Sememangnya muslim itu harus optimis dan sentiasa bangkit dari kejatuhan. Kerana untuk seorang muslim, tiada apa yang harus di ratapi kerana segala yang berlaku adalah yang terbaik untuk dirinya, dari ALLAH. Aku ini muslim. Muslim yang bertauhidkan Allah, maka atas apa perlu di resahkan, di tangisi atau diratapi barang dan juga insan yang sudah tiada. Allah memberi, dan tiba masa dan keadaan yang cukup aku mampu, maka ALLAH mengambilnya. Allah membuat semua ini untuk menguji imanku, sabarku, dan redhaku atas tiap sesuatu yang di susunnya. Banyak yang aku belajar dari apa yang telah berlaku. Sesuatu yang sering aku lalai kerana dulu, aku beriman dengan perancanganku sendiri. namun hakikatnya, aku yang harus beriman dengan perancanganNYA, bukan perancanganku sendiri..
lantas kerana kelemahan ini, aku jatuh tatkala apa yang telah lama aku impikan dan usahakan itu gagal, musnah..malah membebankan diriku . namun kerana kasih dan belas ehsan ALLAH, DIA memberikan aku secebis kekuatan dari banyaknya KEKUATAN DIRINYA. Alhamdulillah, hati dan roh ku sedikit sembuh kembali.
Hidup ini masih panjang dan harus di perjuangkan! Aku, takkan mudah kalah walaupun di lambung dan dihempas ombak nan kuat mengganas. Kerana aku atiqah. atiqah, insan kecil yang berusaha taat kepada Allah, ibu bapaku dan sahabat muslim manusia lain. Allah takkan menzalimi diriku, kerana DIA ARRAHMAN ARRAHIM..
Impian dan Harapan Itu.
Bila dihitung, banyak rahmat Allah pada diriku sejak dari dulu. masih ku ingat, ketika aku muda remaja, lower form di SMKAP, akulah insan yang sering berlama-lamaan di surau sekolah. Hampir setiap hari aku berjumpa Allah di dalam solat hajatku. Aku dulu, memang tidak pernah tinggal solat hajat pun. Hampir dua tahun aku begitu, meminta, berharap dan menangis sungguh2 mengharapkan pertolongan Allah. Setahun selepas itu, iaitu ketika aku Form 3, hinggalah aku Form 4 and 5. Semua hajat yang ku pinta selama dua tahun berturut itu datang tanpa henti. Tidak pernah sedikit pun putus. Itu bukti yang Allah tidak pernah membuang doa hamba-hambanya.
Namun, selepas aku Form 5, aku mula lagha dan lalai hati apabila aku keluar dari tanah waqaf, SMKA (P). Aku berhijrah ke Kuala Lumpur, kemudiannya New Zealand. Aku mula mengenali pelbagai jenis ragam duniawi berupa manusia, fesyen, harta, cinta dan sebagainya. Tak di nafikan, aku sedikit sebanyak berubah. Walaupon aku tidaklah sampai kepada tahap memendekkan tundung ku yang labuh ini, berpakaian menjolok mata,berzina, atau meninggalkan program tarbiyyah namun... masih AKU telah sedikit JAUH dari Allah. Mungkin tidak jasad, kerana aku masih menutup aurat, solat dan selalu ke masjid dan majlis ilmu. tetapi ya.. HATI ku ini telah men-JARAK dari Allah, jika di bandingkan saat aku di sekolah agama dahulu.
astaghfirullah.. astaghfirullah.. astaghfirullah..
Ramadhan lalu, sesuatu yang besar menggoncangkan aku. Seperti nyawaku dan jiwaku putus dan pergi. Aku seolah mayat hidup yang tidak punya arah... Aku mencari diri, merefleks perbuatan dan salahku yang lalu...
Untuk itu, apa yang telah berlaku, aku redha-kan.. dan hati ku tenang dan puas. Aku juga sudah maafkan mereka dan segalanya. Aku makin kerap bertemu Allah di rumahnya.. makin kerap menangis dan meminta dengan penuh harap.
Kini..
Syawal menjelma.. berita gembira banyak ku terima hari demi hari. Namun, Allah masih tidak memberikan pencerahan kepada impian dan pintaku yang satu itu. Tetapi tak mengapa, kerana aku masih dan sedang menunggu lagi, hanya meletakkan harapan dan perancangan pada Allah =)
Sedikit kegembiraan yang ingin dikongsi:
Adikku, ustaz asyraf meng-offer untuk menghadiahkan aku sebuah kereta, dan dia berhajat untuk membelikan aku kereta kegemaranku, honda civic putih =) maka, aku tidak perlu lagi menunggang motosikal ke sekolah seperti sekarang. Tetapi, aku tidak sampai hati menerimanya, dan sudah menolak tawaran itu. wallahualam. Tunggulah bila saatnya tiba nnt, jika perlu bagiku mendapatkan sebuah kereta, dan aku tidak mampu, mungkin aku akan berbincang semula. Tapi, aku sudah mengesyorkan adikku, untuk menggantikan kereta dengan membawa mak ke Mekah. Itu lebih aula dan utama. Harap adik di bukakan jalan untuk ini =) ameen..ameen.
Selepas itu, atuk bersuara.. dia bercadang jika aku menetap di Perlis, dia akan menghadiahkan aku sebidang tanah pusaka di belakang rumah untuk aku dirikan rumahku sendiri. Allahuakbar! Dia mahu aku dekat dengan mereka. Tapi, aku juga menolak tawaran ini, sebab bagiku, ianya terlalu besar, dan mungkin adik-adik lelakiku yang lain lebih memerlukan tanah nanti. Aku, insyaallah akan bersuami (tidak tahu siapa dan bila masanya), dan mungkin aku harus mengikut suami nnt. Wallahualam.. Jika Allah tidak mengizinkan aku mendapatkan jodoh di dunia yang sementara ini, mungkin aku juga perlu menerima pelawaan atuk =)
Kemudian tak lama selepas itu, berlaku perbincangan antara aku dan mak. mak berhajat untuk menemaniku ke majlis graduation di New Zealand Jun tahun depan, jadi aku harus menggunakan semua duit simpananku untuk membiayai kos tambang untuk mak, ayah dan diriku di sana. Insyaallah.. banyak hikmah dari tertanggguh dan terbatalnya sesuatu yang aku rancang dengan duit ini dahulu. Aku lihat hikmahnya mengapa Allah tidak lagi meng-izinkan hajatku yang satu itu lagi.
Alhamdulillah.
Allah memberikan aku sedikit ketenangan, walaupun aku tidak pernah meminta untuk dimudahkan Allah untuk urusan duniawi itu, tapi.. aku tahu Allah bermaksud memberikan semua ini.. kerana Allah mahu aku meneruskan kehidupan dan melupakan apa yang aku hajati , yakni impianku yang satu itu. Allah menghalangnya, tapi Allah menggantikan sesuatu yang lebih baik.. walau semua ini tidak pernah aku memikirkan dahulu.
Alhamdulillah, terima kasih Allah. Semua ini dari Allah, kerana dia yang mebuat aku tertawa dan menangis.
Saat ini, aku sembuh dari kegagalan kekecewaan lama. Aku akan teguh merancang masa depanku.
Tidak adapa apa yang perlu aku risaukan lagi.. kerana Allah bersamaku.
hamba kerdil.
atiqah.


2 comments:
Terima kasih =]
sama-sama kasih. Moga cerita kisah saya menjadikan iktibar dan tauladan untuk awak. moga terus redha dan berjalan penuh gagah dalam ketentuanNYA.
Post a Comment