Ahsani Taqwiim

Tuesday, January 15, 2013

Usah saling membenci

Dari Abu Hurairah r.a, katanya : 

" Telah bersabda Rasulullah SAW : ' Janganlah kamu berdengki-dengkian, dan jangan kamu tipu-menipu, dan jangan benci-membenci, dan jangan musuh memusuhi, dan jangan kamu berjual beli atas jual beli setengah yang lain, dan jadilah kamu sekelian sebagai hamba-hamba Allah yang bersaudara.
Seorang Muslim adalah bersaudara sesama Muslim, tidak boleh menganiayanya, tidak boleh membiarkannya tertindas, tidak boleh mendustainya dan tidak boleh menghinanya.  Taqwa itu berpunca dari sini - sambil Nabi SAW menunjukkan ke dadanya tiga kali. Sudah memadailah kejahatan seorang itu jika ia menghina saudaranya yang Islam. Seorang Muslim ke atas seorang Muslim yang lain diharamkan darahnya, harta bendanya dan kehormatannya. ' 


Semoga ALLAH swt menjauhkan kita dari segala perasaan dan sifat-sifat mazmumah. Allah mengajar kita untuk saling menyayangi sesama saudara Muslim. Jika kita dilayan dengan buruk sekalipun, usahlah terbersit perasaan benci atau dendam, kerana penduduk syurga bukanlah mereka yang mempunyai hati yang busuk. Usahlah dengan kebencian itu, kita sanggup mencari kesalahan dan menfitnah manusia seperti apa yang berlaku di negara kita pada hari ini. 

Wallahualam.
Wan Nurul Atiqah at 7:55 PM
Share

No comments:

Post a Comment

‹
›
Home
View web version

Ahsani Taqwiim

My photo
Wan Nurul Atiqah
Auckland, New Zealand
catatan hidupku, adalah untuk direnungi..
View my complete profile
Powered by Blogger.