka dapat menguasai ½ perniagaan didunia! Siapakah yg mencipta design Levis yg terkini? Ianya dicipta di Universiti Israel oleh fakulti bisnes dan fesyen.

Pernahkah anda melihat cara orang Yahudi melakukan ibadah mereka? Salah satu caranya ialah dengan menggoyangkan kepala mereka, menurut mereka ini dapat mengaktifkan otak mereka dan menambahkan oksijan dikepala, banyak ugama lain di Timur Tengah, seperti Islam juga ada menyuruh umatnya menunduk atau menggoyangkan kepala, ini guna dapat mensimulasikan otak kita supaya bertambah aktif. Lihat orang orang Jepun, mereka sering menunduk-nundukkan kepala dan ianya sebagai adat. Ramai orang orang Jepun yg pandai? Adakah ianya sebagai kebetulan? Kegemaran mereka ialah sushi (ikan mentah). Adakah ini kebetulan? Fikirkanlah!

Berpusat di New York, Dewan Perniagaan Yahudi bersedia membantu mereka yg berminat untuk melakukan bisnes (sudah tentu untuk Yahudi sahaja). Jika mereka ada idea yg bernas, jawatan kuasa akan memberi pinjaman tanpa faedah dan pentadbir dari jawatan kuasa tadi akan bekerjasama dengan anda untuk memastikan yg perniagaan mereka menurut landasan yg betul. Maka itu lahirlah Starbuck, Dell, Coca cola, DKNY, Oracle, Perfileman di Hollywood, Levis, Dunkin Donut dan ada beratus kedai ternama dibawah naungan dewan perniagaan Yahudi di New York. Graduan Yahudi dari fakulti perubatan New York akan disarankan untuk mendaftar dipersatuan ini dan digalakkan memulakan klinik mereka sendiri dengan bantuan wang tanpa faedah. Barulah saya tahu mengapa hospital di New York dan California sentiasa kekurangan doktor pakar.

Kesimpulanya, pada teori saya, melahirkan anak dan keturunan yg bijak boleh dilaksanakan dan tentunya bukan semalaman, ianya memerlukan masa, beberapa generasi mungkin? Persiapan awal adalah ketika sang ibu mengandung, galakkanlah si ibu melakukan latihan matematik yg mudah tetapi konsisten di samping mendengar musik klasik (bagi umat Islam lebih baik diperdengarkan bacaan ayat suci Al-Quran - admin). Seterusnya ubahlah cara pemakanan, makanlah makanan yg elok dan berkhasiat yg baik untuk otak, menghayati musik sejak kecil adalah baik sekali untuk pertumbuhan otak kanak kanak, dengan bermain piano dan violin sudah tentu dapat melatih anak anak mencerdaskan otak mereka. Demikian juga sukan yg memerlukan kosentrasi yg tinggi, seperti memanah, bola keranjang, dart dan menembak. Merokok menjanjikan generasi yg moron (goblok) dan sudah tentu genes bodoh akan mengikut ke generasi si perokok. Lawatan saya ke Singapore pada tahun 2005 amat memeranjatkan sekali! Di sini perokok seperti di anak tirikan dan begitu susah sekali untuk perokok, dan anda tahu berapa harga sekotak rokok? US$ 7 !!! ini bersamaan perbelanjaan sehari untuk makan anda!! Saya puji sekali sikap pemerintah Singapore dan menakjubkan sekali!!! Dan seperti Israel ianya begitu taboo dan cara pentadbiran dan segi pembelajaran mereka hampir serupa dengan Israel , maka itu saya lihat banyak institusi pelajaran mereka bertaraf dunia walaupun hakikatnya negeri Singapore hanyalah sebuah pulau sebesar Manhattan !!

Anda mungkin musykil, benarkah merokok dapat melahirkan generasi goblok? Saya telah menemui beberapa bukti menyokong teori ini. Lihat saja Indonesia, jika anda ke Jakarta, di mana saja anda berada, dari restoran, teater, kebun bunga hingga ke muzium, hidung anda akan segera terbau asap rokok! Dan harga rokok? Cuma US$ .70cts !!! dan hasilnya? Dengan penduduknya berjumlah jutaan orang berapa banyakkah universiti terdapat di sana? Hasil apakah yg dapat dibanggakan? Teknologi? Jauh sekali. Adakah mereka dapat berbahasa selain dari bahasa mereka sendiri? Mengapa mereka begitu sukar sekali menguasai bahasa Inggeris? Ditangga berapakah kedudukan mereka di pertandingan matematik sedunia? Adakah ini bukan akibat merokok? Anda fikirlah sendiri.


pameran seni di spanyol
dgn berani mmenzahirkan penghinaan
tanda bukti islam makin lemah.
xkira pucuk pimpinan hingga ke bwahan


Di tesis saya ini, saya tidak akan menimbulkan soal ugama atau bangsa, adakah Yahudi itu zalim sehingga diusir dari semenjak zaman Paraoh hingga ke Hitler, bagi saya itu isu politik dan survival, yg ingin saya ketengahkan ialah, mampukah kita dapat melahirkan generasi yg bijak seperti Yahudi? Jawapannya ialah mungkin dan tidak mustahil dan ianya memerlukan perubahan, dari segi pemakanan dan cara mendididik anak dan saya kira hanya memerlukan 3 generasi sahaja. Ini dapat saya lihat sendiri tentang cucu saya, ini setelah saya mengajar anak saya melalui program yg telah saya nyatakan di atas tadi, pada umur 9 tahun (cucu saya) dia dapat menulis esei sepanjang 5 mukasurat penuh. Eseinya hanyalah mengenai 'Mengapa saya gemarkan tomato! ' Selamat sejahtera dan semuga kita dapat melahirkan manusia yg bijak dan bersifat mulia untuk kebaikan manusia sejagat tanpa mengenal batasan bangsa.

Penulis : Dr. Stephen Carr Leon
Di alih bahasa oleh :Adibah Mohd NoorMatriculation Lecturer, Department of SciencesUIA Matriculation Centre, Petaling Jaya, Selangor.

(Bukan menyokong Hitler, tetapi hanya untuk membuka minda kita - Admin)

Tuesday, February 9, 2010

Jika suatu saat, aku harus memilih...


Jika suatu saat banyak "kelompok-kelompok" yang terpecah
– manakah kiranya yang akan aku pilih?

Tentu aku akan tetap bersama "jama’ah".

Bukan kerana fanatik buta,
Bukan kerana ikut ikutan,
Bukan kerana persepsi.

Tetapi kerana manhaj jama’ah ini lurus, pendiriannya tulus, tujuannya ikhlas.
Jikalau kemudiannya terjadi penyimpangan di sana-sini, pastilah itu angkara khilaf pelaku-pelakunya.

Sungguh, kerana....
jama’ah ini bukan jama’ah malaikat.
tapi ini jamaah manusia...
JAMAAH MANUSIA yang sedang membina dan membaiki.

ahh,
fikirkan saja...
Jika mereka yang berada di sekeliling RASULALLAH saw dulu juga pernah melakukan khilaf di medan uhud, di medan jamal, nah..kita di akhir zaman ini bagaimana?

Jika ada yang mengatakan "orang-orang lama" yang banyak jasanya itu telah berbuat salah,
maka kita pula, "yang muda-muda" ini, sudah tentu banyak salahnya..
kerana kita dulu, sekadar menonton tatkala mereka bekerja.
adakah kita tahu apa-apa?

Bagi diriku, memPERBAIKI dari dalam adalah jauh lebih baik daripada meLARIkan diri mencari keselamatan peribadi…

BERSATU itu lebih BAIK dari BERPECAH BELAH.

wallahualam.

Wednesday, October 28, 2009

Aku rindu....

 


 
Selayaknya, bagi jiwa-jiwa yang mengazzamkan dirinya di jalan ini, menjadikan dakwah sebagai laku utama. Dia lah visi, dia lah misi, dia lah obsesi, dia lah yang menggelayuti di setiap desah nafas. Dia lah yang akan mengantarkan jiwa-jiwa ini kepada ridho dan maghfiroh Tuhannya kelak (Izzis).

Sungguh...

Aku rindu suatu masa ketika halaqoh adalah kebutuhan, bukan sekedar sambilan apalagi hiburan.

Aku rindu suatu masa ketika membina adalah kewajiban, bukan pilihan apalagi beban dan paksaan.

Aku rindu suatu masa ketika dauroh menjadi kebiasaan, bukan sekedar pelengkap pengisi program yang dipaksakan.

Aku rindu suatu masa ketika tsiqoh menjadi kekuatan, bukan keraguan apalagi kecurigaan.

Aku rindu suatu masa ketika tarbiyah adalah pengorbanan, bukan tuntutan dan hujatan.

Aku rindu suatu masa ketika nasihat menjadi kesenangan, bukan su'udzon atau menjatuhkan.

Aku rindu suatu masa ketika setiap kader selalu memberi untuk Islam, tanpa mengharapkan menerima untuk setiap kerja dakwahnya.

Aku rindu suatu masa ketika seorang kader akhwat tidak hanya menghiasi dirinya dengan jilbab lebar warna warni, tetapi juga ikut menghiasi akhlaknya.

Aku rindu suatu masa ketika seorang kader ikhwan ikut liqo atau halaqah hanyalah berlandaskan keikhlasan semata, tanpa ada embel-embel niat untuk mendapatkan akhwat berjilbab.

Aku rindu suatu masa ketika setiap kader tidak hanya menghiasi dirinya dengan simbol-simbol Islam, tetapi senantiasa mengaplikasikan substansi mendasar Islam.

Aku rindu suatu masa ketika setiap kader tidak hanya sekedar mencatat atau menghafal materi tarbiyah, tetapi juga fokus pada tataran pemahaman dan amal.

Aku rindu suatu masa ketika kita semua memberikan segalanya untuk dakwah ini.

Aku rindu suatu masa ketika nasyid ghuroba menjadi lagu kebangsaan.

Aku rindu suatu masa ketika hadir di liqo adalah kerinduan, dan terlambat adalah kelalaian.

Aku rindu suatu masa ketika malam gerimis pergi ke puncak mengisi dauroh dengan ongkos ngepas dan peta tak jelas.

Aku rindu suatu masa ketika seorang ikhwah benar-benar jalan kaki 2 jam di malam buta sepulang tabligh dakwah di desa sebelah.

Aku rindu suatu masa ketika akan pergi liqo selalu membawa uang infak, alat tulis, buku catatan dan Qur'an terjemahan ditambah sedikit hafalan.

Aku rindu suatu masa ketika seorang binaan menangis karena tak bisa hadir di liqo.

Aku rindu suatu masa ketika tengah malam pintu depan diketok untuk mendapat berita kumpul subuh harinya.

Aku rindu suatu masa ketika seorang ikhwah berangkat liqo dengan ongkos jatah belanja esok hari untuk keluarganya.

Aku rindu suatu masa ketika seorang murobbi sakit dan harus dirawat, para binaan patungan mengumpulkan dana apa adanya.

Aku rindu zaman itu...
Aku sangat rindu...
Suatu zaman yang pernah kami alami bersama, dahulu.

Ya ALLAH,
Jangan Kau buang kenikmatan berdakwah dari hati-hati kami.
Jangan Kau jadikan hidup ini hanya berjalan di tempat yang sama.

Ya Rabbi... istiqomahkanlah kami di jalan-Mu. Jangan sampai kami tergelincir ataupun terkena debu-debu yang dapat mengotori perjuangan kami di jalan-Mu, yang jika saja Engkau tak tampakkan kesalahan-kesalahan itu pada kami sekarang, niscaya kami tak menyadari kesalahan itu selamanya. Ampunilah kami ya Allah... Tolonglah kami membersihkannya hingga cermin hati kami dapat bercahaya kembali. Kabulkanlah ya Allah. 


*******************
jazakallah khair atas peringatan al -akh..





Thursday, October 8, 2009

mereka yang Mufaraqah (keluar) dari Jamaah.

Syarah Penulisan Mustafa Masyur “Persoalan Jamaah dan Komitmen” dan Pesanan Untuk mereka yang Mufaraqah (keluar) dari Jamaah.


renungan buat para duat dan yang mngaku mggabungkan diri..

Urgensi Jamaah
Ustaz Mustafa Masyur menyebut bahawa adalah menjadi mustahil bagi umat Islam yang melakukan dakwh mencapai tujuan dakwah sekiranya dilakukan sedirian (fardi). Maka dari sini, secara logiknya satu organisasi atau jamaah diperlukan dan kerja hendaklah dilakukan secara jamaie.

Ustaz Mustafa menyebut: “Jamaah tidak mungkin ada tanpa adanya kepimpinan (qiyadah). Tidak ada ertinya qiyadah tanpa adanya hal didengar dan ditaati oleh para anggota jamaah. Sedangkan keteraturan anggota dalam jamaah tidak akan wujud tanpa adanya ikatan dan komitmen yang wajib ditaati dan dilaksanakan.”

Ketaatan ini juga menjadi satu intipati rukun baiah mereka yang menyelusuri jalan dakwah Ikhwan Muslimin ini. Malah ketaatan ini ditunjukkan oleh para sahabat sendiri sehingga mereka mendahulukan ketaatan daripada aspek kemenangan dalam peperangan sepertimana yang berlaku kepada Khalid al Walid.

Namun begitu, ustaz Mustafa menyebut mengenai dalam keperluan jamaah ini, akan ada kelompok yang menyeleweng dari jamaah dan kepimpinan. Kemungkinan ini berlaku dalam beberapa bentuk dan penulisan ini akan menyentuh mengenai penyelewengan yang releven dengan apa yang berlaku kini di Malaysia.

i) Pecahan dalam jamaah
Ustaz Mustafa menyebut bahawa wujud blok-blok atau pecahan dalam jamaah bertujuan untuk melemahkan jamaah. Apa yang lebih teruk lagi, mereka ini berkonspirasi bagi menggulingkan jamaah dan “membentuk semacam jamaah tandingan atau tanzim tersendiri yang berotonomi penuh di dalam tanzim umum jamaah”
Golongan seperti ini sekarang ini sudah mulai nyata di dalam kelompoh jamaah kita kini apabila ada dikalangan pecahan atau kutlah ini telah menyeru jamaah agar mengikut pandangan mereka. Malah mereka telah melangkah setapak lagi dengan mengenakan tekanan ke atas jamaah. Ustaz Mustafa menyebut mengenai golongan ini akan mengugut keluar dari barisan jamaah sekiranya pendapat mereka tidak diterima.

Ini adalah satu tindakan yang menyalahi adab jamaah dan adab syura. Seorang ahli jamaah yang telah lama mengikut tarbiyah seharusnya sudah sebati dengan erti kepatuhan dalam mentaatai perintah syura dah qiyadah.


Apa yang berlaku kini adalah sebaliknya. Jamaah telah diugut sehinggalah jamaah dan syura mengikut pendapat mereka.

ii) Bergantung kepada individu lebih kuat
Ini merupakan satu lagi ciri golongan yang menyeleweng. Mereka lebih banyak “bergantung kepada peribadi tertentu berbanding dengan jamaah dan pimpinan jamaah.” Walhal kita telah diajarkan bahawa Islam itu tertegak di atas dasar hujaah bukan syakhsiah.



Ini merupakan antara faktor terbesar penyumbang kepada perpecahan yang berlaku kini apabila golongan pecahan ini lebih banyak menonjolkan syahksi “ustaz” atau “syeikh” berbanding dengan hujaah akan wajibnya mentaati pimpinan dan juga menepati baiah yang telah diberikan.


iii) Menimbulkan perselisihan
Perselisihan di dalam jamaah adalah apa yang dimahukan oleh iblis dan syaitan dan perpaduan adalah sebenar-benar perkara yang ditutunt di dalam Islam. Perpaduan ini hanya akan dapat dikecapi apabila kita mentaati Allah, rasulNya dan pemimpin yang terpilih. Ustaz Mustafa menyebut: “dengan mentaati Allah dan rasulNya akan terwujud istiqomah, persatuan dan kemenangan, sebaliknya mentaat syaitan akan menyebabkan perpecahan dan kegagalan di antara kita (jamaah).


Pesan Ustaz Mustafa: “Setiap anggota jamaah hendaknya menjaga dan melindungi persatuan saf. Menghindari setiap kata atau tindakan yang tepat yang dapat menimbulkan pepecahan atau tindakan yang dapat menimbulkan perpecahan dan pertikaian. “
Bagaimana golongan yang kini telah mengengkari jamaah dan pimpinan mengaku diri mereka masih lagi berada dihujah yang benar sedangkan mereka sendiri telah memencilkan diri dan menimbul perpecahan di dalam jamaah.


iv) Keluar dari Jamaah
Terdapat dikalangan mereka yang telah mengeluarkan diri dari jamaah paling utamanya kerana kepentingan peribadi mereka. Ustaz Mustafa menyebut: “Memisahkan diri dan keluar dari jamaah atau melanggar kesepakatan jamaah kerana nafsu peribadi. Seperti gila pangkat, ingin menang sendiri, kerana kesombongan dan lainnya.”
Mereka berhujah kerana jamaah lemah dalam beberapa aspek seperti tarbiyah. Mereka juga berhujah jamaah salah menentukan beberapa strategi dan mereka berpendapat sebaliknya. Walhal ustaz Mustafa menyebut: “Meskipun berlaku perselisihan di dalam beberapa sudut pandangan, mereka harus tetap beriltizam dengan undang-undang dan aturan-aturan yang dapat menghindari perpecahan”.
Malah ustaz telah memberikan kita panduan: “Bersepakat atas sesuatu yang kurang baik, jauh lebih baik berbanding dengan bersengketa di atas sesuatu yang baik, sebab di bawah naungan jamaah kita akan dapat beralih dari yang baik kepada yang lebih baik”
Kita sudah maklumi bahawa jamaah yang berhimpun di bawah redha Allah swt akan sentiasa di pelihara dari melakukan kesilapan yang memesongkan.



v) Tidak memenuhi Arkan Ba’iah
Rukun baiah adalah untuk dipatuhi bagi mereka yang menelusuri jalan dakwah ini sepertimana yang telah ditetapkan oleh as Syahid Hasan Al Banna. Salah satu rukun baiah tersebut ialah TAAT. Apa yang berlaku kini jelas bahawa golongan kutlah ini tidak memenuhi apa yang telah dibai’atkan dan ustaaz Mustafa berkata: “seseorang yang tidak memenuhi seluruh rukun baiah ini di anggap kurang sempurna.”
Ustaz Mustafa menyambung: “dengan tidak dipenuhi salah satu sahaja dari sepuluh rukun bai’at tersebut, merupakan penyimpangan dari khithah semula dan akan menyeret individu dan jamaah kepada malapetaka dan bencana.



Ketaatan ini diberikan penekanan oleh ustaz apabila beliau menyebut: “Jamaah tidak dibenarkan memaksa seseorang dari bergabung ke dalam safnya, tetapi bagi mereka yang telah bergabung dengan kerelaan, WAJIB dia beriltizam dengan syarat-syarat dan ketetapan jamaah.”

Padahal bai’at kita adalah bai’at kepada Allah swt:


Firman Allah:
Sesungguhnya orang-orang yang memberi bai’at kepadamu (wahai Muhammad - untuk berjuang menentang musuh), mereka hanyasanya memberikan bai’at kepada Allah; Allah mengawasi keadaan mereka memberikan bai’at itu (untuk membalasnya). Oleh itu, sesiapa yang tidak menyempurnakan bai’atnya maka bahaya tidak menyempurnakan itu hanya menimpa dirinya; dan sesiapa yang menyempurnakan apa yang telah dijanjikannya kepada Allah, maka Allah akan memberi kepadanya pahala yang besar. (Al fath : 10)


Kesimpulan
Apa yang telah berlaku kini bukanlah satu yang baru di dalam dakwah. Mereka telah menelusuri jalan dakwah ini bersama-sama dengan kita dan kita sentiasa berdoa agar Allah swt mengembalikan mereka ke landasan tanzim yang benar.



wallahu'alam..
moga kita tidak mnjadi asbab kpd berlakunya perkara yg lebih besar lg in the near future..
credits to 'orang lama'


:> dipetik dari  :

http://qstwhite.blogspot.com/2009/10/pesanan-utk-mereka-yg-murafaqah-keluar.html

Sunday, October 4, 2009

INDAHnya Husno Zhon




يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِّنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ وَلَا تَجَسَّسُوا وَلَا يَغْتَب بَّعْضُكُم بَعْضًا أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَن يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًا فَكَرِهْتُمُوهُ وَاتَّقُوا اللَّهَ إِنَّ اللَّهَ تَوَّابٌ رَّحِيمٌ

Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah sebanyaknya dari prasangka, kerana sebahagian prasangka itu adalah dosa, dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain, dan janganlah di antara kamu mengumpat sebahagian yang lain. Apakah kamu suka memakan daging saudaramu yang mati? Tentu kamu berasa jijik. Dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah maha menerima taubat, maha penyayang.
(Al-Hujurat:12)

Dikisahkan pada suatu ketika dahulu, pada zaman kegemilangan Islam wali Songo di Indonesia masyarakatnya dikhabarkan sangat taat kepada ajaran dan cara hidup Islam. Mereka mempraktikkan Islam dalam semua aspek kehidupan, dari sekecil-kecil hingga sebesar-besar perkara. Hatta bersangka baik (husnu dzon) terhadap manusia lainnya juga diberi perhatian dan menjadi gaya kehidupan mereka.



Dikisahkan juga pada zaman ini, hidup seorang pemuda kacak anak kepada kiyai di satu kawasan di tanah Jawa. Walau bapanya adalah kiyai dan ibunya adalah seorang yang solehah, namun pemuda ini tidak pula mewarisi kewarakan ibu bapanya. Dia hidup sebagai seorang Muslim yang nakal dan lalai. Dia banyak menghabiskan masanya dengan perkara sia-sia, mengusik orang di tepi jalan dan bersuka ria dengan pria-pria sebayanya di kampung itu. Puas ibu bapanya memujuk dan mengingatkan dirinya untuk berubah ke arah gaya hidup Islam yang sebenar namun dia menolak dan selesa dengan gaya hidup santainya. Ibu bapanya terus-terusan menasihati dan berdoa agar anak lelaki mereka ini diberikan hidayah oleh Allah dan menjadi orang yang soleh.

Pada suatu hari ketika pemuda ini sedang duduk-duduk di jalanan bersama dengan rakan-rakannya, dia terlihat seorang gadis bertudung labuh berjalan pulang dari pengajian di surau. Dia terus terkesan dengan keanggunan dan akhlak gadis tersebut, hingga dia lupa usikan-usikan nakal yang sering dilontarkannya kepada pejalan-pejalan kaki yang sering lalu di hadapannya. Hatinya terpaut dengan gadis itu. Lantas dia bergegas pulang ke rumah dan memberitahu ibunya yang dia sudah punya calon untuk bernikah dan ingin berkahwin segera.

Cerah wajah si ibu melihat perubahan pada anaknya. Lantas dia memberitahu si bapa pula perihal anakanda mereka yang seorang itu. Mereka mengucap hamdalah dan gembira dengan keinginan anak mereka itu. Jauh di sudut hati, mereka mendoakan moga perubahan anak mereka ini berterusan dan terus-terusan berada dalam kebaikan.



Maka bertanya si bapa, “wahai anakku, siapa yang ingin kamu nikahi ini? Beritahulah agar aku dapat meminangnya untukmu”. Si anak menjawab, “ perempuan sekian-sekian bertudung labuh. Aku baru ketemunya pulang dari surau tadi”.

Si bapa pun menyelidik dan akhirnya mendapati bahawa gadis itu adalah anak kepada kiyai kampung seberang, teman sepengajiannya dahulu. Dia memberitahu isterinya, “Wah, ini sudah bagus. Orang tuanya adalah saudara sepengajianku. insyaAllah urusan peminangan dan penikahan anak kita ini akan menjadi lebih mudah”. “Ya, bapaknya. insyaAllah, kita doakan saja”.

Si bapa pun pergi berjumpa saudara sepengajiannya itu dan menyampaikan hasrat hati anaknya. Huluran peminangan itu disambut gembira oleh si kiyai kampung seberang. Setelah diberitahu kepada puterinya akan peminangan itu, si puteri diam dan tersenyum tanda setuju pada ayahandanya. Melihat si gadis setuju menerima pinangan itu, kedua kiyai itu terus menetapkan hari pernikahan anak mereka berdua. Masing-masing gembira menunggu hari di mana persaudaraan mereka berdua diperkukuhkan lagi atas pernikahan anak-anak mereka. Si kiyai kampung seberang, keluarganya dan masyarakat kampung seberang tidak tahu tentang kenakalan dan kelalaian si pemuda. Mereka menyangka bahawa anak kiyai itu pastinya orang yang soleh, malah pasti tinggi ilmu agamanya.

Hari pernikahan pun tiba. Pernikahan berlangsung pada malam jumaat, selepas solat isya’. Kedua-dua anak kiyai itu selamat diijabkabulkan dalam satu lafaz oleh si bapa gadis. Selesai akad, seluruh hadirin yang hadir di majlis itu mendoakan keberkatan rumahtangga mereka. Berbunga hati si kiyai kampung seberang melihat menantunya itu. Berdetik hatinya, “Alhamdulillah, terima kasih Allah kerana anakku bukan saja dianugerahi dengan suami yang soleh, malah kacak dan manis wajahnya”. Dia tersenyum sendiri. Dia tidak tahu yang menantunya itu “nakal” orangnya.



Selesai majlis, kedua mempelai masuk ke kamar –sunnah pengantin baru. Si pemuda merapati isterinya. Pun begitu, si isteri berkata, “Mas, solat sunnat dahulu. Kita ikut jejak langkah Rasul dalam hal ini. Agar rumah tangga kita lebih barakah”. Terkedu si suami. Walau dia “nakal” selama ini, dia tidak pula membiasakan dirinya berbohong. Dia dengan jujur membalas, “Bagaimana mahu solat ya sayang? Aku sudah lama meninggalkan perkara itu. Malah, bacaannya juga aku tidak tahu”.

Terkejut si isteri. “Bukankah kau ini orang yang soleh anak kepada seorang kiyai?” “Ya, aku anak seorang kiyai namun aku tidak mewarisi kesolehan ibu bapaku,” balas si pemuda, kaget. Si isteri terkejut dan berisighfar. Oleh kerana dia gadis yang solehah, maka dia tidak panik dan tenang berucap, “wahai suamiku, ini adalah keaibanmu. Tidak ada seorang pun di kampung ini yang tahu perihalmu. Dan keaibanmu adalah keaibanku juga. Jangan kau biarkan perkara ini diketahui orang lain. Hanya Allah dan kita berdua saja tahu tentangnya.” Si suami mengangguk setuju.

“Mari ke sini biar aku ajarkan mas tentang solat, cara dan bacaannya,” pinta si isteri. Si suami mengikut. Maka penuhlah malam pertama mereka itu dengan pengajian tentang wudhu, solat dan bacaannya. Dari malam hingga ke pagi, si isteri gigih mendidik dan membimbing suaminya. Si suami pula tekun mengaji dan memahami apa yang diajarkan si isteri. Berakhir malam pengantin si pemuda itu dengan dia sudah menguasai wudhu, solat dan bacaannya (al-fatihah). Si isteri pun berkata, “Mas, sebentar lagi subuh. Bapa pasti akan ke masjid untuk solat subuh berjamaah. Kau ikut dia ya. Amalkan apa yang sudah aku ajarkan tadi. Sama jua dengan solat Jumaat nanti ya.” Si suami mengiyakan dan tersenyum.

Solat subuh itu, si bapa mengimami solat dan pemuda itu menjadi makmum di barisan pertama di belakang mertuanya. Sampai waktu zohor, maka si bapa sebagai kiyai pun naik menjadi khatib dan menyampaikan khutbahnya. Di akhir khutbah itu, dia memperkenalkan menantunya yang baru, anak kiyai saudara pengajiannya. Dia juga meminta si pemuda itu mengimamkan solat jumaat pada hari itu. Orang-orang kampung mengucap hamdalah dan masing-masing tertunggu-tunggu untuk solat berimamkan menantu kiyai itu.

Si pemuda kecut perut. Dia tidak menyangka yang dia akan diminta untuk mengimami solat sebesar solat Jumaat, walhal dia baru saja tahu selok belok solat itu. Oleh kerana tidak tahu untuk menolak, dia maju kehadapan lantas mengimami solat Jumaat itu. Dimulai dengan takbir, si pemuda membaca Al-Fatihah dengan suara yang merdu seperti yang diajar oleh isterinya:

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمـَنِ الرَّحِيمِ
الْحَمْدُ للّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
الرَّحْمـنِ الرَّحِيمِ
مَـالِكِ يَوْمِ الدِّينِ
إِيَّاكَ نَعْبُدُ وإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ
اهدِنَــــا الصِّرَاطَ المُستَقِيمَ

Sampai ke ayat ke-6, pemuda itu terhenti. Ayat seterusnya, dia terlupa! Dia beristighfar, puas dia mengingat tapi ayat terakhir itu tidak menjelma di ingatan. Dia cuba mengingat dan mengingat hingga menangis, namun ayat terakhir ummul kitab itu tidak juga keluar.

Makmum sekaliannya menunggu imam dalam diamnya. Apabila si imam mula menangis, mereka pun menangis juga. Sangka mereka si imam sangat menghayati ayat-ayat yang dibacanya hingga menangis, maka mereka pun turut menangis. Seluruh masjid menangis dalam solat Jumaat pada hari itu.

Si pemuda dalam tangisnya mencari jalan. Dia perlu melakukan sesuatu. Akhirnya dia terlihat pintu di sebelah mihrab yang menghala keluar masjid. Akhirnya, dia berlari keluar dari masjid melalui pintu itu. Dia malu dengan seisi kampung. Dia berlari sekuat-kuatnya agar dia dapat lepas dari perhatian jemaah masjid itu.

Makmum seluruhnya apabila melihat si imam berlari keluar, maka mereka pun turut mengikut berlari dan mengejar imam tersebut. Mereka akhirnya berhenti di padang berhampiran masjid apabila si imam berhenti berlari gara-gara kepenatan. Mereka tertanya-tanya mengapa imam itu berbuat demikian. Belum sempat mereka bertanya, mereka dikejutkan oleh satu bunyi.


                                          (gambar hiasan: sebuah masjid di tanah Jawa)

Kaboom!!! Semua mata di padang itu tercatuk kepada bangunan masjid yang runtuh. Masing-masing menelan liur. Andai mereka masih berada di dalam masjid itu sebentar tadi, tertimbuslah mereka di bawah runtuhan bangunan kayu itu. Semua mengucap hamdalah dan berterima kasih kepada si pemuda kerana berlari keluar dari masjid sejurus sebelum runtuhan itu dalam solatnya. Mereka bersyukur kerana pada sangkaan mereka, Allah memberi ilham kepada pemuda itu tentang runtuhnya masjid itu di dalam solatnya dan menyelamatkan mereka dari bencana itu.

Pemuda itu pucat dan keletihan. Si kiyai yang melihat wajah menantunya yang pucat itu,lantas menyambung dan mengimami solat Jumaat yang tergendala itu. Hari itu, mereka solat Jumaat di atas padang. Dalam solat itu, mereka mengucap syukur pada Tuhan yang Esa yang menyelamatkan mereka dari bencana itu. Selamatlah si pemuda dari terbuka keaibannya pada orang ramai.



Pemuda dan mertuanya pulang ke rumah. Si pemuda lantas menceritakan apa yang terjadi kepada isterinya. Isterinya mengucap hamdalah dan memuji-muji Allah atas apa yang terjadi. Si suami pun berkata, “demi Allah, aku ingin belajar agama. Aku tidak akan menyentuhmu hingga aku selesai belajar agama dan menguasainya.” Keesokannya, si pemuda pun memberitahu bapa mertuanya, “Ayahanda, anakanda ingin keluar menuntut ilmu. Anakanda ingin belajar untuk menampung kekurangan yang ada dalam diri anakanda.” Si bapa yang masih tidak tahu perihal menantunya itu pun mengizinkan dan menggalakkan. 5 tahun selepas itu, si menantu pulang dengan ilmu yang mantap dan fikiran yang faqih. Dia menjadi salah seorang ulama terbilang di zamannya, menggantikan bapa dan bapa mertuanya. Subahanallah.





Pendapat sesetengah ulama’ tentang runtuhnya masjid itu, adalah kerana Allah ingin menyimpan aib si pemuda dan keluarganya. Juga kerana Allah redha dan suka dengan penduduk kampung itu yang sentiasa bersangka baik dalam semua perkara. Lantas Allah mengutus malaikat untuk menekan masjid itu hingga runtuh, bagi menyimpan keaiban pemuda itu dan keluarganya, juga menyelamatkan seluruh isi kampung yang sangat bersangka baik sesama mereka. Wallahualam.

p/s: kisah benar rakyat ini di petik dari syarah Ustaz Muslim Mubarak di Curtin Musolla. Ustaz Muslim merupakan imam Masjid Hepburn, Padbury WA.

cerita asal dari:http://ibnsyaaban.blogspot.com/2009/10/hikmah-bersangka-baik.html (klik disini)

****************

MySpace
 erm...
husnu zhon dgn ALLAH,
husnu zhon dengan qada' qadar ALLAH..

husno zhon juge dgn manusia.

jika jadi bapa/ ibu..husnu zhon pada anak,
jika jadi ISTERI, husno zhon pada suami,
jika jadi sahabat, husno zhon  pada teman,
jika jadi jiran, husnu zhon lah pada jiran-jiran..

ye tqa?

insyaALLAH. mari berhusnu zhon!


Saturday, August 22, 2009

meneladani si BELALANG


salam wahai para belalang...

sememangnya lain padang lain belalang,
tapi jangan lupe
BELALANG TETAP SAMA BELALANG,
Lain species tak menandakan takleh lompat sama2,
antum lompat ke kiblat antum, ana lompat ke kiblat ana..
walopon ada species yg melompat very gently and sopanly,
but still..
belalang tetap sama belalang..
mana nak sama si ikan tenggiri. (hehe)

belalang species melasia
dulu memula metamorph
kat dalam peti sejuk sana jugek kebanyakannya. ..
dan belalang manapun,
kalau dah nama belalang,
atok dia samalah jugakk..
tuan haji belalang..
ni ha... tgh terbongkok-bongkok galas beban BERAT cucu cicit
..yang ramai2 suka melompat guling2 ni

'atiullah
atiurrasul
wa ulil amri minkum

taati allah
taati rasul
dan ketua belalangmu


BELALANGMALAYA;
SaufiahAzZahrah
http://sayangsaufia h.blogspot. com

....................

jazakillah khairan k. sopi...hee~

Saturday, August 8, 2009

keterikatan LANGIT



“Dakwah ini tidak mengenal sikap penat. Ia hanya mengenal satu sikap yang syumul . Siapa yang bersedia untuk itu, maka ia harus hidup bersama da’wah dan da’wah pun melebur dalam dirinya. Sebaliknya, barangsiapa yang lemah dalam memikul beban ini, ia terhalang dari pahala besar mujahid dan tertinggal bersama orang-orang yang duduk. Lalu Allah SWT akan mengganti mereka dengan generasi lain yang lebih baik dan lebih sanggup memikul beban da’wah ini”


ketahuilah wahai saudaraku,
sungguh anda akan menemui masa-masa yang sulit,
masa-masa yang melelahkan,
dan berbagai ujian,
padahal anda sedang berjalan di atas jalan kebenaran,
dan disibukkan dengan berbagai aktiviti dakwah..

apabila anda teguh di atas kebenaran,
dan sabar menghadapi berbagai ujian,
yakinlah!
nescaya kepedihan akan sirna,
kelelahan akan hilang,
dan yang tersisa bagi anda adalah ganjaran dan pahala
insyaAllah

Sunday, August 2, 2009

AKHLAK MULIA SIRI 2


Ukhti F saID:
Terkadang, hanya sedikit yang kita nampak...tetapi, banyak sangkaan yang kita bina...

***

"Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakkan dari prasangka, sesungguhnya sebahagian prasangka itu adalah dosa dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah sebahagian kamu menggunjing sebahagian yang lain. Sukakah salah seorang di antara kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang"

(49:12)


…………………

Assalamualaikum semua. Apa khabar iman? Apa khabar hati? Apa khabar akhlak?
Untuk hari ini, tqa nak share satu akhlak mulia yang amat susah untuk dididik kita. Apa itu? Akhlak itu ialah…MENJAUHI PRASANGKA.
…………………
Prasangka ni, banyak merosakkan hati-hati individu. Menghitamkan hati mereka. Mungkin juga, bakal mengeruhkan hubungan antara HAMBA dan TUHANNYA, serta memasamkan juga hubungan sesama individu. Kerana apa? Kerana manusia-manusia yang dihatinya penuh prasangka itu…mungkin saja sedang dirasuki syaitan. Nauzubillah min zalik.

Sebab itu, ALLAH sangat2 marah kepada orang-orang yang suka bersangka-sangka dengan sangkaan yang buruk. Kan? Dan sebab itu juga, KHUNU ZHON/ bersangka baik RasulALLAH saw sebut sebagai SERENDAH-RENDAH tahapan UKHUWWAH. Kerana apa? Kerana..memang sangat susah kan, nak menyuburkan sangkaan baik.
…………………
Teringat DETIK INDAH di bumi Sydney;

“murni, murni kena doakan tqa kuat ye. Sebab tqa rasa, tqa dah dapat identify apa kekurangan tqa yang perlu tqa baiki masa sekarang. Iaitu masalah HATI. Yang hasilnya, menghasilkan akhlak yang buruk. Murni, doakan pada tqa. Sbb tqa dah berazam untuk membaiki diri…semakin baik dan bertambah baik..dari hari ke hari.. tqa nak jadi orang yang baik…bepekerti mulia seperti RasulALLAH Saw”


“insyaALLAH, murni yakin tqa kuat, tqa hebat kan sayang? Tqa mampu baiki kekurangan2 tqa. Ingat sayang, manusia itu tak sempurna. Selalu salah, kerana kita cucu ADAM .TAPI, RasulALLAH SAW kata, YANG PALING BAIK bg orang2 yang berdosa ialah ORANG-ORANG YANG MEMINTA AMPUN DAN KEMBALI KEPADA KEBENARAN. Baikilah kekuranganmu, moga tqa menjadi orang yang lebih hebat. Hebat untuk islam, kerana tqa sedang membina MANUSIA. InsyaALLAH.”
“ya, MEMBINA manusia lillahi taala”

…………..
Itu azamku. Dan ya, sungguh…sekembali nya aku dari bumi Sydney itu..ALLAh benar2 menguji apa yang aku katakan pada dia, sahabt sejatiku. Sekembali dari sana, aku memegang taklif. SubhanaALLAH.

Saat mendapat tanggungjawab itu, aku menangis seorang diri. Astagfirullah. Betapa ALLAH itu sangat dekat dengan diriku. Dia mendengar kata-kata hatiku, dan membantu aku merubah diri dengan member taklif berat itu buat diriku.

Ya ALLAH, terima kasih untuk hadiah ini.SESUNGGUHNYA, SUNGGUH…KAU MENGETAHUI YANG TERBAIK BUAT DIRIKU. Dan moga AKU menjadi HAMBA-HAMBAMU yang selalu redha dan RENDAH HATI.
…………….

Jadi, akhlak pertama yang tqa rasa…perlu ditepis jauh-jauh dalam diri tqa adalah bersangka2. Sangka2 ini, selalunya hanya ada di hati sendiri. Bukan ditonjolkan mahupun diungkap dengan kata2. Tapi, selalu saja ada lintasan2 jahat dari SYAITAN durjana di dalam HATI. Astagfirullah.

So, bila ada je lintasan begitu..maka kna cepat-cepat istigfar. Kemudian, meletakkan sangkaan baik pada sahabat. Jangan cepat marah, cepat melatah. Cepat kecewa. Itu tak baik. Nanti ALLAH marah. Nanti keruhkan keadaan yang sudah jernih.
Kemudian, after istigfar dan meletakkan sangkaan baik itu…THEN, KENA CEPAT-CEPAT CARI SAHABAT, dan minta maaf pada dia. Kna jadi jujur, sbb takut nanti..di akhirat kelak….anggota2 badan sume jadi saksi yang KITE BERSALAH PADA SAHABAT, ish, takutnye!!! NAUZUBILLAHI MIN ZALIK.
……………
Jika kite salah, maka sahabat akan maafkan. Namun, jika kite xsalah…bukankah itu yang sebaiknya? Kan RasulALLAH sangat suka pada orang-orang yang suka menghulurkan kemaafan sekalipun di pihak benar. Bukankah begitu? Sebab tu, kan rendah hati selalu, seperti ciri IBADURRAHMAN…berjalan di muka bumi dengan “HAUNAN”( rendah hati). Tidak ego, tidak sombong. InsyaALLAH. Berusaha!!
…………….
Dan baru-baru ini, tqa ada terima teguran dari seorang ukhti. Katanya, apa yang tqa tulis itu, seperti tak patut ditulis begitu kerana seolah-olah bercakap pada dirinya. Astagfirullah.. salah faham besarnya. Kenapa orang perlu bersangka begitu pada penulisan tqa? Sedang tqa menulis adalah kepada diri tqa, motivasi DIRI tqa sendiri yang saat itu.

DAN SUNGGUH, TQA MENULIS ITU (post X)…BUKAN ATAS DASAR SUKA-SUKA dan pendapat sendiri TAPI, TQA MENULIS ITU, SELEPAS TQA MELAKUKAN PEMBACAAN DALAM SEBUAH BUKU,
“ Unsur-unsur tetap dan berubah dalam madrasah AL BANNA”.

dalam buku itu, AL BANNA menghurai panjang lebar tentang makna "u", makna "t", makna "d", makna "s" ..AL BANNA juga banyak mengemukan persoalan-persoalan dan masalah-masalah yang bakal terjadi di sebalik "term" tadi.

Kiranya, sahabat yang menegur itu, harus juga membaca penulisan itu, maka barulah dia akan faham isi penulisan tqa. InsyaALLAH. Wallahu’alam.

sungguh duhai sahabat,
Tqa mahu kutip butir2 pemikiran AL BANNA, tqa mahu sematkan di hati tqa dan mahu beramal dengan idea AL BANNA. Sebab itu, tqa menulis di blog, agar tqa dapat selalu membacanya. Jika dulu, tqa ada DIARI, SEJAK KECIL MENULIS DIARI. Tapi, sebelum datang ke NZ, tqa dah berazam untuk xmembawa diari lagi. Hati tqa tertekan sbb tak menulis, jadi tqa istikharah, lalu tqa membuat keputusan untuk menulis blog.
Wallahu’alam.
……………

Apa jua, tqa mohon maaf jika ada yang merasakan tqa menulis untuk menghukum sesiapa. Tqa minta maaf tersangat-sangat, andai ada hati yang panas, mahupun terluka..
ASTAGFIRULLAH.. jangan begitu, sayangku..sahabatku. kalian akan faham hati ini, jika kalian berada di situasi tqa, tatkala kalian membaca pena AL BANNA. Kalian akan faham. Mengapa tqa menulis, kalian akan faham. Wallahu’alam.

betapa besar impian AL BANNA..
sebesar itu jugalah impian tqa..

………………

Seorang ukhti (ukhti A) berbisik pada tqa:

“adik, kalau kite nak tau bagaimana tahap akhlak kite, ialah dengan mengukur wajah dan riak kita SAMA tatkala kita di puji mahupun di kritik. Bila dipuji kan, kite gembira, tapi mengapa tatkala amal kita dikritik, kita mahu bersedih?. Itu masih lagi bukan akhlak mulia. Seharusnya, dikritik mahupun di puji, kite selalu GEMBIRA.”


‘Ye, betul tu kak. Susah kan nak didik jiwa menerima teguran, jika kita fikir kita di pihak benar. Kan kan? Tak mengapalah…ALLAH melihat hati tqa. ALLAH lebih tahu tqa, kan kak?”

“ye dik, ingat dik. Tiada siapa betul, tiada siapa yang salah. Itu semua urusan ALLAH, yang penting, adik jaga hati adik. Biar bersih sentiasa,sbb adik kan nak jadi orang yang berakhlak mulia.kan?


“ye…jazakillah khairan katseera”

“waiyyaki”

Tqa memeluk kakak itu erat.tak mahu melepaskan dia…walau seketika. Kata-katanya itu menusuk jantung, memanah urat2…pedas, sakit. Namun, itu hakikat kebenarannya.
………..

Jadi, BERBAIK SANGKALAH dengan semua. Berfikir positif kepada semua. Hidup ini singkat jika hanya dibazirkan dengan masalah2 HATI. Rugi, masa terus berlalu…dan kita? Masih di takuk lama. Janganlah begitu, duhai ATIQAH sayang.
………..

Hidup dengan ceria.
Mohon lah kemaafan, walau di mana pun situasimu.
Berbaik sangkalah pada semua…
Berlapang dada….
Melangkah dengan tenang,
Genggam erat amanahmu…
Pegang kukuh azam, prinsip dirimu..usah goyah..
Kerana ALLAH bersamaMu.
Kerana ALLAH dekat dengan dirimu.

…………
Ya ALLAH, ampuni silap tqa. Salah kata tqa..salah tulisan tqa. Tqa hanya hamba kerdil yang baru bertatih di arena ini. Bantu tqa untuk membaiki diri. Bantu tqa untuk fokus.

Fokus: Membina manusia kerana mahu Membina ISLAM. Rumah Islam sudah terbakar, siapa yang mahu mebinanya, jika tiada RIJAL2? Tiada masa berlengah! Fokus. Fokus.

………

Duhai teman, maafkan diriku buat kesekian kalinya…

sungguh diri ini..sangat sayang pada mu. Andai kau mengetahui nya…Andai kau FAHAM. Andai kau FAHAM maksudku…

walau apa jua, aku terus mendoakan dirimu kuat, dan kita…sama2 melangkah ke syurga ALLAH. InsyaALLAH.

Terima kasih atas segala nasihat dan teguran yang kau hulurkan buat diriku. Kerana teguran itu, sungguh aku makin dekat padamu..makin mengenali dirimu..makin sayang padamu. Tiada rasa benci,. InsyaALLAH.

Kita ini, hidup kita ini, singkat kan? KITA buang yang keruh ,kita ambil yang jernih.
Ayoh.
Sayang kamu kerana ALLAH.

Saturday, August 1, 2009

AKHLAK MULIA SIRI 1



<< Akhlak mulia ialah MANIFESTASI DARI IMAN DALAM DIRI >>

Akhlak yang baik itu lahir daripada kefahaman iman yang sebenar, LALU menghasilkan insan yang bertakwa.
MAKA...tidak ada nilai iman jika tidak disertai oleh akhlak .

Ini seperti dibayangkan oleh Rasullulah SAW dalam sabdanya: sewaktu beliau ditanya

“Apakah deen itu?”Beliau menjawab dengan sabdanya: “ (Deen itu) adalah akhlak yang baik.”
(Hadis riwayat Muhammad Ibn Nasr al-Maruzi secara mursal)

Akhlak merupakan amal paling berat yang diletakkan dalam neraca hamba pada hari kiamat . Sesiapa yang rosak akhlaknya dan buruk amalnya tidak akan dipercepatkan hisab.
Rasullulah SAW bersabda:

“Tidak ada satu perkara paling berat yang diletakan dalam neraca hamba di hari kiamat kelak lebih dari akhlak yang mulia.”

Hadis riwayat Abu Daud dan Thirmidhi daripada Ad-Darda dan Thirmidhi berkata: Hadith ini: Hasan sahih..

..............

Muhasabah diri:
al-i'tiraf.

wahai TUHAN...
ku tak layak ke syurgaMU...
namun tak pula
aku sanggup ke nerakaMU...
ampunkan dosaku terimalah taubatku
sesungguhnya ENGKAUlah pengampun dosa-dosa besar...

ILAHI LASTU LIL FIRDAUSI AHLAA
WA LAA AQWA 'ALAANAARIL JAHIIMI
FAHABLI TAUBATAWWAGHFIR ZUNUUBI
FA INNAKA GHOFIRUDZ ZAMBIL 'AZHIIMI

dosa-dosaku...
bagaikan pepasir di pantai...
dengan rahmatMU ampunkan daku
oh TUHANku...

wahai TUHAN selamatkan kami ini...
dari segala
kejahatan dan kecelakaan...
kami takut...
kami harap...
kepadaMU...
suburkanlah cinta kami kepadaMU...

kamilah hamba yang mengharap belas dariMU.

KEMPEN AKHLAK MULIA 2009



BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..

Akhawat yang dirahmati Allah,

Sempena bulan Berakhlak Mulia, marilah kita menghidupkan seluruh bulan ogos dengan pelbagai program menarik kita seperti =)

1) Warkah Amal Buatmu


-Muhasabah Time!

– Hadis Hafazan

– Tasmi’ Hadis

– Endorsement!

2)Sepotong Episod Itu


- Acuan Abu Qasim

- Tangan Halus Penggoncang Dunia

3)Siri Wajib Ikut



4)Kilauan Mutiara Terpilih




Dalam sebuah riwayat: Rasullullah s.a.w ditanya:

“Apakah perkara baik yang dianugerahkan kepada manusia?”. Jawab Baginda: “Akhlak mulia”.

[Riwayat Tarmizi]

Maka, jangan ketinggalan untuk mengambil kesempatan ini bagi membina syaksiah islamiah kamilah; peribadi mukmin yang sedar dan benar!

Wednesday, July 29, 2009

kamu dah buat ke belum??!!



Apa khabar iman kawan2 hari ini?
sehat? atau demam2?
jom kawan2..kite bace ape yang PAKCIK ALBANNA suruh kite buat..

daie kan pantas berlari ke sana sini..
jom kite cek diri kite. jom2!

............

KEWAJIPAN SETIAP PARA DA'I
Baca, Amal dan Faham
by Ustaz Hassan al BANNA

1. Kamu hendaklah mempunyai wirid al-Quran harian iaitu tidak kurang
dari satu juzuk sehari dan berusahalah agar kamu menghabiskannya dalam
masa yang tidak lebih dari sebulan dan tidak kurang dari tiga hari.

2. Hendaklah kamu memperelokkan bacaan al-Quran kamu, mendengar dan
mentadabbur makna-maknanya. Hendaklah kamu memenuhi masa kamu dengan
mempelajari seerah yang suci dan juga sejarah para salaf, paling kurang
dengan membaca kitab 'Hummatul Islam'. Hendaklah juga kamu banyakkan
membaca hadis Rasulullah s.a.w, menghafal paling kurang 40 hadis dan
seboleh-bolehnya hendaklah hadis 40 pilihan Imam Nawawi. Kamu juga
hendaklah mempelajari usul aqidah dan cabang-cabang fiqh.

3. Sentiasa membuat pemeriksaan am kesihatan dan mendapat rawatan setiap
penyakit yang dihadapi, juga mementingkan unsur-unsur kekuatan dan
pencegah penyakit jasmani dan menjauhi unsur-unsur pembawa penyakit.

4. Jauhkan dari terlampau banyak minum kopi, teh dan lain-lain minuman
penyegar, jangan sekali-kali minum minuman-minuman ini kecuali ketika
darurat. Jangan sekali-kali merokok.

5. Hendaklah menjaga kebersihan dalam setiap perkara sama ada dalam
tempat tinggal, pakaian, makanan, badan dan juga tempat kerja. Agama
dibina atas dasar kebersihan.

6. Hendaklah bercakap benar dan jangan sekali-kali berdusta.

7. Hendaklah jujur dalam menunaikan segala janji dan kata-kata.
Janganlah melanggarnya walau apa pun jua keadaan.

8. Hendaklah menjadi seorang yang berani dan tabah menanggung kesusahan.
Keberanian yang paling utama adalah berterus terang dalam perkara benar,
merahsiakan perkara yang rahsia, mengakui kesilapan sendiri dan insaf
diri dan mampu mengawal diri ketika marah.

9. Hendaklah sentiasa warak, tenang dan seius. Kewarakan kamu tidak
menghalang kamu dari gurauan benar ataupun dari ketawa melalui senyuman.

10. Hendaklah menjadi seorang yang pemalu dan sensitif, kuat terkesan
dengan kebaikan dan keburukan iaitu bergembira dengan kebaikan dan sedih
dengan keburukan. Hendaklah juga menjadi seorang yang tawadhuk dalam
perkara yang bukan mendatang kehinaa, ketundukkan dan pendustaan.
Hendaklah meminta kurang dari kedudukan anda agar kamu dapat
mencapainya.

11. Hendaklah sentiasa adil dan benar dalam setiap keputusan yang
diambil dalam apa jua keadaan. Kemarahan kamu kepada sesuatu perkara
janganlah melupakan kamu akan kebaikan-kebaikan yang ada. Begitu juga
perasaan redha kamu pada satu perkara janganlah menutup segala kejahatan
yang ada. Janganlah pertelingkahan kamu menjadikan kamu melupakan segala
nilai murni. Bercakap benarlah walaupun dalam perkara yang menyentuh
diri sendiri ataupun menyentuh orang yang terdekat dengan kamu sekalipun
perkara yang kamu tidak sukai.

12. Hendaklah menjadi seorang yang sentiasa cergas, ringan tulang dalam
khidmat awam, gembira dan riang jika dapat memberikan bantuan dan
khidmat kepada orang lain. Ziarahilah orang sakit, bantulah orang yang
berhajat, menanggung orang yang lemah, membantu orang yang ditimpa
kemalangan walaupun hanya dengan perkataan yang baik, juga sentiasalah
bersegera dalam amalan kebaikan.

13. Hendaklah menjadi seorang yang penyayang, memuliakan, pemaaf dan
pengampun dan berlembut dengan manusia mahupan binatang. Hendaklah
mempunyai interaksi dan akhlak yang elok dengan semua manusia,
memelihara adab Islam dan kemasyarakatan, mengasihi kanak-kanak,
memuliakan dan menghormati orang tua, melapangkan majlis, tidak
menyelinap dan merisik hal orang lain, tidak mengumpat dan
bertempik-tempik, meminta izin jika ingin masuk dan keluar dan lain-lain
lagi.

14. Mampu membaca dan menulis dengan baik, banyak mentelaah
risalah-risalah, akhbar dan majalah 'kita'. Hendaklah membuat
perpustakaan sendiri walaupun kecil. Hendaklah kamu menjadi seorang yang
pakar dalam bidang ilmu dan seni anda jika kamu seorang ahli takhassus.
Hendaklah kamu menguasai hal ehwal am Islam yang membolehkan kamu
memahaminya dan memutuskan sesuatu huku yang bertetapan dengan kehendak
fikrah kita.

15. Hendaklah berkecimpung dalam kerja ekonomi walaupun banyak mana
harta kamu. Hendaklah melebihkan kerja sendiri walaupun dengan
pendatapan yang kecil, juga hendaklah menumpukan segala usaha kamu
kepadanya walaupun setinggi mana tahap pencapaian akademik kamu.

16. Jangan terlalu mengharapkan kerja dengan kerajaan dan hendaklah kamu
menganggapnya sebagai pintu rezeki yang paling sempit. Jangan pula kamu
menolaknya jika kamu diberikan peluang. Janganlah kamu melepaskannya
kecualilah jika ia bertentangan secara langsung dengan kewajipan dakwah.

17. Pastikan kamu melakukan pekerjaan kamu dengan seelok-eloknya, penuh
ketekunan, dedikasi, tidak menipu dan tepat pada masanya.

18. Hendaklah kamu menjadi seorang yang bijak menunaikan hak-hak
kewajipan kamu, hendaklah menunaikan hak-hak orang lain dengan sempurna
tidak ada kekurangan dan tidak sekali menangguh-nangguh.

19. Hendaklah menjauhi diri dari sebarang jenis perjudian walaupun apa
tujuan lain disebaliknya, jauhkanlah diri dari segala punca pendapatan
yang haram walaupun sebanyak mana keuntungan segera yang akan
diperolehi.

20. Jauhkan diri dari riba dalam segala bidang muamalah dan bersihkan
diri anda keseluruhannya dari riba.

21. Hendaklah memberikan khidmat positif kepada perkembangan ekonomi
Islam dengan mendokong segala kilang-kilang dan binaan-binaan ekonomi
Islam. Jagalah setiap sen duit kamu agar jangan terjatuh ke tangan pihak
bukan Islam walau apa jua keadaan. Janganlah kamu makan dan pakai
kecuali dari makanan dan pakaian buatan negara Islam kamu sendiri.

22. Hendaklah kamu memberi saham sebahagian dari harta kamu untuk
dakwah, menunaikan zakat yang diwajibkan ke atas kamu dan jadikahlah ia
sebagai hak yang maklum kepada orang yang berhajat dan ketiadaan harta
benda, walau sekecil manapun pendapatan kamu.

23. Hendaklah mempunyai simpanan harta walaupun sedikit untuk masa
kecemasan dan jangan sekali-kali terjerumus dalam membelanjakannya
kepada perkara yang bersifat bermewah-mewah.

24. Hendaklah berusaha sedaya upaya untuk menghidupkan segala ada-adat
Islam dan mengahapuskan adat-adat asing dalam seluruh aspek kehidupan.
Antaranya: adat-adat yang bersangkutan dengan salam alu-aluan, bahasa,
sejarah, fesyen, perkakas rumah, jadual kerja dan rehat, makan dan
minum, jadual sampai dan bertolak, kesedihan dan kesukanan dan
sebagainya. Hendaklah kamu sentiasa merujuknya daripada sunnah
Rasulullah s.a.w.

25. Hendaklah kamu memulaukan segala mahkamah sivil dan setiap hukuman
yang tidak menepati Islam, memulaukan sepenuhnya kelab-kelab, media
massa, kumpulan, sekolah-sekolah dan pertubuhan yang menentang fikrah
kita.

26. Sentiasa bermuraqabah kepada Allah Taala, mengingati akhirat dan
bersedia untuknya. Hendaklah kamu melakukan segala perkara yang
menyampaikan kamu kepada keredhaan Allah dengan penuh kebanggaan dan
keazaman. Hendaklah mendekatkan diri kepada Allah dengan ibadat-ibadat
sunat seperti qiamullail, berpuasa sekurang-kurangnya tiga hari sebulan,
memperbanyakkan zikir hati dan lidah dan menyertakan doa yang muktabar
dalam setiap keadaan.

27. Hendaklah kamu sentiasa menjaga kesucian badan kamu dan sentiasa
berada dalam keadaan berwuduk kebanyakkan waktu.

28. Perelokkan solah kamu, sentiasa mengerjakannya pada waktunya dan
menjaganya agar ditunaikannya secara berjamaah dan di masjid sekadar
kemampuan kamu.

29. Hendaklah berpuasa Ramadhan, mengerjakan haji jika mampu dan
berusaha ke arahnya jika kamu masih belum ada kemampuan mengerjakan
haji.

30. Sentiasalah sematkan niat untuk berjihad dan perasaan mencintai
syahid dalam hati dan bersedialah untuk itu sedaya upaya kamu.

31. Hendaklah sentiasa memperbaharui taubat, sentiasa beristighfar,
melepaskan diri dari dosa-dosa kecil tambahan pula dosa-dosa besar.
Hendaklah kamu memperuntukkan sedikit masa untuk menghitung amalan
samada baik atau tidak sebelum tidur, berwaspada dari membuang masa
kerana masa adalah kehidupan, tidak menghabiskannya dalam perkara yang
tidak berfaedah dan hendaklah kamu warak dalam perkara yang syubhat
supaya kamu tidak terjerumus dalam perkara yang haram.

32. Hendaklah kamu berjihad keras melawan nafsu kamu supaya kamu dapat
mengawalnya, hendaklah kamu menundukkan pandangan kamu, mengawal
perasaan kamu, melawan dorongan nafsu syahwat dalam diri kamu dan
hendaklah sentiasa mencari perkara yang halal dan baik dan menghalang
kamu dari melakukan perbuatan yang haram.

33. Hendaklah kamu menjauhkan diri sejauh-jauhnya dari arak dan perkara
yang memabukkan dan menghilangkan kewarasan dan yang seumpamanya.

34. Hendaklah kamu menjauhkan diri kamu dari kawan yang jahat dan
merosakkan begitu juga dari tempat-tempat maksiat dan dosa.

35. Hendaklah kamu memerangi tempat-tempat yang melalaikan lebih-lebih
lagi dari mendekatinya. Kamu juga hendaklah menjauhkan diri dari segala
bentuk kemewahan.

36. Hendaklah kamu mengenali dengan terperinci setiap individu dari
kalangan anggota katibah kamu dan juga kenalkan diri kamu secara
terperinci kepada mereka. Tunaikanlah hak-hak persaudaraan secara
sempurna seperti kasih sayang, menghargai saudara, bantu membantu dan
melebihkan mereka dari diri kamu sendiri (ithar). Hedaklah kamu sentiasa
menghadiri perjumpaan mereka dan janganlah ponteng darinya, kecualilah
dengan sebab keuzuran yang memaksa. Hendaklah sentiasa melebihkan mereka
dalam setiap interaksi kamu.

37. Hendaklah merungkaikan segala ikatan kamu dengan segala pertubuhan
atau jemaah yang tidak ada hubung kait dengan kepentingan fikrah kamu
khasnya jika kamu diperintahkan sedemikian.

38. Berusahalah untuk menyebarkan dakwah kamu ke setiap pelusuk bumi ini
dan hendaklah sentiasa memberitahu pimpinan kamu apa sahaja keadaan yang
kamu hadapi dan janganlah membuat sesuatan yang memberikan kesan yang
besar kecuali dengan izin, hendaklah sentiasa berada dalam hubungan
samada ruh atau amali dengan pimpinan. Hendaklah kamu sentiasa
menganggap diri kamu sebagai seorang tentera di bereknya yang sentiasa
bersedia menunggu arahan.

Monday, July 20, 2009

POHON



posted by: kak PIJA

Akhir-akhir ini, pelbagai perkara yang berlaku. Perkara yang apabila kita bertenang, kemudian menarik nafas panjang dan meleraikan kekusutan yang berkecamuk di kepala, sebenarnya kita boleh tersenyum kerananya…

Rindunya pada dia yang pernah menunjukkan pada diri ini bahawa kita boleh menjadi pohon yang berbuah rendang. Yang apabila dibaling batu, membalas dengan buah yang masak ranum. Kami bertemu kerana kami punya cita-cita yang sama, walaupun kami ini berbeza kabilah…

Terdapat satu peristiwa yang tidak mungkin terluputkan dari ingatan. Lidah ini, tanpa sedar telah mengguris hatinya dengan kata-kata yang pelik. Kenapa pelik? Kerana (baruku sedar) hanya orang-orang yang pelik-pelik saja yang berkata-kata begitu…

“Astagfirullah! Istigfar ukhti, istigfar!”
Goncangan terasa cukup kuat, bukan sekadar menggegarkan tubuh ini, namun turut sama menggegarkan rasa yang terdalam.
“Terlalu banyak persamaan kita, kenapa hanya perbezaan yang sedikit itu yang enti nampak? Di mana berlapang dada enti?”
Jelas kelihatan air jernih disudut matanya. Dia segera berlalu. Mungkin membawa hati yang luka.

Astagfirullah… kertas dicapai, dan satu garis lurus dibuat. Disudut kiri ditulis SAMA, dan kanan pula BEZA. Benar katamu… bahagian sebelah kanan hampir saja kosong jika bukan kerana satu atau dua perkataan. Namun, perkataan itulah yang dikorek-korek, hingga menjadi luka yang membusung. Sehingga bernanah-nanah dan mengeluarkan bau yang busuk. Bukankah Rasulullah pernah menegur Muhajirin dan Ansor untuk meninggalkan seruan jahiliyah itu? Kenapa tidak diambil pengajaran dan masih menjadi PELIK?

Maafkan wahai ukhti, kiranya diri ini terlupa seketika pesan itu… kiranya, diri ini terlalai pada kata-kata yang selalu diulang-ulang… bekerja sama atas perkara yang disepakati, berlapang dada pada perkara yang diperselisihkan…

Petang itu enti pulang bersama buah tangan yang sangat banyak dan senyum manis yang paling menawan. Jazakillah ukhti, kerana pengertian… kerana sudi memaafkan… kerana memberi peluang…

Alhamdulillah, kita telah dipertemukan seawal menjejakkan kaki ke Negara Antah Berantah ini. Rupanya, itulah antara bekalan yang penting yang diperlukan…
***
Masjid Biru ini memang sentiasa penuh terutamanya pada waktu-waktu solat begini. Tiba-tiba, satu suara yang familiar memberi salam. Rupanya seorang kakak senior dalam kabilah, yang sama-sama baru selesai berjemaah. Selepas bertukar khabar, dia bertanya.
+“Dah mula ‘bekerja’ di sini?”
-“InsyaAllah, Alhamdulillah.”
+“Mesti dah berlaku bertembungan dengan kabilah sebelah.”
-“Ana tak faham.”
+“Belum pernah bergaduh dengan mereka ke? Kalau belum maknanya enti belum betul-betul bekerja lagi.”
Ana tersengih. Aduhai kakakku…
-“InsyaAllah setakat ni ana rasa ana sudah bekerja, tapi belum ada perselisihan macam yang akak cakap tu.”
+“Maknanya belum betul-betul lagilah tu. Indikator bekerja di Negara Antah Berantah ni adalah bila kita sudah bertembung dengan mereka. Barulah betul-betul bekerja namanya.”
-“Kelakarlah akak ni. Indikator tu tak pernah ana dengar. Memang ana faham, siapa yang bekerja dia akan berdepan dengan masalah, tapi bukan bercakar sesama sendiri.”
+“Enti belum faham lagi. Istilah sesama sendiri tu tak sesuai. Waqi’ di sini memang macam tu. Mereka akan cuba bergaduh dengan kita.”
-“Kalau begitu, ana pilih untuk tidak faham sajalah. Jika ada yang mahu bergaduh, biar mereka bergaduh sorang-sorang. Ana nak berkawan. Jika semua orang pun begitu, biarlah ana yang mengubahnya, bermula dengan diri ana sendiri.”
+“Nampak sangat enti masih baru dan tidak faham apa-apa.”
-“Jazakillah kak. Beruntunglah ana sebab masih baru dan tidak faham. Mujur juga sebab kalau tidak mesti ana pun praktikkan benda yang sama…”

Bicara petang itu membuatkan diri teringat pada peristiwa yang membekas dihati ini. Hp menerima mesej yang sangat panjang, penuh dengan kata-kata benci dan meluat.
“…Harap selepas ni enti jgn hubungi ana lagi. Ana sudah ber‘janji’ untuk tidak mendengar dan bercakap dengan enti lagi…”
Kala itu, ukhti yang dirindui sedang bersama menikmati minum petang (yang sebenarnya breakfast, lunch dan dinner kita juga hari itu). Enti tersenyum sambil berkata,
“Islam itukan menganjurkan persaudaraan dan dakwah kita adalah dakwah kasih sayang…” Sambil menepuk bahuku, enti berkata penuh makna;
“Hei Daie… hati jangan sejemput!!!”

Esoknya, di dewan kuliah. Nota pendek tulisan tangan (yang tidak berapa cantik itu) dilipat kemas, kemudian diselitkan pada buku ukhti yang menghantar sms semalam. Nota itu punya dua perenggan, dimulai dengan ayat,
“…enti cuma janji untuk tidak berjumpa dan bercakapkan? Jadi apa kata ana menulis surat?…”
Dan tengah hari itu, kami solat berjemaah bersama-sama disurau fakulti.
Walaupun kami berbeza kabilah, namun kami yakin. Jika suatu hari nanti, tibanya masa untuk kami bekerja bersama, maka perkara itu adalah mudah untuk kami lakukan.
Kerana antara kami,
tiada perselisihan,
tiada luka atau guris yang memedih,
tiada rasa superior atau inferior antara satu dengan yang lain…
yang ada cuma rasa kasih sayang yang mendalam,
kerana ukhuwwah kami fillah…
kerana pada pandangan mata kami yang baru dan mentah ini,
kami adalah ‘sesama sendiri’…
sama ada memandang atau dipandang,
yang jelas tertera pada kami,
adalah kami punya cita yang sama…

***
Teringat kepada adik yang sedang berada jauh di mata. Seringkali bila nombor seberang laut tertera di hp, hati menjadi risau. Musibah apa pula yang melanda kali ini? Dan setiap kali itulah yang mampu dipesan adalah; Sabar, Ikhlas dan perhatikan Akhlak…
Dalam air mata dan sendu kamu itu, kamu diingatkan kepada akhlak…
kenapa ia juga penting? Sepenting sabar dan ikhlas? …

Kerana kita bersaudara dik…
kerana bapa kita adalah ISLAM dik…
insyaAllah kita akan bersatu suatu hari nanti…
dan jika kita menjaga akhlak kita,
insyaAllah, usaha ke arah itu akan lebih mudah.
Kerana kita tidak perlu segan dan malu dengan kesilapan lalu,
dengan terkasar bahasa dan hati yang terguris…
(ke, memang tidak terlintas bahawa suatu hari nanti kita akan bersatu? Huhuhu, nauzubillah…)
Adik sedihkah diri dihina? Adik sedihkah diri diasingkan? Adik sedihkah dikatakan asing? Adik sedihkah dengan semua yang pelik-pelik itu? Hati adik pedihkah dengan kata-kata itu?

Adikku, dengar baik-baik ya…
“Hey daie… hati jangan sejemput!!!”

***
Untuk diri sendiri, jgnlah tutup mata, telinga, dan terutama sekali hati… untuk terus menerus mencari dan mendapatkan kebenaran… kebenaran itu, walaupun pahit, akan tetap benar… teringat seawal-awal mengenal madrasah ini, diri bertanya kepada sorg dia yang dipanggil murobbi… “Kita ini siapa?” jawab dia sambil tersengih, “Kita adalah penegak yg hak, penolak kebatilan!”

Ukhti yang dirindui… Jazakumullah hu khairan jaza untuk mu (dan ramai lagi sebenarnya di luar sana, yang pernah ditemui atau insyaAllah akan ditemui ) kerana menunjukkan bukti bahawa membalas perbuatan buruk dengan balasan baik boleh dilakukan. Dan ianya mudah dilakukan serta memudahkan… jika tidak melihat dengan mata kepala sendiri, entah sampai bila ungkapan-ungkapan itu hanya tinggal teori-teori kosong… Alhamdulillah…

Ana rindu enti, dan sindiran itu…

“Hei daie… hati jangan sejemput!!!”

Wednesday, July 1, 2009

Bukan UNTUK si Manja.



Dari Abu Hurairah r.a. ; Rasulullah s.a.w bersabda:
Akan masuk syurga orang yang hati mereka bagaikan hati burung, beerti bertawakkal sungguh-sungguh, mempercayai jaminan Allah atas dirinya..
(muslim)

Dari Umar r.a. ; Rasulullah s.a.w bersabda:
Andaikan kamu bertawakkal kepada Allah dengan bersungguh-sungguh, niscaya Allah akan memberikanmu rizqi sebagaimana burung yang keluar pada pagi hari dengan perut kosong (lapar) dan kembali pada senja hari dalam keadaan kenyang.
(Attirmidzi)


Tarbiyyah bukan untuk orang yang malas.
Dakwah bukan untuk orang yang takut nak bergerak dan mencabar diri.
Tarbiyyah bukan untuk orang yang cepat bosan, lari, lompat-lompat, sekejap down-sekejap up, cepat terasa.
Tarbiyyah bukan bagi orang yang memilih program untuk dia ikuti yang senang dan mudah join, yang penat, bersusah payah elak.
Bukan untuk orang yang mencari tarbiyyah hanya bila terasa diuji oleh tuhan. Kalau tak, batang hidung pun tak nampak.
Bukan bagi yang meletakkan dakwah hanya untuk mencari calon akhawat atau ikhwah sebagai sang isteri dan suami,
yang join hanya untuk meminta tolong teman-teman pencerahan bila dia dalam kesusahan.
Tapi kesenangan dan kelebihan yang dia dapat, tak share pun dengan orang lain.

yang cepat mengalah,

yang meletakkan mabit, qiamullail, daurah, dan tathqif dalam diari hanya selepas ditolak dengan semua agenda dan upacara-upacara`penting' yang lain.
yang hanya pandai cakap (dan menulis), tapi amal kosong
yang hanya tahu compare jamaah itu dengan jamaah ini, yang boleh
mengkritik dan menilai harakah ini dan itu.

Dakwah bukan untuk orang yang ikut liqa' hanya kerana nak disebut sebagai ahli dalam harakah ini dan itu, jamaah ini dan itu.
Dakwah bukan untuk orang yang tak boleh diberi tugasan last minute.
Dakwah bukanlah untuk orang yang tak nak keluarkan duit, infaq di jalan Allah.
Dakwah bukan untuk orang yang tak boleh sesekali tidur lewat, terpaksa berjalan jauh.
Dakwah bukan bagi orang yang kalau ada program untuk ikut terlibat, mesti naik motokar besar dan mewah, yang air-cond, dan laju. Yang tak nak naik bas, public transport, dan yang kena berpeluh-peluh.

Tarbiyah bukan untuk orang yang kena contact dan info dia setiap masa tentang perkembangan terkini sedangkan dia kena macam boss, hanya tunggu information.
Pencerahan bukan bagi mereka yang hanya nak berkawan dengan orang berduit dan berharta, yang hidup mewah, dan mengelak berkawan dengan orang susah, miskin, dan pakai comot.
Dakwah bukanlah untuk orang yang setiap masa dan ketika, kerja nak beri alasan ini dan itu. Penat, mengantuk, susah, banyak kerja, keluarga tak bagi keluar.

Tarbiyyah bukanlah segala-galanya.
Tapi segala-galanya bermula dengan tarbiyyah.
Tanpa anda, orang yang sering beralasan ini, dakwah akan terus berjalan. Islam akan tetap berjaya. Ummah akan tetap terpelihara.

Cuma tanpa pencerahan,
Tanpa tarbiyyah,
Tanpa dakwah
Belum tentu kita akan berjaya di mahsyar nanti.

Tak mengapa.
Teruskan hidup anda seperti biasa.
Dakwah tak memerlukan anda.
Tiada siapa pun yang rugi tanpa kehadiran anda.
Berbahagialah seadanya.